Akhirnya Blog Mayy Jie Lulus Juga Adsense

by - April 27, 2017

Lulus Adsense

Alhamdulillah.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tapi Google Adsense yang aku apply dengan emel blog aku masih tidak diterima. Jangan kata nak dapat email, saringan pertama pun tak lepas tau.

Berbulan-bulan aku tunggu untuk letak iklan dalam blog. Tapi dia cakap permohonan aku masih dalam review mereka, so aku hanya perlu tunggu saja. Tunggu apanya, kucing pun bertanduk dah berbulan lebih tapi tak ada berita baik langsung untuk aku.

Setiap kali aku klik 'Ads' dalam dashboard blog, terpapar ayat cakap blog aku tengah direview. Even nak letak iklan kosong pun jadi error. Pelik kan? Kalau nak tolak, kenapa tak ada email pun cakap apa salah aku.

Setiap kali orang post tentang Adsense mereka diterima, aku cuma mampu menumpang gembira jelah. Padahal sedih juga fikirkan apalah salah blog aku ni, asyik mengurat tapi Adsense jeling pun tak sudi.

Sampailah 11 April lalu, bila Blog Syed lulus Google Adsense, aku makin hairan la blog baru pun dah diterima, nampak sangat blog aku ni level bawahan je ahahaha (emo). Tapi bila Syed suruh aku apply dengan emel lain, aku baru terfikir, apesal la selama ni aku tak try. Hahaha. 

Aku balik blog aku, aku repair mana yang tak cukup berdasarkan tips  dari mereka-mereka yang dapat peringatan melalui emel. Maklumlah aku mana pernah dapat emel langsung dari Google Adsense ni, macam halimunan gituuu.

Apa Yang Aku Buat Sebagai Persediaan Nak Apply Google Adsense?

Sebelum aku apply untuk kali kedua, aku cuba untuk kurangkan segala risiko untuk direject oleh google Adsense. Jadi aku pastikan www.missobsesi.blogspot.my telah :

  1. Terbitkan entry original - Yang ni of course lah, takkan blog personal pun nak plagiat hasil orang lain kan. Hahaha. Say no to piracy!
  2. Elakkan tulis entry pendek - Walapun au rasa entry-entry aku tak adalah panjang mana pun, tapi aku sebolehnya elakkan tulis entry sekadar sepatah ayat macam tu. Sebab orang kata Google Adsense tak suka, hihihi. 
  3. Letak About Me, Sitemap, Disclaimer - About me  & sitemap tu memang dah lama bertapak dalam blog aku. Tapi disclaimer tu aku baru je buat sebelum apply adsense kali kedua ni. Kebanyakan blog yang lulus adsense pun recommend untuk letak 3 perkara penting ni dalam blog untuk lulus Adsense.
Kemudian bila aku rasa confident, aku pun invite emel baru aku untuk jadi admin baru blog ini. Kemudian dengan emel tersebut, aku sekali lagi memohon Adsense.

AND THEN MAGIC HAPPENED!


Keesokan harinya bila aku buka 'Ads' kat dashboard, tak ada dah ayat yang mengatakan blog aku tengah kena review lagi. 

Sehari je weh?!

Dalam masa sehari je aku dah boleh letak gadget iklan dalam blog aku. Ya Allah selama ni aku tunggu berbulan tu buat apa, hahahaha.

Masa letak gadget iklan tu, memang akan kosong sementara mereka nak review kali kedua pulak kan. Dupdapdupdap pula hati ni masa diorang nak review tu sebab aku still tak dapat sepatah hapah pun emel dari Adsense.

Alhamdulillah tak sampai dua minggu, akhirnya aku dapat emel mengatakan yang aku dah lulus untuk letak iklan Adsense kat blog. Alhamdulillah, untuk yang kali kedua ni semuanya berjalan lancar, dan tak ada apa yang perlu aku repair sebelum diluluskan.

Terima kasih jugak untuk Syed untuk idea mohon dengan emel baru ni. Kalau tidak sampai kesudah dah give-up dengan Google Adsense ni.

Semoga Blog Seorang Syed akan dapat Adsense Full Account dan dapat menabung dengan blog semula, aamiin.

Dan yang mana belum diluluskan or tak pernah apply lagi tu, cubalah sekarang. Hihihi, insyaAllah kalau rezeki tak akan kemana.



Follow

You May Also Like

71 orang rajin komen

  1. Bestnya Mai!! Tahniahhh! <3 Akak masih tak lulus lagi. Btw, Sitemap tu apa MAi? hihi. Akak nak edit blog jugak lah dan guna email baru macam Mai. Hope lulus :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Siqah. Hihihi.

      Sitemap tu macam isi kandungan blog, akak boleh tengok kat menubar saya tu. kat bawah sekali tu ada link untuk tutorial buat dia.

      Akak try la, wish you luck!

      Delete
  2. Tahniah, semoga makin bersemangat untuk terus berblogging :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Miss Banu.. insyaAllah :D

      Delete
  3. Tahniahhh. Saya pun sebelum apply, tulis entry yang panjang-panjang dan tak join GA atau segmen buat seketika waktu. Haha nak mengampu punya pasal. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, punya susah nak mengorat pun... hahaha

      Delete
  4. tahniah Mai....sekarang ni tunggul posmen la pulak utk antar surat dr Google kan...chaiyok chaiyok Mai...jom sama2 kita jana income..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Umi..Ohhh siap dapat surat eh nanti, hahaha teruja pulak. Terima kasih... jom2 menabung sama-sama :D

      Delete
  5. Tahniah ..boleh lah menjana duit kat blog ni (^_^).

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah tahniah sis

    ReplyDelete
  7. Wahh tahniah mai.. Akak dah malas nak amek port pasal google ads ni.. Malas nak semak kepada dah fikir camne nk ejas blog sampai diterima oleh mereka.. ekekeke.. letih wooo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Lea :) hehehe cubalah lagi kak Lea..mana tau rezeki..blog akak dh perfect dah mai tengok.

      Delete
  8. Wah, tahniah Mai.
    Bolehlah menjana pendapatan dengan google Adsense lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Pakcik. Aamiin, mudah-mudahan.

      Delete
  9. tahniah...

    kita pnya dh lulus pastu tetiba kena tarik blk....sobbbbs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak macam mana boleh jadi macam tu?

      Terima kasih :D

      Delete
  10. Dah berpuluh kali apply tak pernah lulus haha.
    nak try juga email baru gak ah haha T_T

    ReplyDelete
  11. Congrats! Semoga Mai boleh dapat banyak duit. hahhaha

    ReplyDelete
  12. tahniah Mai. kak ana puny hanging lagi.haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Ana. Semoga dipermudahkan...

      Delete
  13. Ni yang berkobar-kobar nak apply nih. hehe

    ReplyDelete
  14. gembiranya.airah haritu baru je ditolak.kena pply baru ni

    ReplyDelete
  15. kurang faham dengan apply guna email baru. maksudnya add admin kemudian apply? bukankah ada 2 email nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, memang ada dua email, apply pakai yang baru je, sebab email pertama tu macam layang2 terputus tali dah.

      Delete
  16. Allahu.... tahniha idola ku T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha mekasih Amer..tak layak niii nak jadi idola :P

      Delete
  17. Alhamdulilahh tahniah Mai, nanti husni nak try apply lagi la guna cara Mai ni :D
    Macam mudah pulak dapat tu, cuma kena edit dan setting mana perlu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Husni...try tau..moga ada rezeki...

      Delete
  18. wah bestnye.Tahniah! nak tanya sikit?Berapa banyak artikel blog untuk lulus adsense.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya 20 lebis kot Tuan. Tapi kalau blog kita dah layak automatic ada bahagian 'Earning' tu kat dashboard.

      Delete
  19. Woahhh! Alhamdulillah, tahniah mai! Akhirnya diapprove juga oleh adsense hehehe. Syed ni tak tahu lagi apa nasib badan. hahaha haraplah kena approve. Taknaklah tunggu lama-lama huaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you juga sebab Syed yang bagi idea ni. Semoga dipermudahkan ok. Good luck!

      Delete
  20. tahniah maii. echa dulu pun sekali je apply. after few days terus lulus. sblm tu dah cek blog supaya tak ada benda yg akn spoilkan adsense punya application. alhamdulillah dapat. hihihi.

    boleh tgk sini jugak utk baca tips lulus google adsense!
    5 Tips Lulus Google Adsense

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Eeca. Wah hebat tu... memang, wajiblah pastikan blog kita clear dari segala risiko untuk kena reject, sebab nak dapat respons tu dah la tak tahu bila lagi kan.

      Delete
  21. Woah, tahniah Mai! Menabung lagi pas ni hehehe

    ReplyDelete
  22. yay tahniah sis mai! boleh join menabung dengan elsa hakhak yay :*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayyyy dah boleh geng dah kita :D

      Delete
  23. huntung lajjj hmmm.. i hate youuuii ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang sorang ja jeles dalam ruang komen ni, syuhhh kamu! hahahah.

      Delete
  24. tq for sharing my dear....i will change like you too...muahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jomlah sis Irda. Good luck tau :)

      Delete
  25. Tahniah mai.. Saya pun tengah persiapan nak apply nih.. Doakan ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Jasmi... Good luck tau!

      Delete
  26. tahniah mai.. akak dah apply aritu dan direject sbb takde 3 item tu.. haha.. kena edit dulu baru apply semula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi cepat tambah balik item tu kak, and good luck untuk second apply nanti :)

      Delete
  27. yeayyyy . nk ucap tahniah untuk kali kedua lah.. hehe.. kita menabung sma2 ye awak.. hehe :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayy.hahaha terima kasih untuk kali kedua....Tu la dapat beli kepci pun jadilah ni.

      Delete
  28. Enviroment nya memikat.
    Pasti singgah jika saya ke pp.
    Thnks.

    ReplyDelete
  29. tahniahhh maii! waaah makin lma makin maju

    ReplyDelete
  30. Tahniah Mai 🎉 Boleh menabung dah 😄

    ReplyDelete
  31. Terima kasih ye teman-teman :D

    ReplyDelete
  32. untunglah..saya punya blog..tiada khabar berita dari adsense..aduyai..keybod pun dah berjanggut.. nampak kat mouse ade sikit uban nak tggu email dorang wakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah cara apply kali kedua macam saya ni...

      Delete
  33. Tahniah Mai. Migha tak mampu lagi nak apply lagi. Tak confident

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apply je Migha, hehehe, mampu tak mampu belakang cerita, haha.

      Delete