Buat Personality Test Online - (INFP, -A/-T) Personality


Assalamualaikum,

Lepas baca SVIOR tulis pasal personality test dan results INFJ-T tadi, Mai tertarik untuk buat juga test tu, mula-mula sesaja je nak isi masa lapang tapi lepas tengok result, fuh! Tepat sekali, so dari test ni lah aku dapat lebih mengenali diri sendiri. Cewah.


Lepas menjawab 100 soalan objektif, ahaha, klik klik je tapi untuk results yang tepat kenalah jujur walaupun perit nak mengaku tu, ahahaha. So akhirnya results yang aku dapat adalah:

(INFP, -A/-T) Personality

Pertama kali jugalah aku tahu pasal personaliti jenis INFP ni. Apakah ciri-ciri yang aku rasa tepat sangat tu?

Mediator personalities are true idealists, always looking for the hint of good in even the worst of people and events, searching for ways to make things better. While they may be perceived as calm, reserved, or even shy, Mediators have an inner flame and passion that can truly shine. Comprising just 4% of the population, the risk of feeling misunderstood is unfortunately high for the Mediator personality type – but when they find like-minded people to spend their time with, the harmony they feel will be a fountain of joy and inspiration.
Being a part of the Diplomat Role group, Mediators are guided by their principles, rather than by logic (Analysts), excitement (Explorers), or practicality (Sentinels). When deciding how to move forward, they will look to honor, beauty, morality and virtue – Mediators are led by the purity of their intent, not rewards and punishments. People who share the Mediator personality type are proud of this quality, and rightly so, but not everyone understands the drive behind these feelings, and it can lead to isolation.
Yap betul! Dalam apa jua keadaan dari elok hinggalah teruk, aku sentiasa paksa diri aku untuk cari kebaikan dah hikmah yang terselit, walaupun tak membantu mengubah apa-apa, at least aku mampu legakan hati sendiri dan bantu aku lebih relax untuk mencari penyelesaian lain. Sering disalah erti memang selalu, HAHAHAHA.  Aku memang pentingkan kebenaran walaupun pahit, kadang-kadang perkara macam ni lah yang buat aku selalu rasa tersisih.

Beberapa tokoh yang ada INFP personality juga:
  • Johnny Depp
  • Julia Roberts
  • Alicia Keys
Strength
πŸ˜ƒ-Idealistic 
πŸ˜ƒ-Seek and Value Harmony
πŸ˜ƒ-Open-Minded and Flexible
πŸ˜ƒ-Very Creative
πŸ˜ƒ-Passionate and Energetic 
πŸ˜ƒ-Dedicated and Hard-Working

Weakness
πŸ˜₯-Too Idealistic
πŸ˜₯-Too Altruistic
πŸ˜₯-Impractical 
πŸ˜₯-Dislike Dealing With Data
πŸ˜₯-Take Things Personally 
πŸ˜₯-Difficult to Get to Know

Love and Relationship 
πŸ’– Mediators share a sincere belief in the idea of relationships – that two people can come together and make each other better and happier than they were alone, and they will take great efforts to show support and affection in order to make this ideal a reality.
πŸ’–Aren’t necessarily in a rush to commit – they are, after all, Prospecting (P) types, and are almost always looking to either establish a new relationship or improve an existing one – they need to be sure they’ve found someone compatible. In dating, Mediators will often start with a flurry of comparisons, exploring all the ways the current flame matches with the ideal they’ve imagined. This progression can be a challenge for a new partner, as not everyone is able to keep up with Mediators’ rich imagination and moral standards – if incompatibilities and conflict over this initial rush mount, the relationship can end quickly, with Mediators likely sighing that “it wasn’t meant to be.” (OMG SO TRUE, kantoi ler!)
πŸ’–Mediator personality type will show themselves to be passionate, hopeless romantics, while still respecting their partners’ independence. 

Itu jelah menarik dan aku rasa betul, hehehe. Kalau korang nak try juga cepat klik SINI nanti share la result dengan aku, hihihi.



Kenapa Payung Terjun Berlubang?


Payung tentera udara berlubang
Sumber
Assalamualaikum, hi.

Tertarik pula dengan post yang orang share kat Facebook pasal payung tentera udara Malaysia yang 'berlubang' tu. Aku sendiri bukanlah tahu mende pun pasal ni kan, last belajar fizik pun form 5 jadi aku pun tanyalah kat kawan aku yang mana dia sendiri adalah tentera udara. 

So inilah jawapan mereka.

Kenapa Payung Terjun Berlubang

Alhamdulillah, penerangan ringkas tapi memang mudah nak memahami. Sama jugalah macam konsep payung kita pakai masa hujan tu, kalau angin kencang sikit je mesti payung kita terlangkup kebelakang, muahahaha, tetambah kalau pakai payung murah beli kedai Rm2 tu, fuh, dasat. Basah dapat malu pun dapat. 

Cuma tak praktikal la kalau nak apply kat payung kita pakai masa hujan. Baik tak payah pakai payung sama je basahnya dah payung lubang-lubang gitu, hahahaha. 

Aku nak tekankan kat sini pasal apa apa yang kita dapat daripada media sosial ni, bukan semua kita tahu. Daripada menunjuk pandai lebih baiklah kita bertanyakan kepada ahlinya sendiri. Malu bertanya sesat jalan. Biarlah nampak bodoh 5 minit kerana bertanya daripada bodoh selamanya kerana tidak tahu.



Cabaran 30 Hari Blogging | Kenapa saya suka tulis blog?



Assalamualaikum, hi. Akhirnya cabaran 30 hari blogging dah sampai ke penyudahnya. Tak sangka sekejap benar masa berlalu. Seronok juga ada cabaran macam ni, at least dalam sehari tu berupdate juga blog ini. Jadi kalau nak baca cerita lain dalam Cabaran 30 Hari Blogging Mayy boleh klik SINI.

KENAPA SAYA SUKA TULIS BLOG 

Kerana aku suka menulis! Itu jawapan paling tepat yang boleh aku fikirkan. Kerana aku lagi lancar menulis berbanding bercakap. Menulis adalah ruang aku mengekspresikan segala perasaan aku dan juga ruang escapism aku dari dunia sebenar yang serabut!

Masa di sekolah dulu aku suka menulis atas kertas A4 kosong. Aku ludah semua kesedihan dan perasaan negatif atas sekeping kertas itu dan kemudia aku akan koyak dan hapuskan dalam tong sampah. Psiko? Tak. Tapi aku rasa lega bila aku buat begitu, at least aku tidak menyakiti perasaan orang dengan kata-kataku. 

Kemudian bila aku dah masuk sekolah menengah, aku buat satu jurnal tentang hidup aku, impian aku, lagu kegemaran aku, kesedihan aku, kebahagiaan aku. Aku hias cantik-cantik sambil menulis. Aku rasa puas bila tengok jurnal aku cantik walaupun aku tak kreatif pun.

jurnal harian

Habis SPM aku terbang ke Langkawi untuk jadi babysitter anak buah aku. Sebenarnya aku kesian dengan anak buah aku tu kecik-kecik dah kena duduk rumah pengasuh, so aku pun dengan rela paksa nya jadi babysitter. So pada umur aku 17 aku dah pandai handle seorang bayi baru lahir fully tau, amacam, wife material tak? Kahkahkah, gurau je. 

So kakak aku pun bagi aku satu laptop dan seketul Celcom Broadband untuk aku layan semasa anak buah aku tidur. Masa ni lah aku mula kenal blog. Aku pun buat seketul blog walaupun aku tak tau sangat fungsinya masa tu. Aku tulis je sebagai diari.

Lama-lama aku ada follower , dan bertambah dari hari ke hari. Aku dapat ramai kawan dari blog masa tu, dan aku mula rasa seronok menulis. Masa tu typical blogger newbie la blog aku penuh widget meriah baq hang, siap ada lagu autoplay deraih rock pulak tu. HAHAHAHA.

Sampai sekarang aku masih enjoy berblog sebagai jurnal harian aku dan nanti tua aku boleh baca balik. Ada banyak kisah cinta dulu yang aku tulis tapi sekarang aku dah set sebagai draft balik. Bukan apa dah tua-tua ni malas nak merepek macam dulu, tapi maybe lepas kahwin aku akan publish balik nanti anak-anak masa depan boleh baca macam mana pak depa duk mengorat mak depa. Kahkahkah.

Aku sampai sekarang tak da rasa nak berblog perkara yang serius atau berinfomasi semata-mata sepanjang masa. Kalau nak cari benda tu pergilah baca blog ilmiah kan banyak. Aku menulis untuk jadi diri aku sendiri. Kalau orang suka aku gembira kalau orang tak suka takkan aku nak paksa. Yang penting jangan selfish dan menulis entry semata-mata nak kutuk cara penulisan atau kekurangan blogger lain, kalau rasa kita dah pandai, kita kongsi, baru boleh bertahan lama dalam dunia blog ni.

Kalau takda follower, takda reader, memang masih boleh berblog, tapi KOSONG. HAMBAR. Jadi terima kasih para followers, readers (kadang-kadang kawan aku yang takda blog msg minta link blog aku), dan sesiapa sahaja yang tersinggah lalu melekat dan jatuh cinta dengan blog aku tanpa sengaja. Aku sangat hargai korang semua. Terima kasih. Muahciked. πŸ’‹ (Sejak pakai shadedough ni nak muahciked je)

Perempuan Hidung Besar Tak Cantik?


Perempuan Hidung Besar

Assalamualaikum. Hi.

Aku tak tahu apa definisi cantik bagi seorang perempuan? Yang aku tahu orang menganggap hidung mancung dan kecil itu cantik dan sempurna dan begitulah sebaliknya. Rasanya masyarakat memang suka hidung mancung sejak dulu kala lagi, kalau tidak tak muncullah kata kata 'Hidung mancung bak seludang', ye dok? Yang hidung tak mancung ni disindir-sindir pula dengan kata-kata, "Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong", haa amek kau, dah la tak mancung hidung tu, siap ada peribahasa tak elok pula, HAHAHAHAHAHA.

Aku dari zaman sekolah dah start kena ejek 'hidung'. Waktu tu budak lagi aku tak faham kenapa jadi tak ada effect sangat. Tapi bila dah meningkat belasan tahun, sometimes 'kawan-kawan' aku sendiri seakan menyindir, masa tu aku dah semakin faham apa yang dunia ni nak, kesempurnaan. Masa tu tahap keyakinan diri aku merudum jatuh, jalan pun tunduk je, sampai jadi bongkok, entah apa-apa. 

Bukan aku sahaja yang pernah rasa macam ni, Siti Sarah penyanyi tu pun pernah kena ejek sampai sekarang tau. Mulut manusia tak boleh nak tutup. Tambah-tambah Sarah public figure, sampai ke komen instagram orang sanggup komen menghina. Aku tak faham betul pemikiran manusia yang suka menghina rupa orang lain ni, kenapa dia boleh terfikir nak cakap macam tu pada manusia lain? Tinggi betul diorang punya keyakinan diri sampai dia yakin dia layak menghina orang,

Perempuan Hidung Besar Tak Cantik?
Sumber : http://www.rotikaya.com/siti-sarah-sedih-peminat-sering-kutuk-sebab-hidung/

Mengatakan orang lain hodoh tidak menjadikan kamu cantik.




Tapi sekarang aku ambil keputusan untuk tidak peduli lagi dengan komen negatif manusia. Manusia selalu nakkan kesempurnaan tapi mereka sendiri pun tak sesempurna mana pun. Bila aku belajar bersyukur dengan pemberian Allah, aku dah hilang rasa malu tak kena tempat dan keyakinan diri yang punah tu aku bentuk semula perlahan-lahan. 

Bukan senang nak bentuk semula keyakinan diri yang musnah. Perkara pertama aku buat adalah eliminate semua unsur negatif dalam hidup aku termasuk 'kawan' yang suka menjatuhkan semangat aku. Jauhkan diri dan elakkan bersembang dengan mereka yang suka mengata penampilan orang lain. Kemudian aku belajar untuk sayang dan menghargai diri aku sendiri. Semua part tubuh badan kita adalah sekadar pinjaman dari Tuhan, bersyukurlah dan hargailah. Tak perlu pun nose job semua tu, hahahaha, kalau nak tampil berbeza sikit boleh buat shading hidung semasa make up. 

Sumber : Licktga.com
Untuk buat shading hidung aku guna celak Obuse kening je, hahahaha, boleh beli kat pasar malam harga RM8.00. Rujuk gambar di atas, aku guna yang tengah tu. Tapi kalau jenis kulit putih boleh pakai yg kiri sekali, jangan pakai yang hitam pula nanti jadi kuda belang muka tu, hahahaha. So lepas shading akan jadi macam bawah, hahahaha.

Aku cuma buat shading bila aku rasa nak buat shading dan semata-mata sebab aku suka make up, bukan sebab nak tutup bentuk hidung aku. Aku dah tak malu lagi untuk mengaku aku seorang perempuan Melayu yang tidak berhidung mancung. I am a REAL girl. Aku bangga dan sayang diri aku sendiri. Kesimpulannya, tak kisahlah hidung besar ke kecik ke, bulat ke mancung ke, semua orang adalah cantik dengan caranya sendiri. 

So korang pernah tak kena ejek? Macam mana korang hadapi ejekan tersebut?


Cabaran 30 Hari Blogging | Parents



My Parents



Mereka adalah anugerah Tuhan paling indah untuk aku syukuri. Tak ada yang lebih aku mahu selain daripada membahagiakan mereka. Walaupun aku mungkin anak yang paling rebel sekali, mungkin juga bukan anak yang paling baik mereka ada, tapi merekalah satu-satunya orang tua paling sempurna untuk aku, tiada ganti. 

Sebenarnya nak tulis entry panjang tapi adik-adik aku ni ler sibuk betul nak ajak tengok movie, so aku stop sampai sini lah, nanti aku sambung cerita pasal parents. Hehehe cerita pasal parents ni mmg tak akan habis, macam jasa dan budi mereka juga. 

Semoga Allah melindungi kedua Ibu Bapaku, dan mengharamkan api neraka bagi mereka. Aamiin.

Semua tak percaya aku...



Ini adalah seekor kucing bapak (UTEH) yang mama rescue 2 tahun lalu. Masa tu dia patah pinggang, mungkin sebab accident, atau orang pukul? Kami pun tak tahu. Mama jaga dia sampai dia sembuh 100%. 

Tapi malangnya lepas dia sembuh, dia sayang sangat kat mama. Hari-hari dia bawa balik hadiah untuk mama, iaitu SEEKOR ANAK KUCING setiap hari! Ada saja dari anak kucing biasa, hingga anak kucing mahal. Masalahnya anak kucing yang dia bawa balik tu dah nazak dah sebab dia gigit leher. Aduh tepuk dahi. 

Mama terpaksa letak dia di pasar lepas tu supaya dia tak boleh bunuh anak kucing orang dah. Sebab mama pun dah buntu sangat dah masa tu. Tak tahu nak buat apa lagi dah. Sebab dah seminggu dia buat kerja jenayah kat taman kami.

Tapi mama selalu juga jenguk dia kat market, mama cerita dia dah ada gelpren. Mama bagi makan sekali dengan gelpren dia haritu.

***Tahun 2016***


Pagi tu mama pergi pasar yang mama buang Uteh tu dan bawak balik seekor anak kucing. Bila balik tu aku terkejut sebab bila aku pegang je bulu dia aku teringat dengan Uteh yang mama buang dulu tu. 

Bulu yang sama jenis. Panjang-panjang dan lembut tapi tak gebu sangat. Warna pun sama. Dan! Rupa pun sama! Aku ingat lagi.

A photo posted by Mayy Jie (@noormaizan) on
Bila aku cakap ni anak Uteh, semua orang dalam rumah ni gelakkan aku dan tak percaya dengan aku. Padahal aku tahu la sebab aku paling rapat dengan Uteh tu, dan aku ada banyak gambar Uteh. Huhuhu, sedih-sedih.

Korang tolonglah percaya ni anak Uteh...kan?


Cabaran 30 Hari Blogging | Impian Saya



CARARAN #28 | IMPIAN SAYA

Impian aku kebanyakannya fokus untuk orang lain, bukan untuk diri sendiri. Hmm. Aku nak parents aku bahagia, aku nak hantar parents aku pergi Haji, aku nak parents aku bangga dengan aku dan aku nak parents aku dapat menantu yang soleh, baik, kaya, dan hensem, eh! 

Aku harap semua tu tercapai, kalau tak semua pun yang penting hantar parents pergi Haji tu aku memang nak buat. Kalau pun parents aku sempat pergi dengan duit mereka, aku nak juga hantar guna duit aku, harap termakbullah impian aku yang satu tapi cukup besar ini.

Lepas tu maybe aku boleh fikirkan impian aku. Last aku punya impian masa aku sekolah rendah. Aku impikan rumah aku nanti ada kolam renang. Tapi sekarang semua impian aku seindah unicorn tu terkubur sebab aku dah kena tampar dengan realiti dunia.

Hmm, mungkin satu-satunya impian aku untuk diri sendiri adalah untuk aku sembuh daripada hyperthyroid. Tapi aku redho je dengan apa pun yang terjadi. Aku cuma mengharap, tak pernah menyalahkan takdir.


3 Days Giveaway by Hanis Masturina


3 Days Giveaway by Hanis Masturina
Click banner untuk join

Assalamualaikum, hi korang..

Jom join giveaway 3 hari by Hanis Masturina ni, selain boleh support rakan blogger kita, hadiah yang ditawarkan sangat best tau! 

Nak tahu tak apa hadiahnya? Jangan terkejut...

TOP REFERRAL (1) : 1 set trial AJ HAIR CARE (shampoo,conditioner,serum) + 1 NOVEL





TOP REFERRAL (2) : 1 set trial AJ HAIR CARE (shampoo,conditioner,serum) + 1 PERFUME PEN




RANDOM 3 PESERTA : 1 PERFUME PEN + 2 Trial AJ HAIR SHAMPOO



Jom baca dulu testimoni tentang hadiah yang bakal dimiliki tu?




Fuh memang best dan lumayan sungguh hadiahnya walaupun berlangsung cuma 3 hari sahaja, jadi apa tunggu lagi, jom sertai cepat dengan click banner kat atas or KLIK SINI UNTUK JOIN




READING HABITS BOOK TAG

reading book tag

This Reading Habits Book Tag was originally created by Fatina, but I've seen so many bloggers have joined the fun. So my current read is - A Bad Day for Scandal by Sophie Littlefield. Actually, I really take a long time to finish this book as the English used were quite complicated, or maybe it just because of my poor vocabulary. Phew~ But the storyline is very interesting, especially on how Stella free herself from her abusive husband and then willing to help defense victimized women.

misery
Nightmare from Misery sebagai gambar hiasan before we start, ahahaha
1. Do you have certain place at home for reading?
No specific place but I always read on the super comfy couch in the living room. The bedroom can never be the perfect place to read a book as I share my room with two younger sisters (12years old & 14 years old) which are very loud and annoying, Ahahahaha.

2. Bookmark or random piece of paper?
I always tend to remember what page did I stop before. But I love to collect some cute bookmarks, especially with nice quotes on it. Hehehe. Dog-ear is HARAM for my books! hahaha.

3. Can you just stop reading or do you have to stop after a chapter/ a certain amount of pages?
I only will stop after a chapter or a certain amount of pages of the book. I hate distraction when I'm with my book.


4. Do you eat or drink while reading?
I love to read the newspaper while eating. Hahaha. In fact, I only read the newspaper when eating. But I never touch my books while eating, I may be insane if my books smell like belacan, hahaha. I have no problem to drink while reading books.

5. Multitasking: Music or TV while reading?
Of course not, I can't do that! I love music as much as I love movies and books. Hahaha. So I can only choose one at a time or I'll not be able to focus at all.

6. One book at a time or several at once?
One type of book at a time, I can't read two novels at the same time or I'll get confuse with all the characters and plot. But there's no problem for me to read a novel and motivation book at once. 

7. Reading at home or everywhere?
Home and on the public transport. It's better to grab a book and read on the LRT instead of just staring at the stranger's faces, ahahaha.


8. Reading out loud or silently in your head?
Silently in my head. But when I get stuck to understand the words I'll read out loud the sentences repeatedly until I get clear with the point (not so loud, just enough for my ears able to hear). Yeah, it helps a lot! I don't know why but it also works for some serious and academic reads.

9. Do you read ahead or even skip pages?
Read ahead. 

10. Breaking the spine or keeping it like new?
Omg of course keeping it like new. I love my books so much! That's why I don't like people touching my books, they never understand how much I treasure the books.

11. Do you write in your books?
Depends. I never write nonsense in my book, hahaha, but for English novel sometimes I'll write the meaning of some words that I don't know or I rarely used.


CABARAN 30 HARI BLOGGING | Movie yang saya suka




Assalamualaikum! Hi, so cabaran ni minta movie yang aku suka. Mcm mana ye? Aku ada banyak movie yang aku suka ni, so aku akan categorized semua mengikut jenis masing-masing okay, hahaha. Tapi takmau review lagi, sebab kalau nak review bt entry lain.

01. Romance  movie 

Focus - 2015 
02. Comedy movie

Skiptrace - 2016
03. Malay Movie 

Sembunyi Amukan Azazil -  2013
04. Rape revenge movie 

Aku suka semua series ISOYG ni, 1 2, & 3. 
I Spit On Your Grave - 2010

05. Home Invasion Movie 

Straw Dogs - 2011



Hehehe cukuplah belanja 5 je, hehehe :P

TUTORIAL PASANG FREE RESPONSIVE TEMPLATE (PART 2)



TUTORIAL PASANG FREE RESPONSIVE TEMPLATE (PART 1)


Orait dalam Part 1 kita dah berjaya download dan pasang responsive template kan. So Mai nak guide cara nak atur template kita pula. Tapi guide ni basic je okay, ehehe, sebab Mai pun tak pandai sangat. 

04. RUANGAN PENULIS/ABOUT

Copy code dibawah dan paste pada ruangan 'about'

<center><div class="about-me-widget-wrapper">
<img src="LINK GAMBAR AUTHOR" alt="About [span]me[/span]" /> <br/>
<div class="about-me-title">Hi, Assalamualaikum.</div><div class="about-me-text"><p>UCAPAN ANDA</p></div> <div class="signature-image"><img src="LINK GAMBAR SIGNATURE" /></div>
<div class="clear"></div>
</div></center>

Tukarkan tulisan berwarna PINK dengan URL gambar , manakala tulisan BIRU dengan ucapan anda.

05. INSTAGRAM WIDGET

Untuk masukkan gambar Instagram korang, Mai suka guna apps SnapWidget kerana dia mmg update laju bila kita upload gambar baru kat Instagram, dan apps ni juga kita boleh pilih nak gambar tu grid ataupun nak dia scrolling (sentiasa bergerak). 
  • First sekali, masuk SnapWidget dan Sign Up. (Mai sign up guna Facebook je)INSTAGRAM WIDGET
  • Then lepas dah masuk tu klik CREATE A NEW WIDGET
INSTAGRAM WIDGET

  • So nanti akan keluar macam gambar kat bawah, so korang baca la yang mana korang bekenan, then terus klik CREATE YOUR WIDGET. Katalah kita nak jenis scrolling, so pilih yang paling kiri tu. 
INSTAGRAM WIDGET
  • Editlah ikut suka korang, lepas dah siap klik UPDATE WIDGET dan copy code tu, paste dalam layout blog korang. Settle. (tengok contoh scrolling kat bawah)


06. SLIDER BLOG
Kalau template yang korang download jenis ada slider, so maknanya blog korang pun akan ada slider. Slider tu macam mana? Macam ni;

slider responsive blog

Kalau blog Slider korang tak berfungsi, maknanya adalah tu yang tak kena. Kemungkinan sebab kenapa slider blog korang tak muncul adalah :

1. 5 blog post paling latest korang tak ada Labels. Labels wajib okay. Cuba check balik, at least masukkan satu label untuk satu entry. InsyaAllah akan muncul.
2. Ataupun korang ada letak kat add a gadget korang tu coding lazyload untuk kononnya ringankan blog, buang sekarang! hahaha.
3. Kalau semua masalah ni dah settle tapi slider korang masih tak muncul, maybe patut cari je template lain atau purchase template tu, biasalah barang free mesti ada kekurangan.

07. LINK BUKA KAT NEW TAB
Yang ni penting sebab tak nak menyusahkan readers kena tekan button back lepas baca link. Caranya mudah sangat!
  • Buka blogger dashboard > Template > Edit HTML
  • Cari code  </head> ( gunakan ctrl + F  untuk mempermudah pencarian code )
  • Paste code <base target='_blank' /> di ATAS/SEBELUM code </head>
  • Save.
08. TUKAR WARNA HIGHLIGHT
  • Buka blogger dashboard > Template > Edit HTML
  • Cari code  ]]></b:skin> ( gunakan ctrl + F  untuk mempermudah pencarian code )
  • Paste code berwarna merah di ATAS/SEBELUM code tadi. (Tukar code warna biru dengan code warna pilihan korang.
::-moz-selection {
background:#000000;
color:#FFFFFF;
}
::selection {
background:#000000;
color:#FFFFFF;
}
09. EDIT BLOCKQUOTES
  • Buka blogger dashboard > Template > Edit HTML
  • Cari code  </head> ( gunakan ctrl + F  untuk mempermudah pencarian code )
  • Copy code berwarna merah di ATAS/SEBELUM </head>
<style>

.post blockquote {

@import url(https://fonts.googleapis.com/css?family=Lato);

background:url(https://lh5.googleusercontent.com/-fTjvw5r8Sfg/VQfAuZQI96I/AAAAAAAABBU/uGNOHt8jNR8/h120/blockquote.png) no-repeat;
border: dashed 2px #ccc;
color: #333;
font-family: Lato;
margin: 30px;
padding: 20px 30px 30px 40px; 
</style>
Tukar tanda berwarna biru dengan link dan font family mengikut font pilihan korang di Google Font.

10. TAMBAHAN

Rasanya sampai disinilah tips dan tutorial yang dapat Mai kongsi untuk menukar template kepada responsive ini. Semoga berguna. 

Untuk dapatkan kotak shoutbox terbaru boleh baca SINI.
Untuk dapatkan blockquotes cantik jenis lain baca SINI

Terima kasih! Harap bermanfaat. 

Tutorial Pasang Free Responsive Template (Part 1)


tutorial responsive template


Assalamualaikum, hi.Tutorial ni adalah request dari blogger Beeha untuk cara pasang responsive template macam Mai, so harini Mai akan guide satu satu dari A sampai Z okay. 

01. DOWNLOAD TEMPLATE
Kita boleh mendapatkan responsive template secara percuma ataupun berbayar, perbezaannya kalau percuma mungkin limited untuk kita edit warna dan susunan layout, tetapi jika berbayar, kita boleh mengubah ikut selera dan juga boleh buang footer copyright tu. Mai prefer yang free je sebab Mai jenis suka tukar tukar template so tak rugi pun ambil yang free.

Beberapa template cantik boleh didownload dekat:

Antara template yang Mai suka adalah: (Click untuk live preview)
  • Sugar (My previous template)
  • Rosemary (Current template) - Untuk Rosemary ni dia ada tiga jenis, Fashion, Beauty and Minimal. Blog Mayy Jie menggunakan jenis Fashion. 
  • Persona

Cara download:
  • Buka template yang kita suka
  • Pilih Free download (tapi kalau korang nak purchase pun ikutlah)

Cara download template

02. EXTRACT TEMPLATES FILE

Template yang korang dah download tu kena extract file dulu baru boleh guna. Caranya:

cara extract files

1. Buka folder yang korang download tu.
2. Klik extract to 
3. Pilih folder mana yg korang nak letak semua template yang dh siap extract tu
4. Klik Okay.

Hasil lepas extract akan jadi macam ni-

rosemary free template
See ada tiga jenis template rosemary, Fashion, Beauty, Minimal, ikutlah taste kita nak guna yang mana.

03. INSTALL KAT BLOG

Orait dah boleh install kat blog. Caranya log in Blogger > Template > Back up/Restore. 
PENTING: Back up dulu template asal korang dengan click download.

install responsive template

Then klik pada Choose File untuk upload template yang korang nak guna. Klik Upload

tips backup restore template

Mai nak guna template Rosemary Fashion, so Mai uploadkan file yang dibulatkan tu. Jangan upload folder semua pula, ehehehehe.

tutorial pilih template

Done! Taraa. Lihatlah perubahan template korang. So lepas ni kita susun atur pula. Rasanya entry ni dah terlalu panjang so Mai bahagikan kepada 2 part okay.

Baca Part 2 kat SINI.