Ikan Siakap Masak Stim Simple Sebagai Menu Ekspress Berbuka Puasa

Ikan Siakap Masak Stim Simple Sebagai Menu Ekspress Berbuka Puasa
Kredit Gambar Siakap Stim - http://rohaisha.blogspot.my/
Marhaban ya Ramadhan! Tak sangka, cepat benar masa berlalu, sudah sampai masa untuk kita menghampiri tirai Ramadhan tahun ini. Tentu ramai kaum ibu-ibu bapak bapak mithali sudah mula menyenaraikan menu berbuka untuk sebulan berpuasa nanti supaya tidak perlu pening-pening kepala fikir ' nak berbuka apa ye hari ini '.

Selalunya dalam suatu hari pada bulan Ramadhan, family aku akan siapkan satu hari untuk berbuka di luar, dimana lauk wajibnya adalah Ikan Siakap Masak Stim. Best weh berbuka lauk ni ramai-ramai, berketang keting bunyi garpu berebut isi yang juicy amat tu. Fuhhh aku bercerita ni pun dah meleleh rasa. 


Percaya tak dalam 10 minit je boleh masak Ikan Siakap Masak Stim ni? Aku pun tak percaya ni. Hahaha, tapi tolonglah percaya kerana ia benar. Meh la ambil resepi Ikan Siakap Masak Stim Ekspress ni, sebab 10 minit je nak masaknya, kalau campur dengan masa preparation barang masak pun tak sampai 30 minit nak siap.

-Resepi Ikan Siakap Masak Stim-

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan siakap - belah depan
  • 2 barang serai - ketuk
  • 1 biji bawang besar- hiris
  • 4 ulas bawang putih -hiris
  • 8 biji cili padi - ketuk
  • 2 inci halia muda - hiris panjang
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 3 biji limau kasturi - hiris dan perah jus
  • 5 helai daun limau purut - buang urat dan hiris kasar
  • 2-3 biji bawang putih jeruk - buang kulit
  • 1/2 batang saderi - hiris nipis
BAHAN SOS
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 3-4 sudu besar sos tiram 
  • 2 cawan air
BAHAN LAIN
BAHAN TABUR
  • Daun Ketumbar/daun bawang - hiris
  • 1 biji cili merah - hiris
CARA-CARANYA:
  1. Panaskan air didalam periuk Philips HD2139 Pressure Cooker sehingga mendidih.
  2. Masukkan sebahagian bahan-bahan yang siap dihiris dibahagian bawah sebelum memasukkan ikan.
  3. Masukkan bahan-bahan hiris dan bahas sos kedalam periuk.
  4. Masukkan air perahan limau nipis.
  5. Setkan steam 10 minit, kemudian siap dihidang.
Tips and Trick - Jangan masukkan sekali kulit limau, jika tidak kuah akan jadi pahit. :)

Alhamdulillah sempena Ramadhan dan Syawal yang akan bakal menjelang ini, Lazada bermurah hati nak bagi promosi kaw-kaw dengan Marhaban Ramadhan and Riang Ria Raya Sales. Time ini la nak manfaatkan untuk dapatkan kitchen appliances dan groceries dengan deal yang terbaik!

Philips pressure cooker
http://www.lazada.com.my/philips-hd2139-pressure-cooker-electric-60l-brown-8958113.html?ff=1&sc=IU8E&campaign=riang-ria-raya-my-ramadhan-home
Philips HD2139 Pressure Cooker ni boleh masuk sampai 6L, besar yakmat oh! Hebatnya bukan sahaja boleh masak ikan siakap stim 10 minit, tapi nak buat ayam percik pun 7 minit je. Perghhhh jimat betul masa.

Maklumlah bulan Ramadhan kan, orang nak kumpul pahala beribadat, daripada menghabiskan separuh hari kat daput fikir nak masak apa, lepastu kalut nak masak tak cukup masa, sampai dah nak azan pun masih kat dapur, rugi rasa.  -just my 20cent-

Bukan alatan memasak je boleh didapati di Lazada Ramadhan Sales ni, barang dapur pun ada tau, siap dapat diskaun lagi. 

http://www.lazada.com.my/knorr-pasti-sedap-all-in-one-seasoning-300-g-29095330.html?ff=1&sc=IVEE
Mudahkan?

Jangan lupa layari laman web Lazada untuk nikmati sendiri Lazada Marhaban Ramadhan and Riang Ria Raya Sales ini. Kenapa bayar lebih kalau boleh berjimat, cewahhhh, hihihi.

Sharelah resepi iftar kegemaran korang juga (^_^)y




Follow

Previous
Next Post »

25 Comments

Click here for Comments
5/24/2017 5:20 AM ×

siakap stim ni mmg menu berbuka Umi sekeluarga sbb mudah dan cepat dimasak..guna pulak pressure cooker tu..mmg lebih mudah lagi kan..good luck Mai utk contest tu

Reply
avatar
Ana Suhana
admin
5/24/2017 6:17 AM ×

Fav kak ana ni mai. Dapnye.

Good luck ye :)

Reply
avatar
Lina Shaza
admin
5/24/2017 6:43 AM ×

Good luck mai...nnt nak cb resepi ikan siakap mai ni

Reply
avatar
5/24/2017 8:43 AM ×

Sedapnya.. Buat lauk sahur pun best nie..

Reply
avatar
5/24/2017 9:28 AM ×

Ikan siakap ni ada dua jenis.
Sama ada yang laut punya atau pun yang diternak.
Kalau dapat yang laut punya memang sedap.

Reply
avatar
Jun Zie
admin
5/24/2017 10:42 AM ×

mmudahkn org ruma nak masak dan jimat masa bila ada pressure cooker mcm ni =)

Reply
avatar
5/24/2017 6:11 PM ×

Fuhhh ni boleh remark banyak banyak resepi untuk bulan pose ni heheheehe

Reply
avatar
I am LZ
admin
5/24/2017 7:46 PM ×

Perlu ada meal planning untuk Ramadhan ni Mai..
Siap sedia dari awal jadi bila balik kerja terus masuk dapur tak perlu duk melopong terfikir-fikir apa menu nak masak berbuka nanti, hehehe

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/27/2017 3:14 AM ×

Sedap kan Ummi, Siakap stim @ ikan bakar memang menu rebut2 masa buka puasa... Kalau ayam takde feel tu, amik sorang seketul dah.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/27/2017 3:15 AM ×

Dap annnn. Hihi Aamiin, thank youu ya.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/27/2017 3:16 AM ×

Terima kasih Kak Lina. hihi. Cubalah try nanti, hehe.

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/27/2017 3:18 AM ×

Betul tu kak Sha, sebab cepat kan, haha

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/27/2017 3:19 AM ×

ye ke pakcik,terima kasih info...

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/27/2017 3:20 AM ×

Betul tu, buat apa pun jadi cepat. Senang kerja sis. haha

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/27/2017 3:21 AM ×

jangan lupa share gambar nanti Ira, haha

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
5/27/2017 3:21 AM ×

Betul tu Sis, kalau tak kalut la petang tu baru nak brainstorming nk masak apa. Hahaha

Reply
avatar
Nour Adieb
admin
5/27/2017 5:28 AM ×

fav my bapa ni

Reply
avatar
Mar Mansor
admin
5/28/2017 11:54 AM ×

Sedap uii..suka gak menu ni.simple.
Janji Kita

Reply
avatar
6/07/2017 12:09 AM ×

sedap ikan stim ni.iftar hari kedua ketiga mkn siakap..nice jgk resepi tu

Reply
avatar
Amanda Suria
admin
6/07/2017 12:45 PM ×

Fav SA jugak....nanti nak buat la...

Reply
avatar
6/12/2017 4:02 PM ×

alahai... sedap nyer mayy jie!
lom sempat buat lagi resepi ni puasa kali ni.
tak terjeling siakap kat famili store tu.

good luck ye may. moga ada rezeki lazada :)

Reply
avatar

Tinggalkan pendapat/nota/surat cinta/amaran/soalan pada saya. Jika soalan saya akan menjawabnya, Jika nota cinta maka saya akan melawat blog anda semula.
Komen berbaur rasist, provokasi & lucah tidak akan dipublish. ConversionConversion EmoticonEmoticon