Download Nota Percuma, Bank Soalan Exam, Dan Semak Keputusan Peperiksaan hanya di Sistem Guru Online

-Sistem Guru Online-

Sistem Guru Online ini adalah sebuah website yang sangat berguna kepada para guru, memudahkan ibu bapa dan juga bermanfaat untuk para pelajar dari tahun satu sehingga UPSR tahun enam, PT3 di tingkatan tiga mahupun mereka yang mengambil SPM di tingkatan lima. Pendek kata sistem ini sesuai untuk para pelajar sekolah bermula dari darjah 1 sehinggalah tamat tingkatan lima.

Sistem ini diwujudkan seiring dengan peredaran zaman dimana semuanya boleh didapati dihujung jari. Seharusnya para guru, ibu bapa dan para pelajar memanfaatkan sebaik mungkin kemudahan yang ada seperti ini untuk membina masa depan yang cemerlang.

Antara keistimewaan website Sistem Guru Online ini adalah menyediakan nota percuma untuk para pelajar download sendiri, terdapat juga bank soalan UPSR, PT3 dan SPM. Website ini juga sarat dengan informasi tentang semakan permohonan kerja, tips and trick mencari kerja, dan memudahkan para ibu bapa untuk directly semak keputusan peperiksaan anak mereka melalui SAPS.

SGO
https://www.sistemguruonline.my/

-Download Nota Percuma di Sistem Guru Online-

Nota pembelajaran yang boleh didapati di website Sistem Guru Online padat untuk pelajar UPSR, PT3, dan SPM. Sudah semestinya perkara seperti ini amat membantu untuk mereka yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah dan tidak mampu membeli buku rujukan yang banyak.

-Bank Soalan UPSR, PT3 & SPM-

Bank soalan peperiksaan oleh Sistem Guru Online ini menyediakan termasuklah soalan-soalan peperiksaan awal tahun, pertengahan tahun dan akhir tahun. Selain itu, soalan-soalan percubaan bagi peperiksaan awam pun disediakan, seperti soalan Percubaan UPSR, Percubaan PT3, dan Percubaan SPM. Latih tubi yang mencukupi dengan set peperiksaan sebenar memberi peluang pelajar untuk bersedia dengan format dan skema soalan.

-Semakan Permohonan-

Semakan permohonan ini pula memudahkan guru-guru untuk merujuk proses permohonan dan status semakan keputusan pertukaran guru di eg-tukar. Terdapat juga rujukan untuk permohonan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan sebagainya. 

-Semak Keputusan Peperiksaan (SAPS)-

SAPS IBU BAPA  adalah singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah , sebuah aplikasi online yang membolehkan keputusan peperiksaan pelajar sekolah diperiksa secara online. SAPS Ibu Bapa  ini boleh digunakan oleh waris untuk memeriksa keputusan peperiksaan dan ujian bagi murid sekolah bermula dari sekolah rendah pada tahun 1 sehinggalah pelajar sekolah menengah dalam tingkatan 5


Semak Keputusan Peperiksaan Online SAPS Ibu Bapa

Sebenarnya ada banyak lagi informasi dan manfaat yang boleh didapati di Sistem Guru Online ini. Kita beruntung kerana sekarang segalanya mudah untuk kita ambil berat hal pelajaran anak-anak, tidak seperti zaman dahulu. Semoga segala kemudahan ini dapat dimanfaatkan bersama.

Klik Sini untuk ke Website Sistem Guru Online


Follow

Post a Comment

16 Comments

  1. wah! terima kasih akak mayy. boleh print nota utk adik

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome syg. Hihihi. Semoga membantu

      Delete
  2. senang dah.. seme online kan saje.. hee~ aman sikit kan hidup cikgu2.. tak de le mak abah kejap2 g jumpa dorang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la akak.. Senang lepas ni.. Nak tengok result pun cepat tak payah tunggu2 report card dah, hahaha.

      Delete
  3. Bagusnya.. Nice sharing Mai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Kak Sha, moga bermanfaat untuk semua terutamanya ibu bapa.

      Delete
  4. zaman dah canggih.. makin lame makin mudah.. sume kat hujung jari je kan mai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu zaman sekarang ni, nak dengan taknak ambil berat je. haha

      Delete
  5. Oh my gosh , I'm really3x jealous with kids now a day .. they're like "Hey wanna go to school check the result" .... Replied : Naaahhhh I will check it through online while makan nasi lemak 5 bungkus at Makcik Suparman Restaurant . Conclusion is that person prolly had diabetes . Muahaha .. but yeah still easy .. How lucky they are T_T ------ Syamsid Blog ------

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha but they can't never hide the report card from parents. :P

      Delete
  6. dah few years sistem yg boleh check keputusan ni sbb tu Umi check dulu online tapi kena jugak mengadap cikgu utk keputusan penggal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo ye ke, saya dh lama tinggal sekolah, ahhaha, zaman sy dulu surat hantar ke rumah. berdebar juga nak tunggu abam posmen tu.

      Delete
  7. Reen pun sllu check kat saps je nk tgok result exam anak buah. Sng dan cepat.

    Nti boleh dload contoh soalan upsr. Tahun ni dia upsr. Thanks share info ni mai ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang kan zaman skrg ni, macam2 kemudahan ada.

      Moga bermanfaat kak Reen :D

      Delete
  8. hai akak mai, lama tak jejak blog akk....

    Rindu nak berblogging.. tapi masa sgt mencemburui Nurrul... Wahh, nice sgt2 info ini.. kalau ada info pasal past sem question dan jawapan uk uitm.. lagi best.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Nurrul.

      tu la lama tak saling berblogwalking kan. Thanks Nurrul, semoga bermanfaat ya. hahaha pasal UiTM punya tu nice idea, nanti boleh buat tapi bab skema jawapan mmg takde, kitorang dapat dari lecturer je dulu.

      Delete