Segmen : Kenali loghat orang Malaysia

Segmen : Kenali loghat orang Malaysia
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Ya Allah, mula-mula cek nak join nanti, tapi hati tak mau besabaq langsung pasai duk berkobaq nak tanda jawapan hat betoi. Konon la betoi padahai cek pun lama tak cakap Kedah, semua jangkit Keyyel dengan anak menakan hat mai dari kulompo tu.

Sorry naa kalau entry ni cek tuleh kedah, pasai tema pun kedah. Jangan Umi hat anjurkan segmen tak faham sudah, naya cek, kekeke. 

_______________________________________________________________________

Sila jawab semua soalan. Pilih jawapan yang paling sesuai untuk soalan-soalan di bawah.

1.  Tulong dengaq habih-habih na……toksah dok tebiang satni hang muleh kot
Ayat di atas kedengaran dalam satu perbualan Antara dua sahabat. Dalam konteks ini ayat tersebut merupakan

B)     Amaran
'Satni hang muleh kot' bermaksud 'Jap gi kot awak kena!'
________

2.   Awat la yang hangpa dok tahana kat menatang depa bukan gheti apa……
“Tahana” dalam ayat di atas boleh digantikan dengan perkataan

B)     Mendera
Tahana tu macam sesuatu yang kejam dan tak baik. 
 _________

3. Susunkan perkataan-perkataan di bawah mengikut turutan yang paling dekat hingga paling jauh

I   Tengalong
II  Balin
III Punggai
IV Hawin
V  Tauk

B)      V, III, IV, II, I
Contoh ayat - "Tauk ikan kat kucing sat dia lapaq tu"."Punggai batu kena kepala dia.". "Dia hawin beg tu terpelanting jatuh bawah."."Balin jauh jauh sikit.". "Tengalong tak tau guna dalam perbualan,selalu guna masa marah ja,kekeke"
 ________

4.   “Mangkaq, Menghelorp, Kelolo, Loklaq”
Perkataan manakah yang tak sepatutnya berada dalam kumpulan di atas

B)     Menghelop
Tak pasti makna menghelop ni tapi mangkaq, kelolo, loklaq boleh dikategorikan untuk orang cuai ataupun buat kerja comot, hehehe.
 ________

5.   Perbuatan-perbuatan di bawah adalah reaksi manusia semasa ditimpa musibah

I   Kelupoq
II  Teghiak
III Meghaung
IV Keghyau

Susunkan mengikut turutan dari kurang ke paling serius

C)     II, IV, III, I
Hahahaha, ni lawak. Tapi kalau teghiak tu keluaq ayaq mata saja, kalau keghyau tu sekali suara, kalau meghaung tu meratap pilu la, dan kelupoq tu tahap tolong azan kat telinga dia la tu. Hahaha.
_________

6.    Awang Bokceh terghjun keleborg habih selut belutin
Ayat di atas menceritakan perihal Awang Bokceh yang bermain

C)     Dalam Lumpur
Selut = Lumpur , get it? Senang kan, cewah cakap besaq.
 _________

7.   Menaboq, meghedih, menanam, menyulam, mengerat, memukoi, mengughoi

Perakataan-perkataan  di atas adalah proses

B)     Semaian padi hingga menuai
Aci dak jawab padi sebab negeri kedah? Hahaha dak la, sebenarnya memang orang menuai padi ada adegan memukoi tu, jadi cek confirm jawapannya adalah B.
 _________

8.   Pak Arq la ni sesak tak sangga sekepiang ghabit pun haram aih

“Sekepiang ghabit” dalam ayat di atas merujuk kepada

C)     Duit
Maksudnya Pak Aq tu tengah sesak, satu sen pun 'haram' = takdak. Haram ni kalau kedah ada 3 maksud, satu haram (jangan buat!), satu haram (terlalu) contoh ayat, haram tak sedap. lagi satu haram ( langsung tak/takdak). 
 __________

9.    “Ghumbu, Ghempang  dan Isein” adalah ukuran untuk

C)     Kegilaan
Cek tak tau nak explain tapi mama Cek  suka guna Ghempang bila bagi nasihat, contohnya, "Pi ghumah orang buat perangai elok2 toksah duk ghempang sangat." ... Gila isein pun familiar, ghumbu tu pula macam huru hara la. 
 _________

10.   “Daih, Pelekorh, Highik, Ghenyak” adalah perbuatan untuk

C)     Mengalahkan lawan
Ni semua perlakuan orang tengah bergaduh. Contohnya 'ghenyak - menghenyak', eh ke takdak dalam kamus baku, kahkahkah. 
 _______

11.   Mokalo hat pri depa celapak meneghu

“Celapak meneghu” dalam ayat di atas boleh digantikan dengan

A)     Timpa kelam
Tak tau nak explain, so cek translate ja ok. "Ni kalau yang free, mereka terus serbu" , jadi terus serbu adalah paling sesuai dengan timpa kelam.
 __________

12.   “Kebah” ataupun “Melanuih” adalah perkataan-perktaan yang merujuk kepada

B)     Tahap kesihatan seseorang
Lagi demam tak kebah (surut), dia duk melanuih (macam mengeluh) tu la atas katil.
 _________

13.   Hang kena ……..… , pi la sua …………..baghu depa uloq mai
Perkataan-perkataan yang sesuai dalam ayat di atas adalah

C)     hemoi, domoi
Ni macam kita nak keluaq simpang. Kita kena hemoi maksudnya pi ke depan sikit, pastu sua domoi maksudnya hulurkan muncung kereta sikit. Macam tu la analogi yg boleh cek fikir,heheh.
 ________

14.   “Daje, pelaq, pulaih hawaq” adalah perkataan-perkataan yang digunakan sebagai

C)     Makian
Tak pernah guna, tapi Rita Rudaini suka sebut Daje kan, hahaha.
 ___________

15.   “Tobat dan panah lintaq” adalah perkataan-perka
taan yang sering digunakan semasa

A)     Bersumpah
"Tobat aih cek tak suka kat dia..." Tu bukan bertaubat dosa, tu punya nak sumpah habaq yang kita tak suka kat seseorang tu. Kekeke.
 _________

16.  “Teghebei, Cakplong, Jengkek dan Toi” adalah jenis-jenis

D)     Permainan kanak-kanak
Teghebei = lastik so itulah satu-satunya yang cek tahu, kahkahkah.
 ________

17.   “Kambe, galang geta, tibaq layaq, patoq” merupakan bahagian-bahagian pada

D)     Rumah
Ini adalah proses cek menembak jawapan, ahahahaha, serius tak pernah dengaq semua benda tu, so cek assume galang tu galang rumah la. Okbai.
 _______

18.   “Seghork, Gedeho’q, Mentara, Stimet, Ketoq” adalah istilah-istilah yang digunakan semasa

B)     Membuat kenduri
Mentara tu adalah rewang untuk kenduri. Yang lain cek tak tau, hahaha.
 __________

19.   Lengkapkan ayat di bawah.

Takpa, takpa, satgi habih temakau tinggai……..

C)     Celepa
Ini pun hasil menembak setelah cek mengenal pasti tiada jawapan sesuai yang lain. Hahaha.

____________________________________________________________________________

Tamat sudah peperiksaan kali ini, hahaha, semoga cek tidak delusi dengan beghadon penerangan yang cek bagi padahal jawapan salah. kekekeke.

MARKAH : ____/ 19

Follow
Previous
Next Post »

42 Comments

Click here for Comments
3/08/2017 7:23 AM ×

waaa, menarik jugak tahu sikit2 bahasa Utara. Nadia kampung nenek dkt penang sebab ayah asal penang tapi tahu loghat utara yang basic je Nadia hihi

Reply
avatar
3/08/2017 7:30 AM ×

macam jawab exam jee.. hehehe..nak join gak laa..:)
btw goodluck..

Reply
avatar
Ana Fatihah
admin
3/08/2017 7:44 AM ×

Banyaknyaaa vocab2 yg tak pernah dengarpun. Haha
Mantap loghat Kedahhh. Tudiaaa bak hang~ Takde modal lain dah, yang ni ja mampu. :P

Reply
avatar
Ana Suhana
admin
3/08/2017 8:05 AM ×

Awat terbelit lidah ceq ni. ��

Kak ana awal2 fail untuk kuiz ni. Sepatah haram tak faham ��

Reply
avatar
3/08/2017 8:27 AM ×

macam syok je ni..nak try jugak la

-Kisahsidairy-

Reply
avatar
3/08/2017 8:57 AM ×

Indahnya loghat negeri masing-masing.. susah jugak nak faham jika kita bukan anak negeri utara.. hihi

Reply
avatar
3/08/2017 8:57 AM ×

Anyway best of luck, Cik Mai..

Reply
avatar
3/08/2017 9:55 AM ×

Hat ni macam dah pernah jawab dengan Mama kat Facebook! My mom orang Kedah, so macam kite boleh laa cakap Kedah jugak sikit-sikit. Tapi bila jawab ni sumpah susah! Hehehe... Setiap pilihan jawapan perlukan penerangan terperinci siap demo lagi. Kihkihkih. Go go, hijau kuning! Tetibe. 😂😂😂

Reply
avatar
3/08/2017 10:34 AM ×

wahhh...nak belajar ni bahasa orang kedah..hehe..

Reply
avatar
Noor Azlan
admin
3/08/2017 11:24 AM ×

Saya fail bab ni... gagal... :-(

Reply
avatar
3/08/2017 12:01 PM ×

Hahaha elsa baca sambil pronounce hakhak. Best cakap utara nie tau!

Reply
avatar
3/08/2017 12:28 PM ×

Kalau loghat kedah boleh faham lagi..

Reply
avatar
Unni Anje
admin
3/08/2017 12:48 PM ×

hnya mampu berhuhuhuhuhuhuhu.... dpt dua tiga ayat mcmni time kat penang.. terpinga2 nk faham. Unni bahasa utara memang fail!!

Reply
avatar
Nour Adieb
admin
3/08/2017 2:38 PM ×

sy 4 tahun duk kedah tau sikit2 ja ckp kedah. tu pun pkataan yg org selalu sebut 😂

Reply
avatar
Siqah Hussin
admin
3/08/2017 6:57 PM ×

Oii pening. Haha.

Bab taubat tu sungguhlah. Haha. Bersumpah haaa :D

Reply
avatar
3/09/2017 9:14 AM ×

Best of luck, Cik Mai... Akak mmg surrender nak hadam dan faham betul2 dialek org utara nie... hihi

Reply
avatar
Seorang Syed
admin
3/09/2017 12:44 PM ×

Suka dengar orang cakap loghat kedah! sebab loghat kedah best bagi saya. Walaupun kadang2 kedengaran agak kasar tapi okay ja once dah biasa kan. hahaha tolong ajar syed cakap kedah!!

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/09/2017 11:42 PM ×

Ooo ada darah utagha juga ni.. Mai pun tahu basic juga, kalau cakap dgn area baling semua tu tak paham dah. hahaha, depa punya kedah pekat, likat.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/09/2017 11:42 PM ×

Marilerr join Hazrina, haha.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/09/2017 11:43 PM ×

haha ada juga yang terpaksa tanya mama. Tak mantap sgt pun,tercampoq dah sebab lama duduk asrama & negeri orang. Hahaha.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/09/2017 11:44 PM ×

Hahaha, orang luaq mmg susah nak faham sikit kak Ana. Kalau dengar maybe boleh paham sikit2, ni baca tu nampak payah sangat tu.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/09/2017 11:46 PM ×

Memang susah nak faham Kak Shikin, hehehe. Tapi itulah, kalau duduk serumah dgn orang negeri luar boleh jangkit juga, hahaha.

Thanks akak.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/10/2017 12:01 AM ×

Memang susah ni, mai pun bedal je kat atas tu, hahahahaha.

Go go jelapang padi.hahah.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/10/2017 12:02 AM ×

Mai mai belajaq sama-sama, hihi.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/10/2017 12:03 AM ×

Biasalah Azlan, kalau bagi loghat negeri orang pun mai akan fail, hahaha.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/10/2017 12:04 AM ×

Hahahaha kalau orang luaq pronounce jadi macam siam da...macam tu la abg ipaq mai dulu, punya nak join kedah, dh macam org thailand ckp,haha

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/10/2017 12:05 AM ×

Ya betul, dalam banyak2 loghat negeri, kedah paling cepat org tangkap kan...

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/10/2017 12:06 AM ×

Hahaha bahasa negeri org normallah tu Unni tak paham.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/10/2017 12:08 AM ×

Hehehe okay la tu dpt juga basic :P

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/10/2017 12:17 AM ×

Hahahaha jangan pening2 kak Siqah, ni baru sikit,haha.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/10/2017 12:24 AM ×

Hehehe akak asal dari Mana?

Terima kasih ya..

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/10/2017 12:25 AM ×

Hehehe betoi ka best? Memang setengah orang anggap kasaq tapi nak buat lagumana kan, dah macam ni pon pronouncenya, anggaplah kasaq kasaq manja.

Hahahaha kena buat kelas ka ni?

Reply
avatar
3/10/2017 12:36 AM ×

hahahahaa. lawak gila mai kalau kita cakap kedah. busyra hat org kedah pun tergeliat nak eja. kalau ckp tak pa. hehe.. tapi bets la segmen ni. haha.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/10/2017 1:24 AM ×

hahaha tu la sakgi readers semua nganga ja tak paham, hahaha. best, join la busyra baru semangat jelapang padi, menang tak menang belakang kira,hahah.

Reply
avatar
3/10/2017 3:37 AM ×

Ira suka baca dan dengar loghat kedah atau penang macam comel gitu. Sampai konon berangan nak cari calon pun belah belah sana hahahahah aptb

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/10/2017 3:54 AM ×

Hehehe mai perasanlah, laki kedah ni tak sweet or romantik tau, kena siap sedia la. hahaha, dia panggil sayang pun nak tambah oi kat belakang, tapi depa semua baik hati, pemalu dan macho, cewahhhh.

Eh laki kedah tlg belanja makan aku dah up hangpa kat sini, muahahaha

Reply
avatar
3/12/2017 4:13 PM ×

Saya dulu pernah duk utara juga dan bahasa utara mmg best. hihi. makanan dia pun sedap2x. :D

Reply
avatar
3/17/2017 2:33 PM ×

aduss..awat Ummi tak perasan entry ni...huhu. thanks Mai sebab menjawabnya..hehe tunggu result naaa

Reply
avatar
3/17/2017 2:39 PM ×

hahaha..part "tapi depa semua baik hati, pemalu dan macho" haha mmg gelak sakan la Dhubby Ummi nu kalau dengaq hahaaha

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/18/2017 2:42 AM ×

Hihihi mai orang kedua tuuu jawab, hihihi nasib baik umi perasan juga last-last.fuhh lega..

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
3/18/2017 2:44 AM ×

Apa kata umi tolong verified, betul tak statement tu umi? hihihi :P

Reply
avatar