Review | MusixMatch Music Player dengan Lirik yang Best! (Android)


Hai, assalamualaikum...Buat ape tu? Hihihi.

Malam ni nak review sikit pasal music player yang aku pakai selama ni dan sangat berpuas hati, sebab best sangat! Hahaha, siap lirik bagai, so bolehlah aku melalak je sambil dengar lagu, takdelah asyik humming entah pape sebab tak hafal lirik. 

Sebelum pakai Musixmatch ni aku pakai TTpod, sama juga satu apps music player yang lengkap dengan lirik, malangnya tetiba android dah tak support TTpod. Lagipun TTpod ni support lirik English songs je. Lepastu semakin lama TTpod makin tak best dan tak mesra pengguna pulak dah..Nasib baik jumpa apps Musixmatch ni tak lama lepas tu. 

"The world largest lyrics database", yup! Memang diorang tak omong kosong sebab lagu Melayu, Indonesia, Latin, pun ada tau liriknya. Siap ada translator lirik lagi,cuma function tu je masih terhad kepada bahasa tertentu je. 

See, lagu Stacy pun ada lirik tau, boleh join layan feeling sekali.
English song!
Kita boleh double click kalau nak tulisan tu dibesarkan sikit. (Change display mode)
Lirik tu bukan naik kalau aku dengar lagu melalui apps MusixMatch je, kalau aku buka guna apps lain macam Black Player Music (aku download sbb senang nak susun folder lagu guna ni,haha), or Google Music Player ke, lirik akan muncul juga sebagai "floating lyric", hahaha, so aku tetap bleh tengok lirik tu, kalau tak suka floating lyric tu pun aku boleh pangkah je. 

Bukan tu saja, floating lyric tu pun akan muncul kalau aku dengar lagu kat Youtube, dan database Musixmatch ada lirik lagu tu, muncullah floating lyric tu. Hahaha, saje tau nak bagi aku karok je..Maklumlah suara aku ni azab juga kalau orang dengar sebab tu aku lebih suka nyanyi sorang-sorang dari pergi karok. HAHAHA.

So katalah sedang aku duk nyanyi tu, aku rasa aku suka pulak dengan satu part lirik lagu tuh. Aku boleh click je untuk buat 'Lyric Card'. Ni favourite aku, sebab nanti aku boleh post kat Insta aku tu takdelah followers aku muntah asyik nengok selfie aku je, kehkehkeh. 

Ni contoh lyric card yang aku dah generate, pastu aku collagekan. hehehe.

So, setakat inilah function yang aku selalu guna dalam MusixMatch tu, sebab aku ni sangat suka dengan music player yang lengkap dengan lirik. Korang pula pakai apps apa, best tak? 

Klik Untuk Download MusixMatch

Post a Comment

7 Comments

  1. Maknanya kena pasang internetlah sepanjang pasang music player nih ye?

    ReplyDelete
  2. Hihihi dlu reen install, sambil dgr lagu.. Sambil nanyi. Layankn aje.. ;p

    ReplyDelete
  3. @Gee Lion
    tak pun kak Gee, mula-mula je masa dia nk detect lyric, lepas tu next time buka takde internet pun dia dah ada lirik dah.

    ReplyDelete
  4. @Reen Johari hahaha best jugak layan2 feeling nyanyi sorang2/

    ReplyDelete
  5. Kak sha pun guna juga.. Memang best..

    ReplyDelete
  6. samala saya guna juga hihihi

    ReplyDelete