Review Novel Biar Jadi Kaktus Iffa Zalia

by - March 17, 2017

Biar Jadi Kaktus Review

Spoiler Alert!

Novel Biar Jadi Kaktus hasil penulisan novelis Iffa Zalia dan diterbitkan oleh Alaf 21. Pertama sekali aku nak mengucapkan tahniah kepada novelis tersebut kerana berjaya hasilkan sebuah novel yang seperti roller coaster untuk perasaan aku. Dan terima kasih kepada Hanis Masturina (https://hanismasturina.blogspot.my/) yang telah memberi aku novel ini sebagai hadiah giveaway.

Jujurnya aku menghadapi kesulitan untuk menghabiskan pembacaan aku sebab aku ada konflik dengan watak utamanya Syakila. Omagad I hate that woman so much! Tak suka nak menghayati cerita tu pasal heroin, lemah tapi ego nak mampus!

Kenapa aku benci Syakila si heroin cerita?

01. Mak dia mati, so dia duduk dengan bapak tiri dia jahat kaki judi. Dia sanggup kena tibai macam hamba dengan bapak tiri dia. Nauzubillahiminzalik, bapak aku tak pernah pukul aku, tapi kalau aku kat tempat Syakila tu aku rembat je bapak tiri tu dengan parang.

02. Dia tahu bapak tiri dia kalah judi dan nak jual dia kat kawan bapak tiri dia yang seperti syaitan (Pak Babu). Dia tak buat apa, pasrah dan menyerah dan setia duduk kat rumah tu. Hoi! Keluar lari laa! Haa kan dah kena rogol. Arghh! Please do something, report, lawan, lari. Bukan lemah dan menyerah dan pasrah..Adoilah perempuan ni.

03. Dia lari pergi KL lepas kahwin paksa dengan Pak Babu. Dia duduk rumah jantan (Firdaus) dan sanggup jadi orang gaji. Adoi...Okaylah mungkin dia tak tahu berdikari lagi.

04. Mak Firdaus macam serigala jadian punya jahat tahap petala tujuh, tapi Syakila be like oh it's okay, tak apa. Adoi..aku dah tahap tension.

05. Tahu diri nak kena jual pastu bawak diri ke rumah Azlan (anak saudara bapak tiri dia tapi Azlan baik) and sekali lagi duduk dengan jantan.

06. Dah la menumpang Azlan, buat Azlan macam hamba abdi pulak biar Azlan masak makanan, basuh baju dia. What the hell girl?

07. Beranak anak Pak Babu hasil kena rogol dulu, anak down syndrome, benci kat anak tu, tolak anak tu, sakitkan anak tu, sampai anak tu mati. Heartbroken aku masa ni. Bahlul, itu anak hang bukan sampah!

Ok aku nak cerita dalam dunia ni ada dua jenis mak yang ada anak dengan lelaki yang dibencinya (kecuali mak yang bahagia ada suami ok).

Mak pertama, dia benci laki tu, tapi dia sayang gila anak dia, sampai dia tak mahu ada kaitan langsung antara anak dia dengan lelaki tu. Biarlah dia anggap tu anak dia sorang.

Mak kedua, dia benci laki tu, dan dia benci anak tu sekali.

If the worse comes to worst, jadilah mak pertama tu.

08. Azlan mengaku cinta, tolak sebab hati kat Firdaus yang kaya raya ceo syarikat bapak ada kereta sport, walaupun Firdaus fikir dua kali nak terima bila tahu dia ada anak, while Azlan yang jaga dia masa pregnant sampai beranak.

09. Firdaus datang jemput kat rumah Azlan, Firdaus tak turun kereta pun, berlagak piang. Tinggal anak tu kat Azlan, balik dengan Firdaus. Tinggal anak. What? Mak apa ni, patut susah sangat nak bahagia hidup tu.

10. Syakila tengking Azlan masa Azlan pegi cari dia kat rumah besar, padahal Azlan nak hantar alamat bapak kandung dia untuk jadi wali perkahwinan Syakila dan Firdaus the anak oreng kaye.

11. Firdaus buat hal masa mengandung anak Firdaus, Syakila lari balik rumah Azlan, Azlan jaga sampai dia beranak anak tu, dan dia masih tolak Azlan. (dan Firdaus kahwin lagi satu, tahniah)

12. Sebab Syakila, Azlan dan anak tak berdosa (anak yang downsyndrome tu) terbunuh, sampai saat anak dia mati dia tak terima anak dia tu.

13. Firdaus bercerai dengan bini nombor dua.

14. Firdaus dan Syakila Happy Ever After.

What! Aku stress. Aku stress. Stress, Arghhhhghfhaojfoerhjvdfnikflbeiohgeomoe.





Follow

You May Also Like

21 orang rajin komen

  1. cerita sangat menarik..

    namun kejahatan begitu cuma 1 dalam sejuta..

    kalau boleh jangan la jahat sangat..

    sikit-sikit boleh la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi betul tu, kejahatan dalam novel kadang-kadang tak mampu nak faham, tapi tulah, nama pun novel...

      Delete
  2. Kak ana yg baca review Mai pun dah rasa stress. Ade juga erk org mcm tu. Kenapa Azlan mati Mai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahhahaha, tu la ni buat malas nak baca novel lain ni. Azlan mati sebab fight dengan penculik yang nak culik Syakila, sebab ada Dato Tengku Amir yang nak buat Syakila bini sebab berkenan sangat2 sampai sanggup bayar sejuta rm.

      Fuh, RM 1M untuk bini orang?

      Sekali lagi stress.HAHAHA

      Delete
  3. Memula Ummi baca no 1..ehhh huihh garang tui dak Mai ni...takut ada pastu fikir ishhh x baekkk tau tapi bila baca yang selepas tu mmg Ummi pun rasa nak hempuk budak Syakila tu..heehe tapikan..dlm dunia ni ada budak yg mcm Syakila tu yang lurus dan naive..tapi kemudian berubah jd bijak bila berjumpa dgn org kaya....tapi kesian kat Azlan..sob sob..mmg Ummi tak baca la novel ni..kang jenuh bengkak mata..mmg terbaik ulasan Mai ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe maafkan kalau ada terkasar bahasa dalam entry ini.

      Tu la, rasa tak sanggup nak habiskan baca sebab hati ni asyik menjerit je,'DO SOMETHING SYAKILA!' haa camtu la. Hahaha.

      Delete
  4. Huihh, garangnya Cik Mai.. =) Jangan garang2 sangat nanti tak comey.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe baiklah, sorry kak shikin :P

      Delete
  5. this is why I hate reading malay love novels because the heroine is like omg, I'm so naive but it's okay pasrah and redha ajelah ujian Tuhan like what? the poor kind hearted damsel in distress is overused.

    there's a difference between being naive and being stupid.

    kbye. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. I couldn't agree more with you. Sorrylah tapi memang susah nak menghayati watak wanita melayu terakhir ni.

      And yes, stupid tu bila tahu perkara tu memudaratkan tapi still redha dengan apa yang bakal jadi. pfffft...

      Delete
  6. nice review mai! boleh kawan ngn kak sha ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak sha ulat buku level tinggi tu busyra, susah nak ligan.haha.

      Delete
  7. Sapa yang jadi kaktus?
    Syakila ke Azlan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam novel ni Syakila yang seteguh kaktus katanya, tapi rasanya Azlan tu yang paling cekal sekali dlm novel ni,huhu.

      Delete
  8. hahaha laa seriously, saya pun konform akan stress giler kalau baca novel yang heroinnyer jenis gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kan... redho tak kena gaya, ego tak kena tempat, aduih...

      Delete
  9. Novel ni kalau buat drama pukul 7 tv3 mau pecah tv geram punya pasal hahahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha tu laa,, mesti kena maki je siapa jadi heroin tu...

      Delete
  10. Mai!! Marah sungguh ni. Hihi.

    Siqah pun bengang gak baca sebab kenapa Mai marah sangat dengan watak heroin tu. Hmm, wanita tidak lemah dan pasrah je begitu. Wanita kena kuat dan tabah. Bukan duk saja terima semua. Aigoo.

    Naif atau bodoh? Hahaha. Tak tahu nak cakap nie haa mana satu :D

    ReplyDelete
  11. sy ni minat baca novel. tapi kalau jln cerita mcm tu, mmg x abis baca. x suka dgn watak yg 'pasrahhh ja'

    ReplyDelete
  12. Hahaha.. akak pernah dapat perasaan nie.. sampai macam nak masuk dalam novel dan ketok kepala heroin tu.. hahaha

    ReplyDelete