Susahnya walaupun nak dapat kerja sementara?!

by - November 01, 2016


Hai, Assalamualaikum.

Harini aku pergi walk-in-interview untuk jawatan kerani tau, hahahaha. Yang aku dah post kat entri sebelum ni tu, sajalah cuba nasib untuk jawatan kerani akaun, tapi entahlah dapat ke tidak sebab tadi interviewer tu cakap "Awak ni tak ada basic akaun macam mana nak jadi kerani akaun", 

Hmmm, itulah aku pun main terjah je ikut dan, kahkahkah. Aku pun tak tau pengalaman aku jadi financial manager masa entrepeneurship course diploma and degree dulu berguna ke tidak untuk kerja kerani akaun ni. Haish tak tahulah, over confident plak aku ni tadi.

Interviewer tu ambil resume and salinan sijil aku sebab dia cakap nak pertimbangkan dengan bos dia kot-kot bos besar nak bagi peluang pada fresh grad kan? Mana tahu, aku memang nak sangat kerja bidang management ni sebab nak kumpul pengalaman kan.

***

Tadi petang aku dapat call dari sebuah pusat tuisyen untuk jawatan pengurus cawangan. Pengurus cawangan? Wah memang aku nak sangat lah kan terketaq ketaq keeksaitedkan, so bos nak jumpa esok suruh bawa laptop sekali.

Bila aku turun jumpa mama and abah kat ruang tamu tu, hancur berkecai hati eden ni ha.. Parents aku tak kasi pergi kerja tu sebab jaraknya jauh, lebih kurang sejam dari rumah. Adoi...

Sedihnya. Apa komen korang? Apa perlu aku buat ni T_T.

You May Also Like

13 orang rajin komen

  1. Mai pujuk la parents. Sjam je tu.. Bkn luar negeri sgt.. Btw moga dpt kerani akaun tu, pgalaman tu y penting.. Untuk pgetahuan mai unni dulu stdy medical last2 dpt keja kerani akaun tnpa bacis. Alhmdulillah slow2 bljar skg siap jadi tukang ajar. Hahaha.. Moga lulus interview mai.. Doa jgn lupa.. Btw kalau da rezeki x kemana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhuh macam takde harapan dah, mai dh hantar permohonan tarik diri dari interview dah, sbb mai tak sihat sgt kot mak bg ulang alik jauh2...

      Delete
    2. la iya ke.. tak pa. ibu bapa nak y tbaik buat anak mereka.. In shaa Allah ada rezeki yang lebih baik

      Delete
  2. Aduhaii, parents pulak tk kasi --' mek pn travel 45km shari pegi shj. 90km dgn blik skali --'

    Tkpela, nnt dpt yg sesuai bleh la keje. Parents tk bg tu sbb safety ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauhnya kak Mek, semoga rezeki kak mek terus diberkati dan melimpah ruah naa...

      huhuhu adalah hikmahnya tu kot...

      Delete
  3. tak apa cuba lagi,insyAAllah adalah rezeki yang lain.

    ReplyDelete
  4. In sya Allah.. Ada rezeki, akan ada juga. Mungkin Allah nak beri Mai kerja yang terbaik untuk Mai. Papepun, teruskan usaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, moga ada rezeki yg terbaiklah kak reen...

      Delete
  5. Jauh juga tu sejam..
    kena pertimbangkan banyak perkara..
    Parents ni biasanya punya pandangan tersendiri kenapa tak bagi..
    So as a doughter.. Cewah.. cak bi lak kak sha nie..
    Better mai bincang elok2 dengan parents..
    Tapi mai kena listdownlah benefit kalau mai kerja tu..
    Perancangan dari segi minyak/tambang pengangkutan awam, makan, masa mai.. nie sume kena kukuh baru parents boleh faham..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu saya mampu menurut perintah ajelah kak sha, harap nanti dapat kerja yg sebaiknya. abah cakap kalau nak kerja sementara tak payahlah ulang alik jauh-jauh...abah pun boleh bela lagi..sebak bila fikir balik, abah pun kerja kat penang, which mean sejam juga jaraknya...moga Allah membalas kasihsayang dan jasa semua bapa-bapa kat dunia ni T_T

      Delete
  6. tapi kan mai. better lagi dengan nasihat oghang tua. dorang lebih lagi makan garam dari kito. mungkin tak berbaloi bayar duit tol atau duit minyak nak ke tempat mai kerja tu.

    lepas tu. tu kalau mai sendiri yang driving lah yo. tapi macam mane kalau parent mai yang hantaq balek mai ke kerja? haaa

    harap mai pertimbangkanlah and amer doakan mai dapat kerja kerani account tu . kalau dah rezeki tu memang tak kemana. Harap mai dah siap2 solat hajat n tahajud lah na :D .

    ReplyDelete
  7. InshaAllah mai. kita akan dapat keja jugak. hahaha. busyra pun sama macam maiiii. :( masih mencari kerja. sama2 kita doakan ya.

    ReplyDelete