Kenapa perlu keluar dating at least sekali sebelum kahwin?

keluar bersama sebelum kahwin


Hai dah kenapa minah ni tetiba cakap macam ni, buang tebiat ke, or nak sokong valentine? Of course no, kemon lah. Aku nak share pendapat aku tentang kenapa kita perlu dating atau keluar dengan seseorang sebelum kita pilih dia sebagai teman hidup kita. Dan ini adalah pendapat peribadi aku dipersilakan untuk ambil atau bangkang, sukati hangpa.

Bagi aku, perlu untuk ambil masa keluar dengan si dia at least sekali sebelum confirm untuk ke next step. Kalau next step tu setakat couple ke tunang tak apa lah ada masa lagi, tapi kalau dah kahwin, tiada jalan pulang yang mudah ok. Melainkan terima jelah perangai dia yang tak berapa nak boleh go dengan kita tu.

01. Tengok cara dia layan orang
Mungkin cara layanan dengan kita dia boleh menyamar seperti seekor sesumpah, tapi susah untuk dia kawal diri dari cara sebenar dia layan orang lain seperti peminta sedekah ataupun waiter restoran. Dari situ kita bolehlah nampak true color dia. Apa guna manis mulut dengan kita tapi dengan orang lain diherdik,dimaki atau dilayan macam sampah.

02. Komen dia masa kita makan
Ada jenis orang dia tak suka cara kita makan, selera kita, dan condemn badan kita kaitkan dengan makanan kita. Fuh aku paling tak suka jumpa jenis ni tapi dia wujud. Hahaha so aku tahu je jenis ni, lari terus. Ada juga yang jenis perosak diet, dia tak suka kita diet lepastu asyik sumbat makanan je, hahaha yang ni best, lalala~

03. Bila tiba waktu solat
Hmm test sikit dia alert tak dengan waktu solat. Acemno nak kawin kalau luar tengah azan dia tarik kita masuk bilik karokae ke (contoh je,tak pernah dating situ), atau time tu la dia nak masuk wayang ke, Urghhh major turn off. Betul tak?

04. Gelenyar dalam wayang 
Hehehe biasalah kalau dating mana lagi nak pergi, wayang je kan.  Tapi aku tak suka masuk wayang sebenarnya, aku tak akan masuk pakai duit sendiri, siapa nak ajak sila belanja (kecuali Train to Busan haritu, tak menyesal beb tiket mahal). Ok bab dalam wayang ni, dah kau beli tiket nak tengok movie, kau tengok jelah movie tu. Pengalaman sendiri, aku pernah keluar dengan kawan lelaki aku, aku ingat dia normal, rupanya dia sangat annoying. Ade ke patut nak sendeng2 pula, dia cakap sejuk.
Sikit lagi aku nak tapakkan kasut saiz 40 kat dia. Datang dari hutan amazon ke tak tahu wayang sejuk, bawalah sweater. Jenis ni memang kena avoid la, gelenyar. Itu waktu kawan, kalau dia boyfriend entah lagi dasyat gelenyar.

05. Sembang
Kalau sembang dalam text je memang senang. Kalau sembang kat luar tak sama. Dari duduk lepak lepak mamak je pun kita dah boleh create bonding tu, tengok selesa ke tak, serasi tak berdua, ke asal bertembung je dah jadi medan perdebatan.

Dating maksud aku kat sini adalah keluar, ambil masa untuk berkenalan antara satu sama lain. Aku bukan nak cakap cinta lepas nikah tu tak relevan lagi, cinta lepas nikah memang sangat relevan sepanjang zaman, sebab tu term dia CINTA selepas nikah, bukan KENAL selepas nikah. Maksudnya apa? Maksud dia, berkenalan kenal la dulu. 

Tak salah kan kita kenal dulu dengan siapa kita nak hidup bersama nanti? So kita pun ada hak untuk buat pilihan, dan semoga kita jadi yang terpilih juga. :D

Follow

Post a Comment

30 Comments

  1. Wow,, hahaha yg nie sy setuju sgat2 .. hahaha
    Hmm sy pun lau bole mmg nak kenal dulu, dulu kenal dgn ex-bf dlm sebulan tue belum nampak taring lagi hahaha. Bila dah 3 bulan baru rasa yg dia nie kuat control. Tekanan! hahaha

    Tue baru boipren belum mao kahwin lgi. Ada baiknya dating yg penting family tau jgan dating senyap2 then bwat perangai pula belakang org tua. Yg tue tak baik. Nice entry !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe betul perangai manusia ni susah nak predict. Kena kenal juga. Yezza, yang penting takmo nakal-nakal. Tak bestlah macam tu kan, membelakangi parents.

      Thank you awak :D

      Delete
  2. Assalamualaikum Mayy,

    Haruslah keluar tapi jumpa di tempat umum semata-mata untuk lihat fizikal, kenal hati & perangai masing-masing..

    Masa dating jgn lupa jaga adab.. Itu pendapat sis.. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Kak LZ,

      Hihi maaflah lupa nak tulis, ya betul tu.. Jumpa kat tempat orang ramai, jangan mengada nak berduaan sangat. Adab kena jaga.

      Hihihi terima kasih pendapat kak Lz.

      Delete
  3. Train to busan kak Ana sempat beli dekat astro je. Huhu. Dah 6 tahun tak masuk wayang. 😅 tggu syafi besar sikit lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe lama tu kak Ana.. takpa selagi boleh jimat, baik pergi makan duit tu...haha.

      Delete
  4. Nice entri . Betul jugak tu kan dari situ kita boleh test dia mcm mana. Miang ke tak baik ke tak. N part solat tu paling penting. Kalau buat dek je time waktu solat, hmm pepaham jelah -,-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe memang orang kata setakat keluar sekali belum tentu boleh kenal, tapi apa salahnya test sikit2 kan, tak kenal banyak, kenal sikit2 pun jadilah.

      Delete
  5. Setuju sangat Mai. CInta selepas nikah itu bagus cuma perlu at least kenal dahulu. At least kita masing-masing ada perasaan mahu mengenali lebih mendalam, then hubungan selepas kahwin akan lebih indah.

    Zaman berubah. Cara juga berubah sesuai dengan peredaran zaman. Yang penting pandai jaga diri dan hubungan. Kita tak tahu apa akan jadi di masa akan datang, sekurang kurangnya kita cuba yang terbaik untuk sekarang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Siqah. Memang penting untuk kenal pasangan kita dulu, tak kenal banyak, kenal sikit pun tak apa, janji kenal. Takut tengok berita sekarang macam2 perangai , panas baran, belasah isteri, takut sangat.

      Yang penting jaga diri masa proses mengenali tu. Hehehe.

      Delete
  6. kadang kali pertama jumpa semua baik
    tgk seterusnya lain.. haaa haru kes gini

    ReplyDelete
  7. Bab solat Nurrul paling setuju.

    Wayang tu . Nurrul pun tak suka gi 😂😂😂

    ReplyDelete
  8. At least berjumpa untuk tengok kan.. mana tau lain di gambar lain pula depan mata... menyesal seumur hidup... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha naya tu... tak comel takpe asalkan sejuk mata kita sendiri memandang, kan.

      Delete
  9. Ok... selepas membaca entry ini. Semakin banyak pulak skrip dan lakonan yang perlu amer belajar. hahahaha. Gurau je.

    Tapi betul lah tu kan. memang perlu tengook survey dulu sebelum ke level seterusnya. Nanti nyesal tak sudah seumur hidup tanggung..

    Tapi takpa aa,, kita doa ja dengan Allah untuk dipertemukan dengan jodoh yang baik. Mai doakan Amer agar dipermudahkan jodoh dan dijodohkan dengan wanita yang terbaik untuk Amer.

    Blogwalking sini Mai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aipppp takmo drama2, babab kang. Hahahaha.

      Betul tu, zaman sekarang ni macam2 perangai manusia ada, evolusi la katakan, hahaha. Sebelum menyesal baik kenal-kenal dulu.

      InsyaAllah, tawakal lepas berusaha. Semoga Amer dapat jodoh terbaik, aamiin.

      Thanks jenguk sini.

      Delete
  10. ada betulnya juga tu.. kalau dah kawin tu lain la certanya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kalau dah kawin terimalah seadanya kan cik tie.

      Delete
  11. Saya pun pernah kena. Waktu tengah tengok wayang, tetiba KAWAN laki saya tu ajak sembang lah, nak suap popcorn lah apa lah. Eee menyampah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha jiwa kacau betul kalau keluar dengan orang macam tu kan...

      Delete
  12. Setuju dengan semua point di atas. Bagi syed pun memang perlu keluar dan kenal each other sebelum melangkah ke peringkat yang seterusnya. Bukan senang kita nak kenal orang betul-betul hanya melalui whatsapp. Bila whatsapp lain and jumpa depan-depan pun lain so tak boleh nak judge selagi kita tak keluar dengan dia kan? Part yang gelenyar tu setuju juga. Yang perempuan ni minta tolong la kalau laki macamtu tinggalkan je. Belum apa-apa lagi pun dah gatal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Syed, tak sama luar and dalam text. tapi janganlah main bedal je blind date tambah2 zaman sekarang ni, bahayaaa...

      Betul,tak rugi tinggal orang macam tu, ramai lagi yang baik2 kat luar.

      Delete
  13. betul tu mai. at least kena kenal2 dulu kan. caranya macam mna. mmg la org selalu ckp, lepas kawen perangai macam lain. tp setindanya kita usaha untuk kenal hati budi masing2 dulu. tak salah kan. amboii panjang pulak dok hingaqq.. hehe :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kena kenai elok2 dulu dokleh duk tangkap muat. hahahahaha..

      Delete
  14. aril stuju. kita klau nk kawin mestilah knal2 dlu .. masa tunang tu, cuba lah ajak kluar, tapi mesti ade yg ketiga lah, xnak bg unexpected things happen kan ? huhuhu

    aril singgah

    ReplyDelete
  15. ALAMAK! Lepas ni keluar kena behave dengan persekitaran lah karang tak pasal rejected. Hahahahaha --'

    ReplyDelete
  16. Setuju tapi kena selari dgn syariat la semestinya which is berkenalan sblm nikah antaranya risik2 perangainya ngn shbt n sanak sedare..n barulah bercinta sakan lepas nikah..bercinta nie buat ap2 yg couple buat..nk sweet2 lepas nikah tp klo nk kenal perangai kena sblm nikahlah..nnti x pasal2 haru je bercinta ngn org perangai x semenggah..haha..sbb tu ad sesi ta'aruf

    ReplyDelete