Movie Review | Hush - 2016

by - November 06, 2016


General Audience
Parental Guidance
PG-13
18SG/SX
Mesti Tonton

Hush - 2016
5/5 ⭐

Sinopsis
Filem ini bergenre horror/thriller dan berkonsepkan home-invasion. Watak utama, Maddie yang bisu dan pekak, seorang penulis buku yang tinggal seorang diri. Maddie berdepan dengan pembunuh psiko yang cuba pecah masuk rumah dia. Kalau movie 'Don't Breath' tu perompak lemah masuk rumah pakcik buta yang sado, kali ni terbalik pulak, sebab perompak ganas attack gadis bisu yang lemah. 

Ulasan Aku 
Movie ni macam underrated sebab aku tak pernah tengok iklan dia sebelum ni, padahal plot ceritanya memang terbaik. Kisah pasal Maddie, yang bisu dan pekak, dia ni penulis buku so hidup dia dengan laptop dia jelah. Suspen bermula masa Maddie kat dapur, tiba-tiba jiran dia datang menjerit-jerit kat pintu tu minta tolong, tapi Maddie ni tak dengar pun, yelah dia pekak kan, so pembunuh psiko tu dapat bunuh jiran Maddie tu tanpa Maddie sedar walaupun kejadian tu kat belakang dia je.

Lepas pembunuh psiko tu dah bunuh jiran Maddie, dia pelik la kenapa Maddie tak toleh-toleh. Dia try ketuk pintu tu dan Maddie masih tak respons apa-apa. Pembunuh psiko tu rasa macam tertarik dengan Maddie dan nak mainkan nasib Maddie sebelum bunuh Maddie pula. Dia takde sebab pun nak bunuh orang tapi dah namanya pun psiko kan. 

Bestnya movie ni sebab bagi aku Maddie ni lain dengan watak typical heroin lain, selalu aku jadi geram sebab diorang buat step yang bodoh, tapi Maddie ni lain. Maddie selalu berfikir sebelum bertindak, dan dia memang fight habis-habisan dengan pembunuh tu, walaupun kaki dan tangan dia luka teruk dikerjakan pembunuh tu.

Paling sedih masa Maddie tulis note untuk parents dan keluarga dia. Dia tulis  'died fighting', sebelum dia ambil keputusan untuk lawan dengan pembunuh tu. Tapi ya Allah, pembunuh tu cekap, dan Maddie pula ada satu kelemahan, sebab dia tak boleh mendengar pembunuh tu. Semangat Maddie yang tak mudah menyerah sebelum kalah memang patut dicontohi. 

Endingnya? Apa jadi pada Maddie? Korang kenalah tengok sendiri, hehehehehe. Yang pasti lepas dah habis tengok pun jantung duk berdebar lagi. 

Nah aku belanja trailer untuk korang. Layan dulu~

You May Also Like

7 orang rajin komen

  1. omg serious nak tengok malam ni jugak! macam best je!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi memang best, berdebar je tgk dengan adik...

      Delete
  2. mai ni memang peminat horror ke :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, mai suka genre thriller and horror , both buku or movie.

      Delete
  3. Kene pulak sound effect dia boom, memang trperanjat habes la ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak de terperanjat sgt tapi debarnya ya Allah, dasyat bebenor.

      Delete
  4. Hati meronta ronta nak tengok tapi...
    Nantilah cari semangat dulu.. Hahaha..

    ReplyDelete