OTP (One True Pairing) Bollywood Pilihan.

by - January 08, 2017


Maksud OTP atau one true pairing ni adalah dua kombinasi yang kita suka bila tengok sesuatu drama or filem. Ala OTP rata-rata rakyat Malaysia skrg ni Lofattah (Neelofa + Fatah Amin dari drama Suri Hati Mr.Pilot) kannn uols, contoh ler, aku tak pun sebab aku tak tengok drama tu,kalau aku tengok entah-entah aku pun sama masuk dalam statistik tu, hahaha. 

Bagi penggila filem Bollywood mestilah aku ada favorite bollywood OTP juga. Sebab Shah Rukh Khan & Kajol tu mainstream sangat, jomlah tengok sweet couple lain pula. Hihihi, marah pula peminat SRK Kajol kang, eh aku tak cakap aku tak minat ok, aku cakap mainstream je. Gile tak minat punyelah manis senyuman SRK + Kajol yang makin gorgeous sekarang ni. 

01. Hritik Roshan & Kareena Kapoor

Bollywood OTP

Chemistry antara diorang memang superb. Selain tu faktor cantik + handsome juga, hahaha. Antara filem yang menggabungkan mereka berdua adalah Mujhse Dosti Karoge!, Main Prem Ki Diwani Hoon & Kabhi Khushi Kabhie Gham. Lagu 'Sanjana I Love You' & 'Oh my darling I Love You' memang catchy, tapi lagu favorite aku untuk pasangan comel ni adalah.... Chali Aayee. Sweet gilos.


02. Akshay Kumar & Shilpa Shetty



Tak tahu lah kenapa aku suka sangat dengan pasangan lama ni, hehehe. Dengar cerita diorang pernah bercinta sekejap tapi jodoh tak panjang, gituee ler. Cerita paling best antara dua OTP kegemaran aku ni adalah Dhadkan, tapi dalam tu aku suka Suniel Shetty, hahaha, aku memang selalu suka badboys berbanding hero, entah pape jer.


03. Arjun Rampal & Aishwarya Rai


Alamak tak ada kata nak describe diorang ni, perfect couple! Arjun Rampal tu fuh fuh fuh, hot sangat. Hahaha. Aishwarya Rai sudah terang lagi bersuluh lah kan memang cantik jelita. 
04. Bobby Deol & Amisha Patel 


Alololo. Charming sangat Bobby Deol ni digandingkan dengan Amisha Patel yang cute, memanglah sweetkan! Hmm dah bertahun aku tak boleh moveon lagi dengan lagu-lagu diorang ni, hahaha. Nah aku belanja dua terus. Hahaha. 



05. Salman Khan & Sonali Bendre

Aku rasa couple ni muncul dalam Hum Saath Saath Hain sekali je, tapi cukuplah sekali pun tetap meninggalkan kesan antara banyak-banyak couple dalam movie tu, hahaha. Sweet betul kedua watak ni, serasi sangat, sampai aku google hubungan diorang kat luar movie, sekali statement yang diorang ni tak berkawan pun kat luar, kahkahkah, kecewa. 
Tak percaya? Tengoklah sendiri haa. 
Haa begitulah antara watak-watak yang aku rasa nak jodohkan je diorang sebab sweet sangat, hamboiii melampau, hahaha, gurau je. Inilah top list favorite OTP aku kat Bollywood sana, tak ikut turutan pun list number tu aku bedal je mana aku nak tulis dulu. 
Korang ada favorite OTP korang sendiri tak, Lofattah ke? Share la.

You May Also Like

12 orang rajin komen

  1. kareena kapoor + hritik roshan forever favourite!

    kenapa takda shah rukh khan + kajol hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. SRK dgn kajol dh femes sgt dh sis, hahahahha...

      Delete
  2. suka Shah Rukh Khan bergandingan dengan Aishwarya Rai mcm dlm filem Mohabbatein, devdas dan paling baru Ae Dil Mushkil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ae dil mushkil!!! nak tengok sgt cerita tuu tp takde peluang lagi T_T

      Delete
  3. hehehe..samalah kita,irdA PUN suka diorang ni dengan partner,kalau shah rukh khan,confirm2 lah dengan kajol,matching.bab kajol makin gojes tu..haaaa pelik ka,cite dia terbaru makin putih,.paling best tu..napa dia makin kurus,slimm..huhu..kita kena buat sesuatu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe kak Irda, makin tua makin cantik kan..dulu biasa2 je...

      Delete
  4. Kajol dgn SRK tue x boleh nak lawan dah. Tapi sis suka jugak pairing hitrik dgn kareena walaupun kadang2 nampak lakonan kareena tue mcm kaku. Rani mukhreje pun ok jugak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kareena tu over kot sampai nmpk pelik, hahahaha. Rani mai suka dengan salman khan,

      Delete
  5. Akak tak ada la.. Hahaha.. minat je semua.. boleh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk kak sha semua bolehhh,hhehehe.

      Delete
  6. Kaklong pun suka tengok Hritik n Kareena.. Memang serasi sangat.. Terutama time sweet2 dan menari2..

    p/s: sama la.. Suka suneil shetty dalam dhadkan :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak long, kaki dorang sama panjang, sepadan...eh ada geng la,ingat saya sorang je kesiankan suniel tu..haha

      Delete