Kerja Menterjemah Bermula.

by - November 12, 2016


Fuh, nak kata underestimate tugasan ni tidaklah, tetapi aku ingatkan tidaklah payah sangat nak menterjemahkan bahasa Indonesia kepada bahasa Melayu. Rupanya tidak semudah yang aku fikir. Kerana nak menterjemahkan karya orang lain aku mestilah kekalkan ciri penulis tersebut, tetapi bila dah masuk dengan gaya penulisan aku, memang susah nak kekalkan ciri yang asli melainkan aku kena baca dan ulang baca banyak kali untuk pastikan tak ketara sangat gaya penulisan penulis aku tukar menjadi gaya aku.

Sebenarnya aku tidaklah berharap sangat untuk terpilih nanti memandangkan ini kali pertama aku membuat penterjemahan karya orang lain. Tentu ramai lagi penulis berbakat yang syarikat ni uji. Tapi bagi aku, kalau dh buat sesuatu, habiskan dengan bersungguh-sungguh. 

Apa yang aku telah berjaya terjemahkan pagi yang indah ini, walaupun sekiranya kualitinya tidak cukup bagus, tetapi adalah hasil usaha aku yang cukup keras. Bukan mencabar dari lenggok bahasanya sahaja, tapi dari plot cerita juga.

Cerita mengenai bolasepak? Aku bukanlah peminat bola jadi aku tak familiar langsung dengan beberapa istilah yang digunakan dalam arena bolasepak ni. Jadi aku share dengan korang petikan dari hasil kerja aku kat sini, korang bagilah komen yang membina untuk aku perbaiki kerja aku sikit, hahaha..Kalau kali ni bukan rezeki, mungkin lain kali aku boleh praktikkan dalam penulisan yang lain.

Klik Untuk Tumbesaran


You May Also Like

10 orang rajin komen

  1. Ooo..translator gitu. Good luck :)

    ReplyDelete
  2. Ohsem Mai.. semoga terus berjaya..

    ReplyDelete
  3. wahhh menarik nie. menterjermah karya indonesia ke bahasa malaysia. all the best tau. memang susah nak menterjemah bagai nie. :)

    ReplyDelete
  4. wahh menarik nya ! mana mai cari keja ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai jumpa iklan dorang kat fb Mellya..

      Delete
  5. hebatnya ! kak mai boleh belajar perkataan baru dgn kerja ni.. teringin jugak..

    ReplyDelete
  6. good luck mai , pandai mai menterjermah

    ReplyDelete