5 perkara yang tak boleh buat masa bergaduh dengan boyfriend



Marah dah bergaduh itu normal bagi setiap pasangan yang bercinta. Kalau tak pernah marah pun something wrong lah tu, sebaik mana pun boyfriend tu, kadang-kadang rasa annoying juga kan, hahaha. Tapi tetaplah ada limit yang kita tak boleh langgar walau seteruk mana pun pergaduhan tu, kan. Jadi, apa 5 perkara yang tak boleh buat masa bergaduh dengan boyfriend?

01. Burukkan si dia dekat kawan @ family kita

Jangan sesekali burukkan boyfriend kita dekat kawan baik atau family kita, sebab hanya kita je tahu perangai sebenar dia. Mungkin hal yang menyebabkan kita marah tu tidaklah teruk mana tapi disebabkan kita terlalu emosi, kita cerita dengan penuh tokok tambah penyedap rasa pula, so pandangan kawan baik kita @ family kita terhadap dia akan bertukar, mungkin 360 darjah. 

Walaupun kita dah berbaik dan masalah itu pun dah settle, jangan ingat pandangan kawan dan keluarga kita terhadap si dia pun dah pulih, susah tu nak ubah mindset orang. Haa kan dah susah.

02. Update dekat media sosial 

Kesalahan ini lebih serius dari sekadar mengadu pada kawan baik dan keluarga kita, sebab dengan cara begini macam kita dengan sengajalah membuka pekung didada dengan semua kenalan kita kat laman sosial tu. 

Ramai yang menunggu nak bersorak dengan kesedihan kita tu apa lagi, seronoklah diorang kan dapat baca macam-macam kisah peribadi kita. 

Selain tu, orang pun tak peduli dengan masalah kita ni. Well, silap-silap diorang label kita pula tak matang sebab semua cerita nak jaja kat laman sosial. Ish ish ish. Kita pula kalau tengok ada kawan kita yang mengadu macam ni, janganlah kita sesuka hati nak label mereka, tak baik. Kita sebagai kawan ni sepatutnya doakan yang terbaik untuk kawan-kawan kita. 


03. Silent treatment berbulan-bulan
Tak salah pun nak bagi dia silent treatment ni, biar dia ada masa sikit untuk muhasabah diri kenapa kita marah sangat. Tapi cukuplah sehari dua, janganlah meleret sampai berbulan-bulan tak bertegur sapa. Nak nak pula dah la dalam perhubungan jarak jauh tapi tetap nak silent treatment berbulan-bulan, silap haribulan silent terus korang punya relationship tu.

Kalau kita yang kena silent treatment berbulan-bulan tu, tolong sedarlah yang orang disana tu dah ada orang lain. Takde maknanya lelaki kalau masih sayang dia boleh tak contact lama-lama, diorang tu lagi clingy dari perempuan. Hahaha. Kalau tak percaya siasatlah, hahaha. 

04. Keluarkan kata-kata kesat 
Tak kiralah lelaki atau perempuan, tak kiralah semarah mana pun korang tolonglah jangan keluarkan kata-kata kesat. Kata-kata kesat ni bolehlah diibaratkan paku yang tertanam di dinding setiap kali kita keluarkan, parutnya parut kekal ok. Hahaha. 

Lagipun bukankah budi bahasa budaya kita. Setakat keluarkan kata kesat takkan selesaikan masalah pun. 

05. Minta putus 
Haa ni la kesalahan paling besar sekali, amboi setiap kali gaduh nak minta putus. Setakat boyfriend lupa beli karipap pun nak break-up memang tak patut, tak patut. Janganlah bertindak sebelum berfikir, dah ada boyfriend baik-baik, tapi disebabkan kau ada masalah sikit, terus nak minta putus. Belum tentu nanti akan jumpa lagi orang baik. Maklumlah zaman sekarang tahulah, ramai tak pandai bezakan LOVE and LUST.

Sadis.

Kalau korang nak buat juga sis tak halang, hahaha, tapi risiko tanggung sendiri lah. Jangan kehilangan orang yang baik sebab perangai buruk kita. Lagipun marah itukan sementara, cinta itu yang selamanya. Cewahh.

Tapi kalau boyfriend tu pun ibarat buaya darat tak reti-reti nak balik sungai, ataupun kaki smack down, tolong lah dapatkan bantuan segera, jangan bagi chance diri kita dipergunakan okay.

Selamat bercinta. :D



Follow

Post a Comment

9 Comments

  1. Hahaha.. yg Part silent tu setuju sangat.. kalau dan berbulan-bulan silent, faham2 jelah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha, tau takpa kak sha. kalau org hendak bukan mcm tu tindakannya.

      Delete
  2. "break up sebab tak beli karipap" HAHAHAHAHAHA. based on pengalaman ke ni? hahaha jk

    ReplyDelete
  3. ermmmm.. tq for the tips mai. hehe

    ReplyDelete
  4. bole trus d amalkn jg bila da halal nnti. Insyallah =)
    No 1 tu paling penting, aib pasangn kena jaga, bila buka skali gus mbuka aib sdiri =)

    ReplyDelete
  5. konon nak silent treatment ni tapi bila tengok ws dari dia lalu kat noti screen alahai kau ghaseeee? hahahha

    ReplyDelete