Cabaran 30 Hari Blogging | Tips Kemas Rumah


Ya Ampun! Boleh pula aku lupa nak update cabaran 30 hari ni semalam. Hehehe, tak kira nak update juga, boleh kan, kira acilah eh...So jom kita ke next topic : TIPS KEMAS RUMAH. Huh agak susah tips ni sebab aku ni jenis kemas bila rajin je, ekekekeke. Disebabkan aku ni pemalas so aku selalu memaksimakan sebab untuk aku kemas rumah. So aku tukar sikit la topik ni jadi tips kemas rumah untuk pemalas, boleh?

TIPS KEMAS RUMAH UNTUK PEMALAS

1. Sentiasa letak barang kat tempat asal selepas guna.
Kalau kita letak barang merata selepas guna, nanti bersepah lah kan. Kalau bersepah kena buat apa? Kena kemas rumah sampai berlecak ketiak peluh, adeh, tak best kan wahai pemalas sekalian? Eh, hahaha. So setiap kali guna sesuatu tu letak balik kat tempat asalnya so rumah kita sentiasa nampak kemas jadinya nanti tak payah penat sangat nak simpan banyak barang, just sapu habuk je. Lalala~

2. Basuk periuk sambil memasak makanan lain.
Daripada duk menungkan masa depan yang kejap mendung kejap cerah tu sambil menghitung minit nasik nak masak, baik basuh je periuk belanga bekas masak lauk tadi. So nanti lepas makan, perut dah kenyang, sendat, tak payah siksa diri kat dapur basuk periuk belanga banyak-banyak lagi. Sedih tau nak sandar perut berat penuh makanan kat singki tu sambil mengosok kotoran yang degil lagi berminyak.

3. Guna clorox untuk basuh toilet.
Rahsia aku masa duduk rumah sewa dulu, kalau time aku basuh je mesti toilet berkilat. Nak tahu bagaimana? Ececeh, aku guna CLOROX. Aku sembur je, lepas tu aku biar selama 15 minit, then aku datang, sental sikit sikit je tak payah banyak sebab kotoran semua dah terhakis, aku bilas, wah berkilat boleh cermin muka kat jamban tu. Lepastu aku baru basuh lagi sekali pakai pencuci toilet pelbagai jenama yang banyak jenis bau duk ada, lavender la rose la apa lagi tak ingat,hahaha. Haaa so aku share kat semua orang supaya takda yang nak mengelat sebab kat rumah mak bapak hangpa ada bibik hangpa tak penah basuh toilet so geli ke hapa, takdak alasan okay! Semua kena buat sebab semua guna! Eh garang plak hakak bagi tips sambil emosi.

4. Sambil sambil 
Sambil sambil je buat ni supaya tak terasa sangat, contohnya nak turun bawah, sambil tu ambil penyapu, sapu tangga tu. Nak mandi, sambil tu sembur la bilik air tu tenyeh sikit sikit. Sambil lipat baju kemas la almari tu sekali. Haaa kan senang buat sambil-sambil gitu...

5. Pasang lagu favorite sambil mengemas.
Sambil tangan kaki semua duk mengemas rumah tu, pasang lagi favorite hangpa so nanti boleh menyanyi sekali sambil menghiburkan hati hangpa yang terpaksa mengemas tu. Hahahaha. Nanti sat ja kerja habis tak sedaq sebab duk kemas sambil nyanyi..

So ini sajalah tips yang aku mampu bagi, teruk betui sifat pemalas ni, tak bagus sebenaqnya, tapi slow-slowlah berubah okay. Hihihi. Lebih baik pemalas yang buat kerja jalan singkat dari orang mengaku rajin tapi tak buat apa pun duk mengharap orang lain ja. Eh, okbai! 

Tata.


Post a Comment

11 Comments

  1. hahaha. busyra paling suka yg no 5 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, tapi kena dengar lagu rancak la, baru jalan kerja,hahaha.

      Delete
  2. Wahh.. Rajinnya CikMai buat challenge nie.. heheh info yang bagus untuk orang pemalas nak kemas rumah.. Macam saya pun pakai no 3 dan 5 untuk kemas rumah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi senang kan kerja membasuh dgn clorox...

      Delete
  3. guna Clorox tu... kena cuba lepas ni, kalau unni kerajinan g berus bagai.. hahahahaha.. lgi power tip mai ni!!!

    ReplyDelete
  4. Info yg brguna mai :) klau sepah lg xtahu la.

    ReplyDelete
  5. kalau kemas bilik yg paling best. kalau jumpa benda yg lama dah tak guna mesti tehegeh nak cuba try. try itu ini. lastnya kerja mengemas yg sepatutnya siap dlm masa 30 minit jadi 2 jam pulak :P

    ReplyDelete
  6. bagusnya buat camni...nak tiru jgkla... hihi

    no 5 tu win la CikMai...

    ReplyDelete
  7. Tips no 2 tu memang akak buat..
    Sambil memasak sambil membasuh periuk dan pinggan yg diguna..
    Tak leh tgk sinki semak..
    Satunlaghi lepas makan terus basuh..
    Takde lah pinggan mangkuk berlonggok dekat sinki..

    ReplyDelete
  8. Akak suka dengar lagu sambil mengemas atau memasak.. Hihi kalau dtg buang tebiat siap joget hahahaa.

    ReplyDelete
  9. eh kok sama,cara akak pun macam tu tapi part tandas tu biasa tugas suami akak walaupun tandas kami berlainan, dia guna tandas luar akak guna tandas master bedroom tapi part membersih dia ambil alih.

    ReplyDelete