Isu Steereng Lock Axia Bermasalah adalah Tidak Benar

Kebelakangan ni banyak tersebarnya cerita mengenai steereng lock Perodua Axia yang bermasaalah hingga menyebabkan kemalangan berlaku. Banyak post mengenai kemalangan disebabkan steereng lock Axia tersebar di facebook bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Benarkah Perodua Axia bermasaalah?

Seorang pengguna kenderaan dari Perodua telah memuat naik komennya dalam Facebook Perodua Axia Group yang berbunyi:
Berkenaan isu steering lock yang hot skrang nih, aku dah refer kat hq perodua, dan feedback perodua bagi kat aku amat memuaskan, semalam refer, pagi jam 9 call aku balik, memang diaorang terima isu steering lock, tapi lepas diteliti (first kes axia e basic) dan dikaji oleh pihak jpj, takde masalah steering lock, lepas tu, takde yang report kat perodua tapi diviral dalam facebook, gambar2 yang terdahulu mengatakan steering lock bkn owner yang post, tapi sebaliknya pihak yang tidak bertanggungjawab yang post, klo betol masalah steering lock, tidak salah jika refer terus kat perodua, ingat je, salah viral akan menjadi fitnah dan fitnah tu dosa teramatlah berat, dunia2 jugak, akhirat jgn tak jaga
P/s: semalam ada seorang mamat tanya aku, aku ade share ke kat perodua sampai sibok nak tau, bro, yang diaorang dok viral tu keselamatan, keselamatan memang d ambik serius dalam setiap kenderaan, tak salah klo nak tau, and aku takde share satu sen pun kat perodua, aku cuma pembeli kenderaan dari perodua
Sumber : Photo 

Jadi aku ambil keputusan untuk tanya kepada sepupu aku yang bekerja sendiri di Perodua mengenaii hal ini. Dia sendiri dah pergi conference Perodua baru-baru ni, dan confirmkan perkara itu hanyalah penipuan pihak tidak bertanggungjawab. Maklumlah zaman viral sekarang ni, ramai yang suka menekan butang share tanpa menyiasat terlebih dahulu.

Malah pihak Perodua sendiri dah keluarkan statement rasmi bagi menjawab persoalan isu steereng lock Perodua Axia ini.

Sumber : http://www.carlist.my/news/perodua-claims-no-fault-axia-steering-systems/40634

Komen aku sendiri pengguna Perodua, dah hampir 5 tahun, alhamdulillah my Perodua Viva tak pernah lagi buat hal, langsung! 

10 comments

  1. susah nak percaya benda sekarang2. sikit2 viral. :D
    nasib baik perodua terus yg bagi feedback. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe, viral dulu baru buktikan, gitulah sikap netizen skrg. macam lalang.

      Delete
  2. Singgah jenguk tanya khabar. Semoga sihat selalu. ❤
    theathra.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. zaman skg macam jak org buat kalau nk mjatuhkan busnes org

    ReplyDelete
  4. Adoi la.. macam-macam hal skrg nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, kadang2 salah guna kuasa viral

      Delete
  5. Alhamdulillah setakat ni keta akak ok je. Diorang yang buat status macam tu cuma nak publisiti la tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la kak Kinah....Mai pun pakai perodua, so far alhamdulillah, tak pernah bt hal.

      Delete