Bila Pengorbanan Tidak Dihargai



Sesetengah orang tak akan perasan apa yang kita dah buat pada dia sampailah kita berhenti buat, then barulah dia nak sedar, tapi malangnya, dia akan mengata dan mengungkit pula. Begitulah jika pengorbanan tidak dihargai, tapi dibalas tuba, memang menyakitkan hati. 

Siapa yang pernah lalui dan berhadapan dengan sejenis manusia yang tak tahu menghargai orang lain mesti akan faham situasi begini. Tak semestinya racun perlu dibalas racun, bukan? Jadi apa perlu buat bila berdepan dengan 'ungrateful' people ni adalah :


01. Latih diri untuk lebih ikhlas 
Aku pernah dengar kata-kata motivasi yang berbunyi lebih kurang 'Bila kita letakkan redho Allah sebelum pujian manusia, disitulah kunci kebahagiaan.' Memang terkesan sangat kat hati aku masa baca tu sebab yelah, kata-kata yang dari hati akan menyentuh hati juga. Walaupun payah nak ikhlaskan diri tambah-tambah bila pengorbanan kita orang sampah-sampahkan, tapi bila fikir balik lebih baik Allah redho keatas aku sebagai hambanya, aku gagahkan jua untuk melatih diri yang serba kekurangan ini untuk lebih IKHLAS.

02. Tetapkan pendirian 
Tetapkan pendirian sebagai orang baik-baik yang suka buat benda baik. Kemonlah takkan kerana mulut manusia aku nak berhenti buat baik dan jadi orang lain kot? Betul tak? So aku fikir baiklah begini, aku tak perlulah berhenti buat perkara baik kerana mulut manusia yang tak tahu apa-apa kecuali menghentam orang lain tu, tak berbaloi. Bukan syurga ditangan mereka. I better be myself and do whatever I like, no matter what, janji tak melanggar suruhan Allah. 

03. Jauhi orang negatif 
Pengorbanan tak dihargai ni bukan rasa sakitnya setakat tengok orang mengsampahkan pengorbanan kita je, tapi sakit juga bila ada orang lain yang duk curah minyak ke api. Hahaha. Jauhi diri dari orang negatif adalah jalan terbaik supaya tak ada orang yang akan melukai hati kita lagi. 

04. Jangan rendahkan martabat diri untuk sama dengan mereka
Maksud aku adalah, biarlah mereka yang jenis tak reti hargai pengorbanan orang lain ni, jangan kita terikut-ikut jadi macam tu sudahlah. Janganlah sebab nak balas dendam tapi kita tak sedar yang sebenarnya kita pun dah bersikap buruk seperti yang kita benci tu. Biarlah racun dibalas madu pun. 

05. Amalkan sikap pegi mampus
Hahahaha, kasar pulak. Aku memang dah lama amalkan sikap ni sebab tak worth it pun nak melayan aura-aura negatif dalam hidup ni. Life is short, make it sweet, hihi. Jadi kalau orang tu sejenis yang tidak menghargai orang lain, biarlah dia asalkan dia bahagia dengan hidup dia. Dan aku tetap tak akan berhenti buat baik untuk orang lain yang memerlukan aku, ye dak?

Berterus-terusan buat baik walaupun tidak dihargai bukan bermakna kita biar je diri diperalatkan atau dipergunakan orang lain. Ingat tu! Jangan sesekali biarkan diri kita kena pijak pula dengan orang lain. Yang penting, bila kita diperlukan, kita hulurkan tangan, kerana apa? Kerana kita orang baik-baik yang mengejar redho Allah daripada pujian manusia. 

Semoga kita juga tergolong dalam manusia yang sentiasa menghargai pengorbanan orang lain. 


Post a Comment

8 Comments

  1. hahaha.. no 5 tu memang rare ^^ yelaaa ~ siapa tak sakit hati kalau pengorbanan kita tu langsung tak dihargai.. paling2 pun hargai sikit pun jadi la :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha, kalau tak nak hargai pun janganlah mengumpat, kecut hati ini, hahaha.

      Delete
  2. Hahaha. Paling best no 5 tu!! Paling kena praktis yang tue lah. GTH. Hahahahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah ikut no 5 tu settle semua, senang cerita. hahaha

      Delete
  3. Hahaha..banyak buat tak tau je. Walaupun dalam hati ni hanya tuhan je yang tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. tipulah tak sedih kan cik tie, tapi buat dono jelah mampu,hahaha

      Delete
  4. Betul tuhhhhhhhhhhhh~

    negatif2, go away ! hello positif vibes!

    ReplyDelete