Apa Aku Buat Dengan Voucher RM300 Lazada?

by - April 11, 2017


Alhamdulillah, tak sangka sebab terpilih untuk dapat voucher RM300 dari Lazada. Sejak itu aku pun apa lagi setiap hari bukak Apps Lazada menambah barangan dalam cart, hahaha. 

Antara barangan yang menjadi tumpuan aku mestilah make-up, heels, dan mainan kucing. Tapi apakan daya, manusia hanya merancang, Tuhan juga menentukan.

Hmmm macam sedih je.

Mana tidaknya, tadi Celcom dah bagi amaran suruh bayar bill. Aku kononnya nak buat bodoh je, sebab geram sangat, aku tak guna buat apa pun tuptap kena sampai RM170 (bulan sebelumnya just RM25, nampak tak bezanya, pelik kan!). Geram betul. Tapi fikir balik number tu penting kot aku guna untuk semua urusan rasmi, huru hara aku kalau kena blacklist. 

Aku pun selak dompet aku, perasaan sama macam tengah potong bawang. Hahaha. Adalah RM50 kakak aku bagi masa singgah rumah dia masa ambil jubah konvo haritu (RM100 sebenarnya tapi dah beli cover phone,muahaha).

Stressnya. Lalu aku pun kemurungan satu hari (tipu je aku kemurungan sejam je). Lepas mak paksa makan nasik lauk ayam masak merah aku pun bersemangat balik.

Aku manusia yang penuh dosa. Jadi aku minta tolong kucing aku yang suci bersih itu, Ibang untuk doakan aku. Masa tu Ibang tengah tidur, aku pun ambil tangan dia tadah sambil baca "Bagilah kakak murah rezeki". Pastu aku aamiinkan sama-sama. Walaupun Ibang buat muka bengang tapi aku assumed dia ikhlas sebab dia tak meronta pun. HAHAHA.


A post shared by Mayy Jie (@noormaizan) on


Ting! Ting!

Barangan pos laju abah sampai ke rumah. Abah aku kan kuat shopping online, terutama dengan Lazada. Aku pun dapat idea untuk tanya abah sesuatu.

Telan liur jap. Abah kan garang. HAHAHAHA.

"Abah nak beli voucher Lazada RM300 tak adek bagi RM150?" 

Sekali lafaz aku luncurkan pertanyaan itu, kalah abam abam yang tengah akad nikah.

"RM120 la?" Abah mengujiku.

"Okay la, deal sampai jadi." Aku membalas seperti ayat peniaga online di facebook. Kehkehkeh.

Aku pun lega. Cium Ibang sikit tanda terima kasih, dia kasi air liur kat mulut aku, perghhhhh. Ambil kesempatan betul jantan tu. Nasib baik bertuah.

Aku pun apa lagi send code voucher kat abah, dan pergi bersiap. Masa nak keluar aku tengok RM150 dah diselitkan kat atas meja. Hehehehe. 

Alhamdulillah.

Abah pun dah selamat menggunakan voucher RM300 tu dengan membeli dua pasang kasut di Lazada.


Lazada Men Shoes


Lazada Men Shoes


Haa itulah hasil tangkapan abah petang tadi. Selamat tinggal voucher Lazada. Semoga rezekiku dan pembaca semua dimurahkan dan melimpah ruah. Hihihi.

Alhamdulillah, satu lagi problem dapat diselesaikan oleh aku si penganggur ini. Boleh je aku nak minta RM150 dengan abah, lagipun bukan nak berjoli, nak bayar bill je. Tapi itu dah berlawanan dengan prinsip aku.

Tuah harimau nampak di belang, tuah kucing kena suruh dia berdoa, hahaha. Terima kasih kepada Owen, Ibang, & Adek, geng magnet rezeki aku sekarang ini.



Follow

You May Also Like

64 orang rajin komen

  1. part kucing tu serius terhibur hahaha.insha Allah semoga murah rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kadang2 paksa anak buah berdoa untuk aunty depa ni, hehehe.

      Delete
  2. Okay kagum jap bila tau ayah Cik Mai rajin beli ngan lazada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe memang... lagi sakan tau, ada ja barang setiap minggu.

      Delete
  3. Tahniah menang contest :)

    Pandai pulak jual beli dengan abah, dapat bayar bill. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis :D

      Hehehehe tu la tiba2 terlintas. kalau abah takmau beli tadi pening jugak la nak korek duit kot mana tak tau. hahaha.

      Delete
  4. bagusnyaaa bagi dkt ayah ! ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, jual... :P

      semoga nanti Allah murahkan rezeki untuk belanja mama & abah tak payah tengok price tag,, aamiin <3

      Delete
  5. Amboii abah, steady. Shopping online sokmo. Hensem ah kasut tuu. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abah modern ni, hahaha. Kalah anak-anak.

      Hensom kan, satu kasut kerja satu kasut ride.

      Delete
  6. Semoga murah rezeki Mai. Takpe nanti dah keje baru lah merasa ada duit. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, aamiin, terima kasih kak Ana...

      Delete
  7. Banyak tu 300 boleh dapat 2 kasut hakhak. Haah celcom nie bahaya sikit kalau bil tangguh cepat aje dia nak blacklist

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, tiba-tiba bil melambung tu yang bengang sikit tu. Tapi bayar jelah. Nanti nk suruh tuan number tu tlg check bil hahaha (bil nama org lain cemni la).

      Delete
  8. berurus niaga dengan ayah, hu, awat bil sampai RM170, terlebih guna data ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, nak jual kat orang sayang, tanya orang terdekat dulu. Agaknya mesti teron data tanpa sedar ni. Aduihhh meleleh nk bayar tadi, sayangnyaaaaaa duit.

      Delete
  9. InsyaAllah sama-sama doakan kita cepat2 dapat kerja ye mai haha Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, aamiiin.... Jomlah kita operasi mencari kerja.

      Delete
  10. Give and take gituw ye mai. Btw comelnya ibang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi tu la..mujur abah sudi.hahaha. Ibang kata thank you, hahaha.

      Delete
  11. Sayang nyaaa, kalau umobile, yg postpaid pon boleh bayar bil dengan topup je. kat lazada kan boleh beli topup. tapi ok jugak dapat belanja ayah rm180 tu. lol mak tak jeles ke? haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo patutlah ramai bertukar ke Umobile sekarang. Hehehe. Mak orait je siap tolong abah pilih kasut tadi, hahaha. Mak punya barang lagi mahal (oven, noxxa, etc), tak cukup voucher. hahaha.

      Delete
  12. Tahniah dik menang contest aritu.. haiwan ni kalau kita bersikap baik kat dia, dia pun akan doakan kita kan.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak.. InsyaAllah akan sayang mereka macam family sendiri. Hehehe, kucing2 ni tabah je ada kakak yang suka sembang ngan kacau depa.

      Delete
  13. Faham sangat perasan mai ni ha. Boleh ja kalau nak minta duit terus dekat ayah sebab nak bayar bil kan? Tapi taknak pulak​ menyusahkan dah la kita ni menganggur huhu boleh relate lah. Pengorbanan yg bermakna tu. Semoga lebih murah rezeki mai lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Tak gamak nk minta "abah nak rm150". Fuhh mau berpeluh mcm masuk sauna. Aamiin aamiin. Semoga cikgu Syed pun dimurahkan rezeki.

      Delete
  14. Huntunglaaahhhhh... Jangan lupa belanja si ibang makan sedap k. Kak fairuz yang suruh. 😝
    Mai, tukarlah umobile mai. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti.. Kena beli dia & the gang wetfood ni.

      Delete
  15. Tahniah menang contest. Akhirnya dapat jugak bayar bil. Hehe. Semoga makin murah rezeki 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh ehhhh hi Cik Epal <3

      Terima kasih, alhamdulillah, aamiin. Semoga murah rezeki Cik Epal sekeluarga juga..

      Delete
  16. Haha. migrate jelah ke telco lain tp no tu kekalkan. dah byk kali dikeciwakan ni. haha. seronoknya dpt rm300 mmg joli sakan kat lazada tu kalo dpt ni. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe tu la ramai dah hasut suruh berpindah ke Umobile.

      Delete
  17. hahaha...lawak dan comeyy sungguh Mai boleh pulak juai voucher kat abah pada harga murah pulak tu..semoga Mai dimurahkan rezeki ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe tu la buntu sangat, jual voucher je jalan terakhir. Aamiin, terima kasih ummi, semoga murah rezeki Ummi sekeluarga.

      Delete
  18. Rajin jugak dia belek lazada..kan dah dapat voucher rm300. byk tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ralit kalau belek Lazada ni Kak Sue, hihihi. tu la alhamdulillah rezeki. tapi kalau beli barang perempuan mmg dapat banyak, barang lelaki dpt sikit jelah sebab mahal2.

      Delete
  19. Lahai siannya.. Takpe la may.. insyaallah ada rezeki lain yg lebih besar tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi, insyaAllah kak Lea. Terima kasih, aamiin.

      Delete
  20. bestnye menang voucher lazada.. tahniah mai!

    ReplyDelete
  21. In shaa Allah mai, benda baik ni Allah selalu lambatkan sebb nk bagi yang terbaik buat kita.. jgn lupa doa jgn bgi putus!! btw tahniah dapat boucher rm300.. bnyak sgt tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Aamiin. Thanks Unni. Tu la durian runtuh tuu. Haha

      Delete
  22. Wa... taste Abah Mai macam orang mudalah.

    Semoga bertambah-tambah lagi rezeki Mai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abah memang. Sakan kemain, hahaha. 😂😂😂

      Aamiin. Terima kasih Mrs. A. Semoga akak pun murah rezeki.

      Delete
  23. takpe.. manatau nanti ada lagi rezeki Mai menang voucher hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. Aamiin. Thanks sis. Tapi kalau dpt cash lg sodap. Haha

      Delete
  24. Doa ibang dimakbulkan Allah lah hehe. Alhamdulillah berkat jaga dan sayang kucing kucing kot Mai. Ibu ira selalu pesan "tak rugi sikit bila buat baik dengan kucing nanti dia tolong diakan kita".I think it work now hahahaha.

    Tahniah juga Mai menang contest walaupun terpaksa susutkan nilainya heeee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kali kucing2 ni bg keajaiban masa ditimpa masalah yg kita tak pernah sangka ada solutionnya. Alhamdulillah. Rugi siapa tak buat baik dgn kucing.

      Terima kasih sis. Asalkan boleh bayar bill dh lega dah.

      Delete
  25. mai punyaaa bnyk 300 tuu. busyra punya skit ja.. hehe. tp boleh la nk shopping tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau beli barang perempuan dpt banyak barang, semua murah2. Tapi kalau beli barang lelaki cm tu la. Mahai...

      Delete
  26. Replies
    1. Ibang kata 'thank you awak' 😂😂😂

      Delete
  27. Takpe.nanti ada lagi rezeki mai. Celcom memang gitu. Xsdr bil melambung2 naik.

    Pandai ayah mai pilih kasut. Terbaikkk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Tu la terkejut tau masa dtg bil, nak pengsan rasa. Wuwuwuwuw.

      Hahaha tu la taste taknak kalah. Hahaha.

      Delete
  28. Adik tak join lah pulak.its okey sekarang dah menang contest lain dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki di mana mana kan dek. Tahniah!! 🎇🎉🎉🎉

      Delete
  29. Semoga bertambah rezeki Mai akan datang ye :) Pandai ayah Mai beli online di Lazada. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Thank you kak siqah. Semoga rezeki kak Siqah pun tak putus2.

      Hehehe abah lg sakan. Kadang2 kami nk beli online pun minta tolong dari abah.

      Delete
  30. Terror Mai berurus niaga dengan abah ye.. hehehe.. Suka ye abah mai shopping di lazada..

    ReplyDelete
  31. Apa2 pun kita patut bersyukur.
    Ada rezeki Allah untuk kita.
    Pandai abah hang Mai.

    ReplyDelete
  32. Semoga terus murah rezeki Mai ☺

    ReplyDelete
  33. wauuu.. banyak tu.. tak berkesempatan nak join contest lazada ni..

    ReplyDelete