Terangkan Diri Anda Dengan Betul Semasa Interview.


Hi, assalamualaikum.

Entry kali ini just part of my preparation untuk pergi interview nanti, tapi aku rasa nak kongsi dengan pembaca blog aku. Soalan "Terangkan mengenai diri anda". atau "Describe yourself", atau "Tell me about yourself" ni boleh dikatakan paling famous dan soalan wajib setiap kali interview kan.

Sebenarnya apa kita perlu jawab kalau diajukan soalan itu. Betul ke interviewer tu berminat sangat nak tahu pasal diri kita? Perlu ke nak cerita sampai pekerjaan abah mama kita, berapa beradik semua?
Nampak simple kan soalan ni, tetapi kita kena juga buat preparation bagi menjawab soalan ni.

Hafal ke jawapan? Nope! Don't memorize the answer script, tapi ingat saja apa point penting dan jawab nanti janganlah macam robot saja. Wujudkan suasana macam bersembang dengan interviewer tu. Kenapa kena prepare tu sebab supaya kita tak tersasar masa nak jawab soalan tu nanti.

Pertama sekali, prepare sekurang-kurangnya 5 kekuatan kita yang berkaitan dengan jawatan yang kita minta. Tulis la dalam kertas ke buku nota ke, kalau macam aku, aku buat satu buku nota khas so dalam ni aku tulis la segala mak nenek tips ke atau vacancy yang aku kena minta ke, apa-apalah lagi yang berkaitan dengan perjalanan mencari kerja aku. Eh, back to the point, 5 kekuatan yang kita nak listkan tu termasuklah dengan pengalaman lalu, atau skill yang kita dah master, ataupun ciri-ciri diri kita sendiri yang kita percaya satu kelebihan untuk kerja yang kita apply ni.

Mulakan bercerita tentang pengalaman lalu dan kejayaan yang pernah kita capai sebelum ni. Kalau takde pengalaman bekerja lagi, cakaplah pasal course apa kita sebelum ni, dan pencapaian kita. Ceritakan sesuatu yang positif, nilai kebaikan atau apa-apa manfaat yang kita dapat sebelum ni. 

 ‘I have been in the customer service industry for the past five years. My most recent experience has been handling incoming calls in the IT industry. One reason I particularly enjoy this business, and the challenges that go along with it, is the opportunity to connect with people. In my last job, I formed some significant customer relationships resulting in a 30% increase in sales in a matter of months.’

So then barulah kita masuk pasal kekuatan dan kebolehan diri kita. Pastikan lah kekuatan kita tu berkaitan dengan kerja tu pulak, jangan lah cerita pasal kebolehan kita makan ramen pedas tanpa minum air ke ape, kehkehkeh.

‘My real strength is my attention to detail. I pride myself on my reputation for following through and meeting deadlines. When I commit to doing something, I make sure it gets done, and on time.’

Last sekali, simpulkan segala kelebihan kita tu dengan situasi semasa. Kenapa kita nak join company tu sangat. 

‘What I am looking for now is a company that values customer relations, where I can join a strong team and have a positive impact on customer retention and sales.’

Preparation kita takkan rugi sebab kalaupun soalan ni tak ditanya, kita dah ada point nak jual diri sendiri dekat company tu sebab kita dah prepare segala kelebihan diri kita kan, so boleh juga guna point ni selit selitkan semasa jawab soalan lain.

Masa inilah kena pandai jual diri sendiri. 

All the best.
Doakan Interview Mai Berjalan Lancar Nanti :D

3 comments

  1. good luck mai.. Moga dipermudahkan

    ReplyDelete
  2. Kebetulan akak sedang mencari kerja.. Boleh guna tips mai. In sya Allah.. :D

    ReplyDelete
  3. Betul. Time org suh describe yourself ni mark up dri kaw kaw. Tp jgn mnipu. Jgn jnji bnda yg kita tk bleh buat. Wish ue all the best :)

    ReplyDelete