Rahsia Wanita Dari Warna Lipstick

Lipstick sangat penting untuk menjadikan penampilan seorang wanita nampak lebih ceria, semangat dan cantik. Ibaratnya seperti quick beauty hack kalau dah tak sempat sangat make-up sebelum keluar rumah, calit lipstick and done! Tapi tahukah ada beberapa rahsia disebalik pemilihan warna lipstick. Adakah warna lipstick yang dipilih betul-betul mewakili personaliti diri anda? Let's check it out.


Rahsia Lip Gloss / Lip Balm Tanpa Warna

Wanita yang memilih lip gloss atau lip balm ini selalunya adalah wanita yang suka gaya natural. Paling tidak pun, mereka akan memilih lip gloss yang mengikut warna darah. Walaupun tanpa sebarang warna, ia tetap menjadikan si pemakainya gaya ringkas tersendiri. Personaliti penggemar lip gloss adalah mudah, gemarkan hidup yang aman damai, oleh itu mereka juga bersikap suka bersendirian.



Rahsia Lipstick Pink

Lipstick pink menjadikan gaya si pemakai nampak lebih muda dan ranggi. Namun lebih sesuai untuk mereka yang berkulit cerah. Mereka yang memilih warna pink selalunya seorang yang romantis dan berjiwa penyayang. Sifat mereka tidak suka mencari masalah dengan orang lain. Namun begitu, walaupun dari luaran mereka kelihatan slumber dan macam tidak kisah, awas, mereka sensitif sebenarnya.



Rahsia Lipstick Coklat 

Lipstick coklat dipilih oleh wanita yang tidak suka menonjol dari segi imej. Si pemakai lipstick coklat lebih mementingkan bakat dan keupayaan diri sendiri. Mereka yang memilih rona coklat adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan stabil dari segi emosi. Istimewanya? Wanita yang suka memakai lipstick warna coklat dipercayai lebih setia. 



Rahsia Lipstick Ungu

Si pemakai lipstick ungu selalunya adala bersifat sophisticated dan mempunyai pertahanan diri yang jitu. Mereka sering berpegang kuat pada prinsip diri sendiri dan tak gentar dengan orang lain. Ini dibuktikan dengan keyakinan diri mereka untuk memakai warna ungu ini. Bukan semua berani...kan?






Rahsia Lipstick Oren

Wanita yang memilih rona oren/jingga adalah seorang yang berdedikasi terhadap kerjaya/pelajaran mereka. Si pemakai warna oren lemah lembut orangnya namun mempunyai hati yang keras. Kadang kala mereka akan bertegang lidah dalam mempertahankan pendapat mereka.




Rahsia Lipstick Merah

Si pemakai lipstick merah adalah cenderung untuk menjadi perhatian ramai dan kelihatan seksi. (Macam Mai, kehkehkeh). Mereka mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi. Selain itu mereka tidak suka diperlekehkan orang lain. Pendek kata, jangan cuba bermain-main dengan mereka ini, buruk akibatnya. Namun begitu mereka sebenarnya baik hati.





So, macam mana? Ada point yang terkena tak? Hahaha. Mai penggemar lipstick merah...korang?

7 comments

  1. anis suka sgt lipstick yg warna oren oren ni :3

    ReplyDelete
  2. Ini rupanya perbezaan lipstick. Maznee baru tau

    ReplyDelete
  3. Nana suka yang sama warna ngan kulit supaya org x perasan yang kita pakai lipstick.. jealous tgk org yang pakai lipstick berkaler2 nihh.. Nana takde keyakinan langsung nak pakai lipstick warna terang.

    ReplyDelete
  4. selalu pakai lipsbam sebelum pakai any lipstick , kita suka warna merah and pink , jarang ada warna lain

    ReplyDelete
  5. Siqah suka liptick tanpa warna / natural. Warna pink pun suka jugak tapi taklah yang pekat seperti dalam gambar, biasa2 je warnanya. Hii

    ReplyDelete