Mayy Jie Berwajah Baru!


hutan pagi
Suka gambar hutan!

Cak! Good Morning semua. 

Perasan tak blog ni dah bertukar wajah, kehkehkeh. Sebenarnya bukan aku rajin sangat nak tukar template lagi, tapi disebabkan tangan aku yang gatal tekan sana tekan sini, konon nak buat drop down menu bagai, last-last jahanam template lama tu. 

Fuh, berderau jugak darah dengan diri sendiri ni. So pandai buat pandailah tanggung. Terpaksalah aku godek godek template baru pagi ni, sedih betul, dah la template baru ni susah nak atur, pening kepala aku. Hahaha, header yang aku buat comel comel pun terpaksa dikuburkan sebab tak sesuai dengan template ni. *nangis kat bucu katil.

Ermm, alang-alang dah tulis entry ni aku nak ceritalah kenapa blog aku namanya Mayy Jie. Hehehe. 

MAYY
Nama panggilan dikalangan kawan-kawan adalah Mai. Waktu kerja dulu aku baik dengan adik ipar bos (Arsyad nama dia) yang kerja dia ganti shift aku, so bila aku datang pagi tu aku selalu novel indie or laptop dan wifi yang dia tinggal untuk aku guna kalau bosan tu, dengan sekeping nota yang dia tulis menggunakan sticky notes aku, 'To: Mayy' . Aku rasa catchy pulak ejaan tu daripada ejaan biasa MAI yang macam lagu Pulau Pinang, ♫♫Mai lah sini....Pulau Pinang menanti.....♫♫

JIE
Jie pula adalah singkatan nama bapak aku, Fauzi. Orang panggil abah, Jie. So aku gabungkan ler dengan nama aku. Mana boleh tinggal nama bapak, hehehe, kan anak bapak, kekekeke. Dengar kat mama, merajuk seminggu, LOL. 

***
So itulah asal usul kenapa aku namakan blog aku Mayy Jie. 

25 comments

  1. Macam mana awak buat template yg baru ni. saya suka laa sbb simple.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi terima kasih Beeha. Mai pakai free template by themeXpose je, Rosemary, http://www.themexpose.com/2016/08/rosemary-minimal-responsive-blogger.html... Lepastu adjust sendiri warna, susun atur gadjet dan font, hehehe...

      Delete
  2. hehehe...gatai ye mai tgn tu...

    yg ni pun bg ruby simple dan ok lh.

    ada lah hikmah tu nape tergatal tgn kan kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay ye? Hihihi terima kasih, lega dengar, hehehe.

      Delete
  3. wah cantik! dari gray ke merah.. kan.. penat kan, nak kena uah semua. tp bila dah siap tu leganya tu, seronok! baru tahu mayy jie tu maksudnya. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha betul tu, lega ya amat. hahaha

      Delete
  4. Memang nampak kemas dan simole template baru ni. Syabas 😃

    ReplyDelete
  5. Sah tak backup dulu template masa edit :P Takpa template baru pun lawa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la,kantoi dh perangai buruk tu,hahah.... terima kasih :D

      Delete
  6. blogger mana? blogger mayy jie..catchy jugak bunyi tu..hehe
    btw, template cantik, sidebar kemas, responsive tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha tapi tak terkenal pon Nick, ahahahaha...
      thanks , responsive ni,tp test kat https://website.grader.com/ dapat 79 je,hehehe

      Delete
  7. I like jungle too. See my profile and is mentioned there.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Forest and beach, both are fascinating for me.

      Delete
  8. ok da tau sejarah mai... unni da lama tulis sejarah nama Unni anje ni, publish jak belum!! bru teringt baca post mai ni.. btw suka templte pink2 ni!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha cepat publish unni, tak sabar nak baca. hehehe

      Delete
  9. cantik template ni..simple dan clean dan juga mudah nak tgk apa yg ada hehe

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Bertukar mood ke jambu sikit, hihihi

      Delete
  11. Cantik sangat!!!!! Rasa macam nak tukar theme blog juga pulak xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh template Azreen dh cantik dah , simple je putih bersih. Kalau nk tukar nanti tgklah guide yg mai share nanti, hehehe

      Delete
  12. Mai lah sini.. mai lah sini.. haha. Mai, sumpah lawak part tu. Tak pernah terfikir nanye. Bila mai tulis gitu, baru terfikir. Kiki.

    Nice new name mai. So should I call you mayy? :D

    ReplyDelete