Bawa Anak Anak Buah Mandi Kolam di Hotel Seri Malaysia Kulim

Bawa Anak Anak Buah Mandi Kolam di Hotel Seri Malaysia Kulim
http://www.serimalaysia.com.my/Hotels/HsmKulim
Cuti-cuti lama begini rasa kesian pula dengan anak buah yang asyik terperap di rumah. Oh ya kalau nak tahu dua anak buah aku yang berumur 7 dan 4 tahun tinggal dengan aku sebab diorang bersekolah di Kulim. So apa salahnya bawak diorang main air, aunty pun dah lama tak asah skill berenang, cewah...

Aku pun call Hotel Seri Malaysia untuk tanya kolam renang free tak harini, takut ramai pula guest diorang tak seronok pula sebab kolam tu tak adalah besar mana pun. So lepas tahu kolam free baru boleh announce kat bebudak ni, excited masing-masing pergi cari baju mandi. 

Sampai je sana aku terus ke penyambut tetamu untuk buat pembayaran. Caj seorang RM7.00 sahaja. Anak buah aku masa tu dah berlari ke kolam dengan penuh excited, nasib baik adik bongsu aku si Busu ikut sekali, dia la kejar bebudak tu. Muahahaha. 



Mandi di kolam kanak-kanak ni cumalah aktiviti ala-ala panaskan badan je pun, sebab kedua-dua anak buah aku ni handal berenang. Hihihi. Anak buah aku tak adalah masa kecik tu masuk baby spa or kelas renang bagai, tapi bapaknye diorang ni suka lempar je dalam swimming pools dalam biar diorang belajar survive, tapi kalau tak reti berenang janganlah try kat anak pula, kekeke.



Taraaa, aunty belanja satu pic muka bogel, kekeke. Takkanlah terjun kolam pun make-up, ye dok? Melampau betul macam tu. Inilah sebab aku selalu pakai lipstick, pucat kan?

Agak dah bosan kat kolam cetek, inilah masanya beraksi di kolam dalam pula. Tengoklah sendiri video kat bawah :D

A video posted by Mayy Jie (@noormaizan) on

Sakan noooh depa...

A video posted by Mayy Jie (@noormaizan) on

Okaylah dalam pukul 5 lebih kitorang berempat pun naik dan tukar baju semua untuk pergi mengisi perut pula, byeeee~!

Tak sikat rambut dah nak bergambar



TAMAN TASIK PUTRA,09000 KULIM, KEDAH, MALAYSIA
GPS : Latitude: 5.37124 | Longitude: 100.561305
TEL: +604-490 9898
EMAIL: rsvn.klm@serimalaysia.com.my

Post a Comment

37 Comments

  1. Budak2 biar cetek mana pun, asal dpt main air memang lupa dunia... hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Noor Azlan, besen air kt rumah pun kadang2 dah enjoy habis dah diorang nii.

      Delete
  2. bestnyaaa mandi kolam. hehe.. bagus aunty mai ni.. hepy ja tngok muka budak2 tu dpt mandi kolam. kena rm7 ja. okay sngt la tu. murah ja.. then tngok kolam bersih sngt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah sebab nak bandingkan dengan kat kolam renang awam, memang murah around rm3 macam tu, tapi dah la ramai, aunty siap kena pakai bikini bagai, tak kuaseee haku. hahaha

      Delete
  3. Akk xreti nak berenang.huhu. kalo g kolam duk rendam kaki je.hehe..

    Mai.nk tny.camne nk letak video kat ig cam mai tu?😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe try la akak, apungkan diri.

      Cara masukkan video instagram tu, mula2 akak kena login instagram kat web, then akak pilih gambar atau video yang nk masukkan tu, akak tekan icon kat tepi ruang komen tu, pilih embed. copy code, paste dalam new post bahagian html. ehehehe, pahe dop?

      Delete
    2. ooo faham2.. nanti akk cuba wat.hehehe..thank you bgtawww.. :)

      Delete
  4. Serunya berkumpul semua :-)

    ReplyDelete
  5. Hamboii. Sakan nau depa berenang. Haha. Like a boss! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah bebudak ni, hantu air... Power berenang, cuma aunty je tak berapa confident nak lepas diorang berenang jauh dari pandangan.

      Delete
  6. Seronoknya berenang. Lagi2 kalau tak ramai orang kan Mai. Boleh berendam sampai tak ingat dunia. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitorang berempat je masa tu Kak Ana, apa lagi, heaven lahhh. hahaha

      Delete
  7. Ala lalallalala..seronok berenang ya...aktiviti sihat ni..memang terbaik..tapi leps tu mesti lapar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, betul PC, habis je berenang serbu restoran nasi ayam, hehehe.

      Delete
  8. hahaha.. budak2 memang best dapat main air ni. Nurul pun akan excited kalau dapat pergi tempat2 macam ni ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe dapat berendam pun dah seronok dah kan...

      Delete
  9. bestnya dapat berenang! saya suka mandi air lagi lagi kalau cuaca panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang best kalau mandi panas2 tapi nanti kulit merelit lah.hahah

      Delete
  10. Bestnya kecik-kecik dah pandai berenang. Syed ni pergi swimming pool banyak kali pun still tak berani sangat lagi nak berenang dekat tempat yang dalam sangat tu haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ye ke... berenang je kat tangga2 tu, eh aunty dorang pun tak reti berenang pun sebenarnya. budak2 sekarang ni advance.

      Delete
  11. untungnya anak buah dapat mak buah opps...mak menakan yg rajin melayan anak2 buah ni..thumbs up Mai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha mak buah nangka ka.. :P Terima kasih mr.fuzy...

      Delete
  12. Assalamualaikum Mayy,

    Bertuah anak buah dapat aunty yang sporting dan pandai melayan..
    Seronok sungguh diaorang berendam dalam kolam hotel, privacy gitu, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Kak LZ.

      Hehehe, alhamdulillah, selagi mampu gembirakan diorang. Tu la privacy + boleh mandi dengan baju sopan.

      Delete
  13. seronok betul depa main air..hihi

    ReplyDelete
  14. Oklah tu,
    yang penting mereka happy

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah sekali skala buat mcm ni dgn anak2 buah seronok juga kan. xla dorg bosan sgt masa cuti =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kesian juga terperuk je cuti kat rumah Opah ni kalau tidak.

      Delete
  16. Budak-budak memang suka la lari sana sini, pantang nampak air. hehe. dasat bapak depa main campak-campak je dalam kolam :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tu la pantang nampak air. Bapak depa boleh berenang so maybe tu cara dia train anak2 dia. tp memang menjadi.

      Delete
  17. Waaaaa seronakkkk bangattt ni Mayy... Bila la akak berkesempatan bawak anak mandi manda cenggini.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi nanti cuti2 pergi lah kak lea, sekali sekala exercise dalam air.

      Delete
  18. Assalamualaikum sis...sy nk tnya.mna nk cari pengajar yg boleh ajar sy n anak2 berenang.

    ReplyDelete
  19. Anak mandi bogel salah ke?

    ReplyDelete