Perjalanan sebagai seorang Blogger

Perjalanan sebagai seorang Blogger

Ini kisah blog aku. Aku join dunia blogging sejak 2011, dan aku tak menyesal pun. Kerana bagi aku rakan blogger lebih ikhlas dan tidak hipokrit seperti laman sosial lain. 

Kenapa aku yakin sangat?

Sebab dalam dunia blogging, kita ada hak untuk memilih apa yang kita nak baca. Of course kalau kita tak suka penulisan orang tu (so far aku tak da rasa macam ni kecuali untuk blog politik kotor ataupun blog fitnah) mestilah kita tak akan klik dan masuk ke blog orang tu kan? Jadi cerita pun habis setakat disitu. Jadi bukan satu masalah kalau kita nak update berjuta post sehari pun. 

Manakala kalau laman sosial lain, orang lain suka atau tidak terpaksa tengok moment/status kita bertebaran kat wall mereka. Bila dah banyak sangat status kita, mulalah diorang buat andaian sendiri. Pepandai je dorang timbulkan isu, 'Orang bahagia tak tayang bahagia.', 'Asyik post gambar nanti tak kekal lama.' bla bla bla. Tengok blogger, tak ada pun kan timbul orang nak condemn Vivy dan husband, or Cik Epal dan hubby yang super sweet tu? See ? Nampak kan mentaliti orang facebook macam mana. Twitter tak tahu la,bagi aku bebudak je kaki twitter, Muahaha.

Eh termelalut jauh. 

Aku mula berblog sebab aku bosan sangat kat rumah kakak aku. Tambahan pula aku memang suka menulis. So blog ni asalnya dibina sebagai diari terbuka aku je. Sampai sekarang pun sebenarnya diari terbuka dan aku tak pernah terfikir untuk tukar niche blog aku menjadi blog ilmiah. Kehkehkeh.

Beberapa bulan selepas itu aku kenal papito. So jadilah blog diari terbuka ni tertukar menjadi diari cinta tahap kencing manis nak muntah pelangi membacanya. Sorry readers. Jangan risau aku dah draftkan semua entry meloyakan tu supaya korang tak pening lalat, hahaha. Tapi kalau lepas kahwin maybe aku akan publish kan balik kot entry lama tu, blog aku kan? Hahaha.

Aku dapat ramai kawan dari blogger ni alhamdulillah, kebanyakannya lebih akrab dari kawan dunia nyata sampai sekarang tau. Blogger ni sudah tentulah seorang penulis. Seorang penulis ni selalunya pendengar yang baik. Hihihi, ramai yang dah tak menulis lagi, tapi ada yang berhijrah ke wattpad dan dah jadi penulis novel yang famous amos dan hebat kat sana. 

Tak adalah aku merapu sentiasa kan, kadang-kadang aku cuba juga share ilmu dan pengalaman aku dalam blog aku. Sebagai memori diri sendiri, dan juga panduan untuk orang lain, insyaAllah semoga bermanfaat.

Sepanjang menjadi blogger selama 6 tahun ni, aku cuma pernah cash out Nuffnang sekali, dan 8Share sekali, hahaha, jadilah dari tak ada langsung, ye dak? Tetapi hadiah giveaway dan kadang-kadang hadiah sesaja blogger lain nak bermurah hati bagi pun ada, banyak sangat. Alhamdulillah, siapa tak happy kan dapat hadiah. Itulah antara salah satu sebab kenapa best jadi blogger ni. 

Selama 6 tahun berblog ini juga aku sempat mengumpul seramai 1,417 orang follower, alhamdulillah, terima kasih. Maybe pada orang lain jumlah follower tak penting, tapi untuk aku, mestilah aku menghargai setiap orang yang selalu singgah dan follow sini. Kalau takde mereka, matilah blog aku, baik aku tutup je laptop menulis diari kat buku beli kat kedai RM2 tu. Kekeke.

262,075 pageview sepanjang 6 tahun ni, fuh tak membanggakan lagi. Aku target sebelum berakhirnya 2017 ni, aku nak capai 500,000 pageview. Boleh tak rasa-rasa? Boleh je kalau rajin buat entry berkualiti.HAHAHAHA, masalahnye aku ni dah la selalu kena writer's block, pastu entry entah hape-hape.

Itulah perjalanan missobsesi.blogspot.my yang banyak kali buat aku fikir untuk tukar url tidak matang itu, tetapi buat masa sekarang aku hanya mampu berfikir ,belum mampu bertindak,kehkehkeh. (Banyak kena pikir oh sebelum tukar domain.)

Bagaimana pula perjalanan korang? Penuh onak ranjau tak? Kekekeke. Jadi nak tag Mellya, Kak Sha, dan Zafirah, untuk baca perjalanan mereka pula. hihi.

*****
Baiklah entry 'Perjalanan sebagai seorang Blogger' ini adalah sempena penyertaan aku untuk masuk segmen/giveaway bloglist Farhana Jafri. Siapa ingat blog Anna J, sebenarnya blog tu dah permanently deleted secara tidak sengaja oleh Farhana Jafri, kesian dia. Tapi nak buat macam mana perkara tu dah memang nak jadi kan? 

So marilah ramai-ramai support Farhana yang comeback ke dunia blogging dengan blog baru ini. Jom follow dan ramai-ramai. Klik Banner di Bawah Untuk Join~!

Follow
Previous
Next Post »

35 orang rajin komen

Click here for orang rajin komen
1/22/2017 11:07 PM ×

semoga tercapai target untuk dapat 5000000 pageview tu :)

Reply
avatar
1/22/2017 11:29 PM ×

Wahh.. 6 tahun? lamaa tu. Betul tu kalau dengan rakan2 blogger, best je. Kalau kat media sosial sikit2 nak kecam. haha. Tapi itu pendapat saya je la :P

Semoga mencapai 500k pageviews ! Good luck and all the best.

Reply
avatar
1/22/2017 11:36 PM ×

wah thanks tag ! hehehe

Reply
avatar
1/23/2017 12:20 AM ×

menulis ni bukan main hentam keromo jer..kena jaga bahasa dan tutur kata sbb kita penulis politik dan jugak bukan penulis murahan..mcm sy dah start blogging since 2006 lebih kepada personal diari cuma baru2 ni jer open to public..masih byk posting yg tersimpan dan tersorok keke..semoga azam berblogging Mai tu tercapai. Selamat Malam

Reply
avatar
1/23/2017 12:21 AM ×

wowwww amazinggg ! semoga terus suskes mayy :D

Reply
avatar
Adam
admin
1/23/2017 12:34 AM ×

Seseorang sepatutnya jujur tak kira di laman sosial mana pun. Setakat ni saya setuju dgn May, blogger is the best online media.

Saya tak ada laman sosial yg lain melainkan my blog and my watsapp.

Saya setuju sangat yr writing for this entry. Nanti saya nak belajar dgn mai banyak perkara sebab saya baru sangat berblogging ni.

See u.

Reply
avatar
1/23/2017 12:49 AM ×

lg lama kita berblogging, lg sayang rasa kita pada blog. <3

Reply
avatar
1/23/2017 7:34 AM ×

Yeah!! Nanti akak joint tau.. Akak bookmark dulu..

Reply
avatar
Mazni Azmi
admin
1/23/2017 9:06 AM ×

Kat mana mana pun ada je orang negatif
😃
.
Tak yah layan le
.
Buat hilang produktiviti dan masa je
.
Maznee menulis pun ada matlamat sendiri.
.
Tak kisah apa nak jadi, asalkan semuanya ikut matlamat tertulis
.
Senang nak fokus 😃
.
Selamat berblogging

Reply
avatar
Noor Azlan
admin
1/23/2017 9:13 AM ×

Setiap kerja ada cabarannya. Sabar. Teruskan usaha. Blogger dipandang icon tau sekarang ni... So kita kena 'jaga' diri... :-)

Reply
avatar
Ana Suhana
admin
1/23/2017 10:53 AM ×

"Orang bahagia tak tayang bahagia"

Org yg post status nia bagi kak ana mcm kelakar pun ada. Sebab dia sendiri tak perasan dia pun tayang juga. Padahal bahagia tue subjektif 😅

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
1/23/2017 12:32 PM ×

Aamiin, thanks Tiara :D

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
1/23/2017 12:33 PM ×

Terima kasih dedaun comel :D

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
1/23/2017 12:33 PM ×

Hehehe kalau rajin2 nanti jom la join :D

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
1/23/2017 12:36 PM ×

Betul juga tu Mrs Fuzy, saya takut nak ulas viral2 terkini sebab selalunya fitnah, huhu..sebab itu saya lebih kepada pengalaman ataupun buah fikiran sendiri je. Bahasa dan tutur kata kadang2 buat saya risau juga sebab takut kata ganti diri dalam entri tak enak dibaca orang lebih tua.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
1/23/2017 12:37 PM ×

Terima kasih Ira :)

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
1/23/2017 12:39 PM ×

Hihi betul,saya paling suka ruang blogger.

Sebenarnya saya pun tak banyak sangat ilmu mengenai blog ni, tapi kalau boleh saya bantu apa salahnya bertanya,hehehe insyaAllah saya akan bantu.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
1/23/2017 12:39 PM ×

Absolutely! Memang sayang blog ni, hahaha.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
1/23/2017 12:40 PM ×

Bereh kak Sha, hihi...

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
1/23/2017 12:41 PM ×

Seronok tengak sis menulis ada fokus tersendiri,tak la merepek mcm saya, hehehe. Betul tu orang negatif tak perlu layan, baik jadi diri sendiri, Selamat Berblog juga :D

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
1/23/2017 12:43 PM ×

Hihi seriau dengar perkataan icon tu, huhuhu. InsyaAllah selagi boleh beri input negatif dan berkongsi pengalaman, saya akan tulis sebaik mungkin... Positive vibes only, heheheh.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
1/23/2017 12:44 PM ×

Betul tu kak ana, kadang-kadang nak kongsi kegembiraan pun tak jadi nak kongsi, hahaha, baik tulis kat blog... :D

Reply
avatar
1/23/2017 1:08 PM ×

wow banyaknyaa page view Mai. smga dpt capat target 500k views . chayok2!

Reply
avatar
Siqah Hussin
admin
1/23/2017 2:20 PM ×

Siqah setuju dengan ayat Mai pasal post kat FB dan IG tu.. Kalau di blogger, rasa siqah tak pernah jumpa lagi orang suka condemn ke atau cakap benda tak elok. Masih terjaga institusi blogger. Hehe.

Good luck dalam nak capai target 500k PV! 💪😊

Reply
avatar
1/23/2017 8:07 PM ×

wahh.. 6 tahun tue agak juga.. daripada Nurul nie nda sampai setahun pun hahaha..

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
1/23/2017 11:28 PM ×

Tak banyak tu kak reen kalau ukur dengan tahun mula.. hahahaha.thank you kak reen...

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
1/23/2017 11:49 PM ×

Kan, sebab blogger lagi suka tulis pasal diri sendiri dari sibuk condemn orang kut, hehehe. seronok jadi warga blogger ni...

InsyaAllah~!

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
1/23/2017 11:50 PM ×

Hihi 6 tahun tapi ada berhenti2 sekejap. hehehe... masa tu tak serius berbloging.

Reply
avatar
Kak Long
admin
1/25/2017 3:34 AM ×

Wow! 6 tahun ya...
Ganbatte! In shaa Allah dpt 500,000 views tu.. (y)

Reply
avatar
1/25/2017 3:44 PM ×

Akak dah joint.. Aci tak akak tag mai balik.. hahaha..
Jangan marah ye.. Muach sikit..
http://kasihkuamani.blogspot.my/2017/01/perjalanan-sebagai-seorang-blogger.html

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
1/25/2017 6:53 PM ×

Iye Kak Long, hihihi, thank you very much <3

Reply
avatar
2/07/2017 9:45 AM ×

perjalanan yang menarik.....semoga terus menulis walaupun selepas berkhawin nanti , pastu join kelab momi2 plak...ekekeke

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
2/07/2017 2:48 PM ×

InsyaAllah, hihihi, kelab momi2 blogger mmg awesome, banyak ilmu kat situ, rugi kalau tak join.

Reply
avatar
2/09/2017 5:02 AM ×

wahhhh.. semangat baca blog awak.. Nurul suka singgah blog awak sebab content yang tersusun kemas.. blog pun simple dan sedap mata memandang.. keep it up awak ! ^^

http://www.syahirahvaliant.com/2017/02/perjalanan-sebagai-seorang-blogger.html

Reply
avatar
7/23/2017 5:28 PM ×

Wahhh .. sebenarnya sy baru nak tulis entry pasal nie. tetapi nak cari ilham dulu hahaha~~ btw bila jadi blogger nie mcm2 pengalaman yg kita dapat .. like mai said "tak pernah menyesal berblog" .. tahun nie baru merasa serius nak berblog, harap2 momentum berblog itu tak jatuh even lepas kahwin hehe ~~ Good Luck for 500000 views

Reply
avatar