Cabaran 30 Hari Blogging | Apa Dalam Beg Saya


Cabaran kelima meminta aku untuk geledah beg tangan aku. Oh tidak! 

Apa ada Dalam Beg Saya


Hahaha setelah digeledah, ini sajalah yang aku jumpa dalam beg aku yang besar gedabak itu. kahkahkah.

Dompet buruk yang berusia beberapa tahun lalu tu sangat penting sebab dalam nilah ada lesen dan IC aku, duit tak ada, kahkahkah. Ada satu situasi kan...Dompet aku ada kat sebelah abah aku yang tengah kelebek phone beliau.

Aku : Abah tolong hulurkan beg duit adik yang kat situ sat.
Abah : Mana ada beg duit kat sini.
Aku : Tu la yang sebelah abah tu.
Abah : Oh yang ni ke, ni bukan beg duit, ni beg kad. Abah tengok takda duit pun penuh kad je. 
Aku : -.-' Adeh sampai hati abah.

Situasi dengan mama pun ada...
Mama : Order lah satu purse baru, mama bayar.
Aku : Takpayah la mama, bukan ada duit pun nak letak dalam tu.
Mama : Mama berkenan la purse Mango tu, order jelah satu. Dah buruk dah purse tu.
Aku : Nantilah mama... hehehe

Sampai sekarang aku masih pakai dompet buruk tu, segan nak order dompet baru cantik cantik tapi tak berisi. 

Buku nota buruk tu, sebab aku malas nak bawa journal cantik aku yang berkulit tebal. Berat kan. So aku heret buku ni je. Penting sebab kalau aku jumpa no phone vacancy ke atau apa apa nota nak catat ke aku guna buku nota ni je. Aku ni oldskul lady yang terperangkap kat alaf milenium ni, kahkahkah. 

Pencilcase tu apa kes? Sebab aku malas dan tak suka pinjam barang orang. Semua aku heret dari pen, pencil, pemadam, correction tape, pembaris, dan stapler. Hah senang hidup aku. Hahahaha. 

Itu jelah yang aku jumpa. Sebenarnya aku selalu bawa lipstick juga untuk touch-up makeup aku lepas solat or bila mekap dah luntur, tapi aku letak dalam pocket je lipstick tu, sbb kalau dia dah masuk dalam dimensi beg gergasi ni, dia mungkin akan hilang selama-lamanya. HAHAHAHA. 

Post a Comment

15 Comments

  1. simple nya mai!!! satu persamaan buku nota.. Unni pun akan sntiasa bawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan,,hihihi senang rasa catat terus je, takda masalah phone habis bateri atau jammed.

      Delete
  2. hahahaha bersihnya bag maii... beg mellya macam-macam harta karun ada.. resit bercambah hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. resit bercambah cambah sedang mnyorok dalam purse tu, hahahaha.

      Delete
  3. Hihi, mek ade charger, pen, dompet, handphone :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jalan jauh baru mai bawa charger , tp sumbat dalam beg baju, hahahaha.

      Delete
  4. Sama jugak, mira pun memang bawak buku nota, tapi taklah dengan pemadam, correction tape sekali, kalau bawak semua tu memang satu2 hilang nanti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sebab tu la mai bawak sekali pencilcase tu...

      Delete
  5. simplenya mai. dan seorang yg pembersih. hehe. bab purse kita sama. lama tak tukar. sebab syg! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tu la, lgpun dompet mai pakai tu puk kakak mai yg bagi, memang tahan, tak koyak pun, cuma rupa la dh lusuh bebenor,hahaha.

      Delete
  6. Dimensi beg gergasi ye.. Hahaha..

    ReplyDelete
  7. Pandai adk jaga wallet putih. Akk cukup tak confident guna putih. Tak reti jaga barang. Wallet akak skrg ni warna pink pun dah blh nampak hitam2 hahaaha kotor letak kt tempat habuk agaknya kui kui kui

    ReplyDelete
  8. beg kita jenama sama dik, sopan santun sgt barang-barang dalam beg mai, beg akak mungkin mcm tong sampah haha..penuh resit,tisu dan pelbagai khazanah purba. kihkihkihkih

    ReplyDelete