Popsicle! Nyum nyum...

Pada musim panas macam sekarang ni  memang sedap kalau layan popsicles petang-petang kan. Kalau hari-hari nak beli mahunyaa bankrupt weh. Nak senang kenalah buat homemade punya je, kan jimat tu.

Aku ada jumpa 36 resepi popsicle yang menarik tertarik memang daboom. Kalau nak buat boleh rujuk semua resepi di >> Artsy Fartsy Mama.


Resepi Popsicle
http://www.artsyfartsymama.com/2013/05/36-homemade-popsicle-recipes.html
Resepi popsicle
http://www.artsyfartsymama.com/2013/05/36-homemade-popsicle-recipes.html
Eh sebenarnya cerita kali ni bukan nak cakap pasal resepi popsicles sangat, aku nak bagitahu yang aku nak belanja blogger yang bertuah sebuah Popsicle Maker ! Yeay!

Kalau nak, jangan lepaskan peluang untuk join Giveaway dari Sis Awa April ini tau.

Aku adalah salah seorang penaja untuk giveaway April kali >> Popsicle maker  untuk seorang pemenang, notebook  untuk seorang pemenang, dan dua blog bertuah untuk aku review

Ini baru hadiah dari aku je, ada banyak lagi seperti Shawl, Headband, dan juga Topup dari penaja lain. Kalau ramai yang join, pemenang pun akan bertambah, haaaa, best kan. 

Cepat klik banner dibawah untuk maklumat lanjut! 






Follow

Menggunakan Anjing untuk Mengesan Barah Payudara?

menggunakan anjing untuk mengesan breast cancer
The Sun 30 March 2017
Selain makhluk yang kuat untuk bertempur dan setia dengan tuannya, anjing juga kenali dengan kepintarannya. Walaupun umat Islam tidak dibenarnya untuk membela mereka, tidak bermaksud umat Islam dibenarkan untuk menzaliminya. 

Semasa membaca akhbar The Sun bertarikh 30 Mac (Khamis), aku sangat tertarik dengan artikel bertajuk "Dogs trained to sniff out breast cancer". 

Beberapa ekor anjing dari baka German Shepherds telah digunakan dalam kajian ini untuk mengesan bandages yang dipakai oleh beberapa pesakit barah payudara dengan cara menghidu sahaja.

Pada pusingan pertama, mereka hanya mampu mengesan 28 daripada 31 bandages pesakit barah payudara. Namun pada pusingan kedua mereka berjaya mengesan 100% samples barah payudara.

Amazing, huh?

Sekiranya benar penyakit barah payudara dapat dikesan dengan bantuan anjing-anjing menggantikan mammograms, mudahlah untuk digunakan di negara-negara susah yang kurang alat canggih kerana cara ini ringkas dan murah.

Walaubagaimanapun, perkara ini masih dalam kajian dengan menambah bilangan pesakit dan anjing pengesan.

Apa pendapat korang dengan menggunakan anjing untuk mengesan breast cancer macam ni? Cool kan? 


Follow

Rezeki Menang RM300 dari Contest Birthday Lazada

Pemenang Contest Lazada

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Rezeki yang datang tidak putus, tidak berlebihan namun cukup untuk penganggur seperti aku meneruskan kehidupan tanpa mengganggu ibu bapaku. Dah tu nak menyara anak-anak lagi, maklumlah anak dara tapi ada ramai anak.....tuceng. Hahah.

Penyertaan aku yang INI telah berjaya mendapat tempat kedua dalam Lazada Blogger Contest tempoh hari. Bukan aku seorang ya, ramai rakan-rakan blogger lain yang turut bertuah. 

Rezeki Kak Shalimar membolot RM800 voucher Lazada, wowww memang best! Tahniah kak.

Manakala aku, sis Awa dan Husein Rider berjaya mendapat tempat kedua yang bernilai RM 300 voucher Lazada. Alhamdulillah rezeki.

Tak lupa Syed dan Busyra yang berjaya mendapat voucher bernilai RM150 sebagai hadiah tempat ketiga. 

Tahniah kepada semua rakan bloggerku dan tak lupa juga pada semua pemenang lain. 

Asalnya aku nak share pada esok hari tentang hadiah dari Lazada ni memandangkan esok ada lagi sehari bulan Mac. Hahaha. Tapi bila fikir balik, aku ada pengumuman nak cakap pasal contest Lazada yang baru ni so aku gagahkan buat short entry petang ini.

Jangan sedih untuk mereka yang tidak bernasib baik dalam contest haritu sebab Lazada menganjurkan contest baru dimana mereka mencari 8 pemenang untuk mendapat RM500 setiap seorang. 

Jangan lupa tengok syarat penyertaan di SINI.  Aku juga dah menyertainya, tak percaya bacalah entry INI

Ingat ni, sebelum 4 April tau!!! 





Follow

Hadiah Pengomen Tegar Blog Bajet Ciput Selera Besar

Assalamualaikum...❤

Ya Allah, Mai terharu betul bila menerima hadiah dari rakan-rakan blogger atas sebab menjadi top commentator mereka. Mai memang suka komen sana sini tau, tak sangka ada rezeki dari mereka yang pemurah. Bermula dari blog Sis Izzati , Busyra dan yang terkini adalah Blog Bajet Ciput Selera Besar milik Kak Ana. Terima kasih, semoga kalian dimurahkan rezeki ya.

Ok kali ini Mai nak cerita tentang hadiah yang diterima dari Blog by Ana Suhana pula. Hadiah yang Mai dah syak dari mula adalah T-shirt sebab Kak Ana ada tanya size T-shirt Mai, hahaha. Tapi tak sangka ada hadiah tambahan sekali tau. Bestnya!

Hadiah Pengomen TegarSehelai T-shirt & Pen Perfume 

T-SHIRT KEDAH DARUL AMAN
Masa semester akhir degree dulu aku bawa kereta, so suatu malam kawan aku ajak pergi ke uptown Shah Alam dorang nak shopping barang untuk trip habis degree kitorang dan masatu aku pun tak tau nak beli apa sebab aku tak pernah beli barang tanpa parents aku, so aku jalan je dan terhenti kat satu kedai nak ushar t-shirt bertulisan Jawi...All of them are coolz, but unfortunaly the prize were so expensive (errr untuk student yang berjimat macam aku kot yang rasa macam tu).

Dan.......

Tetiba dapat T-shirt Jawi siap bertulis negeri jelapang padi kebanggaanku ni. Yabedabeduuuuu! I'm so happy, thank you a lot kak Ana. Adik-adik duk jeles nak minta, sorry eh, no way! Kekekeke.


PEN PERFUME  MIDNIGHT FANTASY   
Yes, Mai antara penggemar perfume. Thank you kak Ana untuk bau Midnight Fantasy yang sangat sweet and sexy ni. Selain Gucci Flora dan Nina Ricci , memang Mai suka bau Midnight Fantasy. Sayang pula nak pakai tapi tak boleh tahan diri bila spray, nak spray banyak-banyak sebab suka bau tu,hahaha.

Awesome kan hadiah dari Kak Ana ni... Terima kasih ya Kak Ana. 

❤❤❤❤❤

Bagi sesiapa yang tidak mengenali Blog Bajet Ciput Selera Besar, jangan ketinggalan untuk follow penulisan Kak Ana tau. Sebab dari penulisan Kak Ana tu, kita boleh travel dari satu tempat ke satu tempat yang menarik melalui post-post travelog beliau. Hihi.
Banyak pengetahuan dan tips travel boleh korek dari sana. Dan paling best sebab penulisnya ramah dan baik. So apa lagi cepat-cepat singgah ke sana tau. 

KLIK SINI

Lazada Malaysia Big Baby Fair

Lazada Malaysia Big Baby Fair

Lazada buat hal lagi wehhh, pasti sales kali ni mampu membuatkan para ibu dan bapa tersengih sampai ke telinga dengan diskaun menggila daripada beberapa jenama terkemuka untuk barangan bayi & kanak-kanak. 

Potongan harga sehingga 85%  ini boleh didapati di BIG BABY FAIR yang akan berlangsung bermula hari ini (29 Mac) sehingga 2 April. 

Antara jenama yang terlibat untuk Big Baby Fair ini adalah Mamy Poko, Anakku, Nestle, Huggies, Fisher-Price, S-26 Gold, Goo.N, Sweet Cherry & PediaSure. 

Amacam semput tak nak sebut, dah la banyak, semua brand yang hebat-hebat belaka. Jadi banyak penjimatan yang kita boleh dapat untuk barangan seperti car seat, stroller, pakaian, sehinggalah susu formula & diapers.

Oleh kerana aku masih belum berkeluarga, aku cuma menumpang kasih anak-anak buah aku je. Eh macam sedih pula ayat. kekekeke.Mana ada sedih... Malah tentulah aku salah seorang yang excited dengan Big Baby Fair ini.



a. Brand Diapers pilihan untuk future baby/nephew (Adryan)

http://www.lazada.com.my/mamypoko-extra-dry-m-60-3packs-12027852.html?ff=1&campaign=mamypoko-official-store

Kulit Adryan memang sensitif dan cepat berpeluh. Jadi selepas beberapa jenis diapers dieksperimenkan, Adryan + MAMY POKO  memang serasi.

Permukaan yang lembut untuk montot gebu itu dan juga stretchable untuk abam sado seperti Adryan. Hewhewhew. 

So for my future sons pun mestilah Mamy Poko  juga yang sesuai. Mana nak pergi genetic yang sado itu nanti kalau tak kat baby aunty pula, muehehehe. 

Psstt...sekarang ada 33% potongan harga tauuu untuk 3 packs Mamy Poko!



b. Brand Susu Formula pilihan untuk future baby/nieces (Chacha)

http://www.lazada.com.my/2-packs-nestle-nankid-optipro-4-milk-3-6years-old-13kg-15923514.html?ff=1

Nankid Optipro 4  semestinya! Nankid Optipro  ni membekalkan Bifidus BL, sejenis bakteria baik didalam usus besar yang membantu proses memecahkan gula dan menghasilkan asid dalam sistem percernaan.  

Selain sedap, susu Nankid Optipro 4 juga mengandungi DHA, komponen penting untuk menyambungkan sel-sel otak supaya berfungsi. 

Hihihi tengoklah tu sel otak Chacha sedang berhubung, hilang rasa takut diganti dengan rasa ingin tahu yang tinggi. 

Rugi tak dapatkan segera sebab ada 22% potongan untuk 2 packs Nestle Nankid Optipro ini!



c. Satu Produk Dari Lazada Malaysia pilihan untuk future kids/ Nieces (Dania)

http://www.lazada.com.my/little-rabbit-children-bike-macaron-metal-kids-bicycle-freeprotective-gear-14inch-green-12314409.html?ff=1

Energetic kids! Dania yang buat pilihan sendiri untuk pilihan kali ni. Little Rabbit Bicycle   untuk si Dania bambam.


Nak tengok sendiri betapa gilanyaaa sales kali ini, cepat click sini http://www.lazada.com.my/big-baby-fair/



Follow

Ambil ubat Anak Kucing Hilang Selera di My Cat Clinic Kulim.

Assalamualaikum & hi readers.

Sudah beberapa hari aku 'bercuti' dari menulis blog kerana demam panas yang menyerangku. Mulanya cuma bapak dan adikku (Yana) yang batuk-batuk sikit, tapi maklumlah kerana hyperthyroid yang melemahkan antibodi aku, aku terjangkit malahan lebih teruk dari mereka. 

Tapi malangnya bukan aku sahaja yang demam, Adek (kalau tak kenal Adek sila baca SINI) pun turut terkena tempias. Tapi nak kata Adek demam, dia tidaklah lemah sangat, cuma sudah dua hari juga dia tak mahu makan langsung. Aku tak tahu nak buat apa, bila bagi sup ayam pun, dia cuma hirup sup, ayam dia ludah balik. Bingung jadinya. Risau juga nak jaga baby kucing ni sebab mostly akan mati sebab antibody depa tak kuat lagi).

Anak Kucing Hilang Selera Makan

So today, kerana kasih sayang yang sangat besar untuk Adek, cewahhh...Aku gagahkan juga untuk drive ke klinik haiwan walaupun aku sendiri tengah demam dan cuma makan panadol saja,kekeke. Alhamdulillah demam aku semakin surut hari ni cuma selera makan masih tak ada. Terima kasih kawan-kawan yang mendoakan kesihatan aku.


Macam selalunya, kami pergi ke My Cat Clinic Kulim @ Qaseh Petshop Kulim  sebab Adek dah biasa pergi sana dan ada buku pink sendiri. Lagipun doktor kat situ mesra-mesra uols. Lokasi klinik kucing ni sangat strategik, so orang Kulim or Bukit Mertajam pun senang nak cari.

Semasa mendaftar tu macam biasalah Adek akan melawat kawasan dulu. Proses mendaftar hari ini laju je sebab Adek kan dan macam pelanggan tetap kat situ tu, so doktor akan kutip kad pink dan Adek diminta menunggu untuk dipanggil ke bilik rawatan.

Adek melawat Kawasan

Selepas mendaftar, aku dan Adek masuk ke Bilik Rawatan 1 dan disambut mesra oleh seorang doktor wanita & pembantunya. Adek terketaq-ketaq kesejukan, aku pun confuse dia berlakon ke apa, sebab kat rumah pun aircond relax je siap port fav dia tidur bawah aircond, bila aku selimut ditendangnya selimut tu. Entah-entah dia terketaq-ketaq tu sebab takut kena inject paa...hahah.

Mula-mula doktor akan check suhu badan kucing kita. Thermometer akan dicucuk pada bontot kucing selama lebih kurang 1 minit. Fuh nasib baik doktor sapu pelincir, kakak yang seriau lebih hentah apa apa, ahahaha. Adek relax je tengok kakak dengan muka pasrah gitteww. Btw, jangan risau proses ni tak sakit, cuma kucing tak selesa.

Alhamdulillah suhu badan Adek normal, means Adek tak demam. Tapi kenapa dia tak lalu makan ye???

So doktor tu pun cuci telinga dan mata Adek. Doktor risau sebab taik mata Adek warna kuning, maknanya badan Adek tengah fight dengan infections. Lagipun Adek tak vaccine lagi. Omg,kakak so risau tau.

Lepas tu Doktor bagi Adek wetfood, Adek buat donno jee, pandang pun tidak. Sekali pembantu tu suap paksa kat mulut dia, terus dia makan penuh selera kat situ. Perghhh serius buat malu kakak je Adek ni tau. Beriya aku cerita dia tak lalu makan penuh emosi kat doktor, macam ni dia buat kat aku. Muahahaha gurau je, makan lah Adek. Kakak happy tengok hang makan.


Lepas Adek dah kenyang, doktor sambung check dia balik. Hahaha lawak betul budak ni. Nasib doktor tu layan je.. Swasta biasa lerr. Kekeke.

Lawaknya masa ambil ubat tu duit aku bawa tak cukup pula, hahaha. Ada je jiran aku kerja kat klinik tu kalau nak pinjam dulu kat rumah baru bayar tapi segan pulak, loqlaq. So aku pun pecutlah laju-laju pegi ambil duit lepastu datang bayar balik.

Masa aku ambil tu pembantu doktor yang serahkan Adek tu cakap, Adek bising giler. Asyik nangis je cari aku. Hahaha. Memang ler manja pun. Aku bawak kereta pun dia duk hisap baju aku. Adehh. Masa aku turun beli soya tepi jalan pun dia nak ikut, aku layankan jelah, kang masa aku sibuk duk bayar soya dia hilang masuk dalam enjin mampus aku.


Adek dapat banyak ubat tau. Jenuh aku nak suap dia. Paling dia tak suka antibiotik warna biru tu. Puiihhh selamba dia ludah atas aku balik dengan muka penuh azab dia menahan kepahitan. Aduh dek, this is life. Pahit ubat tu sikit je nak bandingkan pahit kehidupan. Tetiba. Haha.


Hahahaha tengoklah muka tak puas hati dia tengok ubat tu. Ushar panas je kat aku yang telah memaksa dia makan ubat yang aku tumbuk dengan air sebijik-sebijik sebab aku takut dia tercekik pula tengok saiz ubat dah macam bijik saga gitu..

Senarai ubat yang Adek dapat adalah:
  • Vitamin B-Complex - 1 biji sehari sekali
  • Antibiotik kuning - 1/8 biji sehari sekali
  • Antibiotik biru - 1/4 biji sehari sekali
  • Ubat Lawan Jangkitan - 1 biji 2hari sekali
  • Ubat tambah selera - 1ml/ sehari sekali
  • Ubat pucat/tambah darah - 2 titik sehari sekali

Total : RM50.00

Gosh! Pity you Adek. Kakak faham memang siksa nak makan ubat banyak banyak ni. Tapi Adek kena kuat dan sihat tau. Kakak sayang Adek sangat-sangat.

Nak tahu tak berita best sangat hari ni....Kakak dah lama syak Adek mix maincoon tau. Tapi kakak pendam je sebab masa post kat facebook haritu semua cakap Adek mix persian. Tapi tadi doktor dan pembantu doktor sendiri cakap Adek ni macam baka maincoon terutama telinga dan kaki Adek yang besar dari kucing kampung.

Tapi sebenarnya kakak tak kisah pun baka apa pun... Siapa kita nak pilih bulu ye dak. Semua makhluk Tuhan yang sangat special. Free painkiller gitteww. Kalau bela elok gebu jugak, tengoklah abang Owen & Ibang tu, sado je. Hehehe sapa follow instagram aku kenal la Ibang & Owen. Dua hero Malaya tu.

Dibawah adalah detail tentang My Cat Clinik Kulim. 

Phone:
 +60 17-408 8543

Opening Hours:
Monday: 9:00 AM – 5:30 PM
Tuesday: 9:00 AM – 5:30 PM
Wednesday: 9:00 AM – 5:30 PM
Thursday: 9:00 AM – 5:30 PM
Friday: 9:00 AM – 5:30 PM
Saturday: 9:00 AM – 12:30 PM
Sunday: Closed




Follow

Tingkatkan Trafik Blog dengan Group Facebook 'Kami Suka Terjah Blog'

Group Facebook 'Kami Suka Terjah Blog'
Selamat pagi, assalamualaikum semua :D,

Topik aku nak membebel pagi ni adalah 'JOM TINGKATKAN TRAFIK BLOG DENGAN GROUP FACEBOOK'. 

Kalau nak berjaya dalam dunia blogging ni, kunci utamanya adalah mempromosikan blog kita macam yang aku pernah share dalam entry Belajar Buat Blog  dulu... Kalau orang tak kenal blog kita, macam mana orang nak jatuh cinta, ye tak?

Kalau kerja kita just tulis entry dan publish sahaja, lepastu tak buat apa-apa dah, blogwalking tak mahu, at least singgah balas blog orang yang komen blog kita pun tak mahu, gulung tikarlah blog kita. Sebab orang pun tak ingin nak kenal kita. Hahah.

Bagi aku, banyak cara sebenarnya untuk mempromosikan blog kita, contoh paling mudah blogwalking. Ataupun boleh guna pinterest & bloglovin tapi dua cara ni akan lebih berkesan kalau blog kita dalam English. Tapi tak apa, sebab penyumbang kedua terbesar untuk trafik blog aku selepas Google adalah Facebook

Sebenarnya aku tidak berapa selesa untuk pin entry aku dalam personal Facebook kerana bukannya akan dapat sambutan pun. Salah aku juga sebab tak add ramai blogger, hahaha. Eh kalau macam tu trafik yang bertimbun dari Facebook tu datang dari celah mana pulak?

Jeng jeng jeng, mestilah group-group blogger dalam Facebook yang aku join. Tapi menyedihkan juga sebab kebelakang ni banyak group blogger di Facebook yang aku join macam dah hidup segan mati tak mahu je, krik krik krik.

Jangan risau sebab aku dah jumpa satu group yang aktif untuk kita promosikan blog kita disamping dapat trafik dan menyumbang trafik orang lain juga. Alaa win win situation disitu. Hihihi. Group 'Kami Suka Terjah Blog' dibina oleh Blogger Sis Hawa (http://sishawa.blogspot.my/).

Sesiapa pun boleh join group ni asalkan ada blog, kihkihkih. Ada beberapa syarat ringkas yang diberi, ala bukan apa, untuk menjaga keharmonian group juga.

Syarat untuk menjadi ahli group 'Kami Suka Terjah Blog'
.
♥ - Tidak di benarkan menggunakan kata-kata lucah, kesat, maki hamun dan lain2 yg seangkatan dengannya.
.
♥ - Tidak di benarkan promote apa2 produk jualan
.
♥ - Tidak di benarkan promote mana-mana link untuk kepentingan diri sendiri
.
♥ - Boleh promote segmen dan giveaway yang sedang di anjurkan di blog sendiri
.
♥- Boleh perkenalkan entry blog terkini
.
♥ - Soalan dan sebarang masalah yang berkaitan dengan blog juga di benarkan untuk perbincangan sesama ahli group.
.
♥ - Untuk masuk ke senarai terjah, sila singgah di semua blog yang sudah tersenarai di list ini >> https://goo.gl/NFgJVF
.
♥ - Sebaik saja selesai terjah semua blog (tak kisah walau sekadar singgah untuk follow atau klik ads), komen DONE dan berikan link blog sendiri di bahagian komen post ini untuk admin senaraikan link blog anda ke list terjah
.
♥ Blog yang telah tersenarai di atas perlu klik dan terjah semua link blog yang baru di senaraikan di list tersebut

Okaylah aku akan ringkaskan apa motif sebenarnya blog ini dibina. Disebabkan ini adalah group yang baru wujud, tentunya para blogger yang join tu adalah blogger yang masih aktif. Jadi besar kemungkinan untuk mereka menyinggah blog kita jika kita ping entry terkini kita dalam blog tersebut. Ini juga satu kelebihan kalau kita nak promote giveaway or segmen kita. Tapi iklan atau produk jualan....is a big NO  okay!

Dalam group ini juga ada SENARAI TERJAH. Dalam senarai terjah ni tiada paksaan siapa nak join atau taknak join. Tapi kalau join, blog kita akan tersenarai dalam list tu, dan semua orang yang juga ada dalam list tu WAJIB singgah blog kita, tak kisah la masuk nak follow, blogwalking, atau klik iklan pun. Dan balasannya kita pun WAJIB singgah ke blog mereka juga.

Selain itu kita juga dibenarkan untuk mulakan diskusi tentang masalah dalam blogging dalam group ini. Yelah kalau ada masalah apa salahnya kita tanya kan, mana tahu ada yang pakar boleh selamatkan blog kita.

Jadi sesiapa yang nak join group ini jemputlah request di >>SINI<< nanti Mai atau sesiapa yang tengah online masa tu akan approve.

Dan jemputlah add Facebook personal Mai juga >>Noor Maizan<< .


Follow

Responsive Template Baru dari Blogger 2017, Yay or Nay?

The new template blogger 2017

Siapa excited masa dapat notification dari blogger tentang template baru ni angkat tangan..!!! Hihi, akulah tu antara salah seorang yang terus gatal tangan nak mencuba salah satu template baru tersebut.

Oh ya, untuk yang masih tidak tahu, baru-baru ini Blogger telah menambah beberapa template baru untuk pengguna. Lebih menarik, template blogger yang baru ini adalah responsive untuk mobile view dan percuma!

4 jenis template baru tersebut adalah Contempo, Soho, Emporio dan Notable. Kesemua template itu menggunakan auto 'Read More' untuk tampilan lebih kemas dan ringan.

Aku memilih template Contempo yang kelihatan lebih personal dan comel untuk dipasang pada blog kedua aku..Blog tersebut dibuat adalah untuk aku menyertai segala segmen dan giveaway yang aku rasa lebih elok untuk diasingkan dari blog utama aku.

Justeru, aku berpendapat template Contempo adalah sangat sesuai untuk blog peribadi dan santai manakala Soho, Emporio, dan Notable adalah untuk pengisian blog yang lebih serius dan profesional.

Berikut adalah komen aku untuk tema Contempo yang telah aku gunakan.

template Contempo

Rekabentuk Template
Aku suka reka bentuk template baru ini Template Contempo terutamanya kerana ia tidak lari dari template lama yang kita dah selesa guna selama ini. Apapun, ada juga antara template disediakan memaparkan tampilan grid, terpulanglah kepada cita rasa masing-masing.

Loading Ringan dan Cepat
Template Contempo pun ada sidebar, tetapi tersembunyi, hihi.. Sidebar tu sama juga, kita boleh meletakkan mini about-me, blog archive, follower blog, atau iklan sekalipun, yang akan muncul selepas kita klik. Oleh kerana template ini adalah simple-sesimplenya (#ohmyManglish), blog kita akan jadi ringan dan loading akan lebih cepat.

Ruangan komen yang Cool!
Antara salah satu sebab aku jatuh cinta dengan template ini adalah ruangan komennya. Cantiknyaaaa komen untuk template tu, arghhhh sis is kenot tahan la macam ni. Dah tak ada kotak komen jenis klasik tu dah ,yeay!!! Keinginan aku untuk mahu memakai Disqus & komen facebook dalam blog pun terpadam dah, hahaha. Dan aku tak cemburu lagi dengan sistem komen WordPress. Haa tengoklah betapa aku suka comment box template baru ni.

Tak percaya? Tengoklah sendiri...


Bebas untuk Customize Ikut Selera
Responsive template yang FREE sebelum ni tak boleh kita nak customize tema warna, font, dan aturan ikut selera kita kan, unless kita sanggup keluarkan duit semata-mata nak beli template tu. Yelah, nama pun benda free. Apapun jangan sedih lagi sebab dengan template dari blogger sendiri macam ni, kita boleh customize template blog kita ikut selera kita sendiri. Baru ada trademark sendiri gitteww.

Mesra SEO
Headings H1, H2, H3 dah siap ada, tak perlu tukar lagi. Cuma tak masukkan Website Description & Keyword je lagi. Itu pun sebab aku yang tak masukkan lagi. 


So kalau nak tengok live preview template baru blogger 2017 ini, jemputlah jenguk ke Mainakjoin.blogspot.my

Yay, I love the new template by Blogger ni...Apa pendapat korang, suka ke tidak dengan new template ni? Sharelah dengan aku. hihi.

Follow

Jom Tolong Adik Farrah Marcella dengan Projek Infaq Pengajian


Alhamdulillah.

Aku sungguh kagum dengan semangat dan kesungguhan adik Farrah Marcella untuk mencapai keputusan 6A 1B 1C dalam peperiksaan SPM 2016 walaupun diuji dengan ujian yang sungguh berat tak terbayangkan adik semuda ini untuk menanggungnya.

Ditinggalkan bapa tanpa tempat berteduh. Adik Farrah Marcella, ibu dan adik-adiknya menumpang di pusat snooker. MasyaAllah, sedihnya.

Mujur ada Cikgu Suraya yang prihatin dan mengambil berat kebajikan adik ini.

Janganlah kita sia-siakan kejayaan adik Farrah Marcella ini. Jom sama-sama sumbangkan untuknya melanjutkan pelajarannya keperingkat yang lebih tinggi.

Projek Infaq Pengajian Farrah Marcella
MAYBANK M2U Saver Islamic
ACCT NO : 3611 4522 7076

sumber : http://www.astroawani.com/gaya-hidup/pelajar-perempuan-cemerlang-spm-tinggal-menumpang-di-pusat-snuker-136044


Follow

Sunshine Blogger Award From Miss Unni Anje


First of all, I wanna thank Unni Anje - https://unnianje.blogspot.my/2017/03/sunshine-blogger-award-mellya-crayola.html - for tagging me in this Blogger Award so I can at least write something even I'm running out of ideas. Yes, absolutely like right now. 

Sorry for no more rules, no more tagging, no more English!!!! Kekekeke. Haa tudia malas la cek nak cakap matsaleh dalam blog ni lagi. Ok kita teruskan dengan soalan tau.

1. Who are you?

Nama diberi Noor Maizan (Cahaya Utama). Anak kepada Mohd Fauzi dan Che Mahani. Abahku seorang jurutera yang selalu bekerja keras untuk kami dan mama pula surirumah yang sentiasa ada bersama kami dan menyayangi kami setiap masa. Aku mempunyai 7 adik beradik, 6 perempuan 1 lelaki. 

Aku berjaya menghabiskan pengajian diploma Mikrobiologi di UiTM Kuala Pilah dan ijazah Biomolekular Sains di UiTM Shah Alam. 

Aku seorang pencinta haiwan, tetapi aku cuma berani untuk memegang kucing setelah berjaya atasi fobia kucing secara berperingkat (Mampu pegang anak kucing - semasa 14 tahun , Mampu pegang bapak kucing - 21 tahun, Mampu beri kucing gigit manja tangan - 24 tahun ). Ya aku tak malu dan berbangga dengan diri aku kerana mampu buktikan yang kucing itu tidak berbahaya. Baca tips atasi fobia kucing dari aku kat SINI


2. During the course of your life is the most embarrassing this ever happened?

Hmm aku tak ingat apa-apa yang pernah buat aku malu setakat ni. Mungkin sebab aku jenis cepat lupa kot. Hehehehe. 


3. You like travel? why?

Nak jawab jujur ke tak eh? Hehehe. Sorry aku tak suka travel setakat ni. Sebab.........aku tak ada duit lah, apa lagi. Maklumlah penganggur.

Minta duit parents untuk pergi travel is so not me tauuu. Biarlah mereka yang nikmati duit mereka. Bagi aku ada buat cara ada, takde buat cara takda. So aku tak pernah kisah dan ada impian nak travel buat masa ini. 

Perhaps lepas aku dah kerja pendapat aku untuk soalan ini berubah? Mana tahu kan. Or ada yang nak taja percutian aku untuk buka sikit mata aku ni ke? Lalala~

4. state in Malaysia,a state where your don't go?

Aku tak pernah sampai ke Terengganu, Sabah dan Sarawak lagi. 

5. Which state cuisine that you like? ( unless your state)

Noghori Sembilan! Aku penggila masak lemak, tolonglah jangan bagi aku makan, nanti bertambah-tambah nasi tu. Aku jatuh cinta sejak belajar di UiTM Negeri Sembilan, dalam 3 tahun aku kat situ, boleh kata itulah lauk aku setiap hari,kekeke. Maklumlah aku kan miss obses. :P obses bukan obes eh!

6. Do you like your job now?

No! Siapa suka jadi pengganggur, aaaa nangis kang. No money no talk, kbye.

7. The most disappointing in your life? why?

Susahnya soalan ni... Aku tak dapat fikir apa yang paling mengecewakan aku. Mungkin sebab aku jenis cepat lupa, ataupun aku jenis redha je apa jadi pun. Kawan aku pernah panggil aku Mai Redho tau, padahal bapak aku Fauzi, ergh!

8. Who is the first person you're looking for if your are in emergency?

My parents! Hehehe. Confirm selamat kalau minta tolong mereka. Kalau bab nakal-nakal sikit aku minta tolong siblings aku, depa sentiasa ada masa aku susah. 

Kalau masa aku jauh dari parents aku dulu dan aku perlukan pertolongan segera (contohnya masa aku excident dan aku tak tau deal dengan orang tu nak repair kereta ke apa ke), aku selalu kacau boyfriend aku je, hehehe. Confirm dia datang tolong, maklumlah doraemon. 

9. What is the first thing, will do when you wake up?

Cari anak kucing, aku takut tertindih dia masa tidur. Mampus. Hahahaha. True story. 

10. If someone give your 10k. what do you do?

Kahwin. 

11 What you like about me? why?

I love you Unni, and i don't need reasons for that. :D
Lillahitaala.

Follow

Apa? Traveloka sedang Lancarkan Traveloka Sale-Abration Sampai 31 March ini?

Traveloka Sale-Abration

Hi readers!
Rasanya aku sudah tidak perlu mengenalkan apa itu Traveloka (https://www.traveloka.com/en-my/) kepada orang ramai lagi…Maklumlah Traveloka sudah sangat dipercayai ramai kerana memudahkan mereka mendapat syurga percutian idaman. Sebut sahaja percutian bajet, percutian mewah, atau trip kerja, semua mudah dengan adanya Traveloka.

Ye ke ni......?

Ya benar, ini kerana urusan merancang percutian melalui Traveloka menjadi mudah kerana proses 2-in1 dimana kita dapat menempah tiket perjalanan dan tempat penginapan dalam satu apps! Malah kita diberi pilihan untuk menempah melalui apps yang didownload dalam phone ataupun terus dari website mereka.

Pssss, sudah tentu lebih mudah jika kita terus mendownload apps Traveloka dalam phone kita. Selain dapat memudahkan kita membandingkan harga, menempah tiket flight atau merancang perjalanan seterusnya, kita dapat menjadi orang pertama yang tahu mengenai berita dan info Traveloka App-only hot deals dengan satu klik.

Download Traveloka
 https://www.traveloka.com/en-my/traveloka-flight-ticket-hotel-booking-app

Sudah tentulah apps seperti ini telah banyak muncul bagai cendawan selepas hujan pada zaman klik klik internet. Namun Traveloka masih bertahan kukuh kerana kepercayaan dari ramai kaki travel yang tetap setia dengan Traveloka untuk merancang setiap perjalanan dan percutian mereka.

Mengapa?

Ada dua sebab kenapa orang suka bercuti dengan Traveloka.

01. Memudahkan
Yes macam semua orang tahu betapa awesomenya Traveloka ini kerana kita dapat membuat pilihan paling berbaloi untuk tempahan tiket penerbangan dan hotel penginapan kita ke destinasi pilihan. Ya semua dalam satu platform!

02. Menguntungkan!
Hanya dengan Traveloka kita akan dapat harga bersih dan jujur. Segala harga yang kita Nampak masa nak tempah tu, harga itulah yang kita kena bayar. Tiada caj tambahan, tiada caj tersembunyi. Wallaaa~

Baiklah, jom kita tengok apa pula kelebihan berurusan dengan Traveloka untuk urus janji penerbangan dan urusjanji penginapan.

Urusjanji Penerbangan ( Flight deals)

Huiiii duit flight tu kalau boleh pilih murah-murah je asalkan selesa dan sampai dengan selamat, sebab duit tu lebih baik guna untuk beli ole-ole. So bersembang pasal flight, ada yang suka naik MAS, ada yang suka naik Air Asia, dan ada yang tak kisah naik mana-mana asalkan harga berpatutan.

Dengan Traveloka, kita boleh membandingkan harga flight diantara banyak syarikat penerbangan yang ada, so dapatlah kita memilih yang mana berbaloi dengan membandingkan pada setiap aspek sekadar di hujung jari!

Psss ada berita baik pasal harga penerbangan domestic dan antarabangsa yang ya ampuuun mesti korang suka, tapi kejap lagi aku bagitahu okey. Hehehe.

Eh tak sabar ye, ok aku bagi clue : Sale-Abration. Kekeke.

Urusjanji Penginapan (Hotel deals)

Sama juga macam kos perjalanan, bagi aku untuk hotel kalau boleh nak harga semurah yang boleh. Yelah, untuk tidur je kan, sebab motif pergi bercuti tu nak jalan-jalan. Kalau nak tidur baik aku tidur kat rumah je, lagi best ada bantal busuk. Aip..

Tapi…Ada tapi…Murah memang nak murah, tapi mestilah nak yang selesa, dan selamat. Tak kan pergi bercuti nak tidur hotel yang creepy, tengok pun tak sedap hati macam tak berpenghuni kan. Jadinyaaa, Traveloka lah kunci kepada semua yang kita inginkan tu! Yippie.

Banyak hotel yang menjadi partner kepada Traveloka ni, lebih dari 100 hotel tau kat Asia ni. Jadi bolehlah kita memilih hotel yang sesuai dengan tujuan kita. Yelah takkan backpacker nak pilih suite mewah pula kan, dan begitulah ada juga pilihan untuk percutian family ataupun untuk mereka yang nak honeymoon manja manja.

Dan kita juga boleh memilih hotel dengan selera kita, sama ada nak aman damai tepi pantai, atau tengok keindahan kota raya tempat orang, nak tempat senang shopping, atau cari lokasi bersejarah dan penuh adat. Tepuk dada, tanya selera.

Pendek kata semuanya ada di Traveloka, petik jari jeee.

Berita baik! Berita baik!  Dari 10 hingga 31 March ini, Traveloka akan melancarkan sebuah kempen yang dinamakan Traveloka Sale-Abration yang mana mampu membuatkan kaki travel, geng backpacker, atau lovebirds yang mencari lokasi romantis untuk berbulan madu bakal senyum sampai ke telinga.

Traveloka Sale-Abration

Dengan Traveloka Sale-Abration ni, semua orang dapat terbang ke awan dengan harga murah terketaq-ketaq bak kata orang Kedah. Harga bermula dengan RM40 untuk penerbangan domestik dan bawah RM100 untuk penerbangan antarabangsa.

Takdak idea nak pi mana? Jangan risau, bukak saja laman web Traveloka, maka confirm terbeliaklah mata tengok hotel-hotel indah dengan harga yang mampu milik. Nak lebih terbeliak, dapat pula potongan diskaun sehingga 79% untuk penginapan sempena Traveloka Sale-Abration ini, fuhh memang cool gaiss! 

Psttt, meh nak bisik untuk readers blog aku je, haha. Booking sebelum 19 Mac, dan guna kod DEALSTAY masa nak bayar tu, dan tadaaa, dapat potongan harga 15% sehingga RM50 penjimatan.



Berminat untuk menghubungi Traveloka? Hubungi +60-15-4840-9469 (Traveloka Malaysia) atau klik pada mana-mana laman sosial mereka 



Apa lagi, jom bercuti ramai-ramai!


Follow

Review Novel Biar Jadi Kaktus Iffa Zalia

Biar Jadi Kaktus Review

Spoiler Alert!

Novel Biar Jadi Kaktus hasil penulisan novelis Iffa Zalia dan diterbitkan oleh Alaf 21. Pertama sekali aku nak mengucapkan tahniah kepada novelis tersebut kerana berjaya hasilkan sebuah novel yang seperti roller coaster untuk perasaan aku. Dan terima kasih kepada Hanis Masturina (https://hanismasturina.blogspot.my/) yang telah memberi aku novel ini sebagai hadiah giveaway.

Jujurnya aku menghadapi kesulitan untuk menghabiskan pembacaan aku sebab aku ada konflik dengan watak utamanya Syakila. Omagad I hate that woman so much! Tak suka nak menghayati cerita tu pasal heroin, lemah tapi ego nak mampus!

Kenapa aku benci Syakila si heroin cerita?

01. Mak dia mati, so dia duduk dengan bapak tiri dia jahat kaki judi. Dia sanggup kena tibai macam hamba dengan bapak tiri dia. Nauzubillahiminzalik, bapak aku tak pernah pukul aku, tapi kalau aku kat tempat Syakila tu aku rembat je bapak tiri tu dengan parang.

02. Dia tahu bapak tiri dia kalah judi dan nak jual dia kat kawan bapak tiri dia yang seperti syaitan (Pak Babu). Dia tak buat apa, pasrah dan menyerah dan setia duduk kat rumah tu. Hoi! Keluar lari laa! Haa kan dah kena rogol. Arghh! Please do something, report, lawan, lari. Bukan lemah dan menyerah dan pasrah..Adoilah perempuan ni.

03. Dia lari pergi KL lepas kahwin paksa dengan Pak Babu. Dia duduk rumah jantan (Firdaus) dan sanggup jadi orang gaji. Adoi...Okaylah mungkin dia tak tahu berdikari lagi.

04. Mak Firdaus macam serigala jadian punya jahat tahap petala tujuh, tapi Syakila be like oh it's okay, tak apa. Adoi..aku dah tahap tension.

05. Tahu diri nak kena jual pastu bawak diri ke rumah Azlan (anak saudara bapak tiri dia tapi Azlan baik) and sekali lagi duduk dengan jantan.

06. Dah la menumpang Azlan, buat Azlan macam hamba abdi pulak biar Azlan masak makanan, basuh baju dia. What the hell girl?

07. Beranak anak Pak Babu hasil kena rogol dulu, anak down syndrome, benci kat anak tu, tolak anak tu, sakitkan anak tu, sampai anak tu mati. Heartbroken aku masa ni. Bahlul, itu anak hang bukan sampah!

Ok aku nak cerita dalam dunia ni ada dua jenis mak yang ada anak dengan lelaki yang dibencinya (kecuali mak yang bahagia ada suami ok).

Mak pertama, dia benci laki tu, tapi dia sayang gila anak dia, sampai dia tak mahu ada kaitan langsung antara anak dia dengan lelaki tu. Biarlah dia anggap tu anak dia sorang.

Mak kedua, dia benci laki tu, dan dia benci anak tu sekali.

If the worse comes to worst, jadilah mak pertama tu.

08. Azlan mengaku cinta, tolak sebab hati kat Firdaus yang kaya raya ceo syarikat bapak ada kereta sport, walaupun Firdaus fikir dua kali nak terima bila tahu dia ada anak, while Azlan yang jaga dia masa pregnant sampai beranak.

09. Firdaus datang jemput kat rumah Azlan, Firdaus tak turun kereta pun, berlagak piang. Tinggal anak tu kat Azlan, balik dengan Firdaus. Tinggal anak. What? Mak apa ni, patut susah sangat nak bahagia hidup tu.

10. Syakila tengking Azlan masa Azlan pegi cari dia kat rumah besar, padahal Azlan nak hantar alamat bapak kandung dia untuk jadi wali perkahwinan Syakila dan Firdaus the anak oreng kaye.

11. Firdaus buat hal masa mengandung anak Firdaus, Syakila lari balik rumah Azlan, Azlan jaga sampai dia beranak anak tu, dan dia masih tolak Azlan. (dan Firdaus kahwin lagi satu, tahniah)

12. Sebab Syakila, Azlan dan anak tak berdosa (anak yang downsyndrome tu) terbunuh, sampai saat anak dia mati dia tak terima anak dia tu.

13. Firdaus bercerai dengan bini nombor dua.

14. Firdaus dan Syakila Happy Ever After.

What! Aku stress. Aku stress. Stress, Arghhhhghfhaojfoerhjvdfnikflbeiohgeomoe.





Follow

Sahkan Kehadiran dan Semak Tarikh Konvokesyen UiTM April - Mei 2017

Konvokesyen UiTM 2017

Tarikh sahkan kehadiran pada konvokesyen UiTM April-Mei 2017 ini sudah dibuka dari 13 Mac 2017. 

PENGESAHAN KEHADIRAN 

1. Sila sahkan kehadiran graduan, cetak borang pinjaman jubah dan cetak bil yuran  konvokesyen dan buat bayaran di kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).
(http://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/tentatif-konvokesyen.html)

Semak saman dan denda universiti anda sekiranya ada, sila jelaskan dengan segera. 

Anda TIDAK DIBENARKAN untuk mendaftar pinjaman jubah graduan sekiranya anda tidak menjelaskan yuran konvo/yuran tertunggak/denda. Bayaran hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya lima hari sebelum hari pengambilan jubah supaya proses pengambilan jubah anda berjalan lancar.

2. Bermula 17 Mac 2017, graduan dikehendaki menjawab soal selidik Kajian Pengesanan Graduan (KPG) dan mencetak Slip Pengesahan Kajian untuk dikemukakan semasa proses pengambilan jubah. (http://graduan.mohe.gov.my/SKPG16/Default.aspx?lang=ms)


TARIKH ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE-86

#
KAMPUS
TARIKH KONVOKESYEN
LOKASI KONVOKESYEN


 1.



UiTM Selangor / UiTM Negeri Sembilan
15 - 20 April 2017
Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Selangor
2.
UiTM Pahang
17 - 18 April 2017
Dewan Indera Segara,UiTM Pahang
3.
UiTM Terengganu
18 - 19 April 2017
Dewan Aspirasi, UiTM Terengganu
4.
UiTM Melaka
25 - 27 April 2017
Dewan Taming Sari, UiTM Melaka
5.
UiTM Kelantan
26 - 27 April 2017
Dewan Profesional, UiTM Kelantan
6.
UiTM Sabah
3 Mei 2017
Dewan Al-Bukhari, UiTM Sabah
7.
UiTM Sarawak
3 - 4 Mei 2017
Dewan Jubli, UiTM Sarawak
8.
UiTM Pulau Pinang
8 - 9 Mei 2017
Dewan Besar, UiTM Pulau Pinang
9.
UiTM Perak
8 - 9 Mei 2017
Dewan Seri Iskandar, UiTM Perak
10
UiTM Perlis
15 - 16 Mei 2017
Dewan Sri Semarak, UiTM Perlis
11.
UiTM Johor
15 - 17 Mei 2017
Dewan Sri Temenggong, UiTM Johor
12.
UiTM Kedah
16 - 17 Mei 2017
Dewan Perdana, UiTM Kedah