Cara Menjadi Pendengar Yang Baik

Pendengar Yang Baik

Suatu ketika dahulu, aku sangat takut untuk menjadi pendengar kepada masalah kawan-kawan. Lebih teruk lagi adalah aku akhirnya kehilangan kawan-kawan kerana mereka menyangka aku bukan seorang yang sanggup bersama mereka ketika susah. 

Bukan begitu, aku sebenarnya takut aku tersalah memberi reaksi yang sepatutnya aku beri, lalu melukai hati mereka. Justeru, aku lebih memilih untuk melarikan diri ketika mereka mahu meluahkan perasaan. Dan ternyata aku sudah sedar itu bukan perbuatan yang bagus, sepatutnya aku lebih peka dengan masalah mereka & elakkan overthinking terhadap perkara yang belum terjadi.

Jadi bagaimana untuk jadi pendengar yang baik?


01. Tunjukkan minat terhadap apa yang ingin dia katakan

Letak apa sahaja yang sedang kita pegang dan hadapkan tubuh dan wajah kearah orang yang sedang berinteraksi dengan kita. Pandang matanya dan beri isyarat bahawa teruskan bercakap kerana kita mahu tahu apa yang dia ingin luahkan.


02. Berinteraksi, bukan berdebat

It's not the right time untuk memulangkan paku serpih atau membidas kesalahan lalunya (jika ada). Berinteraksi dengannya sambil memetik perkara yang positif dan cuba memahami setiap plot penceritaannya. Elakkan berdebat kerana sudah pasti emosi mereka tidak stabil ketika meluahkan perasaan.


03. Hormat dan jangan menghukum 

Dengar dengan baik, dan hormat apa yang mereka katakan walaupun mungkin kita tidak bersetuju dengan statement dari mereka. Yang penting, jangan cuba menghukum mereka sebelum mereka habis bercerita.


04. Tenangkan perasaan dia

Tiada siapa pun akan rasa tenang cuma dengan mendengar, "Sabarlah awak" sahaja. Carilah cara lain, asalkan buat dia rasa lega. Cuma janganlah puji berlebihan sampai menipu untuk menyedapkan hati semata-mata. 


05. Jadi diri sendiri 

Selami perasaan dia tetapi jangan lupa untuk jadi diri sendiri. Sentiasa bersedia untuk berkongsi pendapat kita tentang apa yang dia hadapi. 


Kita sebenarnya patut rasa bangga (bukan riak) apabila seseorang mencari kita untuk meluahkan perasaannya. Itu menunjukkan yang kita ni dipercayai (alhamdulillah). Jadi, bersedialah untuk menjadi bahu kepada mereka yang memerlukan. 

InsyaAllah aku tak akan lari lagi next time. (Pinky promise!)




Follow
Previous
Next Post »

13 Comments

Click here for Comments
Noor Azlan
admin
3/06/2017 10:40 PM ×

Betul, sokong point diatas... tapi kalau asyik masalah dia je lama-lama boring juga dengar... paling tak best dia tak ikut nasihat kita dan datang balik atas kesilapan tak dengar nasihat kita... kan...

Reply
avatar
3/06/2017 11:04 PM ×

betul ! kadang2 takut menambah luka ☹

Reply
avatar
3/06/2017 11:05 PM ×

Saya suka dengan entri ini. Hanya beberapa orang ja yg akan dgr cerita kita dengan ikhlas. Tp tips ini memang sesuai pada orang yg ada kawan terdekat. Paling penting bertentangan mata Dan mendengar dgn ikhlas n sabar kalau rasa ada yg tak ngam. Kalau tak, mmg terguris hati si kawan.

Reply
avatar
3/06/2017 11:17 PM ×

Elsa suka dengar masalah orang. Boleh dikatakan elsa nie pendengar yang baik bak kata diorang diorang tu lah hikhik. Tapi elsa tak pandai nak bagi jalan penyelesaian dia. So kerja elsa dekat sini umpama jadi tempat luahkan perasaan bagi menghilangkan rasa dendam dan sedih SAHAJA kot. Eh macamtu ke? Hehe

Reply
avatar
3/06/2017 11:56 PM ×

kadang kadang kawan nih dia bukan nak kita tolong masalah yg dia hadapi pun , cukup kita dengar segala luahan dia . hehe

Reply
avatar
3/07/2017 12:49 AM ×

Saya mungkin bukan seorang penasihat yang baik, tapi saya pendengar yang setia... Ececehhh hehe 😉

Reply
avatar
Seorang Syed
admin
3/07/2017 12:50 AM ×

Betul tu. Bila orang cari kita untuk cerita masalah dia, kita dengar sahaja. Kadang2 dia tak expect kau untuk bagi nasihat atau bercakap pun. cukup sekadar ada dengan dia dan dengar masalah dia sahaja. Tenangkan dia dan bagi pendapat jika perlu. Bagus tips ni mai, jangan ulangi kesilapan lalu ya haha.

Reply
avatar
3/07/2017 1:25 AM ×

Kadang2 kita tahu cara jadi pendengar yang baik, tapi bila cuba betul2 kadang2 susah juga nak jadi pendengar yang baik..

Mungkin saya kena praktis lagi..

Reply
avatar
3/07/2017 8:51 AM ×

Akk boleh jadi pendengar yang baik. Inshaallah. Tapi bila diri sendiri ada masalah,tak tahu nak share kat orang macam mane. Last2 pendam jer. 😊

Reply
avatar
Ana Suhana
admin
3/07/2017 11:48 AM ×

Setuju dengan point Mai semua tu. Kita akan rasa di hargai bila ada someone dtg dan share dgn kita. Walaupun bukan org yg bagus utk beri pendapat sekurang2nya dpt jadi pendengar yg baik pun dah bgs sebenarnya.😊

Reply
avatar
3/07/2017 4:03 PM ×

06. Tunjukkan rasa empati kita bukan saja simpati.

Reply
avatar
Unni Anje
admin
3/08/2017 12:40 PM ×

yess.... dgn mjadi pdgr y baik sdikit sbnyak blh mbantu org y mluahkan... dulu ada ikut usrah jdi pndgr y baik blh buat kta bhgia :) bukan org tu je bhgia kita pun turut bahgia

Reply
avatar
Nour Adieb
admin
3/08/2017 2:53 PM ×

selalu juga sy jd pdgr masalah kwn2 sy. cuma x tau camna nak bg pdpt/ jln penyelesaian. sebab otak sy ni otak spongebob, kalau pujuk mesti dgn cara yg x boleh pakai 😂

Reply
avatar