Dengar bukan hukum.


Tidak usahlah menerangkan diri sendiri pada orang yang tidak mahu faham. Penat. Kerana apa yang mereka mahu dengarkan cuma apa yang mereka mahu tahu, fakta yang mampu menyokong busuk fikiran mereka...Selebihnya? Kebenaran yang tak diperlukan. Kerana memburuk sangka itu lebih lazat, mungkin? Entah aku tidak mengerti orang seperti itu.

Apabila mendengar hanya kerana mahu membidas.
Mematah fakta.
Memulang paku serpih.
Tidak memahami, tidak mendalami. 

Aku ini mungkin tidak baik. Tetapi bagaimana kamu dengan yakinnya lebih mengetahui isi hati aku lebih dari aku sendiri? 

Biarlah Tuhan menjadi hakim.
Previous
Next Post »

7 orang rajin komen

Click here for orang rajin komen
10/26/2016 8:35 PM ×

Allah lebih dan jauh mengenali kita dari org lain. :) btw sedap ayat mai tu. boleh buat buku. hehe. busyra mmg suka baca ayat2 mcm ni.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
10/26/2016 9:32 PM ×

Setuju, kecewa dengan sikap manusia yg suka menghukum..

hihihi, mai pun suka baca ayat2 zine, tu terikut2 sikit :P, suka puisi busyra..sedap juga.

Reply
avatar
Reen Johari
admin
10/26/2016 11:52 PM ×

Tak pe dik. Yang penting, Allah lebih mengetahui. Allah lebih kenal hamba-hambanya. Bab perangai orang macam ni, serahkan pada Allah.. Doa agar mereka berubah.. In sya Allah..

Reply
avatar
10/28/2016 11:50 AM ×

Allah lebih mengetahui..
Just be yourself..

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
10/28/2016 5:20 PM ×

tak minta banyak pun kak reen, semoga Allah tunjukkan kebenaran je akhirnya..T_T

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
10/28/2016 5:20 PM ×

Betul tu kak Sha, :')

Reply
avatar
ayunie ramli
admin
10/29/2016 7:22 PM ×

Org mmg suka mghukum. Esok lusa kt pn xtau lg cm mne naseb kt --'

Reply
avatar