Donald Trump Presiden Baru Amerika Syarikat!

by - November 09, 2016


Aku tak adalah ikut perkembangan US election sangat cuma kadang-kadang ja tertengok dekat youtube. Tapi harini aku rasa semua orang pun tahu yang Donald Trump dah menang. Ya Allah, tak faham betul aku macam mana dia terkenal dengan sifat racism, prejudice, sexism, homophobia dan Islamophobia ni boleh menang? 


Walaupun lebih kurang ja pengaruh Hillary Clinton dan Donald Trump ni, tapi si Trump ni memang terang bersuluh lagi jelas yang dia ni bencikan Islam. Menakutkan kalau fikir balik, ramai pula pengikut dia yang berotak udang kat Amerika sana. Yelah, pemimpin yang bodoh ni kan dipilih oleh pemilih yang lebih bodoh, itulah hakikatnya. 


Selain sukakan peperangan, agenda lain yang dia akan buat lepas jadi presiden adalah : 
(Sumber:Eecha)

1. Melarang orang Islam untuk masuk ke Amerika Syarikat. Lupakan lah hasrat nak jenjalan kat NY lepas ni.

2. Menghantar dan mengusir imigran/pendatang ke negara asal. Kalau negara asal taknak terima rakyat dia balik, dia mengugut untuk batalkan visa ke negara tersebut. 

3. Kononnya akan hapuskan ISIS. Macam mana tu? Pastilah dengan perang kan? T_T. Boleh jamin ke keadilan dan keselamatan umat Islam kat middle east sana?

4. Menyebabkan ekonomi dunia terganggu.

5. Rasism! 

Apapun perkara ni dah pun terjadi. Maka Donald Trump pun dah jadi Presiden USA ke 45. Kita tunggu dan lihatlah apa akan jadi selepas ini.

#RIPpeace #deathofAmerica 

You May Also Like

8 orang rajin komen

  1. at least Trump ni kita tahu pendirian dia..so kena berjaga2 dari yang manis mulut tp sebenarnya perosak..just my 2cent

    ReplyDelete
  2. jeng jeng jeng.. bermulalah hikayat trump si trumpet nihh

    ReplyDelete
  3. huhu. macam2 skrng ni. seram betul.

    ReplyDelete
  4. Ya allah...moga umat Islam seluruh dunia dilindungi

    ReplyDelete
  5. i love war !!! perhhh gila la presdien baru ni

    ReplyDelete
  6. mcm mcm btol. rmai pulak tu yg mngikut pmikiran dia --'

    ReplyDelete
  7. Mai dah tukar template ye ?
    Berbalik kepada d.Trump ni, dgr kata dia nak hapuskan baitulmaqdis ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah yunk, hehehe, cam eh, :P

      Tula seramlah fikir dengan dunia skrg ni.

      Delete