#MyTravelokaEscapade : Peluang bercuti ke Melbourne Idaman Tanpa Perlu Pecah Tabung!

#MyTravelokaEscapade : Peluang bercuti ke Melbourne

Semua orang pasti suka bercuti, tambah-tambah ke pelbagai tempat yang baru. Sudah tentu memerlukan kos yang agak tinggi jika berimpian untuk melancong ke luar negara, tapi... janganlah risau kerana Traveloka nak taja percutian kita ke destinasi idaman bersama #MyTravelokaEscapade! Kita boleh pilih destinasi idaman kita sama ada nak bercuti sambil bershopping di Bali, atau melihat keindahan pantai El Nido, mungkin juga ada yang mahu menikmati kemeriahan Hong Kong, bershopping chocolate di Langkawi, meronda sekitar bandar besar seperti London, Melbourne dan Tokyo, menawan pergunungan indah di Nepal, cuti-cuti Malaysia di Sabah, atau mengorat Lee Min- Ho di South Korea, eh!

Omg bestnya, kalau terpilih untuk bercuti ke Melbourne tanpa perlu memecahkan tabung dan pihak Traveloka menunaikan mimpi aku untuk terbang ke Melbourne, Australia bersama #MyTravelokaEscapade, pasti aku akan menggunakan peluang yang ada sepuas-puasnya untuk melakukan beberapa perkara yang kita hanya akan dapat di Melbourne. Fuh! Apakah itu? Let's check it out kenapa aku pilih Melbourne sebagai destinasi pilihan.

01.Memandu sepanjang Great Ocean Road Melbourne! 
Great Ocean Road #My TravelokaEscapade
Great Ocean Road - Melbourne
Aku seorang yang sangat enjoy long journey, tambahan pula bila dapat drive sambil menikmati permandangan yang sangat indah, oh bayangkan saja pun boleh buat aku terjerit excited. Fakta menarik tentang Great Ocean Road ni adalah, telah dibina sejak selepas perang dunia pertama! Memang betul-betul great lah sebab tanpa teknologi yang tinggi tapi jalan sepanjang 243km ni dapat disiapkan juga.

Melbourne #MyTravelokaEscapade
Port Campbell National Park
Perjalanan di Great Ocean Road ni nanti akan melalui beberapa perhentian, tapi yang sangat mencuri hati untuk nak sangat pergi adalah sebab aku nak selfie puas-puas di Port Campbell National Park! Nak selfie ke nak ambil gambar ke memang berbaloi sebab permandangan kat Port Campbell National Park ni memang terbaik berdasarkan cerita traveler sebelum-sebelum ni. Teringin sangat untuk tengok batuan unik yang terbentuk daripada hakisan, seperti batu yang berbentuk seperti pisau cukur yang diberi nama Razorback Formation. Selain tu tempat wajib singgah di Port Campbell National Park adalah Loch Ard Gorge! Kat sini memang ibarat syurga dunia betul sebab keindahan semula jadinya yang memang tiada tolok bandingnya. Last but not least, mestilah aku nak sangat bergambar di 12 Apostle, iaitu 12 batu besar yang tersangatlah cantik, sayangnya dan ada yang runtuh, sekarang dah tinggal 7. 😢

12 Apostle Traveloka Melbourne
12 Apostle
02. Tawan Banjaran Dandenong (Dandenong Ranges)! 
Terdapat tiga tempat wajib singgah di Dandenong Ranges, iaitu Puffing Billy Railway, Sky High Mount Dandenong dan Grants Picnic Ground.

Of course lah nak naik Puffing Billy Steam Train kat Puffing Billy Railway tu, comel sangat tau asap keluar kepul kepul! Kereta api klasik tu dah berumur lebih 100 tahun tapi masih kuat untuk membawa ribuan penumpang setiap hari. Hebat tak hebat?

Puffing Billy Steam Train #MyTravelokaEscapade
Puffing Billy Steam Train
Manakala dari Sky High Dandenong Mount pula kita boleh view dari puncak dengan cuaca yang dingin, fuh memang indah. Siap ada trek tau, confirm takkan sesat, insyaAllah.

#MyTravelokaEscapade : Peluang bercuti ke Melbourne
Sky High Dandenong Mount
03. Melambai Penguin Comel & Memberi Makan Kangaroo Secara Live!
Phillips Island Melbourne
Phillips Island
Ya peluang untuk melambai pada penguin yang terkedek-kedek nak balik ke sarang, dan menyuap kanggaro makanan bukan lagi mimpi bila dah jejakkan kaki ke Phillips Island, Melbourne ni. Waaa seronoknya!

Penguin di Melbourne Traveloka
The Nobbies Phillips Island
Penguin-penguin comel ni kita dapat tengok di Nobbies Phillips Island, depan mata tau! Penguin liar pula tu. Memang rare betul ni. Hahah. Manakala kalau nak bermanja-manja dengan Kangaroo kita perlu pergi ke Wildlife Park yang juga terletak di Phillips Island ni.

04. Bergambar di Bathing Box Brighton Beach
Lawa gila kot Bathing Box ni, berwarna warni gitu, comel sungguh. Memang aku nak selfie puas-puas kat sini ler, hahahah, nampak sangat iols ni hantu selfie gittew. 

#MyTravelokaEscapade Bathing Box
Comelkan Bathing Box ni, Brighton Beach
05. Shopping lah kawan!
Aku ni bukanlah kaki shopping sangat, tapi kalau dah sampai ke syurga membeli belah ni siapa boleh tahan weh, hahahaha. Kalau nak tahu di Melbourne, kalau kena tempatnya, kita boleh dapat barangan berjenama dengan harga yang lebih murah dari Malaysia tau, see, sebab tu lah, kita shopping lah kawan! Lagipun dah sampai jauh-jauh mestilah nak cari juga buah tangan untuk keluarga dan kawan-kawan untuk kenang-kenangan tak gitu?

Barangan branded boleh dapatkan di Factory Outlet, manakala beberapa tempat untuk cari cenderamata dan antara lokasi wajib singgah di Melbourne adalah seperti Queen Victoria Market, Bourke Street, dan Degraves Street.

Queen Victoria Market Traveloka
Queen Victoria Market
Barang je? Mestilah tak, aku nak borong chocolate banyak-banyak juga di Chocolate Factory di Phillips Island, yehaaa.

#MyTravelokaEscapade : Peluang bercuti ke Melbourne Idaman
Chocolate Factory Melbourne
06. Mengintai Sejarah Melbourne 
Kota Melbourne juga memang terkenal dengan sejarahnya yang masih kekal megah tersergam indah, perghh ayat. Walaupun bangunan lama, tapi senibinanya tetap memukau. Tak percaya? Tengok sahajalah bangunan Flinder Street Station, Town Hall Melbourne dan Shrine of Remembrance

#MyTravelokaEscapade
Flinder Street Station
Peluang bercuti ke Melbourne
Melbourne State Library
Remembrance
Shrine of Remembrance
#MyTravelokaEscapade
Melbourne Town Hall
Tengoklah betapa cantiknya bangunan bersejarah Melbourne, aku yang bukan peminat sejarah pun jatuh cinta tau. 

 07. Free je?
Beberapa perkara menarik di Melbourne yang kita boleh buat dengan free je? Biar betul, tapi betullah, hahahaha. Nak tahu apa?

Free Walking Tour. Yes, penduduk Melbourne yang menjadi sukarelawan untuk guide pelancong dalam free walking tour ni sambil menceritakan tentang Melbourne dari kaca mata penduduk setempat, menarik bukan?

Free City Circle Tram. Free? Yeay, siapa tak suka benda free kan. Memang perkara wajib cuba kat Melbourne ni tau naik tram ronda-ronda pusing kota, yang penting, FREE. Hahaha

Free Tram Melbourne
Free City Circle Tram
Bergambar di Hosier Lane. Hehehe macamlah Malaysia takde lorong seni kan, tapi mana sama dengan lorong seni luar negara, hahaha. Alang-alang sampai mestilah aku nak selfie sedas kat Hosier lane ni.

Melbourne Traveloka
Hosier Lane

Itulah antara aktiviti yang dalam list wajib cuba bila aku berpeluang untuk ke Melbourn nanti. Sebenarnya banyak tau aktiviti lain yang aku siap listkan ikut kategori, kahkahkah, nampak tak halobanya. 

Holiday di Melbourne
Bestnya Melbourne!
Kalau korang memang kaki melancong, syarikat Traveloka memang adalah pilihan terbaik untuk korang menempah tiket flight dan hotel sambil menikmati promosi-promosi gempak. Tapi sekarang Traveloka ni tengah bermurah hati nak sponsor kita pergi melancong, wow! 

Baiklah sekarang aku nak cerita pasal contest #MyTravelokaEscapade by Traveloka ni pula, kalau korang pun nak juga peluang untuk ditaja melancong ke destinasi impian korang, memang cun, boleh sangatlah korang pun join contest ni. Mana tahu rezeki korang sempena akhir tahun ni. Selain itu, kalau korang memang kaki melancong, syarikat Traveloka memang adalah pilihan terbaik untuk korang menempah tiket flight dan hotel. Boleh join melalui blog dan facebook tau, jangan menangis bagi yang tak ada blog tu, hahah. 

#MyTravelokaEscapade : Peluang bercuti ke Melbourne
Klik banner untuk dapatkan maklumat lanjut tentang contest ini!

Previous
Next Post »

19 orang rajin komen

Click here for orang rajin komen
Jun Zie
admin
12/06/2016 8:49 AM ×

OH MY !! all the best !!! =D
cantik sgt view kat sna, tgk pict pun da rasa nak jerit kalo dpt pluang pegi sna, silap2 ju bleh pengsan sb excited sgt ! HAHAHA

Reply
avatar
Unni Anje
admin
12/06/2016 9:27 AM ×

In sha Allah, Amin ya Rabbal.. semoga Berjaya mai..

Reply
avatar
Mrs. A
admin
12/06/2016 12:15 PM ×

Wow! menarik rupanya Melbourne nih!
All the best dear Mai.

Reply
avatar
Nur Safiena
admin
12/06/2016 12:33 PM ×

How i wish dapat pergi sana kan sis... In shaa Allah

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
12/06/2016 1:29 PM ×

Tahu takpe kak Jun Zie, Melbourne terkenal dengan Kangaroo je, padahal penuh tempat best tak hengat dunia kt sana, bestkannnn.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
12/06/2016 1:29 PM ×

Aamiin, syukran Unni.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
12/06/2016 1:30 PM ×

Memang menarik Mrs.A. terima kasih, aamiin.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
12/06/2016 1:40 PM ×

Betul tu, fascinating kan...

Reply
avatar
12/06/2016 5:16 PM ×

best nyee kalau dapat pi honeymoon kat sini.. ehhh. Hahhaha

Reply
avatar
ayunie ramli
admin
12/06/2016 5:42 PM ×

bestnya ! mek pun nk escape. tp dapat escape dalam negeri pn tk pe :)

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
12/06/2016 9:53 PM ×

ehhh, ahahahahaha .nak juga tp lambat lagi, dapat pegi sorang pun jadilah kak zati hahahaha

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
12/06/2016 9:54 PM ×

Join la contest ni mek, dlam negeri ada Langkawi and Sabah, best juga tu...

Reply
avatar
Fatin
admin
12/08/2016 6:22 AM ×

Macam best je Melbourne ni. Dah tau dah nk jalan ke mana eh. All the best!

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
12/08/2016 7:59 PM ×

Thanks Fatin, hihihi dh survey dh, terus berkenan dengan Melbourne...

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
12/08/2016 7:59 PM ×

thanks Busyra, tahniah menang contest week 1...

Reply
avatar
12/09/2016 6:28 PM ×

good luck mai.. mcm mana nak join ni ? hehe

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
12/09/2016 7:17 PM ×

Klik banner tu akak, then pilih negara or negeri mana dlm list diorang, lepastu akak tulis entry kenapa akak pilih tempat tu, dh siap entry, terus hntr emel kt daboss tu, semua syarat dan cara boleh tgk kat situ. Hehehehe.

Reply
avatar
12/14/2016 3:39 PM ×

all the best mai..

bestnya kalau dapat p sini.. nak join jugakkk lah tpi xtaw nak p mana.huhu

Reply
avatar