Misi Bulan Mac!


Hola!

Tuptup sudah melangkah ke bulan ketiga dalam 2017 ni, rasa macam nak buat misi Mac pula, maklumlah setelah lama menganggur, marilah kita berubah jadi penganggur yang produktif, acewahhh, muahahaha. Wish me luck!

2017 MARCH GOALS

01. Kembali Aktif Membaca

Rasanya dah lama aku tak membaca buku, sedih tau sebab membaca adalah salah satu hobi aku sebelum hidup aku dijajah gadget smart phone. So dengan bilangan buku yang belum disentuh berlambak dalam rak buku, ayuhlah aku nak mula untuk rajin membaca balik. 

Antara idola dalam geng kaki buku ni adalah Kak Siqah, Kak Sha, Fatina, dan Claudya. Beza aku dan mereka sekarang adalah mereka baca buku, aku baca sinopsis buku yang mereka review,hahahaha, teruk betul.

02. Tidur Awal Bangun Awal

Aku rasa perkara ni paling susah nak buat sebab aku tak suka campurkan waktu persendirian aku dengan waktu bersama family. Waktu siang seboleh-bolehnya aku akan tumpukan sepenuh perhatian dengan family aku sebab tu aku memilih waktu tengah malam untuk aku buat aktiviti aku yang lain.

Repair resume, prepare cover letter, blogwalking, check email, dan menulis novel wattpad semua tu akan aku selesaikan waktu semua family aku dah tidur, kalau tidak aku nak bersembang dengan mak, aku nak main dengan anak buah, aku nak gossip dengan adik, payah, hahaha.

So aku pun tak tau macam mana aku nak tidur awal, nantilah aku fikir, aku buat je goals bagai ni dulu,hahaha.

03. Bersenam & hilangkan lemak pada lengan 

Aku pelik betul lah, kalau perempuan lain ada masalah dengan lemak pada pinggul dan peha, aku punya lemak semua nak bertepek kat lengan je, sakit betul hati aku ni. Mana tidaknya, kalau peha or pinggul macam Kim K ke JLo ke seksilah juga, dan kalau lepak kat pipi kan gebu macam kuih pau pujaan ramai, ini lengan je yang berlemak! Argghhgghfhfhghgfhgh.

Macam mana nak buang lemak tu aku pun tak tahulah. Nak pergi gym tak ada teman, so aku rasa aku bersenam ajelah depan laptop sambil tengok demo dalam youtube. Hahaha. Planking okay kot? Entahlah, sis cuba kayh.

04. Konsisten Menulis Blog & Wattpad

Aku harap March ini aku akan konsisten menulis blog dan tak tinggal lama-lama sampai berhabuk (cewah ayat cliche bloggers bila tinggal blog lama-lama). Menulis memang boleh konsisten, tapi nak bagi hasil penulisan yang WOW tu susah sikitlah, tak apalah tak WOW pun, asalkan positif dan bermanfaat*sis cuba.

Untuk Wattpad aku target untuk habiskan buku 'Izinkan Aku Bahagia' secepat mungkin. Dan dalam perancangan juga untuk tulis buku baru kategori Matured Content (sis gatal) pulak,kekekeke. Gurau je. 

Tahniah kepada kawan blogger aku yang dah beralih arah ke Wattpad sis Mell Marian atas penerbitan buku Wattpad beliau ke hard copy. Tepuk sikit!!! M bukan sahaja penulis yang baik, dia pencerita yang hebat dalam penulisannya. 

05. Buang Tabiat Buruk Suka Melengah-lengahkan Kerja

Ok aku harap March ini, aku dapat eliminate sikap buruk aku yang suka buat relaks tak kena gaya. Zaman sekarang ni siapa cepat dia dapat ok, tolonglahhh sedar diri tuh.

Apa sahaja dalam perancangan, bangun dan terus buat. Buang 'nanti-nantilah', 'lepas ni', or 'kejap lagilah' semua tu. 

Fuh. 

Sis kena kuat!


Hehehe, yang penting March ni aku kena happy dan positive sokmo :) 

So apa March Goals Korang?


Follow
Previous
Next Post »

49 Comments

Click here for Comments
3/01/2017 11:42 PM ×

Wah dah set awal2 untuk bulan ni.. Saya pula masih nak siap kerja yang masih belum disiapkan.hehehe. dulu2, pernah juga try buat wattpad story tapi.. terstop da sebab stay fokus dengan projek yang saya tengah buat skg, anyway gud luck for ur target goal this month~ ayuk bersenam selalu :D

Reply
avatar
Kin Naz
admin
3/01/2017 11:47 PM ×

Ngeee lebih kurang je goal kite. Tapi ntahle macam tak jalan je hihi

Reply
avatar
PeRdU cINta
admin
3/02/2017 1:05 AM ×

Moga apa yang di rencana dipermudahkan urusannnya :)

Reply
avatar
3/02/2017 9:16 AM ×

misi kite nak jadi pekerja cemerlang..hahahha..gud luck dear.. ;)

Reply
avatar
Ana Fatihah
admin
3/02/2017 10:26 AM ×

Samalaa, kalau boleh wktu brsama keluarga memang taknak kacau. Taknak duk terperap kat bilik online je sedangkan family kat luar.

Stop bertangguh. Ni masalah semua orang kot. Haha

Reply
avatar
Sara Amelia
admin
3/02/2017 11:00 AM ×

Nampaknya azam bulan baru ni sama macam saya, gambatte!

Reply
avatar
3/02/2017 11:28 AM ×

salah satu ciri nak berjaya kena listkan senarai goal. kalau tak dapat buat semua, yang penting jangan tinggal semua :D

Reply
avatar
3/02/2017 11:28 AM ×

salah satu ciri nak berjaya kena listkan senarai goal. kalau tak dapat buat semua, yang penting jangan tinggal semua :D

Reply
avatar
3/02/2017 12:10 PM ×

Alamak.. Terharu akak, mai mention nama akak..
You can do it girl..
Chayook.. Chayook..
Akak lak dalam misi membuang lemak di perut.. hehehe

Reply
avatar
3/02/2017 12:13 PM ×

Bagus la misi yg Mayy nk buat. Fiza patut contohi jugak nie..

Reply
avatar
3/02/2017 1:17 PM ×

heheh lebih bersemangat edit blog, focus online business kalau boleh bagi sale lagi naik hahaha good luck to both of us !

Reply
avatar
NHY ZIERA
admin
3/02/2017 2:15 PM ×

Semoga semuanya berjaya sis! Satu benda saya paling susah nak buat ialah konsisten. Ya Allah. Novel saya try karang since spm dulu tak siap siap lg. Hehe. Membaca tu skrg banyak online je dah lama tak beli novel yg ada dkt pasaran :(

Reply
avatar
Ana Suhana
admin
3/02/2017 2:16 PM ×

Kak ana doakan semoga tercapai semua target Mai utk bulan ni 😘

Reply
avatar
Nurul Rasya
admin
3/02/2017 3:16 PM ×

I'm trying had to overcome my procrastination problem and so far nothing works lol.

btw, what is your wattpad id?

`Nurul Rasya | Blog`

Reply
avatar
Noor Azlan
admin
3/02/2017 4:16 PM ×

Misi saya? Siapkan kerja... hehe... berlambak kerja ni.. huhu

Reply
avatar
nadhie wueen
admin
3/02/2017 6:46 PM ×

hahaha. nice. macam lebih kurang sama je misi kita. actually azam tahun baru tu. lagi2 part nak workout n banyakkan membaca tu

Reply
avatar
Nour Adieb
admin
3/02/2017 7:34 PM ×

misi bulan mac sy? ermmm, tak terfikir. tapi azam 2017 ni nak dapat kerja dan nak kurangkan berat & hidup secara sihat �� moga dipermudahkan, ameeen ��

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/02/2017 10:07 PM ×

Hehehe tu la awak, mai saja try publish cerita hambar tgk2 sambutan ramai pula, kalau tiba2 stopkan ni boleh kena parang ni. eheheh.

Thanks dear! Marilah amalkan gaya hidup sehat.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/02/2017 10:09 PM ×

Hahahah jangan cakap gitu kak kinah, tergugat jugak ni. haha

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/02/2017 10:09 PM ×

Aamiin, terima kasih ya :)

Reply
avatar
Seorang Syed
admin
3/02/2017 10:28 PM ×

Wahhhhh, semoga tercapai semua goals tu ya!
betul tu, nak menulis tu senang tapi nak bagi penulisan yang woww tu haaa yang susah kan.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/02/2017 10:29 PM ×

Hahah, bagus goal tu kak Zati, moga sukses! hihi

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/02/2017 10:32 PM ×

Yaa betul tu, tak suka bazirkan masa berkualiti dengan keluarga, nanti dah keje belum tentu dapat duduk dekat dengan semua lagi.


HAHAH tu problem tu, stress!

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/02/2017 10:32 PM ×

Hihi good luck untuk sis jugak! hihi

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/02/2017 10:33 PM ×

Hahaha tu penting tu, tak dapat buat semua jangan tinggal semua.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/02/2017 10:44 PM ×

Hihihi idola ni, akak rajin baca n review buku.

Aamiin, thank you kak Sha. hihihi.

Jom kita exercise!

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/02/2017 10:56 PM ×

Jomlah Fiza ,sama2 kita realisasikan misi ni, cewahhh.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/02/2017 10:57 PM ×

Go go chayok, thank you Mellya, all the best on your business.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/02/2017 10:59 PM ×

Hihihi betul, consistency memang penting sangat!

Lama tu Ziera, hihihi, share la nanti bila dah siap.

Betul, novel kat Wattpad memang terbaik sangat kalau pandai cari, lari dari cliche!

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/02/2017 11:10 PM ×

Thank you kak Ana, aamiin :D

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/02/2017 11:10 PM ×

Hahaha all the best Rasya, try harder XD

ID ; Noor Maizan.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/02/2017 11:11 PM ×

Hihihi selesaikan yang pnting, tu paling utama :D

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/02/2017 11:12 PM ×

HIhihi gaya hidup produktif gitueee. ahahaha, good luck Nadhie.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/02/2017 11:12 PM ×

Sama ja Adieb. HIhihi, semoga dipermudahkan.

Reply
avatar
3/03/2017 12:07 AM ×

hahahah. maiii, sama la kita. susah la nak tido awal. kadang tu pejam mata still tak lena. sibuk nak buka laptop la phone la. haha :p

Reply
avatar
SITI AWADAH
admin
3/03/2017 11:44 AM ×

tu dia azam baru!! semangat2 :D

Reply
avatar
aswaleyla
admin
3/03/2017 3:06 PM ×

bnyak misi bulan march dia. sy x dan nak fikir lagi nak bermisikan ap ni

Reply
avatar
3/03/2017 10:46 PM ×

semoga tertunai segala misi sis mai :* elsa macam biasalah misi bulan mac dan bulan2 lain adalah kumpul duit untuk makan! hakhakhak

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/04/2017 1:16 AM ×

Tahu takpa Syed, mula-mula start mengarang punyalah nak bagi tak tersasar,last last kelaut gak meraban, haahaha.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/04/2017 1:17 AM ×

Tahu takpa, pastu buka wattpad baca creepypasta, hahaha.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/04/2017 1:17 AM ×

Hahaha mesti semangat kak Awa :D

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/04/2017 1:18 AM ×

Hehehe, plan dulu, jadi ke tidak nanti-nanti tgk,haha.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/04/2017 1:18 AM ×

Hahahaha makan untuk hidup! hidup untuk makan!!

Reply
avatar
Siqah Hussin
admin
3/04/2017 6:51 PM ×

Haha. I saw my name :) Kelakar lah Mai ni pasal perbezaan tu. HIhi. Takpelah, bulan ni start membaca okay. Nanti akak datang baca review buku Mai pulak. Akak tunggu nie tau. Hehehe.

Akak takde Wattpad. Akak download nanti ye nak jugak support Mai kat sana :)

Selamat berjaya Mai untuk success dalam semua misi bulan ni :D

Reply
avatar
Pha Is
admin
3/04/2017 10:34 PM ×

all the best.. macam azam tahun baru, tapi monthly? wow.. hahaha

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/04/2017 11:56 PM ×

Hahaha Mai cuba kak Siqah, tengah start satu novel sekarang ni, akan review nanti, hihihi. Wah ada org tunggu, pembakar semangat ni.

Cubalah kak Siqah, cerita mai hambar je,tapi banyak penulis hebat dalam tu, nanti mai akan perkenalkan.

Terima kasih kak Siqah. Aameen.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/04/2017 11:56 PM ×

Hahaha biasalah otak seminit,sesuai dengan goal jangka pendek je pha is. Kalau goal panjang2 tu nipunye, tengah tahun dah lupa.haha

Reply
avatar
Jun Zie
admin
3/06/2017 12:34 PM ×

semoga di pmudahkn mai ! =D

Reply
avatar