Kenapa Wujudnya 'Kawan' Seperti Gunting Dalam Selimut

by - March 07, 2017


Kisah ini berlaku lebih kurang 2 tahun lalu.

Kami berkawan tiga orang, aku, Alia (bukan nama sebenar), dan Betty (bukan nama sebenar). Boleh katakan kami ni small gang la, tapi dalam gang tu Alia dan Betty lebih akrab berdua berbanding aku. Pendek kata, kalau ada berita apa-apa, Alia akan bagitau Betty dulu, baru aku, dan Betty pun akan kongsi dengan Alia dulu, baru aku. 

Tapi aku okay je.

Pada suatu hari, Alia whatsapp aku secara personal. Dalam whatsapp tu dia cerita yang Betty selalu tak puas hati dengan aku. 

Macam-macam cerita dari yang masih boleh diterima seperti cakap muka aku macam orang sakit (ye aku sakit,tapi masa tu belum tahu lagi, dan sekarang pun bukan nampak kan kat muka, aku masih cun,alhamdulillah, okbai), hinggalah dia cakap Betty ni katakan aku hipokrit wal munafiqun. Apa yang aku munafiq tu? Aku pakai tudung labuh cuma dengan keluarga, tapi kat luar tidak.

Astagfirullah, aku sendiri tak pernah ada fikiran nak tipu keluarga aku weh. So waktu tu aku sedih sangat-sangat, tak sangka kawan sendiri sanggup mengata aku macam tu, drama kauuu, muahaha. 

Jadi apa aku buat? Tak cakap panjang, aku terus BLOCK si Betty dari Instagram, whatsapps, aku left group geng, dan facebook. 

Tapi aku lupa untuk block kat phone. So pada satu hari aku tengah study kat library (cewah contohilah sis), si Betty ni call aku. Aku membara juga nampak nama dia tertera kat phone tu. Tapi kalau tak angkat, nanti bising bunyi tu (cewahh padahal boleh silent, hati tisu sebenarnya).

Angkat je call tu, aku terus sembur si A. Aku cakap "KAWAN JENIS APA YANG KATA KAT KAWAN DIA SENDIRI HAH?"

Si B tak cakap panjang, dia minta maaf dengan aku. So aku pun tak perlu penjelasan terus maafkan dia. So aku unblock balik, dan berkawan dengan dia semula.

Tapi persahabatan tu tak mungkin sama kan, macam dulu.

Jadi, kalau aku habis bercerita kat sini, korang mesti sangkakan Betty tu jahat kan. So aku sambung balik.

Pada March 2017.

Si Betty sudah nak bersalin, so dia whatsapp aku. Dan kami sembang macam biasa, rindu. Lagipun kisah dulu kami sudah padam dari memori (konon), ehehe. 

Tiba-tiba, perbualan Betty dan aku termasuk dalam isu minta maaf walaupun tak bersalah. 

Betty cakap dengan aku, dia jenis minta maaf walaupun tak bersalah, sebab dia tak panjangkan masalah.

"Macam waktu kita ada problem dulu la Mai, cepat je settle."

WAIT, WHATTT?

Betty dengan confidentnya cakap dia tak bersalah?

Aku pun tanya. "Betty, tahu tak kenapa Mai marah Betty sampai block semua dulu?"

"Tak tahu?"

"Betty pernah cakap muka Mai macam orang sakit? Pernah tak cakap Mai jenis berlakon depan family pakai tudung labuh, kat belakang pakai tudung singkat, bla bla bla?"

"Hah?"

"Alia yang cerita semuanya dengan Mai."

"Pasal tudung Mai tu, Alia yang cakap macam tu depan Betty.."

"Ya Allah sengal juga aku ni, sebab percaya bulat-bulat terus aku block semua..Sorry Betty."

"Hahahaha, duk tengah gelak je ni, sebab baru tau. Keras baby dalam perut.."

"Jangan terberanak sekarang sudah." Hahaha, akhirnya aku dan Betty mampu ber HA HA HA jelah sebab dah tahu siapa sebenarnya gunting dalam lipatan.

"Betty, Mai tak tahu la motif dia kenapa dia menipu sampai macam tu sekali."

"Batu api mana cakap benda yang betul. Nama pun batu api." Kata Betty mengakhiri perbualan.

Semoga Betty selamat melahirkan khalifah baru ke dunia. Aamiin,


***


Astaghfirullah hal azim, kalau tidak kerana sifat Betty yang sudi meminta maaf walaupun tidak bersalah, aku masih berdosa kerana memutuskan sebuah ikatan silaturrahim.

Kami masih berkawan dengan Alia, rasanya tidak perlulah memanjangkan cerita, cukuplah berhati-hati dengan orang seperti itu. 


Pengajaran yang aku dapat dari kebenaran yang terungkai setelah 2 tahun setengah aku dan Betty masing-masing memendam perasaan.

01) Malas bertanya sesat jalan. Jangan mudah percaya cakap orang dan membuat keputusan sebelum bertanya dan berbincang masalah sebenar.

02) Meminta maaf dapat menyelamatkan sesuatu hubungan, terima kasih Betty sebab beralah dengan aku masa tu.

03) Gunting dalam lipatan itu wujud, dapat dikenal pasti dengan sikapnya yang bila jumpa depan-depan dia manis mulut, lembut lidah dari bibir, tapi bila orang tu dah pergi dia mengumpat macam orang tu berdosa dengan dia. 

04) Jangan buat jahat, kebenaran akan terungkai, cepat atau lambat.



Follow

You May Also Like

24 orang rajin komen

  1. Fatin pun dulu kena macam tu juga. Tau2 ja dia melaga-lagakan kita walaupun kita ni tak buat apa pun. Sedih sangat tapi sampai sekarang org yg buat ceritanya tak mintak maaf. 😅 Tak apa lah, org kata biar org buat kita, jangan kita buat dorang, yedak? Gituu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la sebenarnya masih tak faham motif melaga-lagakan sesama kawan ni. Adakah sebab nak conquer kawan? Entahlah.

      Setuju dengan fatin, biar orang buat, jangan kita buat orang, nanti sama je kita dengan orang tu, cewahhh.

      Delete
  2. Memang dalam antara ramai kawan, ada lah dua 3 orang yang batu api yang dengki tak puas hati dengan kita. Kalau elsa punya style pulak elsa ambil contoh dekat dalam office elsa, elsa dah tahu yang dia tu memang pendengki, memang batu api, tiap tiap hari ada je cerita yang tak betul pasal elsa dia dok jaja. Bila diorang2 nie bercerita balik dekat elsa, elsa dah syak dah siapa. Tapi kita nie siapalah kan nak melawan. Dah lah kita nie paling muda dalam office nak melawan dengan orang tua memang tak lah. So elsa terus tak layan si pendengki tuh even dia dok tanya2 elsa apa masalahnya. Elsa jenis "gasak lah engko nak cakap apa orang tua woiii" haa geram nieyh hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha apalah nak didengkikan sangat tu kan Elsa, tak faham betul.

      Kita boleh kenal kan orang yang jenis macam ni, dari gaya dia mengumpat kawan lain pun kita tahu dia mcm mana. Hahah. Susah juga jadi elsa, sebab satu office, nak tak nak kena guna method selamat la, kasi dia silent treatment, Fuh...

      Delete
  3. jahatnya alia.

    that's why it's important to clarify at the firsthand when it comes to things like this

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, faktor umur juga masa tu muda lagi cepat sangat marah dan baran, huhuhu. Lepas ni belajar dari kesilapan.

      Delete
  4. Sebab tu orang selalu pesan kan. Jangan dengar dari satu pihak. Kena tnya jugak yang pihak lagi satu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, silap mai. Cepat sangat marah pastu emosi pastu sorang2 drama, hahaha.

      Delete
  5. Selalu perasan orang perempuan bergroup tiga orang, semester kedua, tinggal 2 orang, lagi sorang join group lain, hujung semester semua jalan sorang-sorang... lelaki tak macam tu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ramai jgk mcm tu, tapi mai and roomate masa degree dulu kekal dari awal degree sampai skrg, alhamdulillah.

      Tambah2 lelaki dip microbe kan, kami dulu ada 4 je jejaka dalam kelas, dorang pun duduk serumah kat melang tu... ahaha, kalau gaduh kesepian la depa...

      Delete
  6. Sebab tu penting dengar 2-2 belah pihak kan. Kak ana dah lalui semua tu tp tak seteruk macam tu lah. At the end, org akan tahu siapa betul siapa tak. Tp betullah, kemesraan tu tak kan sama dah. 😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, tapi hikmah dia lepas kami tahu siapa punya angkara tu, kami dah gelak2 macam dulu balik, alhamdulillah.

      Kalau baru kena mungkin marah dan mengamuk, tapi sebab kes ni dh tutup lama, so mampu gelak je la bila tahu hal sebenar kak Ana.

      Lain kali mai takkan amik tindakan terburu2 dah.

      Delete
  7. ada je kwn mcm mai tu , ramai-ramai mesti ada sorang perangai mcm nie , perangai cakap belakang depan bkn main baik lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa Anzra, boleh bagi award pelakon terbaik tauuu, pandai dia berlakon fitnah kawan sendiri.

      Delete
  8. 05. Jangan terus percaya bulat2 sesuatu isue.
    Selidik dulu, bukan terus buat tindakan melulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengajaran diterima pak cik. terima kasih.

      Betul tu, masa tu umur saya awal 20an, cepat sangat rasa marah dan terburu-buru tu.

      Delete
  9. Kadang2 tak faham juga kenapa wujudnya orang macamni. Tak tahu apa yang dia sakit hati sangat dengan kita ni kan. Lepas ni kena berhati-hati la bila berkawan. Biarlah dia kata kita kat belakang pun. Dia pun bukannya semua orang suka (selalu pegang prinsip ni)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, kesian kawan yang kena fitnah tu. Kalau la kisah ni diterbalik,dan mai yang kena fitnah, mungkin kami dah tak berbaik sampai sekarang sebab mai pun akan marah dengan kawan mai sbb block mai tetiba, hahahaha.

      Delete
  10. time stdy dulu ramai kawan macam ni... ingt satu kisah kat hostel, ade jgk budak macam alia ni.. sllu cite buruk... tp btl tu kena siasat baik2 zaman ni x blh pcaya sgt even luaran nmpak macam ustazah sekli pun..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpa, orang jenis ni selalu memang baikkkkk sangat depan kita, sebab tu kita boleh terpedaya.

      Delete

  11. dlm ramai2 berkwn tu, pasti ada yg main peranan sbgi 'gunting dlm lipatan'. alhamdulillah, walau kdg2 selalu gaduh tapi hubungan pshbtn masih terjalin 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, tak suka putus sahabat ni....tapi nak buat mcm mana,kadang22 kena jauhkan diri juga,

      Delete
  12. bnyk ja kawan mcm ni mai.. huhu. busyra sndiri pernah alaminya.. tp serius malas nak layan org perangai mcm ni. haaaa tetiba nak emo pasai pa ni. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, kena hati-hati lepas ni. Memang patut tak payah layan pon, hahahahaha jangan emosi2 :P

      Delete