Segmen : Kenali loghat orang Malaysia

Segmen : Kenali loghat orang Malaysia
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Ya Allah, mula-mula cek nak join nanti, tapi hati tak mau besabaq langsung pasai duk berkobaq nak tanda jawapan hat betoi. Konon la betoi padahai cek pun lama tak cakap Kedah, semua jangkit Keyyel dengan anak menakan hat mai dari kulompo tu.

Sorry naa kalau entry ni cek tuleh kedah, pasai tema pun kedah. Jangan Umi hat anjurkan segmen tak faham sudah, naya cek, kekeke. 

_______________________________________________________________________

Sila jawab semua soalan. Pilih jawapan yang paling sesuai untuk soalan-soalan di bawah.

1.  Tulong dengaq habih-habih na……toksah dok tebiang satni hang muleh kot
Ayat di atas kedengaran dalam satu perbualan Antara dua sahabat. Dalam konteks ini ayat tersebut merupakan

B)     Amaran
'Satni hang muleh kot' bermaksud 'Jap gi kot awak kena!'
________

2.   Awat la yang hangpa dok tahana kat menatang depa bukan gheti apa……
“Tahana” dalam ayat di atas boleh digantikan dengan perkataan

B)     Mendera
Tahana tu macam sesuatu yang kejam dan tak baik. 
 _________

3. Susunkan perkataan-perkataan di bawah mengikut turutan yang paling dekat hingga paling jauh

I   Tengalong
II  Balin
III Punggai
IV Hawin
V  Tauk

B)      V, III, IV, II, I
Contoh ayat - "Tauk ikan kat kucing sat dia lapaq tu"."Punggai batu kena kepala dia.". "Dia hawin beg tu terpelanting jatuh bawah."."Balin jauh jauh sikit.". "Tengalong tak tau guna dalam perbualan,selalu guna masa marah ja,kekeke"
 ________

4.   “Mangkaq, Menghelorp, Kelolo, Loklaq”
Perkataan manakah yang tak sepatutnya berada dalam kumpulan di atas

B)     Menghelop
Tak pasti makna menghelop ni tapi mangkaq, kelolo, loklaq boleh dikategorikan untuk orang cuai ataupun buat kerja comot, hehehe.
 ________

5.   Perbuatan-perbuatan di bawah adalah reaksi manusia semasa ditimpa musibah

I   Kelupoq
II  Teghiak
III Meghaung
IV Keghyau

Susunkan mengikut turutan dari kurang ke paling serius

C)     II, IV, III, I
Hahahaha, ni lawak. Tapi kalau teghiak tu keluaq ayaq mata saja, kalau keghyau tu sekali suara, kalau meghaung tu meratap pilu la, dan kelupoq tu tahap tolong azan kat telinga dia la tu. Hahaha.
_________

6.    Awang Bokceh terghjun keleborg habih selut belutin
Ayat di atas menceritakan perihal Awang Bokceh yang bermain

C)     Dalam Lumpur
Selut = Lumpur , get it? Senang kan, cewah cakap besaq.
 _________

7.   Menaboq, meghedih, menanam, menyulam, mengerat, memukoi, mengughoi

Perakataan-perkataan  di atas adalah proses

B)     Semaian padi hingga menuai
Aci dak jawab padi sebab negeri kedah? Hahaha dak la, sebenarnya memang orang menuai padi ada adegan memukoi tu, jadi cek confirm jawapannya adalah B.
 _________

8.   Pak Arq la ni sesak tak sangga sekepiang ghabit pun haram aih

“Sekepiang ghabit” dalam ayat di atas merujuk kepada

C)     Duit
Maksudnya Pak Aq tu tengah sesak, satu sen pun 'haram' = takdak. Haram ni kalau kedah ada 3 maksud, satu haram (jangan buat!), satu haram (terlalu) contoh ayat, haram tak sedap. lagi satu haram ( langsung tak/takdak). 
 __________

9.    “Ghumbu, Ghempang  dan Isein” adalah ukuran untuk

C)     Kegilaan
Cek tak tau nak explain tapi mama Cek  suka guna Ghempang bila bagi nasihat, contohnya, "Pi ghumah orang buat perangai elok2 toksah duk ghempang sangat." ... Gila isein pun familiar, ghumbu tu pula macam huru hara la. 
 _________

10.   “Daih, Pelekorh, Highik, Ghenyak” adalah perbuatan untuk

C)     Mengalahkan lawan
Ni semua perlakuan orang tengah bergaduh. Contohnya 'ghenyak - menghenyak', eh ke takdak dalam kamus baku, kahkahkah. 
 _______

11.   Mokalo hat pri depa celapak meneghu

“Celapak meneghu” dalam ayat di atas boleh digantikan dengan

A)     Timpa kelam
Tak tau nak explain, so cek translate ja ok. "Ni kalau yang free, mereka terus serbu" , jadi terus serbu adalah paling sesuai dengan timpa kelam.
 __________

12.   “Kebah” ataupun “Melanuih” adalah perkataan-perktaan yang merujuk kepada

B)     Tahap kesihatan seseorang
Lagi demam tak kebah (surut), dia duk melanuih (macam mengeluh) tu la atas katil.
 _________

13.   Hang kena ……..… , pi la sua …………..baghu depa uloq mai
Perkataan-perkataan yang sesuai dalam ayat di atas adalah

C)     hemoi, domoi
Ni macam kita nak keluaq simpang. Kita kena hemoi maksudnya pi ke depan sikit, pastu sua domoi maksudnya hulurkan muncung kereta sikit. Macam tu la analogi yg boleh cek fikir,heheh.
 ________

14.   “Daje, pelaq, pulaih hawaq” adalah perkataan-perkataan yang digunakan sebagai

C)     Makian
Tak pernah guna, tapi Rita Rudaini suka sebut Daje kan, hahaha.
 ___________

15.   “Tobat dan panah lintaq” adalah perkataan-perka
taan yang sering digunakan semasa

A)     Bersumpah
"Tobat aih cek tak suka kat dia..." Tu bukan bertaubat dosa, tu punya nak sumpah habaq yang kita tak suka kat seseorang tu. Kekeke.
 _________

16.  “Teghebei, Cakplong, Jengkek dan Toi” adalah jenis-jenis

D)     Permainan kanak-kanak
Teghebei = lastik so itulah satu-satunya yang cek tahu, kahkahkah.
 ________

17.   “Kambe, galang geta, tibaq layaq, patoq” merupakan bahagian-bahagian pada

D)     Rumah
Ini adalah proses cek menembak jawapan, ahahahaha, serius tak pernah dengaq semua benda tu, so cek assume galang tu galang rumah la. Okbai.
 _______

18.   “Seghork, Gedeho’q, Mentara, Stimet, Ketoq” adalah istilah-istilah yang digunakan semasa

B)     Membuat kenduri
Mentara tu adalah rewang untuk kenduri. Yang lain cek tak tau, hahaha.
 __________

19.   Lengkapkan ayat di bawah.

Takpa, takpa, satgi habih temakau tinggai……..

C)     Celepa
Ini pun hasil menembak setelah cek mengenal pasti tiada jawapan sesuai yang lain. Hahaha.

____________________________________________________________________________

Tamat sudah peperiksaan kali ini, hahaha, semoga cek tidak delusi dengan beghadon penerangan yang cek bagi padahal jawapan salah. kekekeke.

MARKAH : ____/ 19

Follow

Post a Comment

42 Comments

  1. waaa, menarik jugak tahu sikit2 bahasa Utara. Nadia kampung nenek dkt penang sebab ayah asal penang tapi tahu loghat utara yang basic je Nadia hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ada darah utagha juga ni.. Mai pun tahu basic juga, kalau cakap dgn area baling semua tu tak paham dah. hahaha, depa punya kedah pekat, likat.

      Delete
  2. macam jawab exam jee.. hehehe..nak join gak laa..:)
    btw goodluck..

    ReplyDelete
  3. Banyaknyaaa vocab2 yg tak pernah dengarpun. Haha
    Mantap loghat Kedahhh. Tudiaaa bak hang~ Takde modal lain dah, yang ni ja mampu. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ada juga yang terpaksa tanya mama. Tak mantap sgt pun,tercampoq dah sebab lama duduk asrama & negeri orang. Hahaha.

      Delete
  4. Awat terbelit lidah ceq ni. ��

    Kak ana awal2 fail untuk kuiz ni. Sepatah haram tak faham ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, orang luaq mmg susah nak faham sikit kak Ana. Kalau dengar maybe boleh paham sikit2, ni baca tu nampak payah sangat tu.

      Delete
  5. Indahnya loghat negeri masing-masing.. susah jugak nak faham jika kita bukan anak negeri utara.. hihi

    ReplyDelete
  6. Anyway best of luck, Cik Mai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang susah nak faham Kak Shikin, hehehe. Tapi itulah, kalau duduk serumah dgn orang negeri luar boleh jangkit juga, hahaha.

      Thanks akak.

      Delete
  7. Hat ni macam dah pernah jawab dengan Mama kat Facebook! My mom orang Kedah, so macam kite boleh laa cakap Kedah jugak sikit-sikit. Tapi bila jawab ni sumpah susah! Hehehe... Setiap pilihan jawapan perlukan penerangan terperinci siap demo lagi. Kihkihkih. Go go, hijau kuning! Tetibe. 😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang susah ni, mai pun bedal je kat atas tu, hahahahaha.

      Go go jelapang padi.hahah.

      Delete
  8. wahhh...nak belajar ni bahasa orang kedah..hehe..

    ReplyDelete
  9. Saya fail bab ni... gagal... :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah Azlan, kalau bagi loghat negeri orang pun mai akan fail, hahaha.

      Delete
  10. Hahaha elsa baca sambil pronounce hakhak. Best cakap utara nie tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kalau orang luaq pronounce jadi macam siam da...macam tu la abg ipaq mai dulu, punya nak join kedah, dh macam org thailand ckp,haha

      Delete
  11. Kalau loghat kedah boleh faham lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, dalam banyak2 loghat negeri, kedah paling cepat org tangkap kan...

      Delete
  12. hnya mampu berhuhuhuhuhuhuhu.... dpt dua tiga ayat mcmni time kat penang.. terpinga2 nk faham. Unni bahasa utara memang fail!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha bahasa negeri org normallah tu Unni tak paham.

      Delete
  13. sy 4 tahun duk kedah tau sikit2 ja ckp kedah. tu pun pkataan yg org selalu sebut 😂

    ReplyDelete
  14. Oii pening. Haha.

    Bab taubat tu sungguhlah. Haha. Bersumpah haaa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha jangan pening2 kak Siqah, ni baru sikit,haha.

      Delete
  15. Best of luck, Cik Mai... Akak mmg surrender nak hadam dan faham betul2 dialek org utara nie... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe akak asal dari Mana?

      Terima kasih ya..

      Delete
  16. Suka dengar orang cakap loghat kedah! sebab loghat kedah best bagi saya. Walaupun kadang2 kedengaran agak kasar tapi okay ja once dah biasa kan. hahaha tolong ajar syed cakap kedah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe betoi ka best? Memang setengah orang anggap kasaq tapi nak buat lagumana kan, dah macam ni pon pronouncenya, anggaplah kasaq kasaq manja.

      Hahahaha kena buat kelas ka ni?

      Delete
  17. hahahahaa. lawak gila mai kalau kita cakap kedah. busyra hat org kedah pun tergeliat nak eja. kalau ckp tak pa. hehe.. tapi bets la segmen ni. haha.

    ReplyDelete
  18. hahaha tu la sakgi readers semua nganga ja tak paham, hahaha. best, join la busyra baru semangat jelapang padi, menang tak menang belakang kira,hahah.

    ReplyDelete
  19. Ira suka baca dan dengar loghat kedah atau penang macam comel gitu. Sampai konon berangan nak cari calon pun belah belah sana hahahahah aptb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe mai perasanlah, laki kedah ni tak sweet or romantik tau, kena siap sedia la. hahaha, dia panggil sayang pun nak tambah oi kat belakang, tapi depa semua baik hati, pemalu dan macho, cewahhhh.

      Eh laki kedah tlg belanja makan aku dah up hangpa kat sini, muahahaha

      Delete
  20. Saya dulu pernah duk utara juga dan bahasa utara mmg best. hihi. makanan dia pun sedap2x. :D

    ReplyDelete
  21. aduss..awat Ummi tak perasan entry ni...huhu. thanks Mai sebab menjawabnya..hehe tunggu result naaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi mai orang kedua tuuu jawab, hihihi nasib baik umi perasan juga last-last.fuhh lega..

      Delete
  22. hahaha..part "tapi depa semua baik hati, pemalu dan macho" haha mmg gelak sakan la Dhubby Ummi nu kalau dengaq hahaaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kata umi tolong verified, betul tak statement tu umi? hihihi :P

      Delete