Cabaran 30 Hari Blogging | Siapa Saya


Assalamualaikum. hi korang.

Alamak! Haritu aku ada janji dengan Amirah nak join cabaran 30 hari blogging start 1 November 2016 ni, lepastu boleh pulak aku terlupa. Hampunnnnkan daku,hahahaha, terlewat sehari valid ke, tapi nak join juga, tak kira, tak kira, hahaha. 

Cabaran 30 hari blogging ni dimulakan dengan berkenalan dulu. Hihi, bak kata orang tua-tua, tak kenal maka tak cinta, ecewahh. 

Nama diberi Noor Maizan Fauzi, yang bermaksud Cahaya Utama. Nama panggilan, entahlah kawan-kawan aku semua jenis bedal je panggil ikut sedap diorang, Mechang, Meyjan, Mai, Ijan, dan macam-macam lagilah, tapi dekat blog ni aku guna nama CikMai, hehehe. 

Tahun 2016 ni genaplah umur aku 23 tahun, pada bulan Jun haritu. Dilahirkan kat Penang, tapi dibesarkan dekat Kedah, so aku ni adalah orang utagha. Tapi aku cakap dan tulis takda la slang utara sakgi hampa takpaham hampa boikot aku pulak. Hahaha. 

Aku ada 7 beradik, 6 perempuan vs 1 lelaki, dan aku anak kedua. Kakak aku dah kahwin, so sekarang akulah Sivaji the boss kat rumah tu, kehkehkeh. Aku ada tiga anak buah yang aku sangat sayang teramat amat sungguh. Tudia, nangis cikgu BM baca ayat aku, kehkeh.

Kami 7 beradik <3

Aku seorang yang jenis terperap dirumah, dan sangat malas nak keluar jenjalan apatah lagi lepak dengan kengkawan kat luar. Selain aku rasa bersalah menghabiskan duit abah dan mama, aku memang semulajadi malas kot, kahkahkah. 

Kalau nak tahu latar belakang pendidikan aku bacalah dekat ruangan 'Tuan Rumah' kat atas tu, Semua aku tulis dari tadika hingga degree, master and PhD? nanti kot-kot suami masa depan nak taja, kehkehkeh...Sekarang aku nak bayar hutang Ptptn jap. 

Random facts about me? Aku tulis tangan kiri, tapi buat aktiviti lain tangan kanan. Aku menghidap hyperthyroid. Aku layan lagu hindi, english, jiwang melayu, cina, dan arab. Hahaha. Kalau aku suka aku repeat lagu tu sampai lebam. Aku tak tahuler aku ni OCD ke apa kalau buku aku kotor or basah aku akan nangis dan sedih, kalau baju aku rosak mcm kotor yg permanent atau koyak aku akan terus buang sebab aku taknak tengok dah kalau aku nampak lagi aku akan sedih dan bad mood juga. 

Eh itulah kot yang aku patut share dengan korang, hahaha, kang share bebanyak korang pun menyampah nak baca. Hahaha. 

So aku tag siapa nak join cabaran ni, jom~!

19 comments

  1. Mai tahun 93 eyh? Muda stahun je dr mek :) mek kat pntai tmur :)

    Salam kenal mai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lah mek tua setahun je rupanya, ahahaha... bestnya dh bekeluarga....

      Delete
  2. boleh lagi ke??? [soalan blur] ahahahha

    ReplyDelete
  3. Tulis tangan kiri juga :) hihihi banyak juga persamaan kita kan mai kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi lah akak kidal juga ke..btul tu, bnyknya persamaan...

      Delete
  4. Best jugak game ni.nanti am nak tulis jugak lah. At least ada idea nak blog apa kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, itu sebab la mai join, kot kot nanti buntu nk update apa,kehkehkeh

      Delete
  5. Wah.. Ohsem lah Mai..
    Sep sikit.. akak pun 7 beradik juga..
    Sep lagi.. suka layan lagu sampai lebam.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak anak keberapa? Hihihi, layan lagu sampai lebam,nanti boring cari lagu baru dan repeat sampai boring juga, gitulah selalu.

      Delete
  6. Cabaran yang menarik. Dapat kenal dgn lebih dekat.
    Jom sertai http://akukaudansesuatu.blogspot.my/2016/11/giveaway-tag-win.html?m=1

    ReplyDelete
  7. owh mai ada 7 org adik beradik ya. dah tau dah sedikit sebyak pasal mai.

    ReplyDelete
  8. waahhhh cabaran 30 hari.. menarik ni.. Gut luck mai..

    ReplyDelete
  9. Mudanya awak la hai :) Ramai adik beradik, mesti seronok kan tambah lagi bila sesekali berkumpul :)

    Seronok cabaran ni. Nak joinlah nanti.. sindrom writer's block dah menjengah diri. Hee

    Keep in touch noor :)

    ReplyDelete
  10. Bagus kalau join ni. Tapi da masuk hari ke tiga dah ni dah lewatt.

    ReplyDelete
  11. 23 muda lagi hihi....penyakit hyperthyroid, tadi pun kak mila ada baca sorg blogger penyakit yang sama. siptom tu macamne er.?

    ReplyDelete
  12. Cabaran yang menarik.
    Semoga berjaya menyahut cabaran
    Kalau Mrs. A macam susah nak commit jer...huhuuhuu

    ReplyDelete