Jangan sekali-kali Mengatakan 5 Perkara Ini Kepada Pesakit Tiroid.

Pernah dengar mengenai sakit hyperthyroid? Kalau korang ada saudara atau rakan terdekat yang menghidap hyperthyroid, tolonglah peduli tentang perasaan kami semua dengan tidak mengajukan beberapa soalan atau pernyataan sensitif yang mengguris perasaan kami. Siapa saja yang minta untuk sakit? Kami juga, tapi ini adalah ujian dari Allah, dan kami sangat mengharapkan sokongan dari orang sekeliling.

1. Eh Kamu dah sihat? Bila kamu nak sihat ni?
Persoalan diatas memang kami tiada jawapan. Bila? Belum tentu kalau kami sembuh hyperthyroid kami terus bebas dari penyakit ni, ada besar kemungkinan untuk kami terseret menjadi hipothyroid. Nak sembuh bukan target jangka pendek kami, kami cuma berharap badan kami dapat menerima sakit ini, kami tak senang letih lagi, dan hidup seperti orang normal bukan zombie. Doakan kami sudah cukup, janganlah menjadikan seolah-olah sakit kami ni terlalu beban dimata kamu. 

2. Bersemangatlah! Nanti-nanti rehatlah.
Kami selalu bersemangat, kalau nak tahu kami lebih bersemangat dari orang normal. Cuma kadang-kadang badan kami tak dapat terima lepas tu tenaga kami cepat habis. Janganlah sewenang-wenangnya mengatakan kami mengada atau hendak mencuri tulang. Mungkin kalau orang yang celopar begitu diuji dengan sakit seperti kami, dialah manusia paling lembik dalam dunia. Sebab bila kami cakap kami letih, kami tak bergurau.

3. Suka marah-marah sebab thyroid dia lah tu.
Benar masalah hormon dapat mempengaruhi mood pesakit tapi janganlah kalau dah buat perkara yang memang mencetus kemarahan orang lepastu salahkan orang tu marah dengan blame thyroid. Hello, kami hyperthyroid, bukan gila. Kami tak marah tanpa sebab, kalau kami tengok benda tu terang-terangan salah memanglah kami jadi marah, contohnya kalau nampak orang dera kucing depan mata, kami mestilah marah. Ok now betul, bila kami marah, memang kami akan sampai tahap menggigil dan over the limit mcm cerek mendidih keluar asap tu. Yang fakta terpesongnya, kami suka marah-marah, nope! itu salah sama sekali.

4. Semuanya mindset kamu jer tu.
Aku jujur kat sini okay. Setiap kali bangun tidur kami rasa macam kena langgar truck, semua sendi badan kami sangat sengal-sengal tak kira berapa lama pun kami tidur. Bila kami cakap kami penat kami tak buat-buat, boleh tengok shaking tangan dan kaki kami, itu bukan olok-olok. Bila kami cakap nak stop sebentar jangan cakap kami mengada, tengoklah rhythm pernafasan kami, bukan normal kan? Tolonglah peka, bukan terus menghukum. Mungkin kamu yang patut ubah mindset kamu.

5. Benda penting macam ni pun kamu lupa?
Sebenarnya kami ni tahap dah pakai spek mata pun kami lupa spek mata kami letak mana. Kadang-kadang kena brain fog, janganlah terus melulu melabel kami cuai. Kami sentiasa usaha yang terbaik, sebab tu kami sentiasa ada journal or diari sebab kami perlu diingatkan selalu, walaupun kadang-kadang kami lupa mana kami letak diari kami tu,kahkahkah. Gurau ja. "Kau ni nak salin satu ayat pun tengok buku, cuba tengok sekali je lepastu tulis."...Erm aku pernah kena ayat ni, aku gelakkan ajelah, nak kata apa kan....Tapi alhamdulillah dapat juga aku grad on time, cgpa atas 3 walaupun aku menangis setiap kami kena brain fog masa dalam dewan exam. BLANK. BLANK. Aku cuma ingat nama mak aku ja masa tu. Tapi kuasa Allah maha Besar, Allah janji kan siapa usaha dia dapat.

Erm kepada yang tegur aku kurus tu aku tak kisah, tegurlah lagi, hahahahaha. Seronok sebab selama ni aku debab dengan berat 70kg+ tetiba jadi 50kg+, bagai dunia ana yang punya. AHAHAHAHA.

Terima kasih kerana membaca. <3 


10 comments

  1. Ada masa orang cakap kita ni mengada.. Buat sikit, penat. Baru berjalan sikit, penat. Angkat barang sikit, penat lah, lenguh badan lah.

    Kadang bila geram, kalau prempuan tu ambik tangan dorg.. Letak kat dada. Nah! Kau rasa sendiri jantung aku.

    Bulat mata mereka. Laju! Pastu akak suruh rasa jantung dorg sendiri.. Akak akan cakap berbezakan? Dan akak akan tambah lg..

    "dengupan jantung korang waktu berlari, adalah dengupan jantung aku yang normal. Korang bayangkan lah kalau aku berlari? Jantung yang laju ni bertambah-tambah laju. "

    Barulah dorg akan diam.

    Tang lupa tu.. Hmm. Kita sendiri pun tak brapa suka sbnrnya jadi seorang yang pelupa, kadang nak berdekat gn laki akak pun otak blank. Sedangkan sebenarnya ada je point nak berdebat.. Tapi lupa. Tang ni dia untung. Hahaha

    Dulu waktu bekerja.. Bila boss bagi arahan, cepat2 tulis. Kalau tdk mmg akan lupa. Ada masa mereka akan bandingkan akak dengan staff yang lain.. Ye lah. Orang lain cakap xperlu tulis pun blh igt. Akak ni kejap-kejap kena tulis..

    Kadang penat nak hadap orang macam ni.. Tapi xpe lah. Kita sakit.. Salah satu hikmahnya, in sya Allah gugur dosa-dosa..

    “Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.

    (HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks atas ingatan dlm ayat terakhir tu kak reen, sangat melegakan perasaan. Tahap jantung mai berdegup laju sampai nampak kat leher effect degupan tu, moga dijauhkan dari terkena thyroid storm.

      tengah baring pun jantung mcm lepas marathon. tremor lagi, memang penat.

      sebab itulah kadang2 rasa sedih, tambah2 kalau org tak faham. hanya org yang pernah kena/atau tengah ada masalah thyroid je akan faham situasi kita. Sebab semuanya tak nampak pada mata kasar tapi sgt dirasai.

      Delete
    2. tak pe dik.. Tabah. Biar orang lain tak nak faham.. Yang penting Allah faham. Sakit ni juga buat kita lebih dekat dengan Maha Pencipta.

      Kadang kalau pergi hospital.. Klinik.. Buat medical checkup thyroid.. Akak akan tengok pesakit lain.

      Dulu waktu akak checkup kat Hospital Ampang.. Ada nampak yang sakit tua, dah tak larat nak berjalan sampai kena tolak gn kerusi roda atau terbaring lemah atas katil sambil ditolak atas katil..

      Akak bersyukur sebab thyroid akak ni.. Masih belum sampai macam keadaan sakit tua. Masih belum sampai tahap kritikal..

      Ada juga.. Yang sakit lebih teruk dari kita. Kanser tahap maksima... Yang kita tak nampak sedang menunggu detik2 akhir mereka.

      Penyakit kanser yang kena jalani apa benda ntah. Simioterapi? Eh. Ntah ape ke benda namanya tu. Haaa adik fhm2 sendiri lah ya. Akk dh lupa hahahaaaa

      Lepas tu plak dengan rambut gugur sampai botak..

      Penyakit HIV.. Haaaaa. Dan banyak lagi.

      Kadang tgk pakcik2 makcik2 yg sakit tua.. Akk dok terfikir, agaknya ajal akak waktu dh tua mcm mereka ke? Atau ajal akak umur 30an? 40an?

      Hanya Allah je yang tahu...

      Delete
    3. Hahahaha kak reen ni, kimoterapi ke kak reen maksudkan? Betul tu, kalau difikirkan ramai lagi yang lebih dasyat ujian mereka, tambah2 mai pernah praktikal dalam lab dulu... sedih bila btkan ujian hiv org lepastu keluar positive result.

      Be strong kak reen, and diri saya juga ;)

      Delete
    4. Hihihi ye lah kot kimoterapi. Nasib adk fhm hahahaaha

      Allah.. Pernah buat praktikal dan result hiv positif? Akak tak dapat bygkan macam mana perasaan orang tu. Macam mana riak muka bila dapat tau..

      Yes! Be strong to both of us! Heehee :D

      Delete
  2. btl tu kalau beart turun macam da rasa dunia ni milik kita!!! btw sabar yerr mai dengn org2 sebegini..sesungguhnya sakit itu penghapus dosa2 kecil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe aamiin, semoga besar hikmahnya disebalik semua ni.

      Delete
  3. kena saling paham la. tk mintak pun nak sakit cam ni. org tk kne mmg la sng nk cakap --'

    ReplyDelete
  4. good sharing dik. moga lepas ni akan "membuka mata " org2 yg selalu "bersangka buruk" dgn kita....

    ReplyDelete