Patut tak aku tukar domain?


Assalamualaikum, hi~

Aku pernah juga beberapa kali terfikir untuk bertukar ke domain sendiri dan tinggalkan domain percuma dari blogspot ni, tapi tak pernah kuat keinginan untuk bertukar tu macam sekarang. Pheww tiba-tiba saja angin semangat tu datang. Ada beberapa sebab yang buat aku rasa 2017 ni adalah tahun yang patut aku tukar segala benda lama tentang diri aku, contohnya status diri, eh!

Ok serius balik. Sebenarnya aku rasa aku nak tukar kepada domain sendiri ni adalah atas beberapa sebab.

01. Ada duit poket sikit hasil daripada blogging
Walaupun tak adalah banyak pun duit dari hasil berblog ni, tapi cukuplah juga kalau setakat nak tukar domain sendiri tu. Sebab aku dah usha harga domain kalau beli dengan NetKL, masih affordable dan upah set-up pun tak mahal. Kalau aku keluarkan duit itu untuk beli domain, mestilah dikira macam pelaburan kan, sebab banyak juga kelebihan blog yang ada domain sendiri ni berbanding free domain blogspot. 

Walaupun kalau diikutkan lebih afdal tukar domain sekali satu set dengan hosting, buat masa sekarang aku mampu sembang pasal domain ajelah ye, kalau hosting lain kali sembang lagi, heheheh. 

02. Susah nak survive SEO kalau pakai domain percuma
Tak adalah aku nak cakap kalau pakai domain percuma ni mustahil untuk duduk ranking pertama Google Search. Ada ja antara post aku kat atas sekali, TAPI...ye ada tapi, tapi ambil masa kemain bertahun jugaklah. Itu pun sikit jelah. Yang banyak mendominasikan page pertama Google Search ni selalunya geng domain berbayar lah. Sekejap je post terus naik, hebat betul.

Takdelah aku nak kejar sangat SEO tu, kekekeke obvious betul menipu. Yelah, penat-penat menaip nak juga duduk kat page pertama google tu kan. Huish korang ni janganlah kecam aku pula.

03. Nak juga traffic banyak macam korang
Aku pernah baca dalam blog Amerjaya kalau naik traffic lelaju semacam tu, semalam 400 harini 3000. jangan nak gembira sangat, sebab kalau jadi macam tu kadang-kala spam traffic je. Lainlah kalau ada entry kontroversi atau hot yang kita post haritu, menjadi buah mulut masyarakat, carian pasal isu tu pun bertubi-tubi, logik la kalau pageview meletup hari tu.

Pageview aku sekarang ni macam hidup segan mati tak mahu je. Aku nak usha Stats blog pun sedih kalau macam tu, hahaha. Oleh sebab aku target hujung 2017 nanti aku nak all time pageviews aku at least sampailah kat 500,000 pv tu, kasi chance la, dah lama dah kut berblog ni. Kalau SEO hebat, siap duduk kat page pertama Google Search, mestilah peluang nak capai pageview impian pun tinggi kan. 

04. Nak tukar url blog lebih matang please.
Url ni aku buat masa umur aku 17-18 tahun, tengoklah sendiri tahap kematangan tiga suku dia tu. Hahaha, aku sebenarnya nak cakap kat orang nama blog aku pun aku segan, pelik sangat. Ada je kawan-kawan cakap catchy, huhu tapi aku tetap rasa tak puas hati dengan url aku ni. 

Tapi masalahnya sekarang aku tak tahu pula kalau nak tukar url yang baru nak letak apa. Tak ada idea ni serius, kalau korang nak sedekah idea aku terima je. Huhuhu, nak juga guna nama sendiri macam cth Busyra Takiyudin. Tapi nama aku macam tak komersial pula dengarnya, hahahaha. Ape eh sesuai? www.maizans.com? www.maizanfauzi.com? www.mayyjie.com ? ah peninglah aku. #nangiskatbucukatil

05. Lebih serius berblog
Bila dah ada template cantik dari Etsy (ribuan terima kasih penaja saya kak Reen, hehehe) dan domain sendiri, mestilah semangat untuk lebih serius berblog tu semakin tinggi dan berkobar-kobar kan. 

Lagipun mungkin ini la tanda aku berterima kasih kepada blog aku (eh boleh ke gitu?), maksud aku menghargai blog yang sentiasa ada dengan aku masa suka dan duka semenjak beberapa tahun lalu ni dengan upgrade dia lebih maju. 

Sayang sungguh aku dengan blog ni.

Aku tak tahulah aku akan boleh tukar bila, sebab aku tak tahu nak letak url baru apa ni, hahaha, masalah betul. So save kat sini siap-siap nanti aku pakai tutorial kat SINI je, simple dan senang nak follow. 

Hmmm, nak letak url apa ya nanti? 😱



Follow
Previous
Next Post »

51 orang rajin komen

Click here for orang rajin komen
Kak Long
admin
1/26/2017 5:16 AM ×

Tukar la Mai..
Kaklong pun duk pikir nak tukar, tapi sama la tak tau nak letak nama apa.. Hahaha..

Rasanya missobsesi.com ok la.. Takpun mayyjie.com.. :)

Reply
avatar
Ana Suhana
admin
1/26/2017 7:45 AM ×

Sedap lah nama Maizan tue. Why not guna jer. 👍

Reply
avatar
Ana Fatihah
admin
1/26/2017 8:21 AM ×

Samalaaa. Selalu terfikir nak tukar domain sendiri tapi lepastu selalu tak jadi. And yesss, kitapun malu jgak klau nak bagitau orang url blog sebab macam hmmmm je~ Haha

Reply
avatar
NURRUL ツ
admin
1/26/2017 9:02 AM ×

Part url tak matang tu pun mcm Nurrul juga lah ^_^
Teringin juga nak ad domain sendiri coming soon...

MayJie.com tu comersal kak Mai :)

Reply
avatar
1/26/2017 9:30 AM ×

Menarik jugak idea mai haha. Semoga menjumpai nama domain yang sesuai :D

*jemput join segmen pertama ira http://irazulkeffele.blogspot.my/2017/01/pencarian-bloglist-februari-2017.html

Reply
avatar
AMER JAYA
admin
1/26/2017 10:33 AM ×

Hye mai.. best baca entry ini.. betul2 dilemma mai ni.. thanks juga letak nama amer dalam entry ini. sepatutnya letaklah link sekali nama amer tu. nanti org nak check ensem ke tak budak nama amer ni. jangan2 bapak orang. hihi... gurau2

btw mai. kalau rasa nak tukar. tukar je. tapi kena fikir jugak. next year macam mana. memang ada simpan duit ke. sebab amer dulu first tukar domain sebab kakak amer yang belanja as hadiah hari jadi. tahun seterusnya amer sendiri yang bayar. then amer rasa macam wasting my money byr domain ni padahal tak active berblog.

Tapi memang bagus juga pakai domain sendiri ini. Apa yang mai cakap memang bena domain sendiri ni akan membuatkan blog kita lebih cepat tersenarai dalam 1 list google search.

Amer pun kalau ada rezeki lebih mungkin akan tukar. Tapi itulah, idola blogger amer tak tukar pun domain dia. Masih juga dia guna domain sendiri. Masih juga berjaya dalam dunia blog. Idola blogger amer ialah cik epal. :D dah kahwin dah pun. hihik..

salam khamis dan blogwalking kat blog mai.

Reply
avatar
Noor Azlan
admin
1/26/2017 10:35 AM ×

InsyaAllah jika betul-betul serius dalam berblog boleh berjaya. Teruskan usaha!

Reply
avatar
E'in
admin
1/26/2017 10:54 AM ×

tukar laa mayy kalau rase nak serius bebetul dekat blog.. hihi..

Reply
avatar
Jun Zie
admin
1/26/2017 10:56 AM ×

dari mai je nak tukar atau tak. tp nnti kalo da tuukar inform tau =D takut nnti kitaorg tcari2 blog Mai. Ju nak suggest url www.noormaizan.com @ www.mayyjie.com
suka url ni !! =D

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
1/26/2017 11:40 AM ×

Tu la Kak Long, masih tengah fikir lagi sebenarnya... Nama pun tak tahu nak guna apa, heheehe..takut menyesal lagi..

mayyjie.com sedap eh?

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
1/26/2017 11:41 AM ×

Hehehe ye ke kak ana? tengah fikir2 dulu...

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
1/26/2017 11:43 AM ×

Tu la ana, adess, url dah macam ape dah... hahaha

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
1/26/2017 11:44 AM ×

Hahaha itulah Nurrul, masa buat dulu tak fikir. :P , jomlah nanti kita ada domain sendiri.

Best ke nama tu? dah dua dh cakap yes. hehehe.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
1/26/2017 11:45 AM ×

Terima kasih Ira :D

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
1/26/2017 11:48 AM ×

Hai Amer. Itulah tengah dalam dilema ni. Hahaha, mai letak la link amir, dua kali, tapi lupa nak boldkan tulisan tu. Ok dah bold dah. hihihi.

Terfikir jugak kot2 lepas ni hangat-hangat taik ayam pula update blog,tambah-tambah bila dah bekerja nanti.

idola mai pun ramai tak tukar domain. Hanis Zalikha, even Fatin Liyana pun, tapi dua tu dah mcm tak aktif. Ye Cik Epal tu, tak tukar domain, dan tak pakai template responsive pun,tapi still on the top. Fuh hebat betul.

Salam khamis, thank you jenguk, nanti saya balas :D

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
1/26/2017 11:49 AM ×

InsyaAllah, memang nak serius tapi selalu kekurangan isu menarik, hehehe, suka baca blog Noor Azlan, macam-macam hadeee. hahaha.


Thank you!

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
1/26/2017 11:50 AM ×

Memang rasa nak serius, sebab menganggur sekarang ni, takut bila dah dapat kerja tak dapat fokus kat blog sangat pula..huhuhu...

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
1/26/2017 11:51 AM ×

huhuhu betul tu kak ju, nak seribu daya, tak nak seribu dalih, heheh. tapi nak la, cuma tengah fikir masak-masak dulu.

thank kak ju untuk cadangan url. hihi.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
1/26/2017 11:51 AM ×

kenapa tak perlu Carlos? huhu.

Reply
avatar
1/26/2017 12:31 PM ×

sokong mayyjie.com.. hehehe..:D

Reply
avatar
AMER JAYA
admin
1/26/2017 12:31 PM ×

terjah balik. thanks mai masukkan nama amer. btw ... kenapa mai tak buat sendiri je beli domain tu dekat blog mai? Ke mai tak nak ambil masa lama sangat nak atur setting. Rasanya murah lagi kalau mai beli dekat blog je mai. :D rm35 camtu je charge dr blog.

Amer beli domain dekat blogger je. Kalau nak amer ajarkan boleh je. :D

Reply
avatar
Noor Azlan
admin
1/26/2017 5:52 PM ×

Tapi ready kalau nak tukar. Trafik akan jatuh pada awal2 penukaran... Ready mental dan start balik dari 0... Hehe...

Reply
avatar
1/26/2017 9:10 PM ×

sis mai kalau nak tukar elsa pun nak join hehe. tapi sebab elsa sangat junior lagi dalam blogging tu tak berani nak tukar lagi

Reply
avatar
1/26/2017 9:56 PM ×

www.maizans.com ... www.maizanfauzi.com, dua-dua best tapi www.missobsesi.com pun ok jugak senang nak ingat.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
1/27/2017 12:53 AM ×

Hihihi thanks Hazrina :D

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
1/27/2017 12:55 AM ×

Hihihi boleh2, tapi tu la mai pun tengah goyah2 pula bila fikir ramai je boleh survive dengan blogspot.com ,haha

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
1/27/2017 12:55 AM ×

Ye ke kak Amy, hihi thank you cadangan, missobsesi tu mcm childish sgt kak amy....huhu

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
1/27/2017 12:59 AM ×

Amer : Baru tahu boleh purchase melalui blog je, macam menarik? Bukan go daddy kan? nanti kalau mai confirm akan tukar mai tanya Amer boleh :P

Noor Azlan : Huhuhu itulah, kena ready ni.tapi kejap je kan?

Reply
avatar
1/27/2017 6:15 AM ×

Kalau guna missobsesi pun ok je.. tapi mayjie tu nampak lagi comel.. All the best Mai..

Reply
avatar
Siqah Hussin
admin
1/27/2017 7:57 AM ×

You should change your domain Mai :) Mai blogger yang rajin. Dan kalau tukar domain sendiri, lagi semangat Mai nak berblogging. Sungguh ni .. hehe..

Siqah suka nama Maizan. Suggestion siqah: better to use your own name as your domain. Sebab nanti senang juga orang nak cari. Ingat mai terus taip www.maizan.com (contohnya).. hehehe..

Pageviews siqah sendu jugak. Nak dapatkan 1000 sehari pun macam tunggu bulan jatuh ke riba 😢 tak tahu sangat pasal SEO. Maybe sebab tu sebab seo siqah 36% je. Tak tahu camne nak tingkatkan :(

Reply
avatar
Cik Tie
admin
1/27/2017 9:59 AM ×

missobsesi.com pun ok jugak..

Reply
avatar
1/27/2017 11:21 AM ×


Sebenarnya bergantung pada keperluan dan tujuan blogging tu jugak.


Adakah blog tu akan dijaga untuk satu tempoh masa yang lama, atau sekejap je? Contohnya lepas dah ada benda lain, kerja, projek, belajar, ia akan diabaikan.

Kalau blog bukan prioriti, maka guna domain sedia ada dah ok.

Tapi kalau nak jadikan blog sebagai aset dan harta intelek (Intellectual Property) maka kena rancang dari awal supaya bila kita perlukan dia (blog kita tu la) dia boleh menyumbang kepada kita dan boleh jadi harta yang boleh diharapkan.

Setengah orang gelarkan blog sebagai hartanah maya. Ruang-ruang dalam blog boleh disewakan kepada yang berminat. Nak sewakan kedai atau hartanah, mungkin tak ada modal. Tapi, nak sewakan ruang iklan dalam blog, ini lebih mudah dicapai.

Kalau susah sangat nak decide, buka je blog baru. Plan properly dan jadikan blog tu blog personal dan Official.


Guna nama www.maizanfauzi.com dan install wordpress. Kos dia pun bukan mahal sangat. Ambik yang pakej RM60 setahun. (kira-kira 17 sen sehari sahaja)


Sekali dapat sales affiliate dari klikjer untuk produk yang harga RM100++ dah boleh cover untuk bayar kos domain dan hosting setahun.


Sekarang mungkin akan nampak macam skema. Tapi 5 - 10 tahun akan datang? Waktu dah matured sikit, time tu mesti dah tak rasa benda ni sebagai satu benda yang skema dan waktu tu boleh bangga dengan blog sendiri.

Reply
avatar
1/29/2017 7:50 PM ×

www.mayyjie.com okey.. senang ingat.. hehe :)

Reply
avatar
1/30/2017 6:32 PM ×

mayjie.com pun okay. maizans.com pun okay. busyra sokong ja kalau mai nak tukar domain. :)

Reply
avatar
dear anies
admin
2/03/2017 9:47 AM ×

tukar kpd nama yg mudah org igt

Reply
avatar
ayunie ramli
admin
2/04/2017 11:00 PM ×

Kalau bab no 3 tu mek sokong la kot :) hihi. Tapi entah la mai, mek rase ok je dengan yg skrang ni. Contoh la, cik epal and yuyu zulaikha pkai domain blogspot je pon tapi still relevan dlm dunia blog :) mungkin sebab contains / ulasan dia org tu buatkan org still rujuk page :)

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
2/05/2017 2:11 AM ×

Thanks kak Sha :D

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
2/05/2017 2:13 AM ×

Mai pun tak tahu banyak pasal SEO kak Siqah, tapi download Ebook dari contest SEO tu insyaAllah banyak info, selain tu mai suka belajar dari blog Hasrul Hassan :D

Itulah guna nama sendiri ni ada pro and cons, takut bos buka blog baca, kekekeke.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
2/05/2017 2:13 AM ×

hehehe thanks cik tie :D

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
2/05/2017 2:15 AM ×

Hmmm terima kasih pendapat dan cadangan. InsyaAllah akan dimanfaatkan. Teringin juga nak rasa bangga dengan blog sendiri.

Semoga istiqamah.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
2/05/2017 2:16 AM ×

Heheheh itulah dh confuse saya :P thanks kak Intan :)

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
2/05/2017 2:17 AM ×

Terima kasih Busyra <3 <3 <3

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
2/05/2017 2:17 AM ×

InsyaAllah Anies :D

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
2/05/2017 2:18 AM ×

Itulah ramai juga top blogger pakai blogspot je, hmmm, kena fikir balik ni mungkin ada cara lain nak naikkan blog sendiri

Reply
avatar
2/07/2017 9:53 AM ×

kalau blog mayy dah boleh bayar domain dan hosting dia sendiri why not tukar ?

www.mayyjie.com

guna nama yang senang ingat yang melambangkan diri kita...

apapun terpulang , bila dah ada domain ni lagi banyak kena jaga terutamanya bila cukup tempoh kenalah bayar sewa , kalau tak babai nama domain....risiko guna domain percuma pulak bila2 masa pun boleh kena terminate .

semoga mayy dapat pilih yang terbaik

Reply
avatar
2/07/2017 1:43 PM ×

maizan.com

missobsesi.com

noormaizan.com

terpulang kpd Mai. mana yg Mai rasa selesa. sebab ia nanti akan bertapak lama di alam maya ni, Mai :)

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
2/07/2017 3:22 PM ×

Hmmm... cakap pasal terminate risau pula...aduhh..thanks kak Saidila.Itulah skrg nak start ada la, tkut tak boleh istiqamah pula membayarnya sebb tak ada pendapatan sendiri lagi.

InsyaAllah nanti saya tukar dgn www.mayyjie.com kot.

thanks pendapat sis.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
2/07/2017 3:26 PM ×

Rasa macam lebih senang pakai nama sendiri, tapi rasa tak commercial pula.kekeke

Reply
avatar
5/21/2017 2:02 AM ×

www.mayyjie.com tu lebih mudah utk ingat kat Mai

Umi ni dh bertahun kot fikir nak tukar domain tapi masih tak tetap pendirian sebab takut bila dh tak de..xde siapa nak sambung menulis kat blog yg didomainkan..masih dalam mencari patut atau tidak sebab ramai blogger yg hebat masih dgn blogspot..tapi tak tau la kot tetiba esok bertukar pulak kan..hehe

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/22/2017 2:46 AM ×

Hehehe adakah dah jadi personal branding saya tu? :P

Tu la samalah macam saya, berkobar kemain, bila buka web netkl tu bertukar lagi fikiran ni.Haish susah-susah.

Reply
avatar