Apa Aku Nak Buat Selepas dapat Brim Bujang 2017

Brim Bujang 2017



Selepas permohonan BRIM Bujang 2017 aku telah diluluskan, aku sudah merancang beberapa plan baru untuk manfaatkan duit tersebut. Oh ya, untuk check status BRIM dan tengok Jadual Bayaran BRIM berperingkat boleh tengok kat sini 

| https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=s&y=2016 | .

Untuk permohonan BRIM Bujang bernilai RM450, jadi pastinya aku sudah merangka plan untuk manfaatkan duit itu. Pada mulanya aku ada plan lain untuk guna duit tu, tapi disebabkan plan tak jadi, aku tukar ke plan lain pula.

01. Tempah Hotel di Shah Alam untuk Majlis Konvo Aku
Oleh sebab Majlis Konvokesyen UiTM Shah Alam akan mendahului kali ini, jadi majlis aku akan jatuh dalam bulan April nanti. Jadi aku perlu tempah awal untuk memastikan aku dapat hotel yang berdekatan dengan UiTM nanti (of course akan cepat penuh kan, UiTM Shah Alam kot!). Alhamdulillah aku ada menang boucher dari Traveloka dalam contest Instagram diorang, so nanti boleh kot pakai boucher tu masa tempah hotel. 

02. Cuba Mulakan Bisnes Kecil-kecilan 
Aku ada planning untuk menceburkan diri dalam bidang bisnes ni dan aku sudahpun berhubung dengan pemborong 'produk' tersebut. Ini adalah kali pertama aku nak berbisnes, dulu aku pernah tolong mak aku jual nasik ayam kat kantin sekolah je, hahaha (sekolah agama rakyat dalam pengubahsuaian so mak aku jadi pembekal makanan jap a.k.a kantin tidak rasmi). Kakak aku pun ada perniagaan stationary, adik aku pun meniaga keropok (hati kering weh dia tu jual keropok kat sekolah sampai boleh beli Huawei P9). InsyaAllah semoga berjalan lancarlah plan aku yang ni.

03. Belanja Orang
Hahaha. Aku memang suka belanja orang pun. Dan aku rasa berpotensi besar ni duit aku nak habis dengan bebudak dua ketul kat rumah aku ni. Ya Allah seram pulak bila fikir,hahahahah. Tapi aku rasa, perasan tak korang, rezeki aku tahun ni tak putus, lepas satu, satu aku menang giveaway. Memang aku tak kerja tapi masih ada duit yang masuk, aku anggap itu rahmat dan rezeki yang dibawa dua budak kecil tak berdosa ni dalam rumah aku, dan bila aku jaga, aku lah terkena tempiasnya. Subhanallah, Alhamdulillah. Jangan lupa belanja parents juga, kekekeke.

Okaylah plan banyak-banyak pun belum tentu jadi pun, apalah sangat RM450 boleh buat zaman sekarang ni. Jadi inilah plan utama aku untuk duit kali ini. 

Korang dapat BRIM tak? So apa plan korang selain menabung?



Follow

68 comments

  1. Benda pertama yang terlintas difikiran, keropok ape yang adik cik mai jual and berapa lama dia kumpul sampai boleh huawei p9? nak menuntut nie..hahahhahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kena buat entry khas la nampaknya ni, kekeke. Nanti Mai share.

      Delete
  2. bagusnya awak dah plan awal2.. hehehe saya baru je dapat tadi baru nak plan. Tapi perkara saya buat dulu, saya simpan rm60 kat tabung.. yang lain tak tahu lagi. Mgkn adalah nak buat beli barang keperluan penting. awak selalu belanja org, itu yang buat murah rezeki. Syukurlah awak tak putus2 dimurahkan rezeki. semoga rezeki tetap berterusan masyuk, amin~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit awak dah masuk ye? Mai belum lagi. Hehehe, beli yang perlu tu penting juga tu. Hehehe macam satu kepuasan sendiri sebenarnya bila tengok anak buah happy.

      InsyaAllah, aamiin, semoga rezeki awak juga melimpah ruah.

      Delete
  3. Alhamdulillah. Manfaatkan rezeki Allah dengan sebaiknya.. Semoga Allah akan sentiasa memurahkan rezeki awak ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, aamiin, semoga Anis juga sentiasa murah rezeki..

      Delete
  4. dapat jugak brim.. tp tak tau nak buat apa lg dgn brim ni.. hehe.. btw nnti kita jmpa nak takkkk awaaaa? hahahaha.. gedik ! tp x tau la kena hari apa konvo busyra nnti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh busyra punya dh masuk ke belum? Ehhhh boleh je Busyra, kita makan eat & repeat tu ke, ataupun kalau takda masa pun bergambar ngan jubah convo pun jadilahhh, tapi harinya sama ke? HAHAHA. Harap2 sama.

      Delete
  5. Assalamualaikum

    Bersyukur BRIM cik noor maizan telah diluluskan. Walau RM450 pada zaman skrg mungkin dianggap tidak besar tetapi bila dapat hati tetap rasa melonjak kan. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Hehe mestila gembira, duit kan, $$$

      Delete
  6. Isi tabung kawen jugak Mai 😘😘😘 hehe

    Kak ana doakan semoga Mai berjaya dalam business tu nanti 😍😍❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha tabung kawen nanti2 la kot kak Ana, kekeke :P

      Aamiin, aamiin, thank you kak Ana.

      Delete
  7. wah ramainya dapat brim. manfaatkan sebaiknya

    ReplyDelete
  8. BV pun nak mulakan bisnes. tapi taktau nak jual apa XD
    suka jugak belanja orang kalau ada duit lebih kan, memang terbukti murah rezeki lepas tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe tula kena fkir produk apa yang laku laris sekarang ni, kang tak pasal bankrup, pastu pakai produk sendiri sampai lebam,hahah.

      Betul, suka tengok orang happy.

      Delete
  9. Alhamdulillah...bagus dan planning yg bermanafaat..dalam hidup ni kena buat planning walau the end of the planning tu tinggal planning jer...

    Mai menang voucher Traveloka ya..tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe betul tu Mrs Fuzy, planning tetap planning, jalan ke gagal tu belakang kita, hahah.

      Ya, terima kasih. RM50 sahaja, kena topap duit sendiri juga,tapi jadilah, jimat juga,hihi.

      Delete
  10. Huiihh, baguslah Cik Mai ada planning sebegini.. Akak harap Cik Mai dapat memanfaatkan duit BRIM tue dengan sebaik mungkin.. Pilihlah planning yang paling terbaik sekali sebab tengok pada planning tue, nampak semuanya yang penting-penting.. =) Apapun tahniah akak ucapkan kerana BRIM awak dah lulus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi InsyaAllah cuba memanfaatkannya.

      Semua planning tu penting tu kak Shikin, kena buat semua.

      Terima kasih akak <3

      Delete
  11. Akk xdpat lagi brim. Status pun dalam proses ag. Huwaaaa.


    Akk nk guna beli brg2 kraf. Banyak dah habis stok.huu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh kenapa jadi lagu tu kak reen ? Semoga dipermudahkan....

      Tu la banyak gunanya ni,utk bisness pun berguna, hihi.

      Delete
  12. Alhamdulillah,, murah rezeki Mayy tahun ini. Hahaha sy pun ada plan mao berbisnes juga, cuma tgah usaha untuk kumpul modal. Insya'Allah semoga perjalanan bergraduate Mayy berjalan lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, jomlah mula bisnes sama sama awak. Saya cari yang perlukan modal rendah sahaja. Hehehe. InsyaAllah, aamiin, terima kasih ya.

      Delete
  13. Asalkan duit, tak kisahlah berapa jumlahnya. Sure syok je kalau dapat kan 😁😁

    Rezeki dikongsi bersama :) Alhamdullilah :)

    Btw, akak dah jawab soalan Mai kat post akak pasal Goodreads okay 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhh mestilah syok kak Siqah, hahaha, tambah2 penganggur gini.

      Eh terima kasih kak Siqah,nnti saya baca.

      Delete
  14. ehem ehemmmm. no3 tu please selitkan nama kc sekali hahahaha. den pun tak sabau sabau nak dapat duit brim ni. nak daftar SSM hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aipp KC pun dapat, kita buat sister barterlah.kekeke. Wahhh dah start mendaftar, mai baru nak berjinak2 ni. hehe.

      Delete
  15. Replies
    1. "nice sharing. tips untuk tak baca tapi nak comment jugak hehe."- (Amer Jaya, 2017)

      Hahaha kadang2 buat juga kat entry yang tak paham :P HAHAHA

      Delete
  16. nice sharing. tips untuk tak baca tapi nak comment jugak hehe..

    Waseh rm450 kan.. banyak tuuuu.. bagus mai belanja anak buah mai... makin murah rezeki.

    lepaih tu, buat business kecil-kecillan. amer sokong maii.. jiayo jiayo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belanja dorang sikit dah la, catu sikit,hahaha. Aamiin, semoga kita semua murah rezeki.

      Tu la baru nak start sementara mengganggur ni, ada la duit poket sikit nanti.

      Delete
  17. Yang belanja tu, belanja blogger lain boleh? Hahahaha

    P/s Tunggu next year nak dapat BR1M

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, boleh dipertimbangkan ni :P

      Delete
  18. Kita pun dah diluluskan tapi masuknya belummmm. Tsskk!

    Dalam plan Ira BRIM tu nak buat 3 perkara yang wajib. Belanja family, self reward, menabung masa hadapan gitew. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe mai pun masuk lambat tadi, ikut bank kot.

      Wahh bagus tu plan tu, semoga berjaya.heheh.

      Delete
  19. meh belanje e'in! hihi..

    tahniah sebab dah konvo..

    semoga dipermudahkan untuk mule bisnes.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha e'in dapat tak?

      Terima kasih E'in...Aamiin...aamiin. <3

      Delete
  20. bagus maizan ni buat plan. paling penting, buat. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Plan yang penting, jadi tak jadi tak tau lagi,hahah.

      Delete
  21. Cepat belanja Syed! hahaha. Rasa macam menarik ja nak buat entry macamni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha buat la syed. Nak baca nanti.

      Delete
  22. Untunglah dapat BRIM.

    Mrs. A tak dapat pun huhuuhuhu... Amvoi! senangnya Mai tukar template, nice and simple.

    Bestnya pandai coding-coding html ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, Brim bujang dapatlah, hehehe, yang BRIM family tak dapat pun.

      Hehehehe, terima kasih suka template ni. Sebenarnya template sama je, saya cuma main colour dalam customize tu, tak main coding pun MRS.A

      Delete
  23. Replies
    1. Hehehe kenapa tak dapat ni Cik Tie ?

      Delete
  24. no 3 tu... nk tumpang 2 kaki? hhehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha macam akan dipertimbangkan utk blogger ni, giveaway mungkin?

      Delete
  25. bestnya bujang dpt rm 450 , sis dah kahwin nie x dpt lah dpt ke husben kita hikhikhik ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe, eh isi rumah lagi banyak ni Anzra :P

      Delete
  26. kalau sy dpt brim 2017 ni, alhamdulillah 😁😁😁 sebab sebelum ni kena rejected sebab dpt baucer buku 😞

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehehehe student lagi jarang dapat, kecuali lucky (sebab dulu ada kawan yang dapat)/

      Delete
    2. bestnya kalau dpt dua2 �� eh ehhh, tertamak plak ��

      Delete
  27. sadnya tak dapat brim. huhue. apapun alhamdulillah. hope dapat digunakan sebaiknya kan :) tak kira apa plan pun. yup sangatlah setuju kecik sgt rm 450 tu. kalau x manage bebetul sehari je pun leh habis. opss maybe dalam beberapa jam je. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. La kenapa tak dapat ni Nadhie, hehehe. Betul kena plan elok2, takut terbazir kearah lain pula, haha.

      Delete
  28. Hati kering dahsyat tu, untung masyuk gila jual keropok macam mana agaknya, terfikir. Tapi dahsyat ah yg penting.

    Goodluck ber-bisnes! Inn Shaa Allah, Dia permudah ._.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keropok jajan je Faten, nanti Mai share apa dia jual.

      InsyaAllah, thank you Faten~!

      Delete
  29. yang untuk cuba bisnes kecilan tu memang setuju mana tahu dari rm450 boleh jadi ribu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe insyaAllah mencuba, tapi tak laburkan terus RM450, mula dengan modal paling rendah.

      Delete
  30. yay alhamdulillah elsa pun dah dapat brim! tahun pertama elsa dapat brim hakhakhak tu yang excited lebih. In Shaa Allah nanti elsa share entry pasal brim hikhik :*

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay Elsa, mai kali kedua, first time masa habis diploma dulu, heheh.

      Delete
  31. nnti jumpa aril dkat UiTM Shah Alam ye . Kolej aril dkat dngan DATC hahahha . Untunglahh dah dapat BR1M .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah kolej perindu ler ni kan...Hahaha, datanglah kita boleh selfie sama-sama,hihi.

      Tu la untung-untung, heheh.

      Delete
  32. Tabung lah biar boleh beli P9 Plus.. hahaha

    ReplyDelete
  33. guna brim buat top-up touch&go. hehehe

    ReplyDelete
  34. Mai, jom belanja Byla mai? hahaha :P

    ReplyDelete
  35. saya dapat duit brim

    saya belanja umi dan ayah sy makan a&w
    beli jam tangan baru
    belanja umi dan ayah makan nasi beriani
    bagi rm 100 dekar umi

    ReplyDelete