SAPS Ibu Bapa - Memudahkan Ibu Bapa Semak Keputusan Peperiksaan Online

by - May 14, 2017


SAPS Ibu Bapa


SAPS IBU BAPA  adalah singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah , sebuah aplikasi online yang membolehkan keputusan peperiksaan pelajar sekolah diperiksa secara online. SAPS Ibu Bapa  ini boleh digunakan oleh waris untuk memeriksa keputusan peperiksaan dan ujian bagi murid sekolah bermula dari sekolah rendah pada tahun 1 sehinggalah pelajar sekolah menengah dalam tingkatan 5.

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau SAPS adalah inisiatif yang telah diwujudkan dan diusahakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia  yang bertujuan untuk memudahkan para ibu-bapa menyemak keputusan pelajaran anak masing-masing. Maklumlah pada zaman sekarang, ramai ibubapa yang sibuk dalam kerjaya mereka mencari rezeki untuk anak-anak, malah ada yang sehingga sanggup buat dua atau tiga pekerjaan. Jadi masa untuk mereka luangkan untuk anak-anak menjadi sangat terhad. 

Mujurlah ada aplikasi SAPS Ibu Bapa  yang hanya memerlukan ibu bapa memasukkan nombor kad pengenalan pelajar untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak. Jadi hanya dengan satu klik mereka dapat menganalisis gred dan keputusan penuh peperiksaan anak mereka. Mudah dan sangat menjimatkan masa. 

Pantauan berterusan terhadap prestasi pelajaran anak-anak adalah sangat penting. Ini kerana keprihatinan ibu bapa bukan sahaja dapat membantu dalam mengenalpasti kelemahan anak-anak dalam subjek matapelajaran yang mana, tetapi sudah semestinya dapat membantu mereka mencapai kecemerlangan dengan mencari penyelesaian bersama, contohnya mencari guru tuisyen untuk mata pelajaran tersebut ataupun membeli buku latihan tambahan untuk disemak sendiri. 

Dengan SAPS Ibu Bapa ini, semuanya dapat dilakukan di rumah sahaja dengan kemudahan di hujung jari. 

SAPS Ibu Bapa

Tentu ramai ibu bapa diluar sana yang masih tidak tahu kewujudan laman web SAPS Ibu Bapa ini. Mereka yang tidak pernah lagi mengakses laman SAPS Ibu Bapa ni pasti belum tahu cara untuk mengakses laman web ini bukan? Jangan risau dan jangan khuatir kerana stepnya sangat ringkas dan mudah. 

Untuk panduan lengkap boleh baca di >>> Panduan SAPS Ibu Bapa 

Ikut step dari Panduan SAPS Ibu Bapa di atas untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa  .Laman web ini memang highly recommended untuk menyemak keputusan anak-anak tanpa menghadapi masalah website down atau Laman Tidak Dapat Diakses  

Untuk semak keputusan peperiksaan sekolah online klik di >>> SAPS NKRA Ibu Bapa

Semak Keputusan Peperiksaan Online SAPS Ibu Bapa

Keputusan peperiksaan kini sudah boleh disemak pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Tiada alasan lagi untuk tidak ambil tahu hal pendidikan anak-anak kerana kemajuan teknologi hari ini telah banyak membantu memudahkan urusan kita. Manfaatkanlah kelebihan teknologi ini jalan untuk menolong anak-anak mencapai kecemerlangan berterusan di dunia dan akhirat. 

Antara hikmah wujudnya sistem ini juga dapat membendung perkara tidak baik seperti anak yang menyorokkan keputusan peperiksaan, anak tipu tandatangan dalam buku rekod dan sebagainya. Dengan menyekat perkara-perkara sedemikian, insyaAllah kita dapat bertindak cepat demi mengelakkan anak-anak terus tercicir dalam pelajaran dan pembelajaran mereka.

Sharing is caring kan... Kalau suka dengan aplikasi ini, tolong share entri ini pada para ibu-bapa yang lain supaya makin ramai yang akan tahu dengan kemudahan SAPS Ibu Bapa 2017 dan boleh terus semak keputusan anak-anak mereka secara online. 


Follow

You May Also Like

8 orang rajin komen

  1. Replies
    1. Kak Akak, mai pun baru tau, tadi check ic adik, perhhhh terpampang result sampai kedudukan dalam sekolah pun ada, hahaha.

      Delete
  2. Sistem yang bagus untuk memudahkan ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan anak2.
    Pakcik dah Xde anak2 sekolah lagi.

    ReplyDelete
  3. Bagus untuk ibubapa tapi student pulak akan menyesal dan marah dengan siapa yang memandai cipta sistem tu hahahahaha.

    Nasib zaman kita dulu takde canggih cenggini kihkih

    ReplyDelete
  4. Akk pun check result ank buah gune ni.sbb xsmpt nk g sign buku rekod dieorg kt sklh.hee

    ReplyDelete
  5. Pakcik : Zaman serba mudah kan sekarang ni, hihihi. Ayah saya ada 3 lagi yang bersekolah.

    Ira : Hahahah nasiblahhh students2 yang selalu sorok report card tu, kehkehkeh.

    Kak Reen: Senangkan, mai test check result adik memang senang.

    ReplyDelete
  6. sgt mmudahkn bg ibu bapa. alhamdulillah smua pun d hujung jari kan =)

    ReplyDelete
  7. mmg sngt memudahkann ibu bapa.. busyra da buat jgk entri pasal ni..

    ReplyDelete