Susahnya Jadi Penulis



Dulu aku pernah baring merenung kipas, fikirkan betapa enaknya hidup seorang penulis novel. Duduk rumah, menghadap laptop, dan tekan-tekan keyboard je. Oi, seronoknya! 

Amboi-amboi, aku lupa kerja dia juga perlukan fokus, perlu teliti dan perlu merangka dengan akal, bukan main bedal. Salah aturan, makan makian. Iyelah, orang bayar kan harga buku, mesti orang akan letak expectation, tak banyak sikit. 

Research! Kau jangan main hentam macam drama tv3. Letak sesuatu perlu pada tempatnya. Bersedia, jika menulis mengenai peguam, mungkin seorang hakim juga membaca tulisanmu, jika menulis mengenai perubatan, mungkin juga seorang doktor sedang membelek nukilanmu. Gulp. 

Itu je aku rasa penting. 

Satu. Rangka cerita yang paling lekeh biarlah orang faham, tak logik tak apa, sebab bukan semua orang nak sangat hidup dalam realiti ni. Kadang-kala orang idamkan untuk terbang ke dunia fantasi, yang orang cuma boleh dapat melalui tulisan. 

dan,

Dua. Sekurang-kurangnya kaji dahulu apa isi penulisan itu. Kalau penulis sendiri tak kenal tulisannya, tak mustahil pembaca juga akan sesat dan karam separuh perjalanan. Tak enjoy, sedihlah. 

Dua je kan. Dua je kan. Susah tau nak cukupkan dua syarat wajib seorang penulis ni. Aku dah rasa sendiri sebab aku menulis di Wattpad, mulanya sekadar suka suki, tiba-tiba mendapat sambutan pula dari beberapa sweethearts. Sangat terharu tau, dalam pada masa yang sama aku rasa kecut perut.

Jari nak menari atas keyboard pun takut takut,. Takut apa kata orang, takut orang geli, takut orang bosan, takut hambar!

Itu aku yang menulis buku percuma. Tabik sangat pada mereka yang menulis buku untuk jual kat kedai tu, Mesti tinggi gila expectation orang kan, sebab kena keluar duit. Fuh Fuh Fuh, tabik.

Doakan cerita aku tak hambar, Hahaha, Kalau nak baca pergilah tengok wattpad aku.






Follow

20 comments

  1. Betul tu.. menulis bukanlah semudah yg disangka..

    ReplyDelete
  2. Setiap kerjaya ada cabarannya. Jadi penulis pun sama 😃
    .
    Kalau ada passion, yang susah tu jafi senang sebab dah minat 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi betul tu, pucuk pangkalnya minat dan kesungguhan :D

      Delete
  3. Salam jumaat mai. Semoga di permudahkn segala urusan ye. Nk menulis mmg kne byk membaca. Klu x, nmpk cerita kita mcm caca marba jer kan. Kak ana wish u all the best for the next story.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam kak Ana, terima kasih. Mai suka baca travelog kak Ana, tersusun <3

      Delete
  4. susah nak jadi penulis. lagi2 nak jadi penulis yang creative dan original. Kalau copy and paste entry orang lain tu mudah je. Tapi tak bagi kepuasan kepada kita blogger ni. Rasa mcm blog ciplak pulak. Kita nk bina identiti blog tersendiri.

    Meniru cara sihat ok jugak untuk elak writing block.

    Btw Mai. Lawalah template blog mai yang baru ni. Minimalist. Sejuk mata memandang. Yang lama tu macam serabut sikit and berat loading. Yang baru ni. Tak sempat kelip mata dah fully loading. ececeh haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, nak ada pattern dan trademark sendiri mmg susah, tapi puas hati. Hahaha. meniru cara sihat tu kadang-kadang masa kena writers block buat juga, tengok kat bloglovin apa2 topic lepastu buka topik sendiri,ahaha.

      Betul ke ni,thanks a lot Amer, ni template dari Kak Reenri. hadiah giveaway haritu. mmg sayang gila dgn template ni.. Hahaha.

      Delete
  5. mmg susah pun.. tambahan pula bila nak menulis nie kene banyak membaca. Tambahan pula kalau ia melibatkan fakta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu paling penting utk membaca sebab selain nk tahu fakta, boleh tambah penguasaan vocab..

      Delete
  6. Sama laa Mai, dulu Rii anggap jadi penulis ni senang. Main tekan-tekan keyboard, siap and pulish then dapat duit bila orang beli. Itu dulu laa, tapi sekarang Rii pun ada tulis short story kan, susah jugak jadi penulis ni rupanya. Memerlukan idea and efforts yang banyak. Now, Rii dah stop tulis sebab takdak idea and insyaallah kalau takdak apa hal, nak menulis balik haha.

    Have a good day, Mai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu penulisan Rii. Yg penting mai ada soft copy sebuku, hahaha awesome!

      Delete
  7. hi may, akk ada tag awk dalam entry.. hehe :)

    ReplyDelete
  8. betul tu mai.. mmg susah nak jadi penulis. ahri2 kena fikir entri apa nak up ni.. huhu.. bukan boleh main2 ja nak update. ramai kot nak baca blog kita ni.. hehe. perasan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahaha tu la... :P nanti org boikot pula sedih sengsorang.hahaha

      Delete
  9. semogaterus sukses dlm bkarya =D

    ReplyDelete
  10. Teruskan menulis sesuatu! Semoga berjaya...

    ReplyDelete