Betul ke Roti Gardenia Baru Makin Kurang Krim?

 Roti Gardenia Baru Makin Kurang Krim


Baru je drive ambil adik aku dekat Penang, tiba-tiba aku teringat di rumah sudah habis stok roti tengah malam aku. Oleh sebab aku selalu tak dapat tahan lapar waktu tengah malam (aku ada hyperthyroid bukan saka, hahah) so aku pun terus ke 7-Eleven terdekat cari bekal makanan waktu malam memandangkan kedai lain dah tutup, mana tidaknya dah jam 12 malam waktu tu, jammed dekat Penang. 
Bungkusan lama roti gardenia
Sumber : http://www.kualalumpurpost.net/roti-gardenia-naik-harga/


So masa nak beli tu aku pun tertengoklah roti Gardenia yang viral sekarang sebab plastik berwajah baru. Aku suka je design baru ni, minimalist gittueee. Tapi roti tu dikatakan viral bukan sebab rupa pembungkus je berubah, tetapi kuantiti isi krim dalam roti Gardenia pun turut berubah, makin sedikit? Betul ke? 


Sejak roti Gardenia Delicia ini berharga RM0.50 dulu, aku sangat suka makan terutamanya perasa Coklat, Vanila, dan Jagung. Tetapi harganya sekarang adalah RM0.85/bungkus ye kawan-kawan, agak mahal kalau nak dibandingkan dengan saiz rotinya yang macam makin mengecut pula. 


Roti Gardenia Baru Makin Kurang Krim


So tadi aku beli dua bungkus sebagai melapik perut aku malam ini, Delicia Coklat dan Vanila. Hihihi tak sabar pula nak tengok betul ke kuantiti krim makin berkurang? Haish belum apa-apa dah tergigit pula, maklumlah tak sabar nak jamah roti kegemaran, hahah.


Roti Gardenia Baru Makin Kurang Krim


Hmmm, cuba perhatikan krim tu, rasanya betullah viral yang diperkatakan sekarang ni. Iyalah, kalau tiada angin masakan pohon bergoyang. Tapi biasalah tu, kuih digerai-gerai sarapan pagi pun turut mengecut saiznya, maklumlah kegawatan ekonomi sekarang, semua kos semakin mahal.

Bertabahlah.



p/s: Nak beli barang jangan bawa budak, tengoklah aku nak beli roti gardenia dua bungkus je tapi terpaksa bayar untuk semua barang Keisha tu. #poketnangis #auntypunnangis. HAHA.




44 comments

  1. Semoga murah rezeki aunty Mai belanja anak2 buah 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, terima kasih kak Ana, memang duit habis, tapi seronok tengok bila beli kat sorang, dia mesti ingat kat lagi sorang. Kuat bonding tu.

      Delete
  2. Ehh sama la fav flavour kita tapi tak berkesempatan lagi nak rasmi roti packanging baru ni hehe. BTW Mai, kenapa ada makanan kucing sekali tu? Penasaran ni dongg hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay geng la kita Ira, Hahaha cepatlah rasmi.

      Makanan kucing tu saja beli kot-kot kucing nak supper malam2, tak larat nak rebus ayam,hahah.

      Delete
  3. Kan ??? Alahaiiii, trpksa la mai beli yg kosong pastu sapu jam sndiri --'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ni kes malas la ni kak Mek.

      Delete
  4. Memang makin sikit krim dia. Sedih rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak reen, ingatkan mai je rasa sbb terpengaruh viral tu, tanya adik,dia pun cakap lain dari dulu.

      Delete
  5. Kadang2 kecewa juga harga makin mahal tapi isi makin sikit.. Mungkin nak tunggu produk dari company lain muncul baru nak bagi murah kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya persaingan company2 ni consumer la dapat benefit, hihihi. So far yg best kat pasaran sekarang, Masimo ok juga.

      Delete
  6. bila mai post pasal ni teringat zaman sekolah dulu, nak jimat duit punya pasal hari2 makan roti gardenia yg 50 sen, nak sedap sikit beli yg bilis 60 sen. sekrang mana nk dapat harga mcm tu.

    ReplyDelete
  7. Huwaaa. Sedihnyaa krim makin kurang. Haritu ternampak dekat fb, Gardenia jujur sebab letak gambar coklat tiga ketul je sekarang dulu lima. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha adakah itu simbolik, ataupun kebetulan, hanya dorang yg tahu, hahaha.

      Delete
  8. Salam Mayy,

    Akak suka perisa Jagung dan Coklat.. so far masih belum beli roti ni sejak tukar packaging.. Harap2 Gardenia maintain kuantiti filling dalam tu untuk kekalkan sambutan peminat roti jenama ni..😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Sis LZ,

      Eh ada yang sama fisitu. Nanti try la kak LZ, boleh nilai sendiri, kot2 mai ni terpengaruh dgn viral,terus rasa sikit.

      Tu la, nak kekal lama, janganlah kedekut dgn customer.

      Delete
  9. dah lama x mkn roti gardenia ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai kena ada kudap2 malam2 kalau tak pedih perut. Tu la paling mudah, roti atau biskutla. hehe

      Delete
    2. sy suka gardenia butterscotch 😄 yg tu makan memalam klau berjaga

      Delete
  10. allah noobnya saya ._. tahu yang dia tukar rupa je, taktau pulak krim dia makin sikit :') Lol. Dahlama takbeli roti gitu ._.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe mana ada nood, nanti beli la Faten, cuba nilai sendiri betul tak krim kurang, hehehe, kot la kalau mai yg terpengaruh dgn viral sampai rasa macam krim tu betul2 sikit.

      Delete
  11. oo makin sikit eh? tak pernah lagi cuba pek baru ni..
    roti pun sampai 85 sen satu.. tapi kira murah la sedikit berbanding disabah.. :D :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe try la sendiri Hasif. Ohhh duduk Sabah rupanya...

      Delete
  12. suka jugak makan roti nie , sekarang semua benda nak kena cut ,krim roti ou sama daa..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Anzra, bertabah ajelah. Hahah.

      Delete
  13. tu la sekarang harga makin mahal dan size makin kecil..geram dan sakit hati rasa..btw Mai dh mcm Kak Yang yang ada black hole bukan saka..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, semua makanan nk mengecut saiz kan Mrs Fuzy. Tak puas makan.

      Hahahaha, tu la kejap2 lapar, kejap2 lapar, yg pasti bukan saka, perut luas sgt, haha.

      Delete
  14. Tak pernah beli lagi sejak berwajah baru ni. Adesss.. syg betul bila disusutkan inti dia, sedangkan yg sebelom ni pun biasa2 je. haihh.. tp betul kan kedai2 pun susutkan inti dan saiz kueh dorang gak. kalo dikekalkan maka harga akan naik. sobs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, penjual pun dilema juga, susah nak cari untung skrg ni, kos pun mahal, tenaga lagi.

      Delete
  15. betul la tu.. disebabkan kegawatan ekonomi, semua benda jadi sikit.. so kita ni kena terima je la.. >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, terima jelah, agak tak boleh terima dah, cari alternatif lain.

      Delete
  16. Replies
    1. Sedap kan, tambah2 yang baru datang dari Kilang, lembut je. hihihi.

      Delete
  17. kalau naik harga tapi saiz maintain, ok lagi. boleh terima sebab kita pun tahu ekonomi negara makin gawat sekarang.
    ni kalau saiz pun makin kecik, agak sakit hati mula2 tu. tapi lama2 terpaksa terima jgak sebab anak2 pun suka roti tu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roti ni senang pun kak, nak buat bekal pergi sekolah pun mudah, budak pun suka, tu la tapi kalau makin mahal baik beli roti sapu jem sendiri je. hehe.

      Delete
  18. apa-apapun roti gardenia..memamg sedap..

    harga mahal pun tak kisah..

    cuma tak boleh makan selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe betul tu, tapi kalau wholemeal saya lebih suka Massimo :P

      Delete
  19. Bukan roti je boleh mengecut, poket pun dah kecut juga ni.... kelmarin beli karipap punya lah kecik sizenya, tak sangka ada karipap sekecil itu... roti ni kalau saya pergi semenanjung beli banyak bawak balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha bab poket mengecut tu seram tu.

      Kuih sekarang memang comel2 je saiznya, sekali suap je. adoi... Ooo saya baru tahu sabah sarawak kurang roti ni.

      Delete
  20. Hai Mai, walaupun banyak ke sikit ke, korang masih beruntung sebab ada rotia gardenia dekat sana... :((( dekat sarawak tak ada, kalau ada pun,,, mahaiiii...

    memang betul makin sikit, mungkin nak jaga price dia, sampaikan pembalut terpaksa disimplekan sebab nak cut cost.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Amer, hehehe janganlah sedih. Laaa baru tahu kat sana takde, kalau mengidam cakaplah Mai pos,hahah.

      Tu la, pembalut baru ni simple,tapi nice lah, nampak dari jauh sebab cerah kaler tu, haha.

      Delete
  21. Selalu gak beli roti ni sebab cucu suka.
    Tak perasan pula semakin berkurangan krimnya.

    ReplyDelete
  22. haha dah lama tak makan roti ni. Tak suka la design baru dia. Minimalis tapi rasa macam too plain dekat kawasan putih tu. Should be replaced with different background la. Lagi tertarik nak beli kalau tengok yang lama tu. Yang penting dulu beli 50 sen sekarang dan mahaii.

    ReplyDelete
  23. makin sikit ke?? kat sabah xde jual... dulu kalau g kl mesti borong bnyak2 bawa balik sabah.. mai nnti kalau ade rezeki meh la jmpa kat penang :)

    ReplyDelete
  24. Hahaha sempat tu terrrrr gigit.. ekeke..

    Semalam akak carik jugak roti ni.. roti coklat.. Tapi yg hadooo cuma vanilla..

    ReplyDelete