Cabaran 30 Hari Blogging | Resepi

by - November 03, 2016


Alamak, kena tulis resepi ke? Mana aku terer memasak sangat pun, bolehla cincai-cintai lauk bujang, ahahaha. So resepi apakah yang aku nak kongsi pada cabaran kedua ini. Fuh, lap peluh jap, fikir, fikir!! Resepi spaghetti olio, okay? Selain senang disediakan oleh students, senang juga untuk mak mak yang busy tapi nak masak yang sedap dan terbaik untuk family.


Bahan-bahannya:
  • Spaghetti secukup rasa direbus sampai lembut.
  • Sebiji bawang holland
  • Bawang putih sikit *potong dadu
  • Udang segar secukup rasa dan bajet poket, kekekeke
  • Sotong segar secukup rasa dan juga mengikut bajet poket anda, lalala
  • Cendawan butang 
  • Ayam bahagian dada dipotong kiub 
  • Kobis sikit (suka makan sayur! yeay)
  • Butter
  • Gula dan garam
  • 3 batang cili api (Kalau nak pedas)
  • Serbuk lada hitam

    Cara-caranya:
    1. Panaskan butter, tumis bawang putih sampai keemasan ke kekuningan ke, macam tu lah rupanya.
    2. Masukkan bawang holland, cili (kalau nak pedas) dan kobis sikit, biar sampai layu.
    3. Masukkan ayam dengan sotong, tunggu masak sikit, baru masukkan udang, kemudian cendawan.
    4. Lepastu masukkan spaghetti, gaul rata.
    5. Perisakan dengan garam dan gula, dan serbuk lada hitam.
    6. Sambung kacau lagi.
    7. Tutup api dan hidangkan panas-panas.
    Korang cubalah! 

    You May Also Like

    17 orang rajin komen

    1. macam best ja cabaran ni. hehe. btw tq recipe!

      ReplyDelete
      Replies
      1. Best sebab boleh bagi idea untuk update setiap hari, hihihi...u're welcome :D

        Delete
    2. Tk prnah buat spageti tp boleh try ni.

      ReplyDelete
    3. NAK jugak la buat.. masih blh update ka ni..hahahahah.. update satu entry je

      ReplyDelete
    4. Favourite siqah, aglio olio:)

      Menarik nampak cabaran 30 blogging ni. Nak join jugak boleh? Hee. Tapi mungkin ikut dan je topik yang ada 😊

      ReplyDelete
      Replies
      1. Jom la join kak SiQah, hantammm saja...hahaha

        Delete
    5. kalau student menu mcm ni memang simple. akak pun kalau malas sgt masak ni je kenyang jugak. Macam best pulak cabaran 30 hari tu tapi akak takut sekerat jalan je haha..

      ReplyDelete
      Replies
      1. Mai pun takut sekerat jalan jugak, tp join je,hahaha

        Delete
    6. rajinnya cik mai memasak hihi

      ReplyDelete
      Replies
      1. Hihihi memasak boleh jimatkan duit, tp tgklah tahap kerajiran, kekekeke, pasal soalan kt cbox tu, takpe,dont worry ok,dh settle dh..hehehee

        Delete
    7. fuiyoo.. kak mai bagi resepi laa, mcm senang je nak buat.

      ReplyDelete
    8. Nak cuba lah resepi ni nanti. Terima kasih ye..:)

      ReplyDelete
    9. Suka.. Suka..
      Tapi xde gambar ke Mai.. Hahaha.. Boleh jamu mata..

      ReplyDelete