Tips | Cara aku tulis Literature Review Thesis

Assalamualaikum,

Semalam dapat text dari ex roomate rumah sewa kat Shah Alam dulu, hihi minta tips nak tulis thesis. Hehehe, akak tu pun dah lama tinggalkan degree maybe dah lupa steps dah,hahaha, dia tengah buat master, semoga dipermudahkan urusannya. Aku pun kalau tak tulis ni esok lusa lupa lah. Baik aku dokumenkan kat blog aku kan,hahaha. 

So aku share lah cara aku tulis Literature review dulu. Tapi ni cara untuk thesis tahap degree je, kalau master ke PhD tu makin dasyat dan kritikal lah penulisannya kan...Tips ini adalah untuk bagaimana nak mula menulis LR, kalau dah start tulis tu banyak lagilah peel yang kena titik beratkan, nantilah kalau rajin aku ulas. 

So what you have to do? Buntu kan nak mula macam mana.

Literature review tips

1. Buat draft isi kandungan LR dari scope yang paling besar hingga sekecil kecil scope.
Untuk cara ni, tengok tajuk kita. Bincangkan setiap patah perkataan dari tajuk thesis/projek kita dengan lebih mendalam.Contohnya tajuk thesis mai :
“Screening of endogenous lentivirus in two types of African pygmy hedgehogs” --- Start dengan---

- Isi literature review bermula dari virus umum > retrovirus (masih scope besar) > lentivirus (scope utama kajian) > jenis lentivirus seperti exogenous dan endogenous (scope yang makin dikecilkan) > mammals yang ada endogenous lentivirus > dan masuk pasal sample mammals yang digunakan dalam thesis mai.

2. Dapatkan satu journal utama sebagai rujukan
Daripada satu journal ni kita akan nampak lebih jelas aim projek kita. Ambil fakta dari journal utama tu dan teruskan dig beberapa sumber rujukan lain daripada journal tersebut yang membincangkan topik yang sama. Nanti bila dah ada beberapa fakta sokongan dari beberapa journal tentang topik kita, baru literature review kita mantap.

3. Buat draft LR out-line heading & sub heading
Buat guna MS word, masa ni masukkan sekali petikan berkaitan dari journal yang kita jumpa, lepastu jangan lupa dengan reference dia. Nanti senang kita nak cari balik masa nak guna tulis LR yg betul. Penting.

Hehehe, harap membantu, kalau nak lebih info boleh baca :
Previous
Next Post »

8 Comments

Click here for Comments
10/18/2016 4:26 PM ×

good info nih... terima kasih adik manisss ^_^

Reply
avatar
10/18/2016 8:27 PM ×

wah. bagus entry mai yg ni. dapat bantu org nak buat thesis. hehe. busyra dulu buat pasal tourism.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
10/18/2016 9:32 PM ×

@Busyra Bt Takiyudin hihihi harap2 bergunalah tips ni :P

Reply
avatar
10/18/2016 11:34 PM ×

rindu nak buat thesis.. kena tegur dgn SV.. hahaha.. SV suruh jumpa dia..sempat bg alasan sbb nak g safari.. >.<

Reply
avatar
Reen Johari
admin
10/18/2016 11:45 PM ×

Mana tau rezeki esok lusa dapat sambung blajar, boleh guna tips ni. Thanks dik :)

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
10/19/2016 12:14 PM ×

@Hazrina Halim hihi kan, sv mai jenis tegas, semua kengkawan mai yg takut, tapi sebenarnya bila dh kenal sv kita tu, okay je...

Kak Reen : Hihihi wahh ada niat tu dah okay dah tu, all the best..

Reply
avatar
Kak Long
admin
10/19/2016 4:14 PM ×

TQ tau. Bole forward kat adik2 sepupu entry ni.. :>

Reply
avatar