Movie Review | Neerja - 2016

ulasan neerja
5/5 ★

General Audience
Parental Guidance
PG-13
18SG/SX
Mesti Tonton

ULASAN MAI

Filem Neerja ini adalah berdasarkan kisah benar yang berlaku pada tahun 5 September 1986 dimana sebuah kapal terbang Pan Am Flight 73 telah dirampas oleh sekumpulan terroris. Seorang pramugari Neerja Bhanot telah dianugerahkan pingat pahlawan kemanusiaan diatas kisahnya yang cukup berani mengatur tindakan demi tindakan untuk menyelamatkan penumpang pesawat tersebut.

Oleh kerana filem ini based from true story, jadi tiadalah sebarang plot twist atau aksi lawan yang tidak logik. Neerja menjadi berani dan menggunakan kebijaksanaannya untuk mengaburi dan melambatkan tindakan puak terrorist tersebut. Perbuataan Neerja Bhanot berjaya menyelamatkan 359 daripada 379 orang penumpang dan krew kapal. 

neerja


Cerita ni sangat menarik hati aku dengan perjalanan hidup Neerja Bhanot yang begitu berani dan tabah sedangkan usianya masih muda, 23 tahun. ' Hidup tak perlu lama, asalkan bermakna', aku suka prinsip hidup Neerja. Kisah kasih sayang yang kuat antara seorang ibu dan anak juga benar-benar membuat aku tersentuh. dimana seorang ibu yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anaknya dan dia jugalah orang pertama yang akan tahu jika anaknya didalam kesusahan

kasih ibu
Siapa nangis babak ni? 
Akhirnya movie Bollywood berjaya menghasilkan sebuah filem yang setaraf kualiti Hollywood kerana movie ini memang tak kurang hebatnya dari beberapa filem hijack omputih seperti Flightplan. Korang memang patut tengok movie ni, memang best! Aku tengok semalam, tapi sampai sekarang aku masih rasa terkesan dengan filem ini. 

Kiri Neerja Sebenar dan Kanan Adalah Shonam Kapoo yang berjaya menghidupkan watak Neerja, both are stunning!


Tonton online - http://www.subsmovies.com/watch?movie=5286444
Previous
Next Post »

6 orang rajin komen

Click here for orang rajin komen
Unni Anje
admin
11/23/2016 10:10 PM ×

Macam best jak.. Save list dulu

Reply
avatar
11/23/2016 10:59 PM ×

Menarik nie.. nanti nak carilah..

Reply
avatar
Reen Johari
admin
11/24/2016 8:20 AM ×

Cerita Hindustan ya.. Lama dah tak layan cerita Hindustan..

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
11/24/2016 8:07 PM ×

Save la Unni, worth to watch !

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
11/24/2016 8:08 PM ×

Boleh tgk kat link Mai bg tu kak SHa.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
11/24/2016 8:08 PM ×

Ye kak Reen, best ni...

Reply
avatar