Hampir Sebulan Tinggalkan Blog


Hai Assalamualaikum~! Apa khabar semua, ihiks, harap bayangan Mai masih fresh menari-nari di memori kalian semualah even hampir sebulan Mai tak kunjung blog sendiri mahupun blog teman-teman.

Apa sudah jadi ni Mai. Mood hilangkah? BUKAN! Idea tiada? BUKAN JUGA! Masa suntuk? PUN BUKAN! So apa yang sebenarnya berlaku sampai Mai lupa seketika dengan blog tercinta ni. Fuh..

Demam Hampir Sebulan

Sebenarnya Mai demam hampir SEBULAN! On off. Misalnya seminggu demam, dua tiga hari rasa badan sihat, thennnn jatuh sakit balik. Memang melepet kat rumah dengan UDIN sajalah. Huhu. 

Pulak tu jenis Mai ni kalau demam memang nak angkat kepala pun tak boleh. Asyik terbongkang dalam selimut je. First time rasanya kena demam teruk macam ni sampai merengek memalam (even takda orang layan, ceh).

Laptop Masuk Wad 

Selain diri sendiri yang demam. Laptop Mai juga masuk wad ya sebab dah nazak dah. Hairan betul sebab kata kawan Mai yang repair tu, dalaman laptop Mai tak sempurna macam ada part yang patah padahal Mai tak pernah hantar repair lagi sebelum ni dan beli pun yang baru bukan second hand. Patutlah asyik 'NO BOOTABLE DEVICE', dan banyak kali off sendiri sebelum ni. 

Akhirnya Mai serahkan sepenuhnya untuk kawan Mai tu untuk buat apa sahaja yang boleh untuk selamatkan laptop tu. Kalau boleh selamatkan mestilah cuba dulu kan, sebelum beli baru lagi. 

Laptop masih belum siap harini. Update entry ini pun pinjam laptop abah kejap, ehehehe, nak tengok movie, dah lama tak layan midnight movie sambil usap bulu Udin. 

Okaylah. Bye. Nanti laptop Mai dah siap kita jumpa lagi. Jangan lupa Ai tau!


Follow

Post a Comment

22 Comments

  1. Sabar jela ye dengan dugaan ini..

    ReplyDelete
  2. Semoga cepat sembuh Mayy.. I miss you already huhu . Hahaha xD
    Take care of your health~

    ReplyDelete
  3. Semoga cepat sembuh ye mai...rindu nak dengar celoteh mai...

    ReplyDelete
  4. Syukur dah kembali bersiaran

    ReplyDelete
  5. Lamanya demam.. >.< Memang susah nak update blog kalau kesihatan tak ok tambah2 lagi laptop buat hal..

    ReplyDelete
  6. hai kak..rindu akak..oh patut lama tak nampak akak . laptop rabia masuk wad jugak.

    ReplyDelete
  7. Be strong yaaa. ENa pun lama tak berupdate. Huaaaaa.

    ReplyDelete
  8. Lamanya Mai demam, sy demam dua tiga hari pun seksa sangat Ya Allah, apatah lg lama2 camni, syafakillah Mai.

    ReplyDelete
  9. ada hikmah tu. semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  10. Syafakillah mai. Jaga diri baik2. Makan makanan yg berkhasiat dan bykkan mkn buah ye.

    ReplyDelete
  11. Alahai mai. Moga mai cepat sembuh tau. Akak punya laptop baru keluar ward. Tak dan nak godek lagi ni

    ReplyDelete
  12. kami semua rindukan maiii! smoga diberi kesihatan yang baik.. amin..

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah Mai dh sembuh dan semoga dapat laptop tu dengan kadar segera ya..Mai tak pernah dilupakan..selalu dalam ingatan ;)

    ReplyDelete
  14. Syafakillah Mai.. Semoga awak cepat sembuh...

    ReplyDelete
  15. Lahh patutlah lama tak nampak Mai. Demam dan laptop rosak rupanya. Harap Mai dah sembuh sepenuhnya sekarang. Jaga diri bebaik ye :)

    ReplyDelete
  16. Owh, patut la..
    Get well soon Mai ^^

    ReplyDelete
  17. Laptop dah ok belum mai

    ReplyDelete
  18. lamenya mai demam. tak check darah ke?
    ni mesti dah sehatkan sbb mek yg lmbt komen hahaahah

    ReplyDelete