Lagu Cinta Terbakar dah jadi Rahsia Cinta

by - April 25, 2017

Lagu Rahsia Cinta
Masa dulu-dulu, aku suka cari lagu indie/rap dalam youtube dan burn dalam CD. Kebanyakan lagu indie dan ciptaan bebudak youtube ni tak ada rakaman pun, tapi unik dan sedap. Pendek kata, kena dengan jiwa lah.

Kalau sezaman dengan aku mungkin pernah dengar lagu "Budak Zaman Sekarang - 5Forty2" goshhh lagu dorang memang deep-deep belaka. "Minah Tudung" aku siap add penyanyi dia Hafis Ashaari dan friend kat fesbuk sampai sekarang, "Kimia - Melda Ahmad" , "Putus - Melda Ahmad" pun layan ajeee. Masatu even "150 Juta" pun Kokpin nyanyi raw je tapi sedap. Aku tak suka versi baru nyanyian Ainan Tasneem, serius tak masuk suara lembut dengan lagu sempoi gitu. 

Masa tu aku terjumpa dan terjatuh cinta dengan lagu Cinta Terbakar nyanyian Fidz ft. Azhar. Aku tak pernah tengok muka pun, tapi lagu ni memang sedap. Sampai aku burn dalam CD untuk pasang dalam kereta. Masa diploma dulu, hari-hari drive pergi kelas aku layan lagu ni, muahahahaha, lantok ler keta aku kan.



Tadi masa blogwalking tersinggah blog Zafirah Nazri, dan tengok Zaf ada post lirik lagu Rahsia Cinta ni. Bila play je video tu, terkejut lerr mak nok, tengok lagi fav ada versi baru. Hahahaha.

Jom dengarkan versi baru pula..


Bagi aku dua-dua versi best sangat!!! Hihihi cuma part rap tu aku prefer yang versi lama kot, hehehe. Cinta memang rahsia yang terdalam kan 😉.


Follow

You May Also Like

20 orang rajin komen

  1. haha elsa tak pernah dengar semua lagu nie alamak teruk betul elsa nie hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahaha taste muzik kita lain kot elsa :P

      Delete
  2. ish macam tak pernah dengar lagu.. search kat youtube jap.

    ReplyDelete
  3. hmmmmmm. kenapa syed tak pernah dengar pun lagu ni eh?
    Musykil pula. Lagu zaman bila ni? haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman diploma Syed. Hahahahahaha hangpa layan lagu mat saleh ja kot :P

      Delete
  4. AHahhaha... baru nak komen macam syed... hahahaha lupa saya nih muda jagung lagi hiks2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha muda jagung pun buleh Amer XD

      Delete
  5. Assalamualaikum

    Dua-dua versi sedap. Versi pertama suara best nyaring, rap pulak ala-ala sleeq. Versi kedua suara kotemporari seperti kebanyakan lagu skrg ini denga rapnya ala-ala Too Phat. Gitu la mengikut pendengaran saya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam

      Hihihi betul tu, rap pertama slow sikit dari rap yg terbaru, tapi nyaring nyanyian dia, hihihi.

      Delete
  6. Akak pun tak pernah dengar lagu ni. Hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe takpelah, akak dengar la skrg :P

      Delete
  7. Best karok lagu nada2 tinggi macam ni.. Biasanya karok lagu Cinta Kita by Amy Search dan lagu Cinta Melankolia. Puas hati.. hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti suara Jasmi sedap ni :))

      Delete
    2. Sedap sangat Mai.. Suara sendiri pun tak kuat nak dengar. wkwkwkkw

      Delete
  8. macam tak pernah dengar jugak lagu ni. tapi bila dilayankan berbakat! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe tu la ramai yang tak pernah dengar lagi :D

      Delete
  9. Tak pernah dengar lagu ni. CInta terbakar, tajuk menarik. Hihi

    ReplyDelete
  10. serius la suka betul dngn 5forty2 tuh! smpai skrg releven lg nk dengar..hahaa

    ReplyDelete
  11. Dah dengar dua2.. Nice.. hehehe

    ReplyDelete