Kali Pertama Tempah Header & Gambar Sidebar dari Mellya Crayola.

Mellya Crayola

Assalamualaikum, selamat pagi! 

Hihihi mood ceria lah hari ini sebab blog Mayy Jie ini dah bertukar baju. Template Espelette by Etsy masih dikekalkan sebab dah ada template berbayar sponsored by Kak Reenri, malaslah nak guna template lain lagipun dah selesa dengan template ni. 

So aku just tukar warna-warna dan berhasrat nak guna header dan gambar sidebar ruangan penulis yang baru. Tujuan aku tukar kepada nafas baru ni sebab adik aku tengok blog aku dan complained sebab kosong yakmat, bosan katanya. Bila aku tengok balik, hmm agaklah, kosong putih gitu memang lah hambar sikit.

Kononnya nak tiru gaya mat saleh berblog, kahkahkah. Last-last tak tahan lama. 

Alang-alang nak tukar warna dan rupa blog ni, aku rasa nak cuba hasil tangan rakan blogger kita Cik Mellya Crayola. Dah lama aku usha hasil kerja Mellya ni, memang cun, kalau orang dah pernah masuk blog hasil editan Mellya mesti macam kenal trademark Mellya kat cara edit scrollbar tu, hahaha. Eh ke aku sorang je? (Klik Sini Untuk Tengok Hasil Editan Mellya Crayola).

Tapi aku rasa tak tahu nak edit apa lagi kat blog aku ni, so aku just tempah header dan gambar pada ruangan 'penulis' je dari Mellya. Mula-mula rasa nak buat sendiri tapi aku rasa macam tengah ketandusan idea sekarang ni, dah la aku ni tak kreatif, nak nak masa tak ada idea, nanti makin hampehlah pula header aku.

Tengoklah header lama yang bagai melepas batuk ditangga,kekekekeke. So good bye theme hitam.

header Mayy Jie
Header lamaku, bye bye
So hasil beberapa header yang Mellya semua aku suka, susah juga nak pilih. Last-last aku terpaksa pilih satu sebab Mellya akan buat gambar 'penulis' yang match dengan header. Hehehe.

header Mayy Jie

banner Mayy Jie

Comel kan! Aku sangat berpuas hati dengan servis yang Mellya bagi sampai aku puas hati. Terima kasih Mellya sebab kreatif sangat buat hasil yang cantik walaupun dapat customer yang tasteless macam aku, warna tema pun aku tak decide siap cakap, 'Ala-ala vintage' je, huhuhuhu. Sabo jelah. Sebab tu aku pilih Mellya, hehehehehehe.

Dengar kata Mellya tengah buat promotion weh!

PROMOTION SEBELUM MAC 2017
Simple Template - RM 20
ReEdit Template Responsive Blog - RM10 

So kalau nak tahu maklumat lanjut dan takmau terlepas peluang dapat blog cantik dan comel gini pada harga yang murah berbaloi, KLIK SINI

Follow

Post a Comment

41 Comments

  1. wahhh cantik dh blog MAY JIE . aril suka .. Yeay .. Aril ade entri baru. Jom baca .

    Demam Boleh Menyebabkan MATI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih pendapat Aril, yippie... Orait nanti cek singgah sana ok.

      Delete
  2. aumm. hehe. baca tajuk dkt bloglist sidebar. terus klik ke blog mai. mmg cun header baru mai. then tukar pada warna tema mcm ni. nmpak lebih mnyerlah. tak dinafikan mmg hasil tangan mellya sngt puas hati. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cun kan, yeahhh bangga sat , ekekekeke, memang puas hati. tema ni main bedal je, tak pernah suka kaler purple pun tapi sebab anak buah sulung suka, so tiru dia jap,heheh.

      Delete
  3. Amboi patutlah cantik header dia dari sis mellya rupanya. Memang pun dia buat semua cantik cantik. Best kan kalau kita ada otak kreatif hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, tengok template Elsa dan Present is Gift yang baru baru ni diedit tu yang tergerak hati nak pakai servis Mellya. hihihi, comel baju baru Elsa juga!

      Delete
  4. Wah, cantik design baru blog Mayy Jiee. Nampak ceria dan fresh. Nice. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi terima kasih Galaksi Viral :D Jemputlah datang selalu.

      Delete
  5. Terbaikk! Selalu jugak singgah2 kat blog Mellya, memang kreatif tengok hasil2 blog yang dia dah edit.

    ReplyDelete
  6. Cantiknya Mai 😍😍😍
    Boleh "menghasut" kak Ana jugak ni. Kak Ana dah lama tengok hasil2 Mellya semua lawa2 kan. 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe cepat kak ana, sebelum mac ni, nk edit ke tukar template ke semua harga murah lagi, hahahaha...(promote2)

      Delete
  7. Wahhh..Cantiknya headerrrr baru blog mai. ☺☺☺☺ hasil mellya memang cntik kn.

    ReplyDelete
  8. Memang cantik. Pandai Melya edit ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mellya memang pandai edit. terima kasih :D

      Delete
  9. Cantiklah header and tentang penulis tu! hehehe lepas ni kena semangat lebih lah nak berblogging kan? :)

    ReplyDelete
  10. Blog Mai memang sentiasa lawa dan cantik.. Tambah lagi header ni memang gempak. So, yang ni lah paling cantik blog mai. Keep it up.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha thanks Amer, yeay! Tu la happy dengan header dan rupa baru ni :D

      Delete
  11. Assalamualaikum Mayy,

    Lama tak jenguk blog Mayy, tetiba tukar baju baharu..
    Cantik baju baharu Mayy, sis suka sangat sebab mudah dibaca..
    Sis pun baru tukar blog.. harap Mayy sudi singgah ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Terima kasih singgah sini dan suka.:D
      Kejap lagi saya singgah balas ya.

      Delete
  12. cantik header tu mai.. :)

    ReplyDelete
  13. wahhh cantik la very simple yet pop up

    ReplyDelete
  14. Wah, header blog baru sekarang keren. 2 thumbs up. Comel

    ReplyDelete
  15. Lebih simple tak terlalu berat

    ReplyDelete
  16. Cantik! Cantik! Header baru Mai. Akak nak tukar jugak header. Boring dah warna hitam je. Hehe. Nak tempah dengan Mellya jugaklah nanti. Lawa dia buat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempahlah kak Siqah. hehehe. Memang cantik hasil tangan Mellya, banyak lagi header dalam simpanan, baru pasang satu, hahahaha.

      Delete
  17. Memang berbakat si Mellya ni.

    ReplyDelete
  18. Blogger blogger wanita kat malaysia ni memang pandai menghias blog.bagi la tips sket.pening palo asyik tukar theme je.sampai hilang fokus nak menulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tipsnya senang je Tuan. Kalau rasa pening nak pikir bayar designer, hehehehe

      Delete