Cabaran 30 Hari Blogging | Impian Saya



CARARAN #28 | IMPIAN SAYA

Impian aku kebanyakannya fokus untuk orang lain, bukan untuk diri sendiri. Hmm. Aku nak parents aku bahagia, aku nak hantar parents aku pergi Haji, aku nak parents aku bangga dengan aku dan aku nak parents aku dapat menantu yang soleh, baik, kaya, dan hensem, eh! 

Aku harap semua tu tercapai, kalau tak semua pun yang penting hantar parents pergi Haji tu aku memang nak buat. Kalau pun parents aku sempat pergi dengan duit mereka, aku nak juga hantar guna duit aku, harap termakbullah impian aku yang satu tapi cukup besar ini.

Lepas tu maybe aku boleh fikirkan impian aku. Last aku punya impian masa aku sekolah rendah. Aku impikan rumah aku nanti ada kolam renang. Tapi sekarang semua impian aku seindah unicorn tu terkubur sebab aku dah kena tampar dengan realiti dunia.

Hmm, mungkin satu-satunya impian aku untuk diri sendiri adalah untuk aku sembuh daripada hyperthyroid. Tapi aku redho je dengan apa pun yang terjadi. Aku cuma mengharap, tak pernah menyalahkan takdir.


7 comments

  1. Cik Nur doakan semoga Allah permudahkan urusan Mai untuk mencapai impian-impian mai
    ^_^

    ReplyDelete
  2. Insyallah ada rezeki boleh anta prent pegi haji..
    Kolam renang? Boleh tu kena beli yg isi angin tu.. Mudah.. Hehe..

    ReplyDelete
  3. amin ya rabbal, moga impian tercapai mai.. In Shaa Allah

    ReplyDelete
  4. Mudah2an segala impian akan tercapai.
    Aamiin.

    ReplyDelete
  5. Amiin..semoga hasrat Mai tu tercapai dan Mai sembuh dari hyperthyroid tu..nanti kalau dapat rumah dgn kolam tu boleh panggil kami2 ni buat party kot..keke

    ReplyDelete
  6. wah !! kakak kena buat gini gamak nye baru boleh konsisten update blog.. hahaha~

    ReplyDelete
  7. InshaAllah smua impian mai akan termakbul jgk nanti. amin :)

    ReplyDelete