Cabaran 30 Hari Blogging | Cikgu dan Subjek Kegemaran di Sekolah


Hai Assalamualaikum. Hahaha, semalam kenapa tak da mood? Sebenarnya aku berebut satay dengan adik-adik aku jer, kahkahkah, nampak tak emosi gitu, ada hati nak kahwin next year, hahaha. So bagi menebus balik entry ni aku up dua cabaran sekaligus, Cikgu dan Subjek paling best kat sekolah. 

Wah cikgu dan subjek memanglah berkait rapat kan, kalau tak suka cikgu macam mana nak survive subjek tu, berkat hilang fokus pun melayang. Jadi sayanglah semua cikgu-cikgu kita semua. Tanpa mereka siapalah kita hari ini. Tapi adatlah kehidupan ni, mesti kita ada seorang yang kita sayang lebih kan. 

SEKOLAH RENDAH

Masa sekolah rendah, favorite aku adalah teacher Zelfalila. Teacher Zel ajar matapelajaran English. Kenapa aku suka teacher, sbb teacher tak pernah judge students beliau. Mula-mula aku alami kemurungan yang teruk kat sebuah sekolah ni, sebab cikgu kat situ cuma sayang student pandai je, yang bebudak pula racist dan sombong sangat. Jadi mama aku transferkan aku kat sekolah yang akhirnya menemukan aku dengan teacher Zel ni. Teacher betul-betul percaya bakat aku lebih daripada aku sendiri sedar. Daripada seorang student yang mundur dan tersisih, aku jadi antara best student kat sekolah baru aku tu. Lagi mengejutkan aku, aku berjaya baca poem atas pentas semasa hari guru walaupun aku sebenarnya seorang pemalu ganda 1000x. I pass my UPSR with flying colours, ecewah.

SEKOLAH MENENGAH

Masa sekolah menengah, teacher favorite aku sangat ramai, sebab masa tu aku budak asrama so masa terluang dengan cikgu tu lebih lama kan, so kita boleh kenal cikgu hingga ke hati budinya, cewah. Sebenarnya aku sayang semua cikgu tapi meh aku teruskan kenapa beberapa orang ini sangat special.

Madam Marwati. Madam sangat care dengan kami semua. Kami kena ada satu 'Journal' dan setiap hari kami kena update hidup kami kat asrama, suka hatilah nak luah perasaan or nak ceritakan sesuatu yang kelakar atau nak ulas berita suratkhabar, semua Madam tak kisah asalkan dalam bahasa Inggeris. Cara madam tu sangat berguna untuk aku yang sangat suka menulis ni, dan kat journal tu la aku selalu luahkan perasaan sedih, atau sunyi, atau gembira aku, macam tulis blog ni, then madam akan komen, aku rasa aku ada seorang pendengar setia masa tu. 

Madam Fatmawati. Madam Fatma ajar kami subjek biology. Subjek biology sinonim dengan buku yang tebal, fakta yang banyak, dan juga menghafal. Tapi Madam Fatma yang kecil molek mengubah suasana too serious semasa belajar subjek biologi menjadi lebih ceria. Madam selalu bersemangat setiap kami masuk kelas, kenapa kami students yang lebih muda nak rasa lemau, haruslah bertambah semangat kami kan. Dan...saya A biology SPM.

Cikgu Hadawiyah. Cikgu Hadawiyah adalah cikgu BM kami. Cikgu sangat comel dan sweet. Selalu bawa kami satu kelas pergi trip, contohnya Air Terjun Bukit Hijau dan berkelah di Pantai Merdeka. Cikgu dari Sarawak, selalu bawakan kami makanan untuk makan dalam kelas, paling best masa cikgu bawa my favorite KEK LAPIS SARAWAK,phewwwww sedap sampai berebut, hahaha, best kan budak asrama? 

Subjek Kegemaran Aku?

Waktu sekolah rendah aku suka Matematik. Bila sekolah menengah aku tukar Sains pula, lepastu jumpa jodoh pula iaitu Biologi. hahahaha. 

Post a Comment

4 Comments

  1. Rasa bertuah dapat cikgu yang percaya pada bakat kita dan sentiasa guide kita :) Subjek kegemaran kita sama! Hihi..

    btw, congrats mai buat cabaran ni.. nak dekat habis dah topik tu. keep it up! :D

    ReplyDelete
  2. Selamat berqjinkan diri. Susah nak istiqamah cabaran blogging 30 hari tu. Melainkan kita schedule siap siap dari awal. Haha 😁😁😆😅

    ReplyDelete
  3. WAHH MAI!! TERBAIK LA INGTAN KUKUH SMPAI KE SEKOH RENDAH!! UNNI INGT JGK CIKGU BAIK DULU TIME SEKOLH NAMA TU NK INGT X DPT... NI GABUNGN KE CANNER?? HAHAHAH

    ReplyDelete
  4. apa???? jumpa jodoh Biologi? hi biologi awaklah jodoh mai erk hihihih...

    ReplyDelete