Tema Baju Raya 2017 #TeamEmeraldGreen !

by - June 23, 2017

Tema Baju Raya 2017
Good Morning!

Tentu ramai dah mula bercuti raya hari ini kan? Pada yang belum dapat cuti tu, jangan sedih-sedih tau. Pada yang tengah drive balik ke kampung harini, semoga selamat sampai ke destinasi tau, take care! So harini nak sembang pasal baju raya je sebab family aku baru siap beli baju raya je ni,hahaha. Tema family kami tahun ni adalah Emerald Green! Yippie!


Asalnya ada dua cadangan warna untuk tema raya 2017 kami, iaitu Royal Blue vs Emerald Green, tapi akhirnya kata sepakat diambil untuk pilih Emerald Green menghiasi raya pertama kami. Mujurlah ada kedai baju siap yang ada size untuk satu family aku, hahahaha. Semua saiz kami sapu, 36, 38, 40, 42, 46, 50, maklumlah ramai perempuan. Baju lelaki takpa beli asing ja senang cari sebab abah & adik lelaki tu jenis ikut mama saja. Manakala baju mama dijahit sendiri oleh adik ketiga aku.

Bila dah ada warna tema baju ni, mulalah bab pening nak cari tudung matching pulak kan. Nak buat color-blocking pun tak boleh bedal ikut dan je. Dan bab cari tudung ni pun kerja aku & adik ketiga aku jugalah nak merentas downtown demi mencari berhelai-helai tudung (maklumlah semua nak sedondon). Susah juga takut jumpa yang cantik, tapi tak cukup sehelai, pusing lagi cari, haha.

Warna tudung yang masuk dengan Emerald Green ni banyak juga sebenarnya bila aku tengok dalam color-palletes. Tapi kena pastikan tak suram dan masuk dengan warna kulit juga la sebelum betul-betul pilih kan. So jom kita tengok dulu warna tudung apa yang sesuai dipakai dengan baju emerald green?

-Kombinasi Warna Emerald Green-

#TeamEmeraldGreen

#TeamEmeraldGreen

#TeamEmeraldGreen

Jadi warna yang disenaraipendekkan adalah purple, peach dan light blue untuk warna tudung raya nanti. Tapi tu pun aku belum usha lagi dekat downtown, maybe kalau ada warna lain yang boleh masuk why not give it a try kan?

So operasi last minute untuk mencari tudung dan kasut raya lah harini dan esok. Selain persiapan raya, persiapan nak tunang pun macam huru hara lagi ni, haha, mujur ada mama yang banyakkkkkkkk terlaluuu amat banyakkkk sangat tolong aku T_T. Fuh semoga semua berjalan lancar.

Apa tema Aidilfitri 2017 korang? Persiapan raya dah berapa percent dah tu, ihiks.

Follow

You May Also Like

23 orang rajin komen

  1. utk emerald green, warna brown & beige pun masuk juga 😉 tema kami hijau bebas. x kisah sea green atau lumut atau emerald green 😄

    ReplyDelete
  2. Betul tu, bila nak beli baju raya kat kedai ni, yang paling susah nak match warna dan saiz.... kena usaha lebih baru jumpa...lenguh juga kaki...

    ReplyDelete
  3. cantik mai warna emerald green ni.....kak lina tahun ni purple hihi

    ReplyDelete
  4. tema raya tahun ni warna kuning ke mustard sikit gitu..

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya aidilfitri mai.. mintak maaf kalau ade salah silap..

    tema e'in satu family pun hijau jugak.. hihi

    ReplyDelete
  6. Kak Sha tema biru.. Hehehe..
    Tudung tak cari lagi.. sedih..

    ReplyDelete
  7. Emerald greeb dgn mustard sesuai jgk. Haritu reen pakai dengan warna pink belacan.😊

    Tahun ni kami stu fmly tema warna hitam. 😚😚

    ReplyDelete
  8. Cantik Emerald Green! 😍
    Tema family Siqah tahun ni pink dan grey. Tak kisahlah tone warna asalkan dalam kumpulan warna itu. Hee.

    Selamat hari raya Mai. Maaf zahir batin. Take care! =)

    ReplyDelete
  9. tema family sis light pink.. :)

    ReplyDelete
  10. wehhhh tema sama lah kita tahun niiiii!!!! hahahahaha... ♥
    kite ingat macam nak pakai tudung cream takpun nude je nak gu. pakai shawl sedia ada je, takdan nak pi beli dah aih, esok kerja lagi. kah! selamat hari raya maaf zahir batin, mai... semoga dipermudahkan segalanya nanti. muahciked!

    ReplyDelete
  11. Selamat hari raya untuk Mai sekeluarga.

    ReplyDelete
  12. Selamat hari raya Mai...

    ReplyDelete
  13. sama la kita tema emerald green

    ReplyDelete
  14. salam singgah disini... lama tak terjah blog may. first amer nak ucap congrats on your engagement... tahniahh.. dah step on next level dah... :D..

    btw amer nak wish selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir dan batin... dah ada dah adsense dia.. :D

    ReplyDelete
  15. royal blue dan emerald green.. dua dua mama suka

    ReplyDelete
  16. Selamat Hari Raya cik Mai and oh, selamat bertunang.. XD

    ReplyDelete
  17. Tahniah mai.
    Jangan lupa jemput saya.

    ReplyDelete
  18. wow tema emerald green..cantik sgt

    ReplyDelete
  19. Selamat Hari Raya.. Dan Tahniah kerana bergelar tunang org hehe ^^ Doakanlah sy smoga jodoh cepat sampai hahaha xD.. Raya kami xda tema.. so tema warna warni hahaha

    ReplyDelete
  20. Bg say utk hijau mmg paling cantik emerald green ni. Tapi kami mmg tak pernah kisah sbb xpernah bertema. Hee

    ReplyDelete
  21. Tema kami pun Colorful Raya tahun nie. Macam2 warna ada. hihi.. Selamat Raya Mai. maaf lahir dan batin..

    ReplyDelete
  22. CT nak purple tahun ni tapi size xdak.. uhuk..
    terima sajalah kaler apa yang ada tibailaaah hehe..

    ReplyDelete