Restoran Arab A'arabic Station & Kopicup Machang Bubok Best.

Nasi Arab A'arabic Station & Kopicup
SUMBER : FB A'ARABIC STATION & KOPICUP

Hello semua!

Tak sabar nak share pasal NASI ARAB MURAH  dekat Machang Bubok (Bukit Mertajam), ala kalau duduk Kulim dekat sangatlah nak pegi kan. Selama ni aku tak pernah tahu pun ada restoran yang awesome macam tu dekat town Machang Bubok  tu walaupun selalu lalu nak pergi Aeon atau stesyen KTM kan.

KENAPA A'ARABIC STATION & KOPICUP BEST?


Harga Murah & Mampu dibeli Masa Pokai

Menu Nasi Arab

Harga nasi Arab & makanan disitu adalah standard harga kedai nasi Arab lain juga. Hmmm, kalau macam tu apa yang specialnya.

Jeng jeng jeng.

Specialnya kat situ adalah promosi harga NASI ARAB BUJANG dengan harga serendah RM6.90, haaa yang tu mana nak dapat wehhh, kat A'arabic Station & Kopicup je ok. Kalau tengah pokai tapi mengidam nasi Arab pun dah takda hal dah sekarang.

Makanan Cukup untuk Saka & Support Orang Diet

A'arabic Station & Kopicup memang tercipta untuk korang yang kalau jumpa makanan dah terus tak hengat dunia dan selalu rasa tak cukup dengan portion makanan restoran. Sebabnya kat sini portionnya agak besar.


Untuk orang diet jangan risau sebab restoran ni support azam korang mencapai #bodygoals tu. Tipsnya korang tak payahlah order makanan Arab dan makanan western yang berat tu,tapi korang boleh makan satay, goreng-goreng, of course paling best tu adalah KEROPOK LEKOR APIT. Nomnomnomnom.

⋆⋆⋆⋆⋆ Satay ayam & daging!⋆⋆⋆⋆⋆ 

⋆⋆⋆⋆⋆ Masakan panas⋆⋆⋆⋆⋆ 
⋆⋆⋆⋆⋆KEROPOK LEKOR APIT ⋆⋆⋆⋆⋆ 


Keropok lekor Apit ni kalau korang pergi, wajib beli tauuuuuu! Keropok lekor yang dibuat dengan penuh kasih sayang ni sedap dan kalau makan dia saja pun dah kenyang. Tapi untuk perut saka macam aku, mestilah sebagai pencuci mulut, kekekekeke.

Harga keropok lekor ni pun murah tergedik-gedik bak kata orang Kedah, hahaha. RM3.90 sepinggan. Jangan lupa cakap kod rahsia 'SAYA KAWAN MEZAN'  untuk request secret sos dekat Apit. Hahaha. 



Pekerja yang Sempoi dan Comel 

Aku bukanlah sejenis fussy customer, tapi kalau pelayan muka ketat aku pun takda selera nak teruskan makan kat situ. Jangan risau! Kat A'arabic Station & Kopikup ni tak ada seorang pun pelayan muka ketat, semua comey lotey belako.

Senyuman manis, layanan baik, makanan sedap, memang tip top lah ceritanya kan. Siap offer lagi tau ambilkan gambar kami bertiga, kehkehkeh.

Yana, Aku & Sepupu kami (Apit the Tokey Kopok Lekor!)

Mesra Instagram #ootd , #fotd, #selfie
Masuk kedai ni, setiap ceruk korang boleh ambil gambar nak post kat Insta sebab design yang agak hipsturrrr gituh. Hahahaha. Dari luar sampai ke dalam, dari reka bentuk kedai sampailah persembahan makanan. 

Port luar kalau nak lepak-lepak ambik angin malam



Masa aku pegi dekat setiap meja dah ada gantung quotes cantik :)

#FoodofTheDay Aku & Yana

Kitorang kongsi berdua ni, diet, kekekeke, pergi pun pukul 10 malam dah :P

Wajib la wehhhh makan Keropok Lekor Apit ni, Yummy!
#OOTD Kami

Tettttt, tadak #ootd, kami pakai t-shirt tidur je pergi situ. Aku lagi ler, sarung kardigan kat baju tidur je. Muahahahaha.

#Selfie Wajib



-------PERSONAL REVIEW-------

  • Design kedai memang daebak untuk kami penggila selfie dan ambil gambar makanan ni, muahahahaha.
  • Makanan sangat sedap, meatball tu tak main tipu tepung lebih ok, rasanya memang juicy habis.
  • Staff mesra.
  • Banyak pilihan makanan.
Serius akan repeat lagi!

Detail lanjut :

⌂    Machang Bubok Town (bangunan kat belah kiri dari Kulim, belah kanan dari Bukit Mertajam)
๐Ÿ•ฟ  0188704495 (reservation/delivery)
๐Ÿ•  Buka dari 12:00PM - 12:00AM (kedai nasi Arab), Petang - 04:00AM (gerai luar - Keropok Lekor, Satay, Burger, Shisha)





Follow

Akhirnya Blog Mayy Jie Lulus Juga Adsense

Lulus Adsense

Alhamdulillah.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tapi Google Adsense yang aku apply dengan emel blog aku masih tidak diterima. Jangan kata nak dapat email, saringan pertama pun tak lepas tau.

Berbulan-bulan aku tunggu untuk letak iklan dalam blog. Tapi dia cakap permohonan aku masih dalam review mereka, so aku hanya perlu tunggu saja. Tunggu apanya, kucing pun bertanduk dah berbulan lebih tapi tak ada berita baik langsung untuk aku.

Setiap kali aku klik 'Ads' dalam dashboard blog, terpapar ayat cakap blog aku tengah direview. Even nak letak iklan kosong pun jadi error. Pelik kan? Kalau nak tolak, kenapa tak ada email pun cakap apa salah aku.

Setiap kali orang post tentang Adsense mereka diterima, aku cuma mampu menumpang gembira jelah. Padahal sedih juga fikirkan apalah salah blog aku ni, asyik mengurat tapi Adsense jeling pun tak sudi.

Sampailah 11 April lalu, bila Blog Syed lulus Google Adsense, aku makin hairan la blog baru pun dah diterima, nampak sangat blog aku ni level bawahan je ahahaha (emo). Tapi bila Syed suruh aku apply dengan emel lain, aku baru terfikir, apesal la selama ni aku tak try. Hahaha. 

Aku balik blog aku, aku repair mana yang tak cukup berdasarkan tips  dari mereka-mereka yang dapat peringatan melalui emel. Maklumlah aku mana pernah dapat emel langsung dari Google Adsense ni, macam halimunan gituuu.

Apa Yang Aku Buat Sebagai Persediaan Nak Apply Google Adsense?

Sebelum aku apply untuk kali kedua, aku cuba untuk kurangkan segala risiko untuk direject oleh google Adsense. Jadi aku pastikan www.missobsesi.blogspot.my telah :

  1. Terbitkan entry original - Yang ni of course lah, takkan blog personal pun nak plagiat hasil orang lain kan. Hahaha. Say no to piracy!
  2. Elakkan tulis entry pendek - Walapun au rasa entry-entry aku tak adalah panjang mana pun, tapi aku sebolehnya elakkan tulis entry sekadar sepatah ayat macam tu. Sebab orang kata Google Adsense tak suka, hihihi. 
  3. Letak About Me, Sitemap, Disclaimer - About me  & sitemap tu memang dah lama bertapak dalam blog aku. Tapi disclaimer tu aku baru je buat sebelum apply adsense kali kedua ni. Kebanyakan blog yang lulus adsense pun recommend untuk letak 3 perkara penting ni dalam blog untuk lulus Adsense.
Kemudian bila aku rasa confident, aku pun invite emel baru aku untuk jadi admin baru blog ini. Kemudian dengan emel tersebut, aku sekali lagi memohon Adsense.

AND THEN MAGIC HAPPENED!


Keesokan harinya bila aku buka 'Ads' kat dashboard, tak ada dah ayat yang mengatakan blog aku tengah kena review lagi. 

Sehari je weh?!

Dalam masa sehari je aku dah boleh letak gadget iklan dalam blog aku. Ya Allah selama ni aku tunggu berbulan tu buat apa, hahahaha.

Masa letak gadget iklan tu, memang akan kosong sementara mereka nak review kali kedua pulak kan. Dupdapdupdap pula hati ni masa diorang nak review tu sebab aku still tak dapat sepatah hapah pun emel dari Adsense.

Alhamdulillah tak sampai dua minggu, akhirnya aku dapat emel mengatakan yang aku dah lulus untuk letak iklan Adsense kat blog. Alhamdulillah, untuk yang kali kedua ni semuanya berjalan lancar, dan tak ada apa yang perlu aku repair sebelum diluluskan.

Terima kasih jugak untuk Syed untuk idea mohon dengan emel baru ni. Kalau tidak sampai kesudah dah give-up dengan Google Adsense ni.

Semoga Blog Seorang Syed akan dapat Adsense Full Account dan dapat menabung dengan blog semula, aamiin.

Dan yang mana belum diluluskan or tak pernah apply lagi tu, cubalah sekarang. Hihihi, insyaAllah kalau rezeki tak akan kemana.



Follow

GIVEAWAY BY BCSB : ROAD TO 100K VIEW

GIVEAWAY BY BCSB : ROAD TO 100K VIEW
Klik Untuk Join
Dulu masa giveaway pertama Kak Ana Suhana aku terlepas peluang nak join, jadi untuk giveaway kali kedua ini wajiblah join kan, hihihi.

Tahniah untuk Blog Bajet Ciput Selera Besar yang sudah hampir mencapai 100K pageview. Semoga terus maju jaya dari hari ke hari. 

Syarat-syarat:


1. Wajib follow blog BCSB. 

2. Wajib follow Google Plus. 

3. Follow IG bagi yang ada akaun IG. 

4. Tulis entri bertajuk GIVEAWAY by BCSB : ROAD TO 100K VIEW,  letak banner di atas dan backlink ke entri ni. Tinggalkan URL pada komen di bawah. 

♡♡♡

Ok semua syarat tu dah lama settle, cuma google plus je terlepas pandang sebelum ni, hehehehe. Pengakuan mahal ni, sebenarnya Mai terlalu amat jarang sekali bukak google plus sebab selalu blogwalking dari bloglist dan mereka yang datang comment kat sini je, hehehehe.

Hadiah yang Kak Ana nak kongsi dengan pemenang bertuah nanti sangat best ye. Both best! Kalau baca kisah punca aku tiada gambar konvokesyen degree haritu tahulah yang aku ni tak ada powerbank, kekekeke. 

Roman R539 Bluetooth Headset tu pun awesome. Kalau menang bolehlah guna kalau terdesak nak angkat call masa drive. Eh ye ke kegunaannya macam tu, hahaha tak pernah ada. Lagipun aku jarang pegang phone sambil drive sebab kereta manual. Hahaha tetiba cerita macam confident menang kan. 

Bukan....Aku nak bagitau yang hadiah giveaway Kak Ana kali ni adalah sebuah powerbank dan bluetooth headset, kalau nak tengok rupa kenalah intai kat SINI.

TIPS NAK MENANG?
Pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan bertuah. Kalau kita komen banyak-banyak, setiap 5 komen kita Kak Ana akan tambah satu nama tambahan untuk kita. Jadinyaaaaaa, makin cerah peluang nak menang tu kan.

Apapun....Kalah menang adatlah pertandingan...Jangan fikir sangat, mehlah join ramai-ramai untuk support Kak Ana dan percepatkan misi 100K pageview tu tercapai! Hihihi.

Nak join? Cepat klik banner kat atas tu ok!


Follow

Kucing Kotor ke Mulut Awak yang Kotor?


Sesetengah orang alergik kepada kucing, tapi aku alergik kepada pembenci kucing. Bagi aku manusia selfish macam ni tak layak pun hidup. Dah la menumpang kat bumi Allah, ada hati nak conquer dunia ni macam milik dia seorang. 

Mai Owen
OWEN
Takut kucing, fobia kucing, yang tu aku boleh faham lagi. Sebab aku pun macam tu dulu. Dan aku percaya bukan kita yang minta jadi macam ni. Cuma kalau ada perasaan sayang kepada kucing cepat-cepatlah atasi fobia tu. Kalau sudi, boleh baca pengalaman dan cara aku hilangkan perasaan takut kucing

Tapi manusia yang MEMBENCI kucing ni serius aku tak boleh nak faham dan bertolak ansur dengan orang macam ni. Tambah-tambah yang mencari keseronokan dengan cara menzalimi kucing (dan haiwan-haiwan lain), aku rasa tak ada balasan yang patut diorang dapat selain azab siksa. Iyelah kalau hebat sangat lawan lah dengan manusia yang sama saiz, kenapa nak test power dengan makhluk yang tidak berdaya macam tu.

Teknik Pukauan Kucing
OWEN & IBANG
Tiada paksaan pun kalau tidak sudi mencintai makhluk bernama kucing ini, tetapi cukuplah menjadi manusia yang tidak bersikap kejam dan sanggup menanam perasaan bencikan kucing dalam hati anak-anak kecil.

Ada satu kisah yang membuat aku gelihati. Pada sambutan hari lahir Chacha yang lalu, kami dengan excitednya nak buat makan-makan. Biasalahkan sambutan birthday budak-budak, mestilah panggil budak-budak. 

Kakak Nia ajak seorang kawan dia dekat sekolah untuk datang. Kawan tu duduk setaman tapi tak pernah datang rumah kami pun. Just aku ada la friend dengan emak budak tu dalam facebook dan instagram (yang most of the time aku letak gambar budak-budak bulus tu). 

Tapi diorang tak datang haritu. Kami pun tak kisahlah, maybe ada hal kot kan. Bukannya rapat pun nak kisah-kisah sangat, ramai lagi sepupu sepapat sedarah sedaging kat majlis tu. Ingatkan cerita habis sampai kat sini je.

Tak sedapnya balik dari sekolah, anak buah aku yang innocent ni pun buka cerita.

"(Nama kawan) saya tak datang haritu sebab dia geli ada banyak kucing kat rumah, takut ada taik dengan kencing."

Whatttt!?

Adek pun buat muka pelik
AKU PUN ADA OTAK, TAKKAN KO TAKDE - ADEK


Sumpah aunty menyesal sebab send invitation card bagai kot. Tak sangka itu yang dapat. Apa ke bodohnya taik dengan kencing tiba-tiba nak setompok kat meja makan pulak kan? Tak tau nak cakap apa dah punya hairan lah aku. Aku pun kadang-kadang tak nampak kucing aku punya taik, depa pun pandai berak kambus. Yang anak-anak je pakai pasir beli. Cehhh.

Tak nak datang pun, bagilah alasan elok sikit. Tak payah bagi alasan pun tak kisah haih. Tapi mulut tu elok-elok la sikit. Tak logik la budak tu nak tahu kucing ada kat rumah aku padahal datang pun tak pernah, sah just tengok kat laman sosial dan terus buat assumption. 

Kapas si Jack Sparrow
KAPAS TAK KESAH
Haish rasanya memang perlu make it clear yang kucing-kucing kat rumah ni semua sebahagian dari family, bukannya pets. So kalau tak suka family seseorang, tak payah datang rumah ok.

Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahwa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu.
Pada saat itu, datang seekor kucing yang ingin minum.
Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum.
Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu heran?”
Ia menjawab, “Ya.”
Lalu, Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW prnh bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),”
(HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahwa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.
Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.”
Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana.
Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu.
Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa anaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur.
Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya.
Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut.
Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.
Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing,
(HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Hadis ini diriwayat dari Malik, Ahmad, dan imam hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci.
Sumber : Perantau (2010). Retrieved on April 2017.
http://musafir-perantau.blogspot.my/2010/11/kucing-benarkah-ia-binatang-kesayangan.html

Sekarang nilailah sendiri kucing kotor ke mulut awak yang kotor. :) 

Follow

Lagu Cinta Terbakar dah jadi Rahsia Cinta

Lagu Rahsia Cinta
Masa dulu-dulu, aku suka cari lagu indie/rap dalam youtube dan burn dalam CD. Kebanyakan lagu indie dan ciptaan bebudak youtube ni tak ada rakaman pun, tapi unik dan sedap. Pendek kata, kena dengan jiwa lah.

Kalau sezaman dengan aku mungkin pernah dengar lagu "Budak Zaman Sekarang - 5Forty2" goshhh lagu dorang memang deep-deep belaka. "Minah Tudung" aku siap add penyanyi dia Hafis Ashaari dan friend kat fesbuk sampai sekarang, "Kimia - Melda Ahmad" , "Putus - Melda Ahmad" pun layan ajeee. Masatu even "150 Juta" pun Kokpin nyanyi raw je tapi sedap. Aku tak suka versi baru nyanyian Ainan Tasneem, serius tak masuk suara lembut dengan lagu sempoi gitu. 

Masa tu aku terjumpa dan terjatuh cinta dengan lagu Cinta Terbakar nyanyian Fidz ft. Azhar. Aku tak pernah tengok muka pun, tapi lagu ni memang sedap. Sampai aku burn dalam CD untuk pasang dalam kereta. Masa diploma dulu, hari-hari drive pergi kelas aku layan lagu ni, muahahahaha, lantok ler keta aku kan.



Tadi masa blogwalking tersinggah blog Zafirah Nazri, dan tengok Zaf ada post lirik lagu Rahsia Cinta ni. Bila play je video tu, terkejut lerr mak nok, tengok lagi fav ada versi baru. Hahahaha.

Jom dengarkan versi baru pula..


Bagi aku dua-dua versi best sangat!!! Hihihi cuma part rap tu aku prefer yang versi lama kot, hehehe. Cinta memang rahsia yang terdalam kan ๐Ÿ˜‰.


Follow

Kenapa Blog Redirect Busuk.Org ?


Kalau tiba-tiba buka blog kita lepastu redirect ke web lain, memang gelabah lah kan. Sekarang ni dah ramai blogger menjadi mangsa BUSUK.ORG, tadi masa blogwalking ke blog ini (http://ash-tsukidate.blogspot.com/), aku hanya sempat membaca tajuk entrynya "Tekan Link Blog, Pergi ke Link lain ? Mengapa ?"  tiba-tiba sekelip mata aku diredirectkan ke satu web berwarna purple bertajuk BUSUK.ORG.

Aduhhh, tak sempat nak baca entry. Bahaya betul. So aku buka balik blog dia pastu scroll ke bawah untuk cari cara hubungi dia. Yes! Nampak emailnya dibahagian Author sidebar. Tak sempat copy, sekali lagi diredirectkan ke BUSUK.ORG. Adehhh. Kali ke berapa entah aku berperang dengan masa untuk copy email dia, akhirnya dapat juga. Aku dah emailkan cara buang BUSUK.ORG tu dari blog.

Mujurlah aku dah tahu apa puncanya jadi macam ni sebab dah pernah handle masa blog Yana Jie baru nak comeback haritu, maklumlah bertahun terbengkalai, dia masih pakai gadget ketinggalan zaman, jadi blog dia pun haritu redirect ke BUSUK.ORG ni juga.


Punca Redirect Blog jadi Page Busuk.Org?


Puncanya? Gadget SHOUTBOX BUSUK.ORG yang korang letak dalam blog tu la. Gadget tu dah expired, malangnya, sekali dengan blog kita menjadi mangsa redirect page BUSUK.ORG tersebut. 

Cara Nak Buang Redirect Busuk.Org Tu?

Masuk ke dashboard blog, pilih layout. Cari code shoutbox BUSUK.ORG tu dan terus padam. Save. Dan viewlah blog korang dengan hati gumbira sebab masalah insyaAllah sudah settle.

Janganlah sedih sebab ada alternative lain untuk pasang chatbox kat blog korang, boleh baca kat Tutorial Pasang Cbox Comel yang aku pernah share dulu.

Kalau korang tak pasang shout box busuk tapi jadi masalah macam ni, maybe korang ada pasang code AUTOPING BUSUK.ORG juga. Cubalah cari dah hapuskan segera. 


Semoga berjaya!

Follow

Siapa Pula Blogger Yana Jie ini?


Assalamualaikum & hi semua.

Blogger Yana Jie ni siapa ye? Siap tiru nama bapak aku lagi tu. Selama ni aku bahagia je pakai nama Mayy Jie sorang-sorang tiba-tiba dia muncul dengan bangganya memakai trademark aku.

Cewahhhh saja drama sikit.

Memanglah sama sebab Yana Jie ni adik aku. Hahahahaha. Ceritanya dulu dia rajin update blog masa darjah 6, tiba-tiba dia pakai domain. Fuyoooo DOMAIN tuhhh, dah tu dia tak bayar domain pada tahun berikutnya lalu blog dia pun punah dan hilang ditelan zaman. Hahahaha.

Dan sekarang atas desakan aku yang bosan tak ada kawan nak bersembang pasal blog kat rumah, hari-hari menghasut dia untuk muncul semula berblogging, akhirnya dia bersetuju untuk kembali menulis. 

So marilah berkenalan dulu dengan Yana Jie ni sebelum korang ke sana... Hihihi. 


♡ Liyana Fauzi (Yana Jie)
♡ Baby 1998
♡ UiTM Merbok Kedah

So itulah serba sedikit yang aku rasa macam nak share, malas la share banyak-banyak semak blog aku nanti, muahahaha. So jemputlah follow dia kalau sudi.



Yeay dah ada family join dunia berblogging!




Follow

Tahniah kepada Semua Pemenang Giveaway by Sis Hawa

Tahniah
Assalamualaikum & Hi.

Wahhh ramai jugak yang join Giveaway by Sis Hawa yang sudah tamat pada 16 April lalu. Pengumuman pemenang terpaksa ditangguhkan kerana kesihatan Sis Hawa yang tidak mengizinkan. 

Hihihi, dikesempatan ini Mai nak ucap, tahniah kepada Sis Hawa dan suami yang kini menunggu kedatangan orang baru, semoga ibu dan anak diberi kesihatan dan kekuatan dari Allah.

Untuk giveaway kali ini Mai telah menaja beberapa hadiah untuk para peserta yang bertuah kerana sudi meluangkan masa menyempurnakan beberapa syarat yang Mai bagi. Alaa sebenarnya bukan apa pun, cuma nak mengeratkan silaturrahim sesama kita. Bila uols follow blog & instagram Mai, confirmlah Mai akan followback (tolong tegur kalau terlepas pandang).

 SENARAI PEMENANG BERTUAH
 1 X Popsicle Maker
https://kanvasdakwat.blogspot.my/2017/04/i-love-blogging-with-sis-hawa-her-sponsors.html
 1 X Notebook 
http://mulan-sahbanu.blogspot.my/2017/04/i-love-blogging-with-sis-hawa-her.html
 4 X Review Blog 
http://sofiyahasya.blogspot.my/2017/04/i-love-blogging-with-sis-hawa-and-her.html

http://yamanaimy.blogspot.my/2017/04/i-love-blogging-with-sis-hawa-her.html

https://belogsjm.blogspot.my/2017/03/i-love-blogging-with-sis-hawa-her.html

https://notashalimar.blogspot.my/2017/04/i-love-blogging-with-sis-hawa-hers.html

Pengeposan hadiah akan dibuat selepas Mai dapat detail Kanvas Dakwat & Mulan Sahbanu ya. Terima kasih atas kesabaran kalian. 

Review blog pula akan dimulakan bila-bila masa. Tapi of mestilah sebelum review tu Mai kena kenal-kenal dulu kan dengan keempat-empat blog tersebut. 1 entri untuk 1 blog sahaja. Walaupun siapalah Mai untuk review blog orang kan, tapi #SISCUBA. Fuh berdebar pulak. Hehehehe. 


Terima kasih semua yang join...





Follow

The Blue Sky Tag

The Blue Sky Tag
A good chance to know each other and be part of the blogging community - Anonymous

Hi, it's been a long time since the last blog tag I've joined, The Sunshine Blogger Award! Thank you Afifah for tagging me, girlfriend!

Since I still got plenty of free time so why not to join her rockin' this tagging stuff. So let's begin with the rules. 


01//

Hi Afifah. thank you for tagging my blog. I really appreciated it. Indeed it is a great satisfaction for me as I've admired your blog for so long (actually since I met you). I adore your English, smooth and clear! 

02//


1-What was the last movie you watch?
Smurfs - The Lost Village. At first, I just wanted to accompany my 4 years old niece, but the movie is so good and I'm entertained. 5 out of 5.

2-What are you trying to achieve with your blog?
  • Consistently producing informative-but-not-boring articles. Pheew.. It's not easy, but I'm trying. 
  • Gaining extra money through blogging by paid job/review and affiliates.
  • Something to makes me smile when reading it back someday. People changes, memories don't. 

3-Do you think you are someone with a sense of humor?
I'm not a funny person. I rarely make people laugh. I guess all my jokes can be classified as 'hambar'. But I am 'mudah terhibur' species, and when I type HAHAHA, I really laughing my ass off. 

4-Imagine 10 years ago. How does that make you feel about yourself now?
I wanna hug myself and thank me because all the changes and sacrifices I've done before is not wasted.You did great, stay on the right track ok. 

5-How would your friend describe you?
I asked my sister just now to describe me. She just stares at me for a while and then started to points out all the negativity in me. 'Garang', annoying, a bully, etc. Arghhhh, please don't believe her. 

My ex-roomie said I'm her best 'daydreaming partner' because I can dive into someone dream and join her. We just like Spongebob and Patrick, haha. 

6-Do you have hobbies that others might find unusual?
Reading just after taking a shower, errr I mean before putting on the clothes. Hahaha. Enjoy sejuk-sejuk pakai towel landing atas katil baca novel @ majalah. 

7- Have you done anything illegal?
Nope. I'm a boring good girl. Lol. 

8-If you ended up being a prisoner, what likely to be the reason?
Describing what I'm gonna do will be disturbing to read, and I might end up in the asylum. Lol.

9-What most likely the thing that will get you angry?
Orang tak reti minta maaf lepas buat salah, dan tak akan mengaku salah sebaliknya mencari salah orang lain. Gosh!

10-How do you handle yourself when you are angry?
I'll do anything to calm myself down, duduk, minum, istighfar, makan, tidur. I can't handle my body when angry, it will just shaking tremendously. My pulse increasing. Pain in the chest.

11-Best thing to eat when you are angry?
Beef/Lamb. Because it's my favorite food. Hahahahahahaha nothing to do with my mood. 

03//

I'm going to tag my blogging sweethearts:

http://razanahanis.blogspot.com/
http://thezafirahnazri.blogspot.com/
http://elsaalicious.blogspot.com/
http://mrsteddybearlover.blogspot.com/
http://nourayuadieb.blogspot.com/
http://mellyacrayola.blogspot.com/
http://dorsettpink.blogspot.com/
http://ciknurul23.blogspot.com/
http://syahirahvaliant.com/
http://irazulkeffele.blogspot.com/
http://wxyana.blogspot.com/


04//

It's not compulsory to join me in this tagging game, but I hope you'll enjoy answering my question in your entry,

๐Ÿ’˜What is your childhood ambition?
๐Ÿ’˜What are you the best at?
๐Ÿ’˜What are you absolutely bad at?
๐Ÿ’˜What inspire you to blog?
๐Ÿ’˜What type of blog (niche) that you love to read?
๐Ÿ’˜Your favorite skin care product?
๐Ÿ’˜You are early bird @ night owl?
๐Ÿ’˜You enjoy official music video @ lyric video when listening to a song in youtube?
๐Ÿ’˜ Someone you loves @ someone who loves you? Who will you choose, why?
๐Ÿ’˜ Your definition for 'a good blog'.


Don't forget to leave your post URL in my comment section, I would love to read your answers. 

Pengalaman 'Global Shopping' Hanya Dihujung Jari Dengan EZbuy Malaysia

EZBUY MALAYSIA
Zaman sekarang ni semuanya mudah, dihujung jari, tinggal klik-klik je untuk dapatkan segalanya yang kita mahu. So dalam kes nak shopping barangan luar negara tapi bajet tak banyak pun dah boleh senyum lebar sebab kita dah ada platform shopping yang gempak macam EZbuy Malaysia ni. 

EZbuy Malaysia?


Ok buat yang masih tak tahu, EZbuy Malaysia adalah milik syarikat EZbuy Holdings Limited, sebuah pembekal profesional servis membeli-belah atas talian. Sudah banyak negara terlibat dengan EZbuy ini, antaranya China, Amerika, Taiwan, Singapore, Thailand, Korea, dan sekarang ni sudah merangkumi juga negara kita, Malaysia! 

Sudah sudah semestinya shopping di EZbuy senang saja, namanya pun EZbuy (baca: easy buy). Walaupun barangan dari luar negara, kita tetap dapat menikmati sehingga 4 kali penjimatan dengan EZbuy ini disamping dapat membuat pilihan yang bijak kerana terdapat berjuta barangan dalam web tersebut untuk dibandingkan. 

Kalau zaman dulu hanya orang 'ada-ada' jelah kan yang mampu pakai barangan overseas, mana tidaknya kos penerbangan pun sudah berapa, kos penginapan kat sana lagi, rabak poket! Sekarang tak tak perlu lagi semua tu, sebab kita boleh dapatkan barangan trendy, versatile, berkualiti dari luar negara tanpa perlu fly kesana lagi. Banyak pilihan, memudahkan, penjimatan berganda, cakap apa yang tak best pasal EZbuy ni, wehhh best kot!!!

"SERIAU LA NAK SHOPPING BARANG OVERSEAS"
"BAZIR DUIT TANG SHIPPING JA NANTI"
"ADA CAJ TERSEMBUNYI TAK NI?"

Haa tudialah paranoid kan kalau nak beli barang overseas ni. Ye la, kadang-kadang bukan harga barang yang merisaukan kita, tapi kos shipping tu sendiri. Tapi jangan risau bila shopping dengan EZbuy ni sebab:


  • Sekali bayar sahaja - Confirm tiada caj tersembunyi sebab kita hanya perlu buat bayaran sekali sahaja dan caj itu sudah termasuk harga barangan, kos shipping antarabangsa, dan kos postage. Mereka juga memastikan parcel kita dibalut kemas dan sempurna, tanpa lebihan plastik pembalut untuk cut cost postage yang akan ditanggung kita. Terbaik kan?
  • Prime membership program - EZbuy menawarkan program membership, dimana setiap ahli Prime hanya perlu membayar harga tetap RM8.80 untuk kos shipping barang tak kira parcel yang kita beli berat berapa kg pun, tak kira parcel tu besar gajah ke besar paus ke (hiperbola nauu) dan juga tak kira berapa kuantiti yang kita nak checkout tu. Sebenarnya harga nak join Prime Membership ni RM188 setahun (affordable kan), tapi lagi best sekarang sebab users boleh dapat trial 5 hari dengan cuma RM18.00. Make sure barang yang kita nak beli tu ada mark 'Prime Eligible Items' baru dapat fixed rate ni, tapi Primes members boleh masukkan sehingga 42 barangan yang masih belum dimark sebagai "Prime item" lagi kedalam "Prime Wishlist" kalau mereka berminat. >>> KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT <<<
Prime Membership EZbuy

Carian Hangat Terkini di EZbuy!!!

DEMAM KOREA 
Oh yeah! Demam Korea ni kat Malaysia tak pernah surut dari K-drama hingga tercetusnya fenomena K-Pop. Jangan kata hiburan aje, makanan Korean pun orang kita suka sampai pernah jadi viral seketika Ramen Challenge (aku pun terjebak, kahkahkah). 

Perfecto! Sumber : https://www.pinterest.com/ayenasok/eun-hye/
K-Food - Kalau korang pernah tengok drama Korea, aku sure korang pun duk gulp gulp gulp telan liur tengok depa makan penuh berselera, Kadang-kadang aku cakap dengan diri sendiri, "WEH, Megi je kot! Agak-agak la nak terpesona sangat." Tapi tu la lain macam sedapnya tengok depa makan, hahahaha. OMG so thank you a lot EZbuy merealisasikan impian aku nak makan makanan Korea, air kotak Korea, dan jajan Korea tanpa tak payah naik flight pergi Seoul sana. Hahaha.

Korean Fashion Brand - Korang nak jadi Yoon Eun Hye ke, Song Hye Kyo ke, Park Shin Hye ke, bolehlah dapatkan barangan K-fashion dari hujung kaki ke hujung kepala dengan harga yang murah-murah aje. 

Korean Beauty Brand - Makan dah makanan Korea, baju dah Korean habis dah, takkan muka nak biar sememeh aje kan. Aku rasa nanti nak try juga barangan skin care dan make up dari Korea, mana tau muka berkawah boleh jadi flawless, ye dok. Antara barangan tengah top sekarang macam Laneige dan Innisfree.  

Nak tengok banyak lagi barangan Korea yang memikat hati? >>KLIK SINI<<


❤ IDAMAN RAJA SEHARI 
Aku faham masalah kita-kita yang nak kahwin tapi terpaksa bersabar kerana kegawatan ekonomi dan duit tak cukup lagi nak dapatkan dream wedding. Cakap pasal Wedding Day, aku tak salahkan pengantin yang bercita-cita dapatkan dream wedding mereka dengan duit sendiri sebab perkahwinan itu sekali je (insyaAllah Aamiin) dan tentulah kita nak meraikan hari kita dapat menghalalkan kasih sayang dengan orang yang kita cintai,cewahhh. So kenapa nak condemn kan? 

IDAMAN RAJA SEHARI

So aku paling excited kalau dapat tahu cara nak cut cost nak buat majlis tapi pada masa yang sama majlis tu tetap boleh grand ikut selera aku (selera aku je, selera tetamu tak penting pun,muahahahaha). Tadaaaa, EZbuy ni memang nak kena cium lah, sebab sekarang, kita dah boleh jadi wedding planner untuk majlis sendiri, klik je nak order apa untuk memeriahkan majlis kita. Set gaun dan tuxedo pengantin, baju bridesmaid, kasut pengantin,veils, aksesori majlis, bunga, props ruangan photography, ahhh cakap je nak apa. Semua ada... PENGSANN!!!!!!!

Parking sini jap nanti nak order senang, Hihihihi. Korang pun tetiba rasa nak kahwin jugak? >>KLIK SINI<<


HOT MUMMY VS CUTE BABY  
Siapa kata mak buyong tak boleh kelihatan trendy. Bosan dengan gaya reben belakang je? Cepat dapatkan maternity wear yang comel-comel di EZbuy. Eh takkan mak je bergaya, anak pun kenalah sama-sama bergaya, barulah cool!

Di EZbuy juga para ibu bapa boleh dapatkan stroller, carrier, mainan baby ataupun feeding equipment untuk anak-anak tersayang.

Alaa kaum bapa nak beli untuk isteri tersayang pun boleh, cepat usha mana yang berkenan. >>KLIK SINI<<

Popular Sellers & Brands di EZbuy!!

Dalam EZbuy ni memang ramai seller, tapi buat masa sekarang memang tengah top 5 seller yang akan aku senaraikan kat bawah. So klik mana-mana yang korang rasa nak usha barangan diorang ok. 







So rasai pengalaman bershopping barangan overseas sambil lepak-lepak atas katil korang, klik klik aje. Hihihihi. Apa yang aku beli di EZbuy? Nantikan entry seterusnya, rasanya dah panjang sangat dalam entry ni kalau aku nak bercerita lagi.

Last but not least, ada berita baik untuk readers kesayangan aku yang baca entry ini sampai ke penghujungnya sebab aku nak share RM15 voucher untuk korang shopping kat EZbuy ni. Nak tak? Hihihi. Kalau nak.. cepat klik pada banner dibawah!


voucher EZbuy


Apa yang korang paling suka dalam laman web EZbuy ni? Sudi-sudilah share...Hihi.
Follow

SEGMEN : SEORANG SYED NAK BLOGLIST!

Klik Untuk Join 

Checklist syarat-syarat untuk sertai segmen "Seorang Syed Nak Bloglist!"


1. Anda haruslah mempunyai blog yang aktif

2. Follow blog  Seorang Syed 

3. Follow Google+ Seorang Syed 

4. Buat satu entry di blog anda bertajuk "Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!"  

5. Nyatakan kenapa anda mahu berada di dalam bloglist Seorang Syed dan tulis short review tentang blog Seorang Syed (kalau nak tulis panjang pun no hal) 

6. Jangan lupa letak banner segmen aku di atas dan back link  

7. Comment entry penyertaan

❤❤❤

Yes! Yes! Excited giler tengok blog Seorang Syed buka peluang untuk menyewa tapak free-of-charge dalam blog yang best gituh. Mestilah nak join, takkan tak mau pula, syarat pun senang dan mesra adsense (nk buat entry panjang-panjang sebab nak mengorat Adsense yang asyik jual mahal) walaupun aku tak janjikan entry ni panjang tapi ada la point aku nak berpokpekpokpek. 

Untuk melengkapkan entry penyertaan ini, ada dua soalan yang perlu dijawab oleh peserta. Biasalah cikgu memang suka buat soalan-soalan bagai kan, muahahahahaha. Gurau je :P

Ok jom mula...

Kenapa anda mahu berada di dalam bloglist Seorang Syed?

  • Dengan join bloglist Seorang Syed yang ramai peminat tu (tak percaya tengok jumlah komen), mestilah kena tempias sikit-sikitkan. 
  • Untuk kepentingan SEO blog sendiri juga,kekeke, bila banyak blog buat kita sebagai bloglist, senang sikit kerja google spider nak detect entry terbaru kita untuk masuk search engine.
  • Nak promote entry-entry terkini dengan cepat dan percuma. 
  • Sistem "I add you , you add me" dalam bloglist masing-masing, alaaa macam newbies selalu buat bila nak suruh followback tu, ihiks.

Review Blog Seorang Syed


Blog bertema biru ini adalah milik Syed Abdul Hakim, seorang cikgu English yang enjoy menulis entry Manglish. Alaa pembaca blog aku mesti tahu sebab aku dah pernah senaraikan dalam blog yang memberi inspirasi untuk menghasilkan personal blog hebat >>>BACA SINI<<<.  

Menariknya, blog ini 'didesign' sendiri oleh tuan blog dan tentulah mempunyai nilainya yang tersendiri. Dari pilihan warna, keseimbangan gambar, hinggalah pemilihan font yang harmoni amat dititikberatkan untuk menghasilkan design yang daboom. Syed ada kongsikan beberapa tips untuk mereka yang baru berjinak-jinak nak mendesign ni. >>>BACA SINI<<<

Blog Seorang Syed juga menjadi pilihan sebab owner tu sempoi dan tak menyembunyikan diri disebalik ketukan keyboard. Cewahhh. Bukan apa, aku lebih selesa membaca blog yang aku nampak dan kenal tuan blog tu (even tak pernah jumpa face-to-face), kan.. Aku rasa semua macam tu kot, hehehe. Sebab tu juga wujudnya pepatah, 'tak kenal maka tak cinta'. Kalau korang nak berkenalan dengan penulis Seorang Syed ni jemputlah follow Syed laman sosial lain.
>>>FOLLOW INSTA <<<
>>>LIKE FANPAGE <<<

Mungkin blog Seorang Syed boleh menjadi lebih mesra readers kalau letak 'SEARCH BOX' , hehehe, senang nak cari informasi. ๐Ÿ”Ž

So kalau berminat nak kenal-kenal dengan blogger Syed ni (seriously Mai, ada lagi ke yang tak kenal Syed?), pergilah fly ke https://anothersyed.blogspot.my/ .




Follow

Keep Calm and I'm Officially Graduated!

Bachelor Degree Biomolecular Science

Alhamdulillah...Tak terhitung betapa bersyukurnya aku diberi peluang sekali lagi untuk menjemput parents tercinta ke majlis konvokesyenku kali kedua ini. Dan terima kasih juga untuk setiap bait-bait doa mama dan abah yang menolak langkahku di menara gading ini. Tanpa mereka aku tidak mungkin dapat merasai memakai jubah kebanggaan ini. 

DIARY KONVO 17 APRIL 2017


0800 - Ampang, rumah kakak.

Makeup KonvokesyenOleh kerana semua barang penting aku dah siapkan dari semalam, jadi aku pun tak tahu nak buat apa pagi tu. Yelah, majlis bermula pukul 1.30 (tapi 12.30 kena masuk dah), takkan lah aku nak makeup pukul 8 pagi kot kan.Konflik sungguh, tapi last-last aku makeup juga pagi tu.

Nasib baik adik aku +Yana Jie sudi tolong guide aku make-up pagi tu. Guide je okay, aku buat sendiri, hahahaha. Lepas aku dah siap makeup, kami pun duk uli Adryan dulu sebab kakak aku kata jangan keluar awal sangat, nanti tersekat dengan jammed orang nak pergi kerja, maklumlah KL.


Pukul 10 mama dah bunyi siren ajak keluar dah. So aku pun selfie dengan Adryan sedas before kami hantar dia ke rumah pengasuh. (Kakak dah nak hantar masa dia keluar pergi kerja tapi kami tak puas uli dia lagi).


1030  - Gerak Shah Alam

Perjalanan dari Ampang ke Shah Alam lebih kurang 40 minit je abah drive. Aku lah tu si penjaga GPS sebab mama tak mau tengok, takut salah. Hahaha. Nasib baik masa aku jaga adalah reroute (baca :sesat) sekali je dan tak jejas jarak tapi aku buat-buat tenang takut abah sedar. ahahaha.
Adik bongsuku Syahmina + anak buah yang setia mengikut kemana saja Aamily Chacha

Bukan apa nanti kalau sesat, abah stress aku pun takut tak boleh masuk dewan kalau lambat sangat sampai. Jalan KL biasalah, salah simpang ja mampus takboleh u-turn.

1115  - Shah Alam

Kami sampai ke Shah Alam, yeayy! 
Abah lapaq, aku pun tak tau nak recommend kedai mana, last-last aku tunjuk kedai yang aku selalu lepak dengan roomate aku jelah, Deli Thai Seksyen 7. 
Alaa students UiTM Shah Alam mesti tau punya, lauk sedap, dan murah. Abah pun kata murah. Kami makan 6 orang pun RM40 lebih je termasuk air, lauk jangan cakap la adik-adik aku jenis ambil tudiaaaa penuh pinggan semua depa nak rasa.
So students yang jenis berjimat, pergilah ke Deli Thai, lauk aku dulu + air tak pernah lebih RM6.

1200  - Hotel 

Abah tinggalkan aku & mama untuk check-in hotel untuk daily use sementara abah cari parking. So nasib kami baik sebab ada bilik kosong kat Hotel EV World Seksyen 7. Mama pun setuju dengan harga RM120 dari 12 tengah hari sampai 6 petang. Lepastu kami masuk letak barang. Adik-adik aku Yana & Syahmina ditinggalkan di hotel dengan anak-anak buah kami, Dania & Keisha sebab kalau dorang ikut pun bukan boleh masuk dalam dewan. 
Penat dan panas dan serabut pulak tu kat luar. So biarlah dorang enjoy kat hotel tu tengok cartoon. 

1215  - Naik Bas

Aku, mama & abah menapak pergi ke belakang hotel tu untuk naik bas UiTM. Perghhh nak pengsan kami tengok barisan panjang. Tengah duk beratur tu, tiba-tiba ada announcement suruh graduan naik dulu, parents kemudian.
Sedihnyaa kena berpisah dengan parents. Sobs sobs. Dan kesian mama abah kena tunggu bas seterusnya. Apalah guna sticker kereta tu padahal tak boleh bawa masuk kereta, ceh.
Sampai ke Fakulti, aku cari kawan aku tapi sorang pun tak jumpa, alahai. Berpusing-pusing aku cari tempat nak beratur (ikut number giliran). 

1330 - Masuk Ke Dewan

Masuk ke dewan dan tunggulah giliran untuk naik ke pentas dengan perasaan cuak dan dupdapdupdap. Padahal dah kali kedua tapi perasaan itu masih real. Cewahh.

Apapun majlis bermula lambat giler...Kena upgrade sikit ni ketepatan masa majlis tu. Opps. 

A post shared by Mayy Jie (@noormaizan) on

Aku diapit oleh Noor Aisyah dan Noor Yussuf. Rare kan nama kami, N-O-O-R. Terima kasih mama sebab tabah menunggu nama adek yang keratus ratus untuk bagitau abah yang dah tertidur dah tu untuk tolong rakamkan.

Hahahahaha.

Keep Calm and I'm Officially Graduated!
Yeay! I did it!

1810 - Majlis Bersurai

Astaghfirullah hal azim, masa ni aku berapa kali mengucap panjang menahan geram dan tidak keruan sebab ucapan penutup yang telalu panjang. Seriuslaaa panjang sangat...

Lepastu siap ingatkan hantar jubah BEFORE pukul 7 malam. Adoi kami bukan orang KL nak tunggu sampai esok semata-mata nak hantar jubah. Memang aku panas hati la masa ni.

Aku keluar dewan berlari dengan high heels 4 inci lebih aku mencari mama & abah. Time ni la bateri phone nak mampus. Aku buat muka tak malu pinjam phone waris entah sape sape yang kat meja tu untuk call abah, tapi tak dapat, time tu nak menangis ada, nak mengamuk ada. (mengamuk kat sapa pun taktau, hahahaha).

Aku pun berlari pusing tempat tu, ada la 5 round tapi tak ada rezeki nak jumpa mama. Aku ingat mama dah balik sebab nak check out hotel. Aku tengok jam dah 6.40 petang, matilah kalau aku tak sempat hantar jubah. Aku berlari naik tingkat atas dewan untuk pulangkan jubah dengan rasa kecewa yang amat sangat.

Masa pulangkan jubah tu aku dapat transkrip rasmi dan sijil ijazah sarjana muda aku.

1900 - Balik Hotel

Lepas pulangkan jubah aku balik dengan perasaan hampa. Tengok-tengok mama & abah tak balik hotel lagi. Aku apa lagi pinjam phone adik untuk call parents.

"Mama dah dalam bas ni cari hang tak jumpa dari tadi."

Sedihnyaaaa mama & abah mesti kecewa tak dapat gambar dengan aku memakai jubah. Sobs. Beberapa minit lepastu abah and mama pun masuk bilik dengan sejambak ros merah. Alahai sedihnyaaaa tak ada gambar proper.

Lepas sembahyang maghrib, mama check out hotel dengan tambahan RM20 sebab lambat. Kami pun bertolak balik ke kulim dalam pukul 8.30 malam dan sampai jam 12.40 tengah malam. Alhamdulillah semuanya selamat.

Parents love

Apapun aku sempat jugalah ambil sekeping dua gambar dengan parents & bunga walaupun dah tak berjubah lagi...

Alhamdulillah, walaupun huru hara sikit konvokesyen degree aku ni, aku bersyukur sebab masih ada mama dan abah disisiku.

Inilah cerita Istiadat Konvokesyen UiTM ke-86 dari persepsi seorang aku. Hihihihi. Sekarang dengan rasminya aku memegang ijazah sarjana muda (baca: kerja keras + doa parents yang hebat) Sains Biomolikul - Bsc. (Hons) Biomolecular Science.

Semoga aku akan dapat kerja yang diredhoi Allah dalam masa terdekat ini. Aamiin.

Terima kasih kerana membaca.




Follow

Custome Organizer Wallpaper Menggunakan Photoscape

Organizer Wallpaper

Kebanyakan orang suka minimalkan icon pada desktop pc/laptop, tetapi ada juga yang suka meletakkan semua icon yang kerap digunakan di desktop untuk memudahkan mereka mencarinya. Yang pasti semua orang nak desktop yang kemas dan sedap mata memandang, tak kiralah sikit atau banyak icon tu kan.

Oleh sebab aku lah tu yang tergolong dalam manusia yang semua benda nak letak kat desktop. Bukannya apa, tapi aku jenis nak cepat, jadi bila semua terpampang kat desktop tu senanglah aku nak cari semua, tak payah geledah folder demi folder dah. (Tapi yang penting jelah).

Organizer Wallpaper
Wallpaper lama
Sejak dah kenal dengan organizer wallpaper ni aku rasa penyelesaian kepada masalah desktop serabut aku. Aku pun apa lagi google dan download banyak-banyak organizer wallpaper untuk digunakan. Kalau nak juga tengoklah antara yang aku dah save kat SINI

Aku ni jenis cepat bosan...so aku decide nak design sendiri organizer ikut aku punya selera dan keperluan. Menggunakan apps PhotoScape & some freebiew dari Pinterest, aku pun mulalah nak mendesign walaupun aku tak kreatif. (Cukuplah nak puaskan hati sendiri kan)


Aplikasi : PhotoScape
Width : 1366px
Height: 768px 

Korang suka desktop minimalist atau letak banyak-banyak icon macam aku?

Follow