Blusher & Lipstick antara Alat Wajib Untuk Quick Make-up yang Cantik

Sesetengah orang memang anti-betul dengan perempuan pakai make-up ni sebab utamanya mereka lambat bersiap, hahahaha. Kalau dah bagitau last minute, conformlah lambat, tapi kalau bagitau awal, mereka sejenis yang sanggup bangun bersiap dua jam awal dari waktu temu janji, haaa...

Nak make-up tebal bagi aku elok untuk majlis macam dinner, kenduri, tunang & kahwin saja. Untuk make-up harian nak pergi kerja/kelas, shopping dan sebagainya, aku prefer buat quick make-up saja disebabkan aku ni jenis buat plan last minute. 


 Quick Make-up yang Cantik

Oleh sebab aku dah pernah cerita rutin make-up harian dulu, so harini aku just nak bersembang pasal quick make-up pula. Barang apa yang penting & wajib ada, untuk menjimatkan masa make-up tapi dalam masa yang sama masih nampak fresh.

Aku pentingkan nampak FRESH dulu baru cantik, sebab aku pemilik sejenis muka pucat, bak kata Yana Jie , muka serupa baru keluaq wad spital. Ceh. 

So apa yang kita perlukan untuk tutup betapa pucatnya muka ni tapi tak mau make-up lama-lama. Ingat best ke bertapa depan cermin tu berjam-jam, lenguh kaki weh.

Quick Makeup

01. Foundation (Tiada dalam gambar)
Foundation ni penting untuk bagi bedak tu tahan lama kat muka kita sambil tutup cela-cela yang tercela tu , bagi nampak flawless macam bontot baby. Tapi harini aku terlupa nak pakai, so tengoklah nanti hasilnya, nampaklah sebijik jerawat didahiku itu. Hahahaha. 

Kalau nak ringan-ringan boleh try Maybelline Super BB Cushion, dap dap dah cantik, tapi cepat habis kekekeke. Untuk hasil paling tiptop meletop kebabomm, highly recommend untuk try Dollskin by Sendayu Tinggi.

02. Bedak Pixy  
Code warna untuk kulit aku yang tak hitam tapi tak putih ni adalah Yellow Beige. Sebenarnya Busyra yang kenalkan aku dengan bedak Pixy ni, dah jatuh cinta dah sekarang, hihihi.

Mana tidaknya harga murah je weh, RM14 +- mana nak dapat kan zaman sekarang ni bedak harga gitu. 

Lepas dah pakai foundation & bedak, muka kita pun dah bersinar-sinar kan. Hahahaha. Bolehlah kita mulakan aktiviti menconteng muka pula. 

03. Obuse Kening (Tiada dalam gambar) 
Obuse ni sebenarnya untuk kening, guna brush senget tu just sapu-sapu dari belakang tarik ke hadapan. Kejap je. Jangan lama-lama kang orang cakap lintah melekat kat dahi pulak. Paham-paham jelah mulut orang sekarang ni ramai tak pakai insurans. 

Obuse kening ni pun aku gunakan juga untuk buat shading hidung, gunakan brush senget yang sama juga. Nak pinjam Highlight Sendayu Tinggi adik aku kerap-kerap kang kena penampaq pula, nasib baik aku kreatif untuk guna Obuse ni, kalau tidak pungkoq belanga mak aku pulak jadi mangsa aku gores-gores sapu kat kening.

(Pungkoq belanga = bontot kuali)

04. Eyeshadow Kylie  
Oleh sebab kucing aku Ibang Idola dah pecahkan eyeshadow Sendayu Tinggi aku, aku beli pre-loved Kylie Eyeshadow ni dari adik aku dengan harga RM20. Fuhhhh memang tak menyesal, colour dia cantik dan pigmented gittchewww.

Sapu dari hujung mata (belah telinga), lepastu tarik-tarik kearah dalam (ke belah hidung) sambil blend sampai colour tu tak bercapuk.

05. Eyeliner & Mascara 
Yang ni bukan semua orang suka pakai. Tapi aku perlu pakai sebab kalau tidak mata aku terlalu besar untuk nampak kosong, hehehehe. So estimate time untuk aku sapu dua mendalah ni cumalah 3 minit sahaja. Tak payah sapu tebal-tebal, nanti orang ingat kita heroin filem klasik bollywood.

06. Blusher 
Dulu aku just sapu lipstick kat pipi sebab aku tak ada blusher, maklumlah sejenis manusia 'tiada akar, rotan pun berguna'. Alhamdulillah aku menang contest Mellya di instagram @ravishing obsession tempoh hari dan aku claimed hadiah blusher & highlight dari Sendayu Tinggi, yang dah lama aku idam-idamkan tu.

Personal review aku tentang Blusher & Highlight dari Sendayu Tinggi code 2 ni, warnanya memang terang, mula-mula takut juga nak pakai dengan kulit aku yang tak hitam tapi tak putih ni, hahaha. Sekali aku zuppp ke pipi tudiaa memang pink habis dah macam 'bertentang mata dengan crush pastu dia kenyit mata', gosh so hawttt! Lepastu dah terer dah boleh agak dah nak sapu macam mana sekarang ni. Sikit-sikit pun dah cukup, warna dia memang dah cantik. 

07. Lipstick 
The crucial part dalam make-up ni. Tak guna makeup berjam-jam tapi lupa pakai lipstick, sebab lipstick ni berperanan nak naikkan seri wajah seseorang tu.

Warna lipstick pun tak boleh main terjah je. Kakak aku pernah cakap aku macam orang tua asyik stick dengan warna merah, so dia suggest warna pink untuk aku. End up aku dah macam pondan tua. Dia takpelah pink sebab dia putih kan. So lepas ni aku tak nak dengar cakap orang dah, biar aku decide warna apa yang aku nampak masuk dengan warna kulit aku dengan cara bereksperimen sendiri. So far warna yang sesuai dengan aku adalah oren, merah, dan maroon/purple.

So estimated time untuk aku siap makeup menggunakan kesemua alat solek diatas hanyalah dalam 15 - 20 minit sahaja. Tu pun kadang-kadang aku skip part kening & shading hidung sebab tu yang selalu drag masa jadi lebih lama. Kang cincai-cincai nampak lintah senget pula kan.


Tadaaa! So inilah hasilnya selepas quick make-up aku untuk hari ini. Alaa mula-mula aku makeup sebab nak tepek kat blog je, tapi lepas kakak aku nampak aku dah lawa (perasan,ihiks), dia pun suruh aku pergi belikan kek Anniversary Wedding dorang yang ke 8 tahun + 8 tahun bercinta, so dah 16 tahun.

Happy Anniversary Kakak & Abang Amin, best tak dapat marry your highschool sweetheart gitu? Cewahhh dah melalut lak aku.


Last but not least. belanja sikit hasil selfie indoor and outdoor (curtain selfie so dapat pancaran noor dari matahari, kekekeke).

Jerawat seketul tu tak dapat soroklah, sebab lupa pakai foundation. Alaa tapi hasilnya ok je kan, hahaha. Takde isu future husband terkejut lepas kahwin sebab makwe dia hodoh eh sebab aku dah post dah tu haaa bare face aku. Cehhh. Aku menyampah betul dengan statement sebegitu. 

♡♡♡♡♡
Berminat untuk dapatkan barangan berkualiti dari Sendayu Tinggi dengan harga special. selalu ada promosi, bila buat contest hadiah lumayan giler & of course dari seller cantik dan mesra, korang wajib follow Ravishing Obssession. (Aku suka ler sebab ada nama Obses tu, hihihi).

Alaa lelaki pun boleh follow, kot-kot nak beli hadiah kat mummy ke, kat wife ke, awek ke, fuhhh memang siapa nak tolak, barangan Sendayu Tinggi kotttt, conformlah semua best. (Tak percaya beli la apa-apa satu pastu try).

Klik cepat untuk follow Mellya & Ravishing Obsession ok.


So korang kalau masa kesuntukan masa & nak cepat, macam mana korang manage rutin make-up korang?

Follow


Previous
Next Post »

25 orang rajin komen

Click here for orang rajin komen
I am LZ
admin
5/01/2017 12:53 PM ×

Wow pandai sudah Mayy bermake-up.. Kalah sis.
Cantik walaupun kata simple..

Cara sis, sapu BB cream kemudian cushion compact powder cum foundation. Bentuk kening dan sapu blusher sikit pastu calit lipstick. Siap! hehehe



Reply
avatar
ANIS NABILAH
admin
5/01/2017 3:42 PM ×

amboii berseri seri . lawa ^^

Reply
avatar
Amer Ridzuan
admin
5/01/2017 6:25 PM ×

Mayyjie pakai apa pon lawa... *fliphair

Reply
avatar
nadhie wueen
admin
5/01/2017 6:55 PM ×

Samalah awak. kening tu pakai jenis obuse tu jugak. senang nak bentuk kan :) tang part shading tu je tak reti sangat.

Reply
avatar
5/01/2017 10:02 PM ×

waw!cantik mekaup mayy.. kak fyna tak reti mekaup.. skg dok belaja sikit2 tgok kat utube.. hehe :)

Reply
avatar
Mellya Musa
admin
5/02/2017 1:28 AM ×

cantik nyaaaa :D heheh dah ada blusher baru tu boleh buat tutorial makeup pulak la kot nanti hihihi thanks review !

Reply
avatar
Nour Adieb
admin
5/02/2017 3:32 AM ×

Pandai Mai make-up 😄 Kalau sy, pakai bedak muka + lipstick 😂 Kalau rajin, mascara + celak. Tersangkut kat hati sy, 'Tak guna makeup berjam-jam tapi lupa pakai lipstick' 😂

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/02/2017 3:56 AM ×

Terima Kasih sis LZ :)

Eh lebih kurang cara kita, cuma mai pakai eyeliner nak sorok mata besar :P

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/02/2017 3:57 AM ×

Hahaha thank you sis :D

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/02/2017 4:02 AM ×

Omagadddd, flipshawl jap baca komen ni, hahaha.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/02/2017 4:03 AM ×

Senang, tapi kalau kalut2 terus jadi failed,hahaha. Shading hidung ni pun belajar masa pegi kelas mekap dulu :P

Reply
avatar
5/02/2017 11:29 AM ×

Waaaahhh kulit mai memang dah cantik sihat! Tips pleaseeee!! Hehe 😁✌

Kite kalau dah kelam kabut sangat, makeup dalam kereta je. Sauk apa yang patut, sambung makeup dalam kereta. Tapi untuk kes yang nak keluar biasa biasa je, benda wajib kite pakai foundation + bedak baby (sebab tak jumpa lagi bedak yang sesuai dengan kulit sensitip nih), mascara and lipstick. And I'm ready to go! 💪 10min dah siap from head to toe kalau makeup fast furious cemtu. Haha because I'm just too insecure to go out bare-faced! Nonono.

Reply
avatar
5/02/2017 11:30 AM ×

Adoi.. geramnya tengok mata mai yang bulat tu..

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/02/2017 1:52 PM ×

Terima kasis akak, sy pun belajar dari video2 MUA buat live kat fb.. Hehehe

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/02/2017 1:54 PM ×

Thanks Mellya :D
Tak confident nk buat video, suara tak sedap,hahaha.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/02/2017 1:57 PM ×

Hahaha tu la,,, lipstick tu la paling penting, tengoklah mai mmg pucat habes sebelum mekap.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/02/2017 1:59 PM ×

Hahaha tak sihat sgt pun Fairuz, dlm proses recover lg sebab dulu pakai produk merkuri.

Hahaha basic2 pun mesti pakai bedak dan lipstick, sama la memang insecure sikit keluar bare-faced.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/02/2017 2:00 PM ×

Hihihi :P jgn korek kak sha

Reply
avatar
Inklocita
admin
5/03/2017 9:12 PM ×

nice! you can shade pretty well :)

Reply
avatar
5/07/2017 11:14 PM ×

ehhh nampak nama kita la dlm entri ni.. hehe.. mai! makeup cepat tp lawa!. mmg lipstick dan blusher benda yang buatkan muka kita bertambah seri manisss. <3

Reply
avatar
5/11/2017 2:55 PM ×

cantik lah Mai :)
aida x pandai make up.
and x pernah make up :) hik hik hik...
seminima yg boleh la.
kalau ada function, kena la guna khidmat kawan2.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/13/2017 4:33 AM ×

Really? Thanks dear :D

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/13/2017 4:34 AM ×

Hahaha tu la, Busyra la ni, dah terpengaruh dengan Pixy dah :P

Thank you Busyra..hihihi, betul2, kalau tidak pucat ajelahhh rupa ni.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/13/2017 4:36 AM ×

Thank you Aida :D Hihihi biasa2 je Mai pun.

Reply
avatar
6/23/2017 3:59 PM ×

wah pandainya akak makeup..

Reply
avatar