Make-up Harian Mayy / Mayy's Daily Make-Up

by - March 11, 2017


Hi,

Perempuan mana tak suka make-up kan, antara rajin dengan malas nak make-up aje, hahaha. Kadang-kadang orang kata perempuan makeup ni fake nanti suami terkejut lepas kahwin, helooo, kitorang pun tak mahu lelaki judgemental seperti itu, hahah.

Jangan tertipu kalau tengok perempuan cantik tanpa makeup, 90% dari mereka menggunakan teknik no-makeup-makeup, maksudnya diorang menggunakan teknik makeup untuk nampak natural tapi kekal segar dan menarik. 

Tapi susah tau nak buat no-makeup-makeup. Aku tak reti lagi skill macam tu...huhu, teach me mastaaa. Tapi takpa, harini aku mahu share rutin make-up harian aku yang simple tapi mampu menghilangkan pucat aku. 

Sebelum tu, kita tengok dulu muka bogel aku. Fresh dari ladang gitueee... Jarang tau aku nak tayang bare face gitu je, hahahahahahahahahaha.

.
.
Nampak pucat kan? Memang pun, orang selalu ingat aku keluar tak mandi ataupun baru bangun tidur kalau aku haritu terkena simtom lazy day dan malas nak tepek even secalit bedak pun. Hahah. 

Sebab itulah aku terpaksa amalkan rutin makeup yang cepat dan simple, sesuai untuk orang malas dan juga kalut nak cepat macam aku.

Jadi, untuk rutin makeup harian aku adalah merangkumi seluruh wajah, seperti kulit, mata, dan paling penting....bibir! I can't live without my lipstick...



Wajah & Kulit
.

Aku akan mula makeup dengan memakai serum, foundation, menggunakan jari dan bedak dengan span. Hehe, tak pandai pakai bedak pakai brush.
.
  1. Vita Anti-spot Serum - Sebelum ni aku akan terus pakai foundation kerana tiada krim kecantikan yang sesuai untuk kulit sensitif aku. Tapi haritu aku ada dapat Vita anti-spot serum daripada blogger Busyra dan aku dapati serum tu best dan serasi dengan kulit aku, yippie! 
  2. Za Liquid Foundation - Oleh kerana make up harian adalah makeup santai, aku memilih liquid foundation daripada Za untuk mendapatkan sapuan yang lebih halus dan nipis. Untuk makeup berat aku memilih doll Skin Foundation daripada Sendayu Tinggi.
  3. Pixy Two Way Cake - 10/3/2017 adalah tarikh pertama kali aku membeli bedak Pixy kerana sebelum ini aku memakai jenama Miami. Harga Pixy lebih menjimatkan tetapi disebabkan aku masih baru berjinak-jinak memakai Pixy ni, aku tak tahu nak membandingkan kualitinya. Apapun, aku lebih prefer memakai bedak dengan span basah.

Mata & Kening


Aku akan menyiapkan bahagian kening dulu sebelum menyolek mata. 

  1. Set Obuse Kening - Aku akan menggunakan Set Obuse untuk melukis bahagian kening aku. Aku tidak mencabut ataupun menyorokkan bahagian kening yang bersepah, cuma touch-up sikit saja. Kemudian guna brush yang berbentuk sikat kecil untuk menggosok kening sehingga kemas.
  2. Eyeshadow Sendayu Tinggi - Aku tak kisah jenama Eyeshadow sebenarnya, tapi kebetulan hari ini nak pakai ST, hehehe. Selain tu aku juga suka eyeshadow dari In2it. 
  3. Catrice Eyeliner - Antara pelengkap hidupku, cewahh. Aku tak boleh la keluar rumah tanpa eyeliner, rasa tak lengkap pula makeup. 
  4. Sendayu Tinggi Mascara - Serius best! Melentik habis pakai maskara ST. 

Bibir


  1. Liptint - Liptint ni aku akan sapu cuma di tengah bibir untuk effect lebih Korea gittueee, kekeke. Hadiah dari Mekzumbie (klik sini). 
  2. Kiss Of Fire Huda Beauty Lipstick - Mulanya aku ingat lipstick matte ini akan berwarna merah garang apabila dipakai, rupanya hasilnya adalah merah oren. Omaigod, I'm so in love with the color, dah lama aku idamkan nak lipstick warna macam ni. Hadiah dari Busyra (klik sini

Itulah sahaja yang aku buat, so siaplah Mayy's daily makeup routine. Hasilnya tidaklah lawa pun, cuma aku suka untuk tampil lebih segar dan nampaklah bersemangat hidup sikit, muahaha. 


Amacam hasilnya? Gambar indoor tu menggunaan lampu bilik sebagai sumber lighting, dan untuk outdoor tu aku guna cahaya matahari dengan menggunakan teknik curtain selfie gitueeehh. Hahaha. 

Baiklah terima kasih untuk penaja entry hari ini iaitu Mekzumbie untuk beauty brushes & liptint (Mekzumbie) dan Busyra untuk Anti-spot Serum & Kiss of Fire Huda beauty matte lipstick Mai. 


Follow

You May Also Like

37 orang rajin komen

  1. Tunjuk ajarku sifu. Hehe.

    Pandai Mai apply make up. Muka nampak fresh. Ramai juga guna Huda lipstick tu ye. Kak ana baru tau jenama huda tu minggu ni dari entri rakan2 blogger juga =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, kak Ana, mai pun tahu basic je...sebab masuk kelas haritu, haha. Kalau advance kena minta adik Mai la dia terer.

      Tu la mai pun baru tahu, sebab Busyra bagi, hahahaha. Best juga kak Ana, cantik warna dia.

      Delete
  2. Mai kira terer laa jugak nak makeup tang mata dan kening. Ira zero teruihh hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kening tu kadang-kadang tak jadi sebelah Ira, hahaha. Nanti adik mai tolong touch up balik. Tak pandai tutup kening serabut pakai concealer bagai,haha, simple2 je.

      Takpa Ira, slow2 nanti terer la,hehe.

      Delete
  3. Liptint tu unni pun guna jgk.. tp kalau pegang air lines ke mascara ke beggar tangan ni, serius tak reti.. suke tgk org make nmpak fresh je, berserdhana tu pnting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai first time ada ni sebab mek zumbie bagi, hihihi. Mai pun bergegar, tangan mai sentiasa tremor (terketar2) kalau unni nak tahu, so setakat comot tu lantakkan aje,hahaha.

      Delete
  4. takpandai nak mekap2 macam nie. :D
    dah la sekarang kulit muka breakout teruk T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai baru recover dari jerawat breakout sebab stop pakai produk collagen2 bagai,kekekeke. Alhamdulillah semakin ok, ambil ubat & pencuci muka dari klinik dan juga apa yg pharmacist suggest je, takmau dah beli bukan2.

      Delete
    2. BV sekarang pun ok je walaupun still ada jerawat. hahahaha memang sekarang guna product dari pharmacy/watsons. harap berkesan la kan :)

      Delete
  5. wah nice one ! keep it up , mellya pun dok belajar buat kening bagi lawa hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Mellya, hahaha... mai kening tu pun tak terer lagi, selalu jadi sebelah ja.haha

      Delete
  6. Ohsem perkongsian Mai..
    Tetibe rasa cam nak make up lak.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha try la make up kak Sha, mai reti basic-basic je, hehehe...

      Delete
  7. Huiyoooo... Nesz tak reti buat kening dengan mata.. Nie baru nak try pakai eyeshadow tapi not on daily make up la... :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mata pun failed gak tu, adik kata tak nampak eyeshadow, hahahahaha...

      Delete
  8. fae tak reti nak make-up hahaha betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ye ke.. :P takpe2 tak reti boleh belajar nanti...

      Delete
  9. CCL suka yang make up simple...pergi kerja pun make up simple ... just letak foundation ..tepek bedak ..letak eyeshadow ..eyeliner..lipstik sikit ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe sama lah tu kita CCL :P paling penting untuk mai eyeliner & lipstick, ada dua ni boleh keluar rumah dgn penuh kompiden dah,haha

      Delete
  10. cantiknyaaaaa lipmatte tu dngn muka mai!! nmpak naikkkk seri muka..<3 sama2 mai syg.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayyyy, suka sangat!!!! terima kasihhhh banyak2, semoga makin murah rezeki Busyra lepas ni.

      Delete
  11. Alamak tak tahu nak komen apa pasal make up hahaha. Akak saya tak suka makeup. Dia taknak. Paling up pun dia just apply foundation je. Degree dia taknak hahahaha k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, :P. Hehehe akak Syed mesti jenis simple2 kan.. so Syed suka perempuan makeup ke tidak?

      HAHAHAHAH Tetiba soalan cepumas. kekekeke

      Delete
  12. untungnya pandai makeup.. btw jemput singgah tempat saya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe basic je Zeera :D Nanti mai singgah ya...

      Delete
  13. perempuan dan makeup berpisah tiada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe, asal nampak segar je Pakcik, saya tak pandai buat yg tebal2 punya...

      Delete
  14. saya pun guna pixy tapi lately my skin become dry so ada dry patches here and there kalau guna powder. now tengah eyeing those cushion foundation pulak. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh, semoga kulit Nisa cepat pulih... cushion foundation sendayu tinggi best!

      Delete
  15. Akak tak pandai buat kening. Rasa pelik je bila buat. Hihi. Pandai Mai mekap :) Terus lain haa muka tau. Kuasa mekap kan. Hihi. Akak sekarang pun barulah berjinak dengan mekap. To be exact, blusher je selalu pakai pun. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kening memang tricky sikit kak Siqah, hehehe,terima kasih, basic je ni.

      Tu la the power of makeup. :P Mai takde blusher, sapu lipstick situ pastu gosok2,haha

      Delete
  16. ju xpandai mekap tapi suka tgk org pakai mekap !!! slalu baca sendayu tggi & pixy ni bgs terutama mmg ssuai untuk kulit asia =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ST memang best Ju, ni baru je try pixy. Not bad jugalah so far...

      Delete
  17. pandai la mai ber make-up..
    saya setakat pakai compact foundation yg giffarine saja.. tu pun dah rasa lawo sgt. hahaha..(ok gurau je)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh basic je Hazrina... yg advance tak reti jugak, hehehe.

      Mekap ni macam mana pun takpa, asalkan tuan badan kompiden. kannn

      Delete